Sotong antara makanan laut yang ramai orang suka. Namun nak masak sotong pun ada caranya barulah saiznya tak mengecut, tak rasa hanyir, elok pejal dan tak liat. Rupanya antara tip nak masak sotong elok kejadiannya, kena rebus sekejap dengan asam keping, sebelum di masak macam biasa ikut citarasa.
Ikut petua dan cara yang dikongsikan oleh Puan Zin Rose ini sebagai panduan;
Saya takde ikan nak buat laksa, ada sotong je nak masak untuk malam nanti. Ambik ni petua nak bagi sotong tak mengecil saiznya bila dimasak.
Bahan Diperlukan:
4/5 keping Asam keping
Cara Membuat:
1. Mula-mula siang sotong buang semua tulang sotong.
2. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu, supaya senang nanti takde la badan ke lain kepala ke lain. Kepala sotong elok terlekat kat badan sotong.
3. Rebus sotong 5-8 minit bersama 4@5keping asam keping. Isi air sama paras dengan sotong.
4. Selepas tu toskan dan boleh lah dimasak.Buang air rebusan sotong dan tak perlu masuk dalam masakan sebab nanti hanyir.
Hasilnya bila masak sotong tak hanyir dan saiznya maintain tak mengecut. Tak lah nanti masa beli besor sotongnya..bila masak kecik jadinya.
Ads
Tip Ekstra!
Jika nak buat sambal, bila cili dah betul-betul garing baru masukkan sotong. Jangan masak lama sangat nanti sotong akan liat. Sebab sotong yang dah direbus tadi dah separuh masak dah. Lepas 5-8 minit tutup api, confirm tak liat.
MW: Semoga perkongsian petua masakan ini bermanfaat. Jadi jika nak masak sotong pastikan rebus sekejap untuk hilangkan hanyir dan sotong elok pejal, saiznya tak mengecut bila masak nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Peritnya bila serentak kena batuk, demam dan sakit tekak. Badan lesu, rasa sesak didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk. Jika dah cuba macam-macam cara dan ubat tak berkesan, mak-mak boleh cuba petua alternatif minum jus limau kasturi dicampur kicap ini.
Ini petua yang diamalkan oleh Puan Schaaisya Scha sendiri. Katanya serasi dan cepat sembuh.
Berikut perkongsian tersebut;
Cuma nak kongsi ni la ubat batuk sejak seminggu ni. Demam, batuk, sakit tekak semua ada. Dulu kalau demam habis ja, mesti batuk sambung. Batuk pulak kalau tak berbulan tak sah.
Sejak amal petua ni alhamdulillah. Dengan izin Allah serasi dan cepat sembuh. Sekarang demam pun dah slow batuk pun sama tak teruk dah.Anak-anak dan Tok depa ibu buat camni semua. Serasi jugak.
Bahan paling senang.
Limau kasturi + kicap
Selawat
Baca la ayat-ayat mana boleh. Minta diberi kesembuhan Insha Allah. Kita ikhtiar selebihnya dari Allah. Dia turun penyakit, Dia juga la turun penawar. Macam-macam ubat dan petua ada,ikut nak cuba mana dan serasi dengan kita.
Maaf mana yang tak suka kita share petua. Kita cuma nak share mana tahu dan serasi dengan kita. Kalau ia menjadi asbab kebaikan. Tak lebih pada itu. Orang cakap kongsilah kebaikan yang kita tahu walaupun sedikit. Insha Allah mudah-mudahan.
Info Ekstra!
Saya makan sekali kulit-kulit limau tu, buang biji je. Anak-anak dan mak bagi minum air limau dengan kicap .
Saya buat 2 kali je. Pagi @ petang @ malam. Ikut la. Macam ni saya dah minum petang. Malam tak buat lagi. Kalau teruk sehari 3 kali pun boleh.
Mingguan Wanita: Boleh cuba petua limau nipis + kicap ini nanti, manalah tahu serasi batuk pun cepat sembuh.Apa-pun iya sebagai ikhtiar, tak salah untuk kita mencuba.
Berpindah rumah memang memerlukan duit yang banyak. Macam-macam perkara perlu diuruskan bagi melancarkan urusan perpindahan. Mungkin ramai yang tak tahu, bagi penjawat awam yang membeli rumah menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebenarnya boleh membuat tuntutan bagi elaun pindah rumah. Ia sangatlah membantu bagi meringankan beban kewangan semasa proses pindah rumah.
Berikut perkongsian daripada Puan Dalina Alias yang berjaya dan lulus permohonan mendapat elaun ini sebagai rujukan.
“Untuk sahabat penjawat awam, sila ambil maklum.”
“Kalau beli rumah melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), anda layak membuat tuntutan Elaun Pindah Rumah. Dengan syarat mendiami rumah tersebut dan tuntutan perlu dibuat tak lewat dari 3 bulan dari tarikh pindah.”
“Alhamdulillah permohonan saya dah lulus. Saya percaya ramai yang tak tahu pasal elaun ni. Kita cuma biasa dengar tentang elaun pindah rumah kerana bertukar. Waima pindah antara blok (kuarters) pun ada elaun jugak ye (tertakluk syarat-syarat).”
Untuk lebih info, rujuk Pekeliling Perbendaharaan 4/1995 & rujuk Bahagian Khidmat Pengurusan (HR) & Kewangan di Jabatan masing-masing.
Dokumen yang diperlukan:
1. Borang Tuntutan Elaun Perpindahan Rumah (Lampiran B-2)
2. Salinan kad pengenalan pemohon (diakui sah)
3. Salinan kad pengenalan pasangan (diakui sah)
4. Salinan sijil nikah/ surat pendaftaran perkahwinan (diakui sah)-yang ni diperlukan sebab bagi yang dah berkahwin dan bujang, kadar yang akan dibayar oleh jabatan adalah berlainan.
5. Salinan surat kelulusan dari pihak LPPSA (diakui sah)
6. Salinan Perjanjian Jual Beli/ S&P (Diakui sah)
7. Salinan buku bank.
Semoga bermanfaat.
MW: Jadi buat penjawat awam yang nak berpindah rumah mahupun blok (kuarters), buatlah permohonan dan rebutlah peluang ini. Semoga duit elaun yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu dan digunakan untuk urusan perpindahan nanti.
Tidak dinafikan air rebusan bijirin Barli memang banyak khasiatnya terutamanya dalam membantu bagi mengatasi masalah kencing kotor dan tak lawas. Bahkan juga mampu menyejukkan panas badan.
Malah bijirin barli juga merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.
Boleh cuba buat sendiri air Barli home made seperti yang dikongsikan oleh Puan Azrina Ien ini.
Semalam ada yang share buat air barli. Hari ni saya try buat panas-panas, ni rasa segar je dapat air barli homemade.Air ni juga bagus untuk mereka yang ada masalah kencing kotor dan kencing tak lawas.
Bahan-Bahan:
Barli
Gula kundur
Kismis
Gula batu
Daun pandan
Cara Membuat:
1. Rendam barli 5 minit untuk buang kotoran.
2. Cuci bersih barli dan masukkan ke dalam periuk.
3. Tambah air dan daun pandan.
4. Masak sampai barli kembang baru masukkan kismis, gula batu dan buah kundur.
Siap untuk dihidang, Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...