Penerima anugerah. Bukan biasa-biasa ni. Kadang terfikir macam mana cara mereka belajar. Adakah 24 jam dengan buku gamaknya tau memang otaknya bergeliga.
Malah, tiada yang lebih membahagiakan apabila penat lelah belajar selama ini membuatkan hasil. Bukan setakat merangkul ijazah yang diimpikan oleh setiap pelajar tapi turut menjadi penerima anugerah khas yang telah diberikan oleh pihak universiti.
Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja Majlis Konvokesyen UKM
Lee Jun Xin, anak kelahiran Sabah yang menerima Anugerah Pelajaran DiRaja. Dia adalah graduan Fakulti Perubatan yang menamatkan Ijazah Doktor Perubatan (Kepujian) dengan jayanya.
Malah dia turut dinobatkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Emas) pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-50.
Sebelum ini, sepanjang pembelajaran di UKM, Lee Jun Xin telah merangkul pelbagai
anugerah, antaranya ialah Anugerah Kecemerlangan Akademik dengan mendapat PNG 4.00 pada Tahun 4 & 5 pengajian, Global Excellence Award 2021 dan Malaysian Student’s Global Alliance (MSGA).
Ads
.
Memegang Pelbagai Jawatan
Lee pernah memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua bagi Persatuan Mahasiswa di Fakulti Perubatan UKM, menjadi duta bagi GEMx (Global Education Exchange in Medicine and Health Professions) dan menjadi Pegawai Penyelidik (Dr. Doris Lau) di Jabatan Pediatrik, Hospital Pakar Kanak-Kanak.
.
Dia turut aktif dalam penyelidikan, menjadi pengarang utama dalam kajian sebanyak enam kali termasuklah jurnal impak tinggi Q1 Q2 (Frontiers in Medicine, BMC Medical Education).
Ads
Dalam pada itu, dia turut serta berkolaborasi dengan Shiga University of Medical Sciences, Jepun, Konferens antarabangsa dalam International Society of Paediatric Oncology (SIOP) Congress 2022, EDULERN20: 12th Annual International Conference on Education and New Learning Technologies, International Undergraduate Medical Research Conference, Konferens Malaysia iaitu Malaysian Society of Paediatric and Oncology (MASPHO) 26th Annual Scientific Meeting 2022 dan Medical Undergraduates Annual Scientific Research Meeting (Pembentangan
terbaik).
.
“Jasa Dan Bakti Tidak Dilupakan..”
Ads
Daripada perkongsian facebook Universiti Kebangsaan Malaysia, Lee Jun Xin turut memuatnaik komennya:
UKM universiti watan Malaysia
Alumni emas fakulti perubatan
Jasa dan bakti tidak dilupa
Terima kasih saya ucapkan
Terima kasih atas semua ucapan yang diberikan.
Sesungguhnya masih jauh lagi perjalanan yang perlu saya harungi di dunia perubatan ini
Masih banyak yang perlu saya belajari
Masih banyak lagi ruang penambahbaikan
Semoga semua tetap tidak jemu untuk mendidik saya dan saya akan buat yang
Terbaik.
Mingguan Wanita : Moga Lee Jun Xin terus sukses dan berjaya dengan apa yang dicitanya.
Dirinya lebih rela berpuasa daripada meminta-minta makanan daripada jiran, nenek dari Jakarta, Indonesia ini tinggal sebatang kara sejak kehilangan suami.
Biarpun dia hidup serba kekurangan tetapi dia masih gemar teruskan hidup tanpa menyusahkan orang lain dan rela berlapar.
Nenek Tinggal Sebatang Kara Sejak Kehilangan Suami
Seorang wanita warga emas yang hidup susah menyatakan bahawa dia bertahan hidup dengan berlapar dan minum air teh berusia empat hari, lapor laman Merdeka.com kelmarin.
Wanita bernama Sunimah itu hidup sebatang kara dan telah kehilangan suami sejak 20 tahun lalu. Dia juga tidak mempunyai anak atau cucu.
Sunimah kini hanya bertahan hidup dengan menumpang tinggal di rumah orang lain yang keadaannya sudah hampir roboh.
Akaun Instagram @rumahyatim yang berkongsi kisah Sunimah berkata, wanita itu hanya mampu melakukan kerja menjemur kerak nasi kerana tubuhnya sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat yang lain.
Lebih Rela Berpuasa Daripada Meminta-Minta
“Nenek sudah terbiasa lapar, namun kadangkala ada jiran tetangga yang akan memberikan makanan kepada nenek,” katanya.
Sekiranya tiada jiran yang memberikannya makanan, Sunimah akan berpuasa kerana menurutnya, itu lebih baik daripada meminta-minta.
Wanita itu juga akan menyimpan air teh sehingga empat hari dan akan meminumnya sedikit demi sedikit supaya ia bertahan lama.
Kisah nenek Sunimah membuatkan netizen bersedih dan mahu membantu nenek itu.
“Di mana (lokasi) ini?,” tulis seorang netizen.
“Semoga nenek sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus berjuang ya. Tuhan melihat, Tuhan tidak pernah tidur,” tulis seorang lagi netizen. -Agensi
Mingguan Wanita : Walaupun tak berdaya, nenek ini berusaha meneruskan hidup dengan caranya sendiri tanpa mahu menyusahkan orang lain. Kagum betul.
Pembentangan senarai kabinet 2020 semalam mencatatkan nama Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Perlantikan itu menjadikan Dr Zulkifli satu-satunya mufti yang dilantik sebagai menteri. Sebelumnya, Dr Zulkifli menyandang jawatan Mufti Wilayah Persekutuan sejak Jun 2014 sehingga 9 March 2020.
Sebagaimana yang dikongsikan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ini, doanya agar perlantikan Dr Zulkifli dapat dijadikan asbab hidayah. Untuk melahirkan masyarakat yang bersatu hati dekat denganNya.
Menteri Agama Negara Yang Dihormati
Syukur Alhamdulillah. Tahniah Tuan Guru Sahibus samahah Dato Seri Dr @drzulkifli.albakri yang teramat saya hormati dan sayangi Menteri Agama Negara kita. Betapa masyarakat dan anak muda kita memerlukan usaha berterusan terutama dalam membina jiwa anak muda dengan Islam.
Beliau seorang sangat rendah diri dan baik. Ingatlah lagi beberapa kali ceramah bersama. Dan saat jumpa di pejabat.
Sangat tawaduk dan kuat memikirkan keadaan masyarakat dan membangunkan Malaysia dengan Islam dan kebaikan.
Di wajahnya tergambar sedih bimbang atas masyarakat ini masa berbincang keadaan usaha dakwah kepada golongan anak muda di club, tepi jalan,anak remaja, membantu yang ingin belajar Islam… Tahniah Dr Zulkifli Al Bakri. Allah sayang yang Mulia Ustaz Dr Zulkifli.
Ya Allah bantulah guru dan alim yang amat kami muliakan dan hormati ini. Jadikanlah ini semua asbab hidayah. Usaha dakwah dan kasih sayang serta keadaan masyarakat kita bertambah satu hati dalam mendekatkan diri pada Allah.
Ya Allah bantulah dan rahmatilah negara Malaysia ini jadi asbab hidayah seluruh alam. Ya Allah terimalah dan berkatilah negara kami.
Dr Zulkifli Mentahnik Bayi Yang Baru Lahir
Sepanjang menyandang tanggungjawab sebagai mufti, Dr Zulkifli terkenal dengan perwatakan warak dan sopan. Beliau sering dikunjungi ibu bapa yang ingin memintanya mentahnikkan bayi yang baru lahir.
Malah, beliau juga aktif menjawab dan berkongsi ilmu agama di laman sosial miliknya. Menjadikan golongan anak muda lebih mendekati beliau.
Dr Zulkifli merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa.
MW : Alhamdulillah.. syukur, semoga negara Malaysia terus dirahmati dan diberkatiNya.
Pelawak Shuib Sepahtu memohon pada orang ramai yang berkongsi voice note berkenaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin agar padamkan voice note viral berkenaan dari media sosial.
Ini kerana, voice note yang dikongsikan itu bukanlah makluman terkini berkenaan keadaan isterinya. Sehingga ke hari ini, Siti Sarah masih lagi ditidurkan.
Ramai sebenarnya yang mendoakan isteri Siti Sarah Raisuddin agar kembali sedar. Sebagaimana, ahli keluarga Siti Sarah ramai juga yang mahu tahu perkembangan terkini ibu yang baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayi pramatangnya.
Namun, berhati-hatilah ketika berkongsi informasi. Agar dapat memberi sedikit ketenangan kepada Shuib, anak-anak dan keluarga mereka.
Penjelasan Shuib, Mohon Padamkan Voice Note Di Media Sosial
Assalammualaikum semua,
Berkenaan voice note yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos. Jadi saya mohon tolong hentikan share atau delete posting tersebut di mana mana platform media sosial.
Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan diberi kesembuhan kembali.
Saya juga mendoakan pada semua dilindungi dan diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Sejak dimasukkan ke ICU dan ditidurkan Siti Sarah masih belum sedar lebih dari 42 jam. Malah, semalam doktor memaklumkan Sarah ditiarapkan bagi membolehkan paru-paru dan oksigen bekerjasama.
Ibu anak empat ini juga baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayi lelaki pramatangnya dalam keadaan ditidurkan. Anak bongsunya itu, Ayash Affan dimaklumkan Shuib berada dalam keadaan stabil.
Siti Sarah, Shuib dan tiga orang anaknya disahkan positif Covid-19 selepas pembantu rumahnya dijangkiti virus berkenaan.
Mingguan Wanita : Sentiasa mendoakan agar Siti Sarah Raisuddin kembali sedar dan dapat mendakap bayi lelaki pramatangnya yang tentunya rindukan belai kasih ibu.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...