Perkara yang membuatkan hati wanita takut bila mendirikan rumahtangga tentulah penerimaan mentua dan ipar duai. Macam mana menantu perempuan nak bawa diri dalam keluarga baru.
Jangan pula bila kata bawa diri, menantu perempuan buat perangai sama macam rumah sendiri. Nak jadi diri sendiri. Kena ingat, kalau rumah sendiri, mak ayah pun dah faham. Tapi ini, rumah mentua.
Paling tak best bila mentua dan ipar duai berbisik tentang sifat kita yang tak disukai. Apa salahnya, ubah sedikit perangai dan pandai-pandailah bawa diri dalam keluarga mentua. Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Puan Marlia Ramli ini.
Bila BANGUN LEWAT GILA DI RUMAH MENTUA? Memang salah buat anda, menantu perempuan. Mentua dan ipar duai anda akan mula berbisik.
Menantu lelaki bangun tidur tengah hari pastu sambung tidur semula pun tak ada masalah. Siap maknya isteri hidangkan kopi cawan lapik untuk menantu lelakinya.
Ya… Imbalance ini memang berlaku.
Menantu perempuan ada expectation perlu dibuat. Menantu lelaki? Asalkan tak mencarut depan mentua dah kira soleh dah tu!
Ads
Beginilah anak-anak muda,
Akak sentiasa kempen jika rasa tak mampu nak bangun awal, tak mampu masuk dapur sebelum subuh, tak mampu nak meet expectation terhadap “typical menantu perempuan” – ajak suami tinggal di rumah sendiri.
Rumah sewa pun tak pe.
Rumah kecik pun tak pe.
Belajar berdikari.
Mudah nak jaga aurat.
Selesa ada ruang peribadi.
Rumah anda? Sukati andalah.
Asalkan anda suami isteri bahagia.
Sesekali balik rumah mentua?
Kau armed je alarm snooze level bingit telinga. Snooze seratus kali.
Ads
Ngam-ngam subuh je kau dah kat dapur bancuh teh.
Kau jenguk sinki ada pinggan dua tiga biji, kasi settle. Pastu kalau kau OCD pengemas sekalipun pun tak payah memandai ubah susunan dapur umah mentua kau. Mata kau sakit tengok? Pejam mata. Jangan memandai ubah apa-apa. Kau layan je style susunan mentua kau.
Pastu kau ye kan aja segala benda yang mentua kau cakap. Dia nak puji menantu lain ke, nak up anak dia ke, nak mengumpat jiran ke, nak puji diri sendiri ke, layan kan aja. Tak payah bantah bagai.
Masa nak balik kau salam berisi (amik dari poket suami kau). Mohon doakan saya Mak…
Kau gunalah dialog syahdu drama petang-petang. Pastu kau puji cakap kuih lepat yang Mak buat tu sedap.
Kau minta resepi walaupun dapur rumah kau tak penah berasap. Mak yang mula masam cam siput by auto akan senyum. Silap haribulan, kau lah menantu kesayangan.
Ads
Mentua kurang bunyi, ipar duai tak de modal nak melebih. Settle!
Wanita hari ni jangan lurus sangat. Pandai-pandai la be creative and be flexible mengikut keadaan.
Pembawakan diri tu sesuaikan ikut keadaan. Yang penting, Suami happy, isteri happy – cukuplah.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Bila balik rumah mentua, janganlah bawa perangai sama. Kalau tak sampai bila-bila pun tak berubah.
Bukan mudah mengekalkan jodoh yang panjang pada masa yang sama suami isteri diberikan kesihatan yang baik.
Jika di Malaysia, kita ada pasangan suami isteri tertua dan memiliki jodoh panjang iaitu Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang mencecah 64 tahun usia perkahwinan mereka. Manakala di luar negara sepasang suami isteri di Ecuador menjadi pasangan yang paling lama berkahwin apabila usia perkahwinan mereka sudah mencecah 79 tahun.
Pasangan Suami Isteri Tertua Dunia
Julio Ceasar Mora, 110, dan isterinya, Waldramina Maclovia Quinteros, 105, turut diiktiraf sebagai Guinness World Records sebagai pasangan suami isteri tertua hidup di dunia.Mora dilahirkan pada 10 Mac 1910, manakala Quinteros dilahirkan pada 16 Oktober 1915.
Mereka bertemu ketika cuti persekolahan di majlis perkahwinan kakak dengan sepupu mereka, menurut kenyataan Guinness World Records. Selepas tujuh tahun berkawan akhirnya mereka berkahwin pada 7 Februari 1941.
Bagaimanapun, perkahwinan itu hanya dihadiri rakan rapat sahaja kerana keluarga mereka menentang perkahwinan itu.
“Penyatuan keluarga dengan kasih sayang, saling menghormati, jujur dan pendidikan yang tepat berdasarkan nilai keluarga adalah kunci untuk hidup sihat,” kata pasangan itu dalam kenyataan mereka.
Pesara Guru
Kedua-duanya adalah adalah pesara guru dan mempunyai lima anak, yang semuanya berkelulusan kolej dengan 11 cucu, 21 cicit dan sembilan cuit. Bagaimanapun, anak sulung mereka meninggal ketika berusia 58 tahun.
Salah seorang anak perempuan mereka, Aura Cecilia mengatakan ibu bapanya selalu menonton filem dan teater bersama-sama, berkebun dan makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini mereka tidak dapat berkumpul kerana pandemik Covid-19.
MW:Tahniah buat pasangan suami isteri ini. Hampir 80 tahun hidup bersama menempuhi ‘asam garam’ dalam perkahwinan, ia bukan satu perkara yang mudah. Semoga diberikan kesihatan yang baik buat keduanya.
Pening kepala melihatkan rumah yang bersepah dengan keadaan dapur yang juga berselerak. Penat bekerja juga masih tidak terlerai, inikan pula melihat rumah yang kacau bilau. Itulah situasi yang sering melanda mak-mak dengan anak yang lebih daripada dua. Tambahan pula tiada pembantu di rumah, semuanya perlu dilakukan sendiri. Jangan panik dan jangan putus asa, cubalah tips di bawah untuk urusan rumah tangga yang lancar dan menggembirakan.
1. Sentiasa tersenyum dan bersikap positif.
Tetaplah tersenyum baik pada pasangan juga pada anak-anak anda. Si kecil akan lebih mudah diajak bekerja sama dan gembira mendengarkan perkataan yang baik-baik daripada mulut ibu mereka. Jangan panik dan jangan mula membebel. Membebel akan buat anda tambah stress!
2. Berkongsi tugasan
Tiada pembantu di rumah kedengaran agak mustahil untuk ibu seorang melakukan tugas rumah tangga. Kalau dapat suami yang tak perlu suruh dah buat, bonus untuk anda, tapi kalau yang perlu diketuk baru buat, jangan segan silu nak minta tolong. Buang sampah, masukkan kain dalam mesin basuh dan ampaikan, basuh bilik air dan sebagainya mungkin boleh diberikan tugas tersebut kepada suami. Selain melibatkan pasangan jangan lupa untuk libatkan juga anak-anak kecil anda.
3. membuat jadual harian
Menguruskan rumah tangga tanpa pembantu sebenarnya ada kebaikan juga. Ia membantu si kecil anda supaya lebih berdisiplin, teratur, pandai membahagikan masa di samping menggalakkan perkembangan motor mereka. Cuba buatkan jadual harian untuk si kecil anda bagi tempoh seminggu. Misalnya buat si kecil yang berusia 2-4 tahun, antara kerja rumah yang boleh anda bagi untuk mereka adalah seperti mengemas permainan mereka, memasukkan pakaian bersih yang telah dilipat ke dalam almari dan juga membantu menyiapkan meja makan. Setiap tugasan yang dibuat dengan baik selama seminggu berturut-turut wajar untuk anda memberikan mereka ganjaran yang bersesuain. Dengan cara tersebut, anak-anak tentu lebih teruja untuk terus membantu anda.
4. libatkan anak sesuai dengan umur mereka
Si kecil anda pasti gembira dapat membantu mama di rumah. Untuk anak yang lebih besar latihlah mereka untuk mengemas tempat tidur sendiri, meletakkan pakaian kotor di dalam bakul yang disediakan, menyidai tuala yang telah digunakan dan sebagainya. Ia sedikit sebanyak mengajar mereka untuk lebih berdisiplin dan teratur dalam kehidupan seharian dan juga sebagai persediaan untuk mereka meningkat dewasa.
5. Jangan menaruh harapan yang tinggi
Meminta bantuan si kecil di bawah umur 6 tahun. Jadi tak perlulah anda menaruh harapan yang terlalu tinggi buat mereka. Walaupun rumah masih lagi berselerak sekurang-kurangnya si kecil anda sudah boleh membantu. Mungkin tidak sesempurna anda tugasan yang diberikan kepada mereka tetapi ia sedikit sebanyak membuatkan anda rileks kerana si kecil boleh menguruskan urusan kecil mereka sendiri.
6. Tiada yang sempurna
Walaupun anda telah melakukan yang terbaik untuk mengatur rumah dengan anak-anak kecil, namun percayalah tiada seorang pun yang sempurna. Ada ketikanya apa yang direncanakan tidak berlaku seperti yang kita harapkan. Yang penting anda jangan panic dan lakukan apa sahaja yang anda buat dalam kemampuan anda, bukan untuk menunjuk-nunjuk atau merasa hebat. Paling penting anda punya keluarga yang harmoni dan bahagia. Itu pastinya melengkapi kehidupan anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pasangan adalah cerminan diri kita. Apabila telah hidup bersama sekian lama dan menghabiskan banyak masa bersama, kadang-kadang perkara kecil mula nampak besar di mata pasangan.
Suami Isteri Bila Makin Lama Hidup Bersama, Banyaklah Kelemahan Terserlah
Oleh itu, kita perulah ubah fokus dan cermin kelemahan diri sendiri juga. Terimalah pasangan seadanya, barulah hati berasa tenang dan rumah tangga bertambah bahagia.
Cara Atasi, Ubahlah Fokus
Ikuti perkongsian Nora Aida ini dan cuba fahami sebaiknya:
Nampak Besar Kesalahan
24 jam duduk bersama pasangan membuatkan kita lebih nampak dan memahami siapa pasangan kita sebenarnya. Mungkin sudah bertahun-tahun kahwin. Sebelum ini mungkin kita nampak kekurangan pasangan itu sebaldi. Namun semakin lama kekurangan yang nampak itu berbaldi-baldi.
Bila senang dan situasi tenang, ramai orang boleh buat baik. Namun bila situasi tegang, susah, saat ini perangai sebenar mula muncul. Kesabarannya setinggi mana, tolak ansurnya besar mana.
SAAT INI KITA PERLU BANYAK REFLEKSI DIRI. KELEMAHAN PASANGAN ITU AKAN NAMPAK SEMAKIN BESAR JIKA ITU YANG KITA FOKUSKAN. WALAUPUN KELEMAHAN ITU TETAP ADA, NAMUN IA NAMPAK SEPERTI SEMUT APABILA KITA UBAH FOKUS KITA.
Pasangan adalah cerminan
Prinsip saya, pasangan kita adalah cerminan diri kita. Cerminan sikap kita, cerminan hati kita, cerminan attitude kita pada Allah. Cermin besar, meliputi banyak faktor. Jadi saat ini, alihkan fokus untuk perbaiki diri, bersihkan hati.
Kenapa mata kita lebih banyak nampak kekurangan dan kelemahan pasangan? Mungkin hati kita penuh keladak, dan perlu dicuci. Selain alihkan fokus melihat kebaikan pasangan, konsistenlah untuk melihat kekurangan dan kelemahan diri. Fokus untuk perbaiki diri.
Dalam hidup, it’s not about apa yang kita terima, it’s about bagaimana respon kita terhadap apa yang kita terima. Pasangan kita ini adalah yang terbaik untuk kita. Terbaik dari segi apa? Wallahualam. Hanya Allah yang tahu.
Mungkin sikap pasangan kita, sebenarnya Allah hendak didik kita jadi manusia yang lebih sabar dan redha. Mungkin sebelum ini kita ni spesis kurang sabar, cepat melatah. Whatever baik atau buruk pasangan kita itu, itulah yang terbaik untuk kita. Pasangan kita, amanah kita.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...