Penyanyi jelita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami baharunya, Shaik Rizal Shaik Sulaiman pada 13 Oktober lalu akui dia tidak pernah merahsiakan usia sebenar.
Pada November lalu, Noryn Aziz telah menginjak usia usia 44 tahun. Seperti yang kita sedia maklum memasuki alam 40an antara perkara paling digeruni bagi sesetengah wanita. Namun begitu, Noryn pula sebaliknya.
Penyanyi yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak pernah berniat merahsiakan usia sebenar, malah masih ligat beraksi di atas pentas dan aktif melakukan pelbagai senaman kecerdasan.
Usia 40an, Noryn Aziz Pilih Kekal Cergas & Bertenaga
Seperti mana yang dikongsikan rutin pilihan untuk kekal cergas dan bertenaga tatkala meniti usia 40 tahun, Noryn tidak pernah malu dengan peningkatan usia. Malah dia sentiasa menghadapi fasa tersebut dengan tenang dan positif.
“Berbicara mengenai soal ini, saya mengakui kehidupan pada umur 40-an lebih gembira, produktif dan ‘sempurna’ meliputi pelbagai aspek.
“Apabila mencapai umur sebegini, banyak perkara yang saya pelajari tentang diri sendiri. Pendek kata, kini bertatih menyayangi diri, menjaga minda, tubuh dan jiwa.
“Tiga elemen ini sangat penting kerana bertitik tolak daripada itu, saya juga belajar keperluan untuk mengutamakan diri sendiri sebelum mendahulukan orang lain.
‘’Pada zaman muda misalnya, dari segi kesihatan mental, saya sentiasa berusaha melebihkan dan menyenangkan hati insan sekeliling kerana mahukan mereka menyayangi diri ini,” kongsinya.
Wanita ini juga menyifatkan memasuki usia 40 tahun dirinya mula bertatih menyayangi diri, menjaga minda, tubuh dan jiwa. Setiap elemen perlu seimbang.
“Namun begitu, apabila berada pada peringkat umur hari ini, situasi berbeza kerana saya menyedari dalam kehidupan, kita wajar memupuk keseimbangan dari pelbagai segi.
“Selain emosi dan mental, sebelum mencapai usia 40 tahun, saya juga sering bersikap sambil lewa terhadap rejim kecantikan kulit wajah, senaman dan pengambilan makanan tambahan (suplemen) seperti multivitamin dan vitamin C. Akibatnya, tubuh badan mudah letih dan kondisi kulit wajah pula kurang sihat.
Ads
“Jika situasi itu tidak diatasi segera, bimbang ia memudaratkan kesihatan saya kelak. Justeru, menginjak usia 40 tahun, saya mengambil inisiatif mengubah corak kehidupan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Aktif Menari, Berzumba, Yoga
“Selain mengeluarkan peluh dengan senaman ringan pada setiap hari, saya juga aktif menari, berzumba, yoga dan melakukan aktiviti kardio sama ada secara solo atau bersama kawan-kawan.
“Apabila tubuh badan sentiasa bergerak secara konsisten, maka secara tidak langsung dapat membantu mengatasi masalah lesu, cepat penat dan hilang fokus ketika saya melakukan aktiviti memerlukan tenaga yang banyak,” sambung Noryn.
Tidak Amal Diet Ketat
Noryn juga menerangkan dia tidak mengamalkan diet yang ketat.
“Saya juga menitikberatkan aspek pemakanan, tetapi tidak mengamalkan diet ketat yang boleh memberikan tekanan pada emosi dan fizikal.
“Paling utama, biarlah pilihan makanan itu seimbang dan dinikmati secara sederhana. Bagaimanapun, dari dulu hingga kini hari saya tidak lengkap tanpa secawan kopi. Tidak mengapa, kerana kopi membuatkan saya gembira.
Ads
“Dalam pada itu, kepada para wanita yang memasuki usia 40 tahun saranan saya berjumpa doktor untuk melakukan ujian hormon.
“Langkah ini penting memandangkan pada umur seumpama ini paras kolagen semakin menurun dan konsultasi bersama doktor membantu kita berdepan pramonapaus dengan minda positif,” akhirnya.
Bersama suami yang cukup penyayang.Bersama putera kesayangan.
Sumber: SinarPlus
Sumber Foto : Instagram Jasmin Hamid & Instagram Hairul Ejay
Rupanya masak menggunakan minyak zaitun tak sesuai digunakan untuk periuk mahupun kuali jenama ‘Le Crueset’. Ia boleh merosakan perkakasan tersebut.
Sebuah syarikat peralatan memasak popular, Le Creuset menasihatkan pelanggannya agar tidak memasak dengan menggunakan minyak zaitun kerana titik asap yang rendah boleh merosakkan kuali keluaran syarikat tersebut.
Le Creuset mengeluarkan kenyataan demikian setelah menerima banyak aduan pengguna mengenai bahagian bawah periuk dan kuali menjadi rosak apabila digunakan.
Lapor Daily Mail, jenama Perancis itu menulis surat kepada pelanggannya dengan memaklumkan bahawa pilihan minyak masak digunakan mungkin menjadi punca masalah itu berlaku.
Menurut laporan, minyak zaitun mempunyai titik asap rendah bermakna ia boleh membakar lebih cepat dan menyebabkan makanan rasa pahit berbanding penggunaan minyak lain seperti bunga matahari, avakado, kanola, kelapa, jagung dan bijan.
Seorang pelanggan memberitahu syarikat itu menasihatkan untuk mengelak daripada menggunakan minyak zaitun.
“Mereka mengesyorkan penggunaan minyak yang mempunyai tahap pembakaran lebih tinggi seperti minyak kelapa dan bunga matahari.
“Minyak zaitun boleh membentuk lapisan keperangan pada kuali (minyak terbakar) dengan mewujudkan sekatan antara makanan dan kuali.
“Syarikat itu juga meminta kami sapu minyak masak di sekeliling kuali dan biarkan sementara ia tidak digunakan. Ia akan membantu mengekalkan kualitinya,” katanya.
Mingguan Wanita:Jadi buat mak-mak yang ada periuk, kuali jenama Le Creuset ini, seeloknya elakkanlah memasak guna minyak zaitun. Sayang beli mahal-mahal, tapi rosak pula nanti.
Isteri sanggup derma hati buat suami. Kasih sayang seorang isteri sukar dipertikaikan apatah lagi sanggup berkongsi derita dengan pasangan dan sama-sama menanggung kesakitan.
Begitulah yang dilakukan oleh isteri kepada penyanyi Tia Jinbara yang juga merangkap pengurus artis tersebut yang Bernama Suzan Ahmad.
Wanita itu sanggup menjadi penderma hati buat suaminya yang kini disahkan menghidap barah hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
Isteri Sanggup Derma Hati Buat Suami
Isteri Tia yang juga seorang bekas wartawan hiburan menerangkan bagi menampung kos tersebut, Tia memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM250,000.
Pembedahan tersebut akan dilakukan di Medanta, India.
“Alhamdulillah, hati saya sesuai untuk didermakan kepada suami yang kini menghadapi ujian kesihatan apabila disahkan menghidap barah hati.
“Demi kasih sayang dan cinta kami yang dikurniakan Allah, sebagai isteri saya sedia mendermakan hati untuk melihat suami kembali sihat seperti dulu dan saya juga akan terus memberi sokongan semangat kepadanya.
“Cuma, saya mohon bantuan sumbangan ikhlas daripada orang ramai untuk mengumpulkan kos pembedahan pemindahan hati yang kami perlukan dengan keadaan segera sebanyak RM250,000,” kongsi Suzan.
Doakan Kesembuhan Tia
Suzan juga menyatakan kos pembedahan yang besar itu memerlukan dia memohon sumbangan.
“Dengan ikhlas bantulah kami sekeluarga agar saya dan suami dapat menjalani pembedahan ini yang akan dilakukan di Medanta, India dengan secepat mungkin.
“Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap penderma yang membantu,” katanya.
Bagi anda yang mahu membantu bolehlah menderma menerusi Maybank, 114123682233 (Suzan Ahmad).
Adik Nabil atau nama sebenarnya, Muhammad Nabil Bin Mohd Firdaus, 7 tahun disahkan cerebral palsy sejak dari lahir. Dia juga mengalami Laryngomalacia, GERD gred 4 dan Hyperactive airway disease. Penyakit itu membuatkan dia memerlukan tabung oksigen untuk bernafas dengan sempurna.
Sampai ke hari ini dah dua bulan adik Nabil menjadi penghuni semula wad 5B Hospital sultan Bahiyah Alor Setar, Kedah. Selama 24 jam dia memerlukan bantuan oksigen.
Di hospital tentulah ada kelengkapan itu. Bila dia keluar kelak, bantuan oksigen tak lagi diberikan oleh pihak hospital. Ini bermakna ibunya, Nor Hasniza Binti Abd Ghani perlu menyediakan sendiri.
“Buat masa ini ada hamba Allah yang dah sedia untuk membayarkan sewa tabung oksigen untuk Nabil. Dalam sebulan kos sewanya sebanyak RM350.” Tutur ibu tunggal ini ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Berhasrat Beli Tabung Oksigen Konsentrator
Bagaimana pun besar harapannya sebagai ibu mahu melihat anaknya menggunakan mesin oksigen yang dinamakan ‘Oksigen Konsentrator’.
Mesin itu bernilai RM5000, namun wakil NGO, Puan Rohaidatul Asma dapat deal harga pembekal iaitu RM4500.
Apa yang bakal memudahkan keluarga kecil ini, tabung konsentrator tak perlu di’refill’ dan kos bulanan menjimatkan. memandangkan ia menggunakan kuasa elektrik.
Berbeza dengan tabung oksigen sewa setiap 5 jam ia perlu direfill dan setiap kali refill oksigen mencecah RM50.
Pembelian mesin oksigen ini jugalah yang doktor cadangkan untuk adik Nabil. Dia perlu memiliki satu mesin oksigen kalau ingin pulang ke rumah. Tanpa mesin itu, adik Nabil tak mampu bernafas secara normal seperti kita.
Sepanjang berada di wad Doktor cuba perlahankan oksigen dr 10 hingga 1 liter tapi paru-paru adik nabil masih tidak dapat bertahan dan terus menurun ke paras tidak normal.
Dia Anak OKU Terlantar
“Paru-paru Nabil tak elok untuk kedua-duanya. Dan tak berkembang. Dia anak OKU yang terlantar. Tak banyak bergerak dan kurang bercakap.
“Sepanjang diwad saya menjaganya macam biasa. Cuma buat masa ini Nabil berhadapan masalah tiub susu bocor.
“Tiub susu itu tebuk di perutnya. Masukkan susu dari situ. Bila bocor, itulah yang buatkan Nabil masih ditahan di wad.
“Doktor nak tunggu dia tertutup barulah dia boleh balik. Sebab itu dia kena puasa nak bagi lubang tertutup semula.
“Sebab itu badannya dah menyusut tinggal 17 kilo. Dah dua hari dia puasa. Selagi belum tertutup, selagi itulah dia kena puasa.” Sayu hati itu yang bimbangkan anak yang kini juga berhadapan saluran pernafasan sempit.
TABUNG KECEMASAN ADIK NABIL
Pembaca yang mahu membantu ibu adik Nabil membeli tabung oksigen konsentrator boleh menghulurkan sumbangan anda ke akaun:
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...