Bukan seorang, dua daripada mak-mak berdepan dengan masalah hubungan mertua-menantu. Awalnya hubungannya baik dan indah, namun semakin lama bila masing-masing menunjukkan perangai sebenar, hubungan yang baik menjadi retak.
Sesungguhnya menantu datang daripada keluarga berbeza, dibesarkan juga dengan cara yang lain. Namun berhentilah anggap mereka orang luar. Mungkin ada beberapa perkara yang tidak kena di mata, sebaiknya berbincanglah demi hubungan mertua dan menantu yang baik.
Bekerja sebagai pendidik, waktu paling seronok adalah ketika kita dapat berkumpul beramai-ramai sambil menghadap bekalan selepas selesai kelas jam 10.00 pagi.
Macam-macam cerita yang kami bualkan. Hal anak- anak, cerita dalam kelas dan adakalanya berkongsi masalah pengurusan pelajar dan silibus.
Baru-baru ini keluar kisah hubungan mentua-menantu dan sesama ipar duai.
Kisah ini bermula apabila saya sendiri menceritakan keadaan diri saya setiap kali balik ke rumah mak kandung saya (baca: saya anak yang dari lahir dan tidak tinggal bersama ibu bapa kandung. Saya dipelihara oleh Arwah Aki dan Uwan).
“Akak kan, setiap kali balik rumah mak, akak ini macam tetamu. Bukan tak mahu buat apa-apa kerja tapi kekok. Rasa serba tak kena.”
“Eh, kak! Saya sekarang ini tiap kali balik rumah mak mentua, saya memang buat macam tetamu.
“Dah lama sangat jadi menantu dia kan, saya pilih untuk elakkan saya sakit hati kalau dia komen apa-apa bila saya usik barang di dalam rumah dia. Jadi, lebih baik saya terus tak buat apa,” seorang adik pula membalas.
Ads
“Kakak pun sekarang ini kalau balik rumah mentua pun sudah tak berapa nak sangat cakap lebih-lebih.
Maklumlah, adik-adik ipar pun ramai sudah besar, sudah ada keluarga. Cakap pun sudah makin lantang, makin tak jaga, jadi akak pilih untuk tak mahu cakap lebih-lebih.” Sampuk pula seorang kakak.
“Ye lah kan, apa- apa pun kita ni tetap orang luar.” Bak dirancang, ramai yang sepakat komen begini.
Saya sebetulnya punya pandangan hampir serupa, cuma barangkali rezeki saya lebih baik kerana dikurniakan arwah ibu mentua yang menganggap tiga menantunya sama seperti dia menerima tiga anak baru.
Jadi, sejak awal perkahwinan saya, kami tiada jurang. Kami bergaul baik dan mesra.
Bohonglah kalau saya katakan sepanjang tempoh itu tiada berkecil hati, terguris rasa sesama kami.
Tetapi, kami ambil pendekatan selesaikan dengan cara perbincangan dan saya harus syukuri nikmat dihadirkan kakak-kakak ipar yang mahu menganggap saya sebagai ganti adik mereka yang telah lebih dulu dipanggil pulang ke sisi Allah SWT.
Sungguh, sebaik menerima mesej kakak ipar kedua yang mengatakan saya bukan lagi dianggap sebagai adik ipar tetapi mereka mahu saya terima mereka sebagai kakak kandung, hati saya jadi lapang. Diri terasa bebas dan tenang.
Rata-rata, tidak dinafikan ramai daripada kita masih mempunyai mentaliti “menantu itu adalah orang luar”.
Entah mengapa, saya kurang bersetuju dengan kenyataan itu.
Ads
Keluarga Berbeza Tak Bermakna Menantu Orang Luar
Ya, menantu itu datang daripada keluarga berbeza, dibesarkan dengan cara yang tidak sama, mempunyai kebiasaan tidak sekata dengan kebiasaan keluarga kita tetapi berhentilah menganggap mereka bukan sebahagian ahli keluarga kita.
Saya tidak selayaknya memberi hujah panjang lebar tentang perkara ini. Tidak adil barangkali kerana saya tidak teruji dengan keadaan seperti yang sesetengah kita terpaksa harungi, namun saya perlu siapkan diri untuk menghadapi keadaan serupa bila tiba masanya untuk anak-anak saya sendiri berkeluarga.
Semoga saya mampu didik diri untuk berlapang dada menerima lebih dan kurangnya pembawakan diri seorang menantu itu dalam keluarga saya.
Walaupun Keluarga Berbeza, Cuba Sesuaikan Diri
Para menantu juga seeloknya belajarlah sesuaikan diri apabila memasuki alam berumah tangga.
Samalah juga bila kita mahu mentua dan ipar duai menerima banyak perbezaan kita berbanding cara hidup mereka, maka kita juga harus siapkan diri untuk biasakan diri dengan gaya hidup mereka.
Banyakkan toleransi dan cuba amalkan konsep faham-memahami dalam melayari alam rumah tangga. Sedih sebenarnya setelah berumah tangga sekian lama, masih ramai antara kita belum dapat mencari titik sefahaman dalam hubungan mentua- menantu- ipar duai ini.
Kembali kepada Allah, fahami konsep berkeluarga dan berukhuwah. Insya-Allah semuanya akan baik- baik sahaja. Allah pasti akan selalu menjaga kita terutamanya apabila kita tidak jemu meminta.
Ezatul Marini Mohd Ghazali
Acik Bawang Bu Guru
Penulis BLUR/ CLEAR/ MRS.PAPA/ BERANI BERHIJRAH
Tanjong Malim Perak
MW: Apa jua yang Berlaku, berbincanglah dengan baik. Jangan jadikan menantu atau mertua sebagai musuh, sudahnya nanti rumah tangga yang dibina pula berantakan. Jadi renung-renungkan ya.
Sumber: Acik Bawang Network
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Geramnya mak-mak, baru sahaja kemas ruang tamu, tak sampai lima minit bersepah balik. Ada sahaja barang mainan yang dikeluarkan dalam bilik stor. Buat mak nak marah, lepas main tak pula disimpan, dibiarkan begitu. Hinggakan ada barang mainan kecil dipijak. Sakit dan bertambah geram pula mak.
Sebenarnya, itulah yang biasa anak-anak lakukan. Bila bermain, dia akan tinggalkan dan mula mencari permainan baru. Kalau ada kawan bermain, makin ligatlah suasananya. Yang tak menahan, elok-elok main, tiba-tiba salah seorang menangis. Adalah benda yang digduhkan itu. Berebut mainan.
Walau bagaimanapun, sebagai mak-mak tak perlulah ‘straight’ pada anak. Biarkan sahaja mereka bersepah sebab itulah masa sedang berkreatif. Paling penting lepas main, kenalah kemaskan balik.
Perkongsian daripada Wawa Shauqi ada benarnya.
Setiap kali anak sepahkan rumah selepas kita usai mengemas, cuba ingat ini.
Mata pensel tajam pun diasah berkali-kali sebelum ia mampu menghasilkan tulisan yang memberi hikmah. Waktu diasah, ia akan mengeluarkan serpih-serpih pensel yang tak diperlukan.
I’m not sure if you can relate this.
But what I’m trying to say here is…
Rumah yang bersepah disebabkan anak yang sedang berkreatif di dalamnya, mungkin adalah madrasah buat seorang bakal saintis/ pereka/ pencipta/ pioneer di masa hadapan.
Mengeluh juga saya bila lihat rumah macam gini. Hanya SEMATA-MATA mereka nak menghasilkan 2 ‘ekor’ patung roblox yang ada pada tangan mereka itu.
Patung itu, hanyalah sebesar jengkal mereka sahaja.
Tapi itulah.
Bukan hasil yang kita nak lihat. Tapi PROSES.
Proses yang mereka lalui sepanjang nak buat 2 objek saiz sejengkal tu, melatih mereka banyak perkara :
Manipulasi peralatan berbahaya
Bereksperimentasi dan menyelesaikan masalah
Daya berfikir yang kritis
Toleransi terhadap stres, terutamanya bila buat tapi tak menjadi
Anak belajar bahawa kalau nak sesuatu, ada proses yang perlu dilalui
Menggalakkan eksplorasi dan keberanian untuk mencuba
Ajar Mengemas
Bila sudah bersepah begini, kita bolehlah ambil peluang untuk AJAR MEREKA MENGEMAS.
Ajar mereka apa itu tanggungjawab.
Dalam masa yang sama, saham mereka tinggi di mata calon-calon mak dan pak mertua nanti.
MW: Tak perlulah nak marah atau pukul sebab memang itulah cara dia dan dia tak akan faham. Cuma kenalah ajarnya kemas kembali bila dah sepahkan.
‘Bekerja seorang tanggung isteri, empat anak.’ Bila utamakan keluarga, insyallah cukup semua. Paling penting dahulukan yang mana lebih utama.
Seorang suami jika dia mengutamakan isteri dan anak-anak daripada kepentingan sendiri insyallah berkat dan murah rezekinya. Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaakob ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Bekerja Seorang
Di tempat kerja saya ini ada seorang ‘abang’. Abang tak abang juga pasal lagi berapa tahun nak pencen sudah dia.
Abang ini seorang saja yang bekerja. Isteri dia suri rumah. Ada anak 4 orang. Dari dulu sampai sekarang memang dia seorang saja yang bekerja cari rezeki untuk keluarga.
Kadang saya teruja nak belajar dari orang-orang macam ni. Macam mana dengan bekerja seorang diri dapat tanggung keluarga. Dan cukup semua. Siap ada dua buah rumah pula lagi. Kisah begini lebih dekat dengan realiti. Kisah kebanyakan kita sehari-hari.
Isteri dan keluarganya adalah paling atas buat dia lebih dari semuanya.
Di office, dia makan biasa-biasa. Kadang beli nasi dengan kuah kari saja. Ada masa nak sedap sikit letak ayam satu. Banyak masa dia makan apa yang ada. Janji perut kenyang dia kata.
Tapi setiap hari Isnin dia akan bercerita. Semalam makan udang celup tepung di Kuala Selangor. Ada masa pagi-pagi datang kerja dia bagitahu ada kedai Western yang sedap. Semalam dia ke sana dengan anak isteri. Sebab isteri ajak pergi.
Bila Utamakan Keluarga
Rupanya dia tak makan sedap di office sebab dia nak makan sedap dengan keluarga dia. Untuk dia tak apalah yang biasa-biasa. Supaya dia boleh bagi untuk keluarga yang extravaganza.
Kalau buat makan-makan di luar yang tak mampu dia bawa semua, dia rela tak pergi. Dia kata tak sampai hati nak makan sedap tanpa ada anak isteri. Lepak-lepak lepas kerja tu memang tidak ada. Nak balik cepat. Nak tengok di rumah ada apa kena buat.
Kalau isteri sakit dia cuti. Biar demam biasa pun. Katanya macam mana nak tinggal. Nanti siapa yang nak masak. Tak akan isteri yang sakit itu pula nak masak. Takkan dibiar dia seorang hendak urus anak.
Saya ceritakan kisah ini supaya kita perhati. Dalam saat ramai berkisahkan suami kena sediakan emas. Suami kena sediakan duit sebanyaknya. Suami kena bagi harta benda.
Di TikTok dan media sosial merata-rata orang tunjuk hadiah dan mewah yang suami bagi pada isteri. Lalu kadang mengusik kentalnya hati kita yang rasa sudah cukup serba-serbi.
Kadang suami kita usaha bekerja bagi rezeki buat semua. Buat kita. Dan ada juga keluarga dia. Kadang sudah buat berbagai cara. Tapi rezeki dia cukup seperti itu sahaja. Secukup rasa. Tak mewah tapi ada semua.
Tapi dia ada banyak nilai baik. Yang kecil-kecil. Yang kadang masa dia tiada baru kita terasa betapa besarnya nilai kecil yang dia buat pada kita. Benda yang kadang tak nampak. Sebab dia bukan bentuk material.
Dan dia atas semuanya…
Yang mencari rezeki adalah kita. Tapi yang memberi kecukupan adalah Dia. Yang beri bahagia itu bukanlah pada banyaknya. Tapi yang beri bahagia itu adalah pada berkatnya. Berkat pada dua-dua hati yang saling berusaha bahagia membahagia.
Suami Isteri Bergaduh Itu Biasa, Limitnya Cukup Sehari, Jika Lebih Itu EGO
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tentu ada masanya akan ada juga berlaku perselisihan faham. Adat dalam berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Dalam sesebuah rumah tangga, jika tiada sedikit perselisihan faham maka akan hambarlah kehidupan berumah tangga.
Bagaimanapun, janganlah terlalu ikutkan ‘kepala’ masing-masing sehingga akhirnya merosakkan sesebuah rumah tangga yang dibina.
Melalui perkongsian Firdaus Shakirin kita lihat mengapa ego itu ‘bahaya’ dalam rumah tangga.
Bergaduh dengan pasangan, limitnya cukup dengan sehari semalam..
Kalau lebih dari itu, itu EGO..
Bergaduh pagi, ptg baik balik.. Bergaduh petang, malam baik. Bergaduh malam, keesokan pagi kena baik. Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari-hari.
Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain.
Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia.
MASING-MASING ADA EGO
Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang PALING EGO dalam rumah tu..
Lelaki ada ego, perempuan ada ego..
Kena tahu ego ini kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri.
Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.
LAMA-LAMA AKAN JADI MENYAMPAH
Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita.
Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.
Percayalah, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi.
Siapa salah, dia mintak maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan. Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat.
Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut. Mudah bukan?