Topik curang merupakan topik panas berzaman dan mengambil masa untuk berdebat. Mingguan Wanita Talkshow hari ini menerusi slot Cerita Dalam Kain mengambil jalan tengah untuk membincangkan isu Curang-Cinta atau Suka-suka.
Kali ini Erra Fazira, Elizad dan Norman Hakim bergandingan demi mengupas topik suami, isteri ini dengan lebih mendalam. Pelakon Nadya Syahera Rosli menjadi tetamu jemputan berkongsi pengalaman bagaimana dirinya menghadapi kemelut rumah tangga apabila sang suami memilih untuk curang.
Namun menerusi pendedahan Nadya, segala masalah bersama suami kini bertamabh baik apabila dirinya memberi peluang kedua untuk suaminya berubah. Biar pun ujian ini berat, tetapi segalanya dilakukan demi anak-anak tercinta.
Dalam masa yang sama Nadya turut berkongsi tip bagaimana untuk berhadapan dengan situasi getir dalam rumah tangga iaitu lakukan apa yang kita rasa ianya terbaik untuk diri kita dan anak-anak dengan cara yang betul. Lagi satu, komunikasi adalah aspek yang penting dalam hubungan suami, isteri.
Berikan Ruang Insan Menumpang Kasih
Selain Nadya Syahera, Rahim Sepahtu turut diundang dalam membicarakan isu ini. Menurut Rahim, berpoligami bukanlah bermakna dia tidak bahagia dengan isteri pertama. Segalanya sudah mencukupi namun ada insan lain ingin menumpang kebahagiaan sedia ada.
Sebagai lelaki, dia sentiasa pastikan kasih sayang yang diberikan sama rata agar kedua-duanya berpuas hati dan tiada berkecil hati. Nasihat sebagai seorang lelaki dan suami, sebagai ketua keluarga, leaki sebaiknya harus bijak mengimbangi dengan apa yang dibuat dan sudah tentu perlu bertanggungjawab.
Pihak ke-3 Boleh Di Dakwa
Manakala Pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Yasmin Hanani Mohd Safian, mendedahkan bahawa isu curang ini mampu diselesaikan di mahkamah. Malahan pihak ketiga yang didapati mampu mengheret rumah tangga ke arah kehancuran sama ada keluarga, kawan-kawan atau netizen juga boleh didakwa di mahkamah.
Umumnya mengetahui bahawa curang dengan pasangan adalah merupakan dosa besar. Tambahnya menjadi lumrah sama ada lelaki atau wanita untuk berlaku curang, tetapi sebaiknya sebagai manusia kita seharusnya mengawal nafsu dan ikutlah hukum syarak yang betul.
Bagi yang ketinggalan dan mahu menontonnya, jangan lupa saksikan siaran ulangannya pada jam 5 petang ini di Astro Prima 121.
Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada tetamu dan juga Pakar, hubungi Talian Teman Wanita Anda di 03-8938647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan ketika program ini ke udara secara rasmi esok. Jangan lupa saksikan Mingguan Wanita Talk Show esok, dalam topik “Jari Punca ke Neraka”.
#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimaHD121
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI