Kehidupan berpoligami boleh menjadi harmoni ada kejujuran dan persefahaman yang tinggi daripada semua pihak. Ini kerana ia bukan sahaja berkongsi kasih malah turut berkongsi tanggungjawab pada pasangan.
“Mereka berdualah hidup dan mati saya,” kata Maaroof Noordin, 58, mengenai isteri pertamanya, Noraini Ishak, 42, dan isteri kedua, Effa Rizam Abd Ghafar, 42.
Berkongsi Kasih & Setia Jaga Suami
Noraini dan Effa Rizam bukan sahaja mampu berkongsi kasih, malah setia menjaga suami yang sakit dalam keadaan kehidupan keluarga dihimpit kesusahan selepas Maaroof kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis, kira-kira tiga bulan lalu.
“Hidup kami berubah selepas kaki kiri saya terpaksa dipotong Oktober lalu, sekali gus tak mampu lagi teruskan kerja sebagai tukang rumah. Kini isteri kedua terpaksa bekerja sebagai tukang kebun di sebuah kilang di Gebeng, dengan pendapatan RM1,500 sebulan.
“Isteri pertama pula menguruskan rumah, termasuk menjaga keperluan saya,” kata Maaroof ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherating Lama, di sini, hari ini.
Dia berkahwin dengan Noraini pada 2007 dan sudah hampir lima tahun berpoligami selepas mengahwini Effa Rizam pada 2018, namun tidak dikurniakan anak bersama kedua-dua isterinya itu.
Ads
Bahagikan Tanggungjawab
Sementara itu, Effa Rizam berkata, dia dan madunya sudah membahagikan tanggungjawab masing-masing selepas suami mereka kehilangan kaki kiri yang terpaksa dipotong.
“Namun dengan pendapatan sekarang memang tak cukup, sewa rumah dan bil api air juga sudah dua bulan tertunggak. Untuk kos rawatan suami termasuk barang keperluan dan belanja ulang alik ke hospital sahaja sudah cecah RM600 sebulan,” katanya.
Terdahulu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO), Amal Team yang memberikan sumbangan berupa katil, kerusi roda serta barangan keperluan harian termasuk makanan.
Hidap Kencing Manis Tahap 4
Mengenai penyakitnya, Maaroof berkata, dia disahkan menghidap kencing manis pada 2021 dengan petanda awal apabila bahagian kaki sebelah kiri membengkak digigit semut, tetapi pulih tidak lama kemudian.
Ads
“Selepas itu, bahagian sama digigit nyamuk dan pemeriksaan lanjut mendapati saya menghidap penyakit kencing manis peringkat empat. Kemuncaknya pada Oktober lalu apabila doktor menasihatkan saya memotong kaki bagi mengelak masalah ke bahagian lain,” katanya.
Bagi membantu meringankan beban keluarga itu, Pemudah Cara Amal Team yang turut berperanan dalam Briged Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jamilah Salleh, berkata pihaknya sudah memanjangkan kes berkenaan kepada MUIP untuk bantuan selanjutnya.
“Daripada siasatan yang kami lakukan, keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf dan layak menerima bantuan berkaitan. Sekarang kami sedang mengusahakan bantuan ‘one-off’ untuk keluarga ini bagi menyelesaikan tunggakan sewa dan bil. Bantuan bulanan daripada MUIP masih dalam proses,” katanya.
Sejak semalam berlegar di media sosial berteka-teki sama ada esok raya iaitu hari Isnin, 2 Mei atau Selasa, 3 Mei. Mengikut kalendar tertulis Hari Raya jatuh pada hari Selasa, 3 Mei.
Membayangkan hari raya jatuh pada hari Selasa, ada segelintir mak-mak yang masih belum membuat persediaan rapi. Malah, masih ada yang merancang untuk membeli belah barangan dapur di saat akhir iaitu pada hari Isninnya.
Esok, Isnin 2 Mei Hari Raya
Menerusi pengumuman yang dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Ahad tadi, memaklumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada esok hari, Isnin 2 Mei 2022.
Katanya, “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengistiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 2hb Mei 2022.”
Pengistiharan itu dibuat menerusi televisyen tempatan.
Alhamdulillah, selepas menyambut kedatangan Ramadan pada 3 April lalu, esok dapatlah menyambut 1 Syawal bersama ahli keluarga masing-masing.
Malah, ada di pasaraya mahu pun supermarket dibanjiri pelanggan yang membeli belah barangan dapur di saat-saat akhir.
Dalam Kejutan, Kelam Kabut Buat Persediaan Sambut Raya
Tinjauan Mingguan Wanita di media sosial mendapati ada segelintirnya yang masih dalam kejutan. Lagi-lagi bila ada yang membayangkan hari raya jatuh pada hari Selasa.
Ada juga yang masih belum menyediakan juadah hari raya seperti rendang, ketupat dan lemang. Malah, ada yang memaklumkan akan terpaksa berjaga malam demi menyiapkan juadah hari raya untuk esok hari.
Rata-rata masih belum membuat persediaan rapi untuk menyambut Aildilfitri esok hari.
Bagaimanpun, dalam menghadapi kejutan ini, rasa kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dapat mengeratkan silaturahim dengan aktiviti ziarah kunjung mengunjungi yang hampir dua tahun tidak dapat dilaksanakan pada 1 Syawal nanti.
Selamat Hari Raya kepada semua pembaca Mingguan Wanita di luar sana. Semoga tahun ini memberi keberkatan dan rezeki yang baik-baik untuk semua. Amin.
Sumber/Foto : Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nad Sudah Boleh Bercakap & Pegang Telefon Bimbit. Alhamdulillah, perkembangan yang sangat memberangsakan dari Nad Zainal.
Seperti yang semua sedia maklum pelakon Nad Zainal kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 22 November lalu sejak semalam sudah mula sedar dan doktor juga memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasan.
Menerusi perkongsian rakan artis yang juga tema rapatnya Ungku Ismail menerusi satu rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya menyatakan berita baik mengenai keadaan kesihatan Nad.
Khabarnya Nad sudah boleh bercakap dan memegang telefon.
Nad Sudah Boleh Bercakap & Pegang Telefon Bimbit
Ungku Ismail mengucapkan ribua terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Nad. Malah pelakon lelaki itu juga menerangkan Nad menunjukkan perkembangan amat positif. Cuma, keadaannya perlu dipantau lagi oleh doktor kerana masih dirawat di ICU.
“Sesungguhnya kekuatan doa itu sangat benar. Terima kasih saya ucapkan atas doa kalian yang tidak putus-putus untuk Nad dan saya juga ingin kembalikan doa itu pada kalian semua.
“Alhamdulillah, Nad juga sudah boleh bercakap, cuma suaranya sangat kecil.
“Begitu juga dengan pergerakan, dia boleh memegang telefon bimbit, cuma tidak dapat menaip kerana sudah lama tidak menggunakan anggota tangannya dan perlu membuat fisio.
“Apapun, Nad banyak menunjukkan perkembangan yang positif dan proses penyembuhannya juga bagus.
“Namun, dia masih di bawah pengawasan rapi doktor dan saya mohon kita teruskan berdoa untuk Nad,” sambungnya.
Terima Kasih Hulurkan Sumbangan Buat Nad
Selain itu Ungku Ismail juga berterima kasih kepada semua yang sudah menghulurkan sumbangan untuk membantu Nad. Difahamkan juga tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad yang dilancarkan sejak beberapa hari lalu berjaya mengutip sebanyak RM70,000 setakat ini.
Pulut kuning atau dikenali juga pulut semangat sangat glamour dalam majlis tertentu, macam orang nak kahwin, khatam al-Quran, hari lahir, meminang dan sebagainya. Tetapi tak semua orang berjaya buat pulut kuning dengan rasa yang luar biasa.
Jadi kalau nak masak pulut kuning, kenlah tahu rahsiannya. Barulah hasilnya lembut, teksturnya sekata dan tahan lama. Kemudian ‘kahwinkan’ pula pulut kuning dengan rendang atau gulai, memang puas hati!
Buat mak-mak yang teringin nak makan pulut kuning, bolehlah ikut petua masakan daripada Puan Norrihan Ars, in shaa Allah hasilnya tahan lama kalau betul-betul ikut pantang larangnya. Jom godek resepinya…
Resepi Pulut Kuning
1kg pulut rendam 30min @ lbh dengan 2sb serbuk kunyit +1keping asam keping(cuci & toskan selepas stgh jam)
2inci halia mayang halus & 2bijik bawang merah hiris halus
1sk lada hitam(tak perlu tumbuk)
Santan pekat segar sy guna 300gm( campur 1 sb serbuk cukup rasa+1sb gula+1sk garam)
Cara-cara:
1. Saya lapik aluminium foil atas pengukus dan cucukkan dengan garfu. Tuang pulut ke atas aluminium foil dan letak daun pandan sehelai. Kukus dengan api kuat seama 1/2 jam atau sehingga pulut kembang.
2. Kaut pulut kedalam bekas dan taburkan halia, bawang dan lada hitam.
3. Gaulkan pulut yang masih panas dengan senduk kalau kebal guna tangan, sambil sibarkan santan rata-rata. Jika berketul tenyeh-tenyeh pulut sampai ianya jadi sebutir-butir.
4. Masukkan semula pulut ke dalam pengukus yang ada aluminium foil tadi dan kukus semula selama 15min.
Siap untuk dihidang.
Nota Wajib Baca
? Step ke 4 tu bagi mengelakkan pulut basi. InsyAllah tahan seharian kadang sampai esok pagi pun tak basi (selalu step ke 4 ni orang tak buat sebab biasanya untuk makan dirumah sahaja)
?Pulut keras bukan kerana kuatnya kita tekan dalam loyang tapi kerana kurangnya santan.
?Asam keping tu fungsi dia utk bg warna kuning tu merengau bak kata org kedah.
?Lada hitam dan halia fungsinya membuang angin.
? Ini cara yang saya guna pakai semasa membuat pulut kuning supaya tak cepat basi.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...