Pada awalnya, memang wanita ini ada mengadu sakit selepas pembedahan tapi doktor tak percaya, rupanya ada gunting di dalam perutnya.
Selepas dua bulan masih sakit, wanita ni nekad ke hospital semula kerana keadaannya masih sama.
Gunting Tertinggal
Akhirnya tanda tanya ibu kepada tujuh cahaya mata yang sakit selepas pembedahan terjawab apabila pemeriksaan mendapati gunting tertinggal di dalam perutnya.
Nurcihan Ogmen, 61, dari wilayah Aydin di barat daya Turki itu sebelum ini dimaklumkan sakit itu adalah normal selepas pembedahan dijalankan.
Perkara itu dimaklumkan doktor yang membedahnya di sebuah hospital swasta di Kusadasi pada 5 Mac lalu.
Agensi berita tempatan, AHaber berkata, lebihan kulit perut Nurcihan dibuang doktor ketika pembedahan.
Dia kemudian dibenarkan pulang keesokan harinya selepas menjalani pembedahan selama lima jam.
Ads
Namun, dia kembali semula ke hospital selepas mendapati ada bengkak selain sakit pada perut.
Mengadu Sakit Selepas Pembedahan Tapi Doktor Tak Percaya
Bagaimanapun, doktor hanya memaklumkan ia adalah perkara normal setiap kali selepas pembedahan dan sakit akan beransur pulih.
Ads
Selepas dua bulan, Nurcihan bersama suaminya pergi ke Hospital Negeri Soke untuk menjalankan pemeriksaan susulan kerana masih berasa sakit.
Apa yang mengejutkan, laporan imbasan sinar-X mendapati terdapat gunting pada bahagian kiri abdomennya.
Rupanya Ada Gunting Dalam Perut
Dia kemudian bertemu semula doktor yang melakukan pembedahan awal terhadapnya bagi mengeluarkan gunting itu.
Gunting yang tertinggal di dalam abdomennya berjaya dikeluarkan dalam pembedahan selama dua jam.
“Perut saya begitu sakit selepas pembedahan namun doktor tidak mempercayai apa yang saya katakan.
Ads
“Doktor hanya meminta saya bersabar dan tidak berminat untuk mendengar masalah yang saya hadapi,” katanya.
MW: Sebaiknya bila berdepan dengan masalah sebegini, dapatkan pendapat kedua seperti mendapatkan pandangan daripada doktor yang berbeza. Doktor juga manusia biasa. Betul tak?
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Penyakit Kanser menyerang tanpa mengira usia dan bila waktunya. Meskipun telah disahkan bebas dari sel kanser, tak mustahil jika ia boleh kembali menyerang. Apa yang penting tetap terus berjuang melawan penyakit ini, berani menjalani segala prosedur atas nasihat doktor.
Ketika saat ini, sokongan moral daripada anak-anak dan suami juga sangatlah penting dalam berjuang menghadapi penyakit ini. Sesibuk mana pun bekerja dengan pelbagai tugasan, anak-anak dan suami kena luangkan masa untuk memberi sokongan dan semangat positif pada pesakit.
Semalam, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 27 yang merupakan Ahli Parlimen Muar sempat meluangkan masa bergegas menziarahi dan menemani ibunya di hospital di Johor dalam kesibukan menghadapi sidang dewan di Parlimen.
Bekas Menteri Belia dan Sukan ini ada berkongsi di laman Instagramnya menceritakan bahawa ibunya merupakan seorang pejuang Kanser Payudara sejak 2013. Selepas 7 tahun, sel kanser tersebut kembali dan dikesan 2 minggu lalu.
Beliau turut meminta orang ramai agar mendoakan kesejahteraan mamanya Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz,57 yang akan menjalani pembedahan membuang sel kanser.
“Terpaksa tinggalkan Parlimen awal untuk ke Johor, demi mama.”
“My mum is a fighter.In 2013, she won the battle against breast cancer.”
“2 weeks ago, we found out that the breast cancer is back.”
“Tomorrow mama will be going through her operation to remove the cancerous cells.”
“Saya harap rakan-rakan boleh doakan untuk kesihatan mama.”
“Stay strong ma. I will be there with you all the way.”
MW: Sokongan moral dan kata-kata positif dari anak-anak dan ahli keluarga sangrus berjuang melawan penyakit ini. Semoga ibu kepada Ahli Parlimen Muar ini, terus cekal, diberikan kesembuhan dan kesihatan kembali pulih seperti sedia kala.
Musim panas ni, nak parking kereta pun asyik mengeluh! Kena pula parking kereta tempat tak berbumbung dan masuk-masuk rasa bahang lain macam. Nak pegang stereng kereta pun takut-takut. Lepas itu, pasang air-cond tak rasa apa. Terus buka cermin kereta belakang depan.
Ini biasa tetapi tahu tak sebenarnya ada cara lain nak elak kereta bahang ketika anda parking di tempat yang panas.
Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.
Sewaktu memandu pastikan anda tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.
Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka.
Bila anda nak parking kereta di kawasan tidak berbumbung dan ditambah pula dengan cuaca panas, jangan pula tutup flap air cond tu. Sebaliknya, anda kena biarkan ianya terbuka agar udara panas tidak terperap dalam kereta. Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas.
Menarik bukan? Lepas ini kalau nak parking kereta tempat panas, mak-mak tak perlulah turunkan cermin kereta sikit. Itu boleh mengundang kes pecah kereta!
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bercerita tentang kematian pula, pasti ada perkara yang menarik untuk dikupas terutamanya pandangan masyarakat tentang tanda-tanda kematian seseorang itu. Baik atau tidak mahupun dengan keadaan husnul khatimah atau su’ul khatimah.
Berkongsi cerita dengan salah seorang yang terlibat dalam menguruskan jenazah seorang nenek yang berusia 80 an di sebuah kampung yang terletak di Sik, Kedah.
Nenek Milah (bukan nama sebenar), tinggal bersama anak bongsunya yang sudah berkeluarga. Sejak kematian suaminya 25 tahun yang lalu, Nenek Milah hanya ingin tinggal dengan anak bongsunya sahaja kerana itulah anak yang paling rapat dengannya.
Sementelah, sepanjang tinggal bersama, Nenek Milah tidak pernah duduk diam. Tiap-tiap pagi dan malam, dia akan mengajar mengaji anak-anak jiran. Boleh dikatakan ibu bapa yang tinggal berhampiran mahukan anak-anak belajar mengaji dengannya. Tambahan pula, Nenek Milah tidak pernah mengenakan bayaran dan dia mengajar dengan seikhlas hati.
Selain daripada mengajar mengaji, Nenek Milah kerap menghabiskan masa dengan mendengar kuliah-kuliah agama dan solat waktu berjemaah di masjid atau surau berdekatan rumahnya. Ada masa, Nenek Milah diberi kepercayaan dan dipanggil untuk memandikan jenazah.
Tidak Sihat
Apa yang dilakukan itu adalah semasa diri Nenek Milah masih lagi sihat dan kuat. Namun, sejak kebelakangan ini, dia tidak lagi mampu mengajar al Quran atau dipanggil untuk menguruskan jenazah kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan. Makan dan minum pun diuruskan oleh anak bongsunya.
Hari-hari terakhir Nenek Milah, dia tidak sedarkan diri. Mungkin sudah tiba masanya, Nenek Milah meninggal sebelum sempat di bawa ke hospital. Jadi, segala urusan pengkebumian disegerakan dan ahli keluarga meminta anak-anaknya segera balik untuk memberi penghormatan terakhir.
Tersenyum & Air Mata
Apa yang diceritakan juga, sepanjang menguruskan jenazah Nenek Milah, semuanya cukup mudah. Entah bagaimana, sepatutnya ada tiga gulung kapas untuk digunakan dalam menguruskan jenazah tetapi hanya ada dua gulung sahaja. Walau bagaimanapun, dua gulung kapas itu sudah cukup digunakan.
Begitu juga, raut wajah Nenek Milah nampak berseri sekali dengan terukir senyuman seolah-olah dia sedang tidur. Di bahagian hujung matanya terlihat seperti ada air mata dan mayatnya seperti berpeluh. Semuanya senang diuruskan.
Perjalanan terakhir Nenek Milah ke negara abadi. Sebaik sahaja selesai solat jenazah, kelihatan mendung di langit. Saat selesai pengkebumian, hujan renyai-renyai mengiringi pemergian Nenek Milah.
Itulah yang berlaku pada arwah Nenek Milah. Pemergiaannya cukup dicemburui dan betullah apa yang dikatakan oleh orang ramai bahawa semasa hayatnya, waktu yang ada digunakan untuk beramal soleh dan dia sentiasa berbuat baik pada orang lain. Wallahu a’lam
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...