Mata grey cantik, ramai ibu mengandung berkenan Nur Aisywara Nealofa anak Mua Bellaz. Ramai ibu-ibu mengandung pasti menginginkan kelahiran anak comel.
Satu perkongsian dari jurusolek dan usahawan terkenal, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Binti Zulyadaini, 28, wajah anak keempatnya, Nur Aisywara Nealofa yang dilahirkan pada 29 Julai 2022 yang lalu menarik perhatian dari ramai pengikutnya.
Ini kerana wajah bayi kecil itu amat comel ditambah matanya yang berwarna grey menyerlahkan lagi cantiknya wajah bayi kecil ini.
Tak hairanlah dari video dikongsinya, ia menarik perhatian ramai hingga ditonton 1.9 juta pengikutnya. Tapi paling utama ramai mengiyakan mata Aisywara Nealofa yang berwarna grey umpama dipakaikan lens, sama seperti kesukaan ibunya ketika membuat live tutorial make-up.
Bahkan ada berkata, ia mungkin kenan pada anaknya. Tapi seperti sedia maklum, MUA Bellaz sendiri mempunyai wajah kacukan Turki-Melayu ditambah suaminya, Anuar Ahmad juga seorang yang good looking.
Ramai juga bertanya apakah amalan dilakukannya semasa mengandung kerana ramai ibu-ibu mengandung berkenan melihat wajah comel Aisywara Nealofa bahkan ramai mengimpikan memiliki anak secomel itu. Namun ia belum dijawap oleh Mua Bellaz kerana kesibukannya barangkali.
Ada mengatakan amalkan surah Yusof dan Maryam kerana surah Yusof boleh menyebabkan anak dilahirkan menjadi cantik dan kacak bagaikan Nabi Yusof, manakala surah Maryam bertujuan memudahkan ibu mengandung bersalin bagaikan ketika Maryam melahirkan Nabi Isa AS.
Ads
Harus diingat tiada sebarang dalil sama ada daripada al-Quran dan sunnah yang menjelaskan bahawa dua surah dimaksudkan itu terbaik untuk diamalkan oleh ibu mengandung kerana semua ayat Al-Quran yang diturunkan adalah terbaik diamalkan.
Semua anak dilahirkan cantik dan didoakan agar dipermudahkan kelahiran pada bakal-bakal ibu.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai mak ayah, kadangkala luluh hati tengok perjalanan persekolahan anak-anak. Terkejar sana sini, bagai tak cukup waktu. Pagi ke sekolah lain, petang sekolah lain. Itulah cara terbaik membentuk jati diri dalam diri anak, menjadikannya seorang yang kental dan tahan cubaan di masa depan.
Proses ‘memanusiakan’ anak ini, sebenarnya memerlukan pengorbanan bukan saja anak, malah mak ayah juga. Kena sama-sama ambil peranan, barulah anak-anak melalui rutin wajib mereka dengan hati kental dan lapang.
Sama seperti anak-anak yang lain, tak terkecuali anak-anak Angkasawan Negara ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, mereka juga melalui rutin persekolahan yang padat. Baik Sophea Isabella mahupun Sophea Natasha sejak kecil ayah ini sudah menerapkan konsep pendidikan dan pembelajaran yang begitu baik buat anak-anaknya.
Dalam rutin yang kental, anak-anak ini tetap positif setiap kali perlu berdepan persekolahan, peperiksaan mahupun aktiviti outdoor mereka.
Tetap, hati ayah ini yang mengambil berat akan perihal anak-anak sedikit sebanyak tersentuh jiwa. Ketika melihat anak keduanya tertidur dalam perjalanan ke sekolah agama, ini doa dan pengharapan yang Dr Sheikh Muszaphar titipkan untuk anak keduanya itu.
“Hati mana tak luluh melihat si anak bekejar-kejar dari satu sekolah ke sekolah yang lain. Balik rumah makan tengahari … salin pakaian dan terus bergegas ke sekolah . Lebih lebih lagi ni minggu exam . Kertas Akhlak, Tajwid dan Feqah Sayu menyucuk kalbu … Ikut kehendak ingin dibelai dan dipeluk erat. Tapi inilah hakiki Demi kebaikan mu wahai Si anak Supaya kuat dan tabah Terus berjuang untuk Ummah Suatu hari kamu akan mengerti Mengapa Ayah mendorongi Harapan si Ayah agar Tasha memahami Dan pastinya akan mensyukuri Amiinn.
Be strong my beloved Sophea Natasha Daddy will always be there for you.”
Malah, Dr Sheikh Musaphar juga tidak putus mendoakan kemudahan menjalani urusan harian untuk anak-anaknya yang lain. Sentiasa positif untuk menjadikan anak-anak lebih positif menjalani rutin harian mereka.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar, 48 dan isteri, Datin Dr Halina, 39 tahun dikurniakan enam cahaya mata, Sophea Isabella, Sophea Natasha, sepasang kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah dan sepasang kembar, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.
Cita-cita untuk berkahwin awal membuatkan Elyana nekad untuk melamar suaminya dahulu. Malah tak kisah pandangan orang lain dengan istilah ‘perigi cari timba’. Sekaligus ia demi mencapai impian untuk bergelar seorang ibu.
Pelantun lagu popular Kalis Rindu, Erneelya Elyana Emrizal, 35 mendedahkan perkara tersebut menerusi hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini.
“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal.”
“Sebab tu saya yang MELAMAR suami saya..masa tu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin.”ujarnya.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin,47 pada tahun 2010. Usia perkahwinan yang memasuki 12 tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, 12 dan seorang anak angkat, Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Ternyata jarak usia 12 tahun bukanlah penghalang dalam mengecap bahagia. Malah sehingga kini Elyana bahagia melayari bahtera bersama suami tercinta yang sentiasa berada di sampingnya.
Sementara itu, Elyana yang juga merupakan seorang pejuang kanser melahirkan rasa syukur apabila dirinya bebas sepenuhnya daripada kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.
Mingguan Wanita:Wah tak sangka Elyana yang melamar suami dahulu.Bagi wanita, jika sudah berjumpa jodoh dan pasangan yang serasi, memang tiada salahnya untuk ‘memulakan langkah’ melamar kekasih hati dahulu. Tiada istilah ‘perigi cari timba’ untuk tujuan yang baik. Lambat-lambat nanti melepas! opps.
Berat Badan Elyana Bertambah, semakin berselera nikmati juadah. Selepas menerima perkhabaran gembira dirinya pulih dan bebas daripada kanser limfoma tahap empat Elyana berasa sangat lega.
Bagaikan satu bebanan yang dipikul selama 10 tahun tiba-tiba hilang, Elyana akui dirinya bersyukur kerana doanya dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.
Berat Badan Elyana Bertambah
Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal tidak mahu gembira terlalu awal ini kerana kanser boleh hadir pada bila-bila masa saja. Seperti mana yang dilaporkan Berita Harian, Elyana juga akui berat badannya juga semakin bertambah daripada berat badan hanya 35 kilogram (kg), sekarang sudah mencecah 60 kg.
“Alhamdulillah selepas lebih 10 tahun, doa saya dimakbulkan. Saya rasakan diri ini bagai dilahirkan semula.
“Iya, berat badan saya bertambah. Salah satu sebab adalah steroid dan selera makan saya sudah datang balik.
“Jadi, daripada berat badan hanya 35 kilogram (kg), sekarang sudah mencecah 60 kg. Sejujurnya, saya tidak berpantang makanan dan disebabkan itu, ramai netizen mengecam saya,” ungkap Elyana.
Makan Tetapi Berpada-Pada
Ibu kepada dua cahayat mata Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani ini turut berkongsi pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.
Malah wanita yang kuat semangat ini akui pada waktu itu dia berasa sangat lemah. Malah mentalnya turut terkesan dek kerana dirinya berasa sakit.
“Selepas itu, saya teruskan macam biasa, nak makan apa, saya makan tetapi berpada-pada.
“Sebab bagi saya, semuanya yang diambil berlebihan akan memudaratkan,” ujar Elyana yang turut menjual baju, tudung serta kuih tradisi iaitu semperit sepanjang Ramadan ini.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...