Hari ini, hari ketiga Allahyarham Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan, 32 atau Abam Bocey meninggalkan dunia yang fana. Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak tempat Allahyarham dikebumikan juga tak sunyi dari kunjungan orang ramai yang mengenali Allahyarham Abam.
Termasuklah rakan-rakan artis malah insan-insan yang pernah dibantu oleh Abam tanpa sesiapa pun ketahui tak putus-putus menziarahi pusara Abam yang disayangi ramai ini.
Terkini, pelawak, Shahrol Shiro atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Bin Azmi berkongsi momen-momen berada di pusara arwah Abam. Shahrol kelihatan membacakan doa di kubur yang masih merah itu.
Turut kelihatan di tanah perkuburan itu, rakan baik Abam, Achey bersama isterinya. Shahrol juga menziarah ibu Abam yang duduk berkerusi roda. Sebak melihat keadaan ibu yang masih sugul dengan pemergian anak yang telah meninggalkannya untuk selamanya.
Kubur Abam Tak Putus-putus Diziarahi
Kongsi Shahrol di ruangan instagramnya,
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tapi tentang siapa yang mau berbuat baik.. Kita baik ramai yang sayang..Terima kasih kerana mengajar kami sesuatu yang sangat bernilai dalam kehidupan ini..
Salam takziah buat semua ahli keluarga.. @acheykintangkintung dan @fadbocey jangan patah semangat.. Teruskan berkarya memberikan manfaat buat semua..
Semoga roh Allahyarham @abam_bocik ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman.. Alfatihah
Al Fatihah..
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـن ِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّ.حِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
MW : Sebagaimana yang pernah dituturkan oleh Allahyarham, ‘orang baik ramai sayang’ begitulah seharusnya dipelajari dari kata-kata ini. Teruslah berbuat baik, agar sehingga tiada pun jasa mu masih dikenang orang.
Sumber/Foto : Shahrol Shiro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bulan Ramadhan Hampir Tiba, Ini 5 Persiapan Golongan Mak-Mak Patut Lakukan!
Isi Kandungan
TogglePejam celik lebih kurang dua minggu lagi umat Islam akan melalui bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadhan. Dalam bulan suci ini, tak lain tak bukan golongan mak-maklah biasanya yang akan jadi paling sibuk pada bulan ini. Mana kan tidak dari celik mata untuk sediakan menu bersahur untuk keluarga, kejutkan anak-anak dan suami bangun bersahur, menyediakan juadah berbuka, dan sebagainya.Bahkan lazimnya pada bulan puasa juga, mak-mak harus bersedia untuk persediaan menyambut Hari Raya.
Oleh itu, persediaan dari segala aspek diperlukan untuk memudahkan lagi kerja mak-mak, melancarkan urusan agar tidak kelam kabut dan lebih bersedia pada bulan ramadhan nanti.
Berikut antara tip persediaan yang mak-mak boleh pertimbangkan;
1.Menu Sahur Dan Juadah Berbuka
Lazimnya bagi mak-mak, penyediakan untuk menu sahur dan juadah berbuka adalah paling penting pada bulan ini. Sebenarnya ia bergantung kepada selera keluarga itu sendiri. Ada yang memilih menu ringkas seperti buah kurma,oats dan susu.Ada juga yang memilih hidangan berat seperti nasi dan lauk pauk.Bagi memudahkan kerja, ketika masak untuk berbuka, lebihkan sedikit lauk pauknya agar boleh dipanaskan ketika waktu bersahur.
Bagi mak-mak yang bekerja pula, pada cuti hujung minggu boleh sediakan pes masakan mahupun bawang-bawang dan cili kisar lebih awal untuk memudahkan kerja-kerja memasak ketika hari bekerja nanti. Seperti pes asam pedas, kari, kurma dan sebagainya. Jadi tinggal masukkan sahaja lauk seperti ayam, udang, ikan dan sebagainya.
2. Ganti Puasa Dan Ajak Anak-Anak Puasa Sunat
Bagi wanita yang masih belum habis puasa qada tahun lepas, pastikan kewajipan puasa tersebut diganti segera sebelum tiba bulan ramadan agar tidak dikenakan fidyah.Jika sudah habis mengganti puasa, biasakan diri pula dengan amalan melakukan puasa sunat. Boleh ajak anak-anak sekali turut berpuasa sunat agar melatih diri mereka sebelum ketibaan ramadhan nanti.Tingkatkan jadual tadarrus Al-Qur’an dan biasakan anak bangun lebih awal (sejam atau setengah jam sebelum subuh) dengan mengajaknya solat bersama sebagai latihan menyambut ramadhan tidak lama lagi.
3.Persiapan Raya Lakukan Lebih Awal
Persiapan menyambut raya memang selalu menjadi perhatian buat golongan mak-mak. Baik dari segi pemilihan baju raya, kuih raya, tukar langsir mahupun deko rumah. Jika berhasrat untuk buat kuih raya, buat lah lebih awal ataupun lebih mudah beli sahaja.Begitu juga dengan persediaan baju raya dan dekorasi rumah. Bukan apa, Ramadahan datang hanya setahun sekali, sayang sekali jika golongan mak-mak ni terlepas masa solat terawikh apatah lagi di 10 malam terakhir yang menawarkan malam Lailatul qadar. Jadi lakukanlah semua persediaan ini lebih awal.
4.Tingkatkan Ilmu Berkaitan Ibadah Berpuasa
Sebelum tibanya bulan ramadhan waktu inilah, seharusnya mempertingkatkan ilmu-ilmu dan persiapan jiwa berkaitan ibadah berpuasa.Semak dan pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan.Kenal pasti amalan sunat yang amat digalakkan dalam bulan Ramadan seperti Tadarus Al Quran, Solat Tarawih, Qiyamullail, bersedekah, iktikaf di masjid dan majlis ilmu agar puasa kita benar-benar diterima oleh Allah.
5. Berdoa Agar Diberi Kesempatan Bertemu Ramadhan
Akhir sekali meskipun ramadhan semakin menghampiri, namun tak semua berkesempatan menemuinya.Berdoalah agar Allah swt memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.
(HR. Ahmad dan Tabrani)
Insya-Allah, dengan semua persediaan ini, semoga golongan mak-mak lebih bersedia menghadapi bulan ramadhan dan dikurniakan ganjaran yang besar pada bulan Ramadhan nanti.
Semoga bermanfaat!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
’Doa Ibu Paling Mujarab’ Nasihat Murah Rezeki Joy Revfa, Pedas Lagi Padu!
Isi Kandungan
ToggleUsahawan terkenal Joy Revfa ini memang gigih bila masuk bab kerjaya. Sebagai ibu tunggal, Joy tak meletakkan status dirinya untuk berserah saja pada nasib. Wanita ini gigih membina empayar dengan formulanya yang tersendiri.
Lihat bagaimana Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin membangunkan Merve Cosmetics. Macam-macam idea segar yang buat ramai terpesona. Apa pun pengasas produk kecantikan ini ada rahsia sendiri yang membuatkan rezekinya sentiasa murah.
“Dari siang sampai tengah malam kat ofis ni perah otak dan bertungkus lumus semata-mata nak kukuhkan empire yang saya bina sendiri bersama expert-expert staff yang setia di sini.”
“Saya bina semua ni dengan usaha sendiri tanpa tajaan duit atau pump duit dari “Laki orang / ahlong / sugardaddy / duitmakbapak / atau tak payah jadi sugarbaby / gundik / gf somebody pun saya boleh survive dan bina empire sendiri.”
“Ingat ladies, cuba cabar kemampuan diri sendiri untuk all out!”
Kita ni bukan kaum yang lemah sangat sampai terpaksa jadi “perempuan simpanan” nak rasa kemewahan dan kecapi kejayaan.
“Yang utama, jangan lupa kan Ibu kita kerana doa dari seorang ibu paling mujarab untuk kita sampai ke level yang diimpikan selama ni, insyallah.”
Cara Kerja Joy Revfa Sampai Boleh Berjaya Tahap Sekarang
Pertama : FAST ACTION! Kerja Kena Cepat Dan Pantas
Di MERVE HQ, expert-expert yang bekerja dengan saya tahu lah cara kerja saya macam mana dan make sure semua kena fast action. Kita kena laju & pantas. Pantas buat keputusan. Pantas buat tindakan.
Bukan hari ni plan, lepas sebulan baru bertindak! Kalau singa pun boleh bertukar jadi Naga. Even kita nak purchase internet pun nak speed paling laju! Orang sanggup bayar lebih mahal untuk sesuatu yang SEGERA, CEPAT & PANTAS..! So please speed up!
Kedua : Stop Bagi Alasan Bodoh
Memang saya selalu tekan kan pada expert-expert yang bekerja dengan saya kena buang sikap bertangguh dan stop bagi alasan bodoh!
Syarikat ni bukan nak tunggu mereka yang lembab dan blur blur katak! Disebabkan seorang staff yang tak pandai jaga customer service, tak pandai service client/stockist, segala benda slow macam kura-kura, last-last pengasas la sasaran utama kena maki hamun dengan customer!
Ketiga : Kerja Jangan Main-main, Jangan Taip Whatsapp Macam Budak Wechat
Sebab tu saya sangat ambil berat setiap department yang ada dalam syarikat dan make sure expert-expert di sini kena selalu upgrade RAM processor otak tu!
Kerja dengan saya jangan main-main, slow dan jangan taip whatsapp macam budak wechat! Tapi alhamdulillah kerana expert-expert yang saya ada sekarang semua dah banyak belajar & lama-lama mereka jadi semakin awesome.
Komited dan fokus pada sasaran kita. Sebab kita sebagai Pengasas/Usahawan, bukan nak bina empire semata-mata nak sara diri tetapi kita nak bina KEKAYAAN & KEJAYAAN.
If you’re not going to swim deep with me then get out of my waters. Thanks to all of my beloved Merve Cosmetics HQ experts staff!
Haa.. itu antara rahsia kejayaan ibu muda ini. Mana-mana yang nak jadi usahawan atau berniaga tu boleh praktikkan idea kejayaan lagi murah rezeki dari Joy Revfa yang juga ibu kepada Arryan Firdaus.
Sumber/Foto : Joy Revfa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Segera Mohon Tabung Khas Wanita Kedah, Boleh Dapat Bantuan Maksimum RM1,000! Untunglah..
Isi Kandungan
ToggleBerita baik buat golongan wanita yang tinggal di Negeri Kedah, segeralah membuat permohonan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah ini.Tabung Khas Wanita yang merupakan sebahagian daripada 10 janji manifesto PH Kedah kini dibuka kepada pemohon yang layak, berkuatkuasa 1 Februari lalu serta tidak memerlukan pembayaran semula.
Menurut Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan, Halimaton Shaadiah Saad berkata, tabung ini diwujudkan atas keprihatian membantu golongan wanita kurang berkemampuan atau dilanda musibah, bencana atau kesempitan hidup sebagai ketua keluarga.
Menurutnya, sumbangan daripada tabung ini diberikan secara ‘one off’ dengan jumlah maksimum RM1,000.
“Tabung Khas Wanita ini lewat dilancarkan susulan kita mencari mekanisme terbaik bagi permudahkan permohonan, ia diselaraskan bawah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) dan sebuah jawatankuasa antaranya, dianggotai wakit JKM dan pejabat Menteri Besar,” katanya.
Peruntukan RM500,000
Halimaton Shaadiah berkata, sebanyak RM500,000 diperuntukan kepada Tabung Khas Wanita, yang dikendalikan badan pengurusan kerajaan negeri yang dilantik.
“Tabung ini juga khusus untuk membantu golongan wanita yang mahu memajukan perniagaan kecil atau perusahaan di rumah secara kecil-kecilan, bagi meningkatkan taraf ekonomi seperti berniaga nasi lemak, menjual kuih, anyaman dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya, antara syarat ditetapkan kepada pemohon adalah anak kelahiran Kedah, bermastautin di negeri ini selama 10 tahun selain pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.
“Kita cuba bantu dan akan kaji setiap permohonan, kategori juga diperluaskan kepada ibu tunggal, wanita yang ditinggalkan suami, wanita yang menjaga suami terlantar, wanita tidak berkahwin dan memelihara anak angkat,”katanya.
Halimaton Shaadiah berkata, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang diperoleh di Pusat Khidmat ADUN atau Pejabat penyelaras Dun kawasan masing-masing.
“Untuk mudahkan, pemohon juga boleh isi borang menerusi kaedah imbas kod bar pada risalah selain muat turun borang di laman web kerajaan negeri Kedah, permohonan dibuka sepanjang tahun. Hanya isi dengan lengkap dan dapatkan pengesahan diperlukan,” katanya.
Isi Maklumat Lengkap
Menurutnya, pihaknya berharap data maklumat diisi dengan lengkap agar setiap permohonan dapat dipertimbangkan susulan tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP).
“Pemohon yang gagal akan dimaklumkan agar mereka tidak ternanti-nanti keputusan. Beberapa pejabat ADUN sudah pun diserbu bagi mendapatkan borang permohonan namun jumlah pemohon tidak dapat dipastikan kerana belum dihantar kepada jawatankuasa,”
Tambahnya, borang ini juga sebagai pengkalan data bagi memudahkan pemantauan selain untuk memudahkan bantuan diagihkan, sekiranya pemohon lebih sesuai dirujuk untuk bantuan lain seperti JKM, persekolahan, zakat dan sebagainya.
Perkara Perlu Mengenai Tabung Khas Wanita Negeri Kedah;
Antara Objektifnya adalah :
- Bantuan Kewangan ini menandakan keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu golongan wanita kurang berkemampuan.
- Membantu wanita yang dilanda musibah, bencana atau kesimpatan hidup sebagai ketua keluarga.
- Membantu golongan wanita terutamanya yang ingin memajukan perniagaan kecil atau perusahaan di rumah secara kecil-kecilan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Antara SYARAT UTAMA permohonan adalah :
▶ Tabung Khas Wanita Kedah ialah salah satu daripada 10 Manifesto Kerajaan PH Negeri Kedah yang akan mula dilaksanakan
▶ Setiap pemohon yang layak dan berjaya akan menerima bantuan one-off MAKSIMUM RM1000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi tujuan memulakan hidup atau perniagaan atau apa-apa sahaja keperluan
▶ Ini adalah sumbangan dan bukannya pinjaman
▶ borang permohonan boleh didapati di setiap Pusat Khidmat Dun/Penyelaras Dun seluruh negeri Kedah. Bagi mereka yang tak berkemampuan untuk datang ke Pusat Khidmat, wakil Pusat Khidmat akan terus ke rumah dan membantu mengisi borang permohonan.
▶ Permohonan yang tidak berjaya juga akan diberi maklum balas
▶ Tidak semestinya perlu berdaftar dengan E-Kasih
▶ Jumlah sumbangan yang layak akan ditentukan oleh panel Jawatankuasa Tabung Khas Wanita Negeri Kedah
Syarat utama pemohonan :
1. Ditinggalkan suami
2. Ibu tunggal
3. Menjaga ibu/bapa/penjaga sakit terlantar
4. Menjadi ketua isi rumah disebabkan suami sakit terlantar dan hilang punca pencarian
5. Tidak berkahwin tetapi mempunyai anak peliharaan @ tanggungan
6. Keperluan bantuan kewangan bg meningkatkan aktiviti ekonomi bg tambah pendapatan kluarga
7. Ditimpa musibah atau bencana
8. Lain lain nyatakan
*borang lengkap diisi beserta cop pengesahan yb adun @ pusat khidmat /penyelaras dun
* sediakan document berkaitan
Note: link untuk download borang.
Syarat dan terma boleh rujuk di gambar di bawah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Diharap para wanita yang tinggal di Kedah dan memenuhi syarat yang diperlukan, merebut peluang yang diberikan ini. Kongsikan maklumat ini pada wanita yang memerlukan.
Sumber: Sinar Harian & Pusat Khidmat Dun N10 Bukit Pinang
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI