Orang cakap, mak ayah boleh jaga anak 10 orang tapi anak belum tentu dapat menjaga mak ayah seorang. Pernah terfikir tak, mak-mak zaman dulu mampu menjaga anak yang ramai. Kalau nak marah anak pun ada caranya. Sebab itu semua anak ‘menjadi’.
Berbanding dengan sekarang, ada mak-mak yang mengeluh panjang bila bercerita tentang anak yang tak dengar kata dan melawan. Itu baru seorang, bagaimana kalau anak ramai. Mahunya mak jadi tarzan marah anak masing-masing.
Kalau nak bercerita tentang kenakalan dan kedegilan anak, masing-masing ada peelnya. Cuma mak ayah saja perlu sabar dan kena tahu cara untuk tanganinya.
Bila difikirkan logik, semakin mak-mak menjerit, rasanya makin anak kuat melawan dan keras hati. Nak anak lembut hati dan dengar kata, kita sebagai mak ayah tilik dulu perangai kita. Sebab kitalah, cerminan hidup anak-anak.
Perkongsian daripada Mohammad Yaakub Yusra ini boleh dijadikan panduan buat mak ayah di luar sana dalam mendidik anak-anak zaman sekarang.
Anak-anak ini, biasanya dia selalu ikut perangai mak ayah dia.
Kalau kasar mak ayah, kasarlah anak itu. Sebab itu, depan anak tunjuklah tauladan yang baik.
Jika anak lasak dan buas, macam mana nak tegur? Tak perlulah nak jerit-jerit. Ini caranya.
Ads
Ads
Mudah-mudahan, cara ini dapat melembutkan hari anak-anak.
MW: Kalau kita tengok, cara mak ayah dulu dan sekarang didk anak cukup berbeza. Memanglah kadang-kadang perangai anak menguji kesabaran mak ayah. Cuma kita kena tahu cara nak tangani dan cara inilah boleh mendidik anak kita juga.
Mendidik anak bukanlah tugas yang mudah bagi mak-mak, apatah lagi dalam dunia yang semakin mencabar. Tak kiralah ibu yang bekerjaya atau suri rumah, masing-masing miliki cabaran yang tersendiri.
Sebenarnya kadang-kadang mak-mak terpaksa menjadi garang kerana inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Belum lagi tekanan daripada persekitaran. Bukannya mak-mak tidak mahu menjadi ibu yang lemah lembut tetapi kadangkala keadaan memaksa seorang ibu bertegas.
Sebenarnya mak yang garang bukan tak penyayang, tetapi dia sedang mencuba menjadi ibu yang terbaik. Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaakop ini dan fahami penjelasannya:
Garang Bukan Tak Penyayang
Aku punya fahaman simple saja.
Mak yang garang bukanlah mak yang tak penyayang. Dia jadi garang pasalnya semua benda dia kena dan dia nak buat sendiri.
Padahalnya tenaga dia banyak itu saja dan kebanyakan harinya bateri dia masa balik rumah memang sudah habis. Kiranya kalau bateri sudah bau hangit. Kiranya kalau keturunan Ultraman dah lama beep-beep nak tunggu sampai bantuan dari langit. . Mak yang garang bukanlah mak yang tak penyayang.
Dia sama saja susah hati bila anak tak sihat. Malah kadang dia lebih sakit lagi dari anak dia sebab seperti alasan di atas, dia kena tambah satu job skop yang baru lagi iaitu menjadi seorang jururawat.
Tetapi Sedang Mencuba Menjadi Ibu Terbaik
Mak yang garang bukanlah mak yang tak penyayang.
Dia sama saja mengajar dan mengasuh anak dia. Cumanya masa dia mengajar dia simpan telefon entah dekat mana. Jadi tak ada siapa tahu dia bahawasanya dia pun ada mengajar anak sama.
Kalau dia ambil video pun dia simpan buat kenangan sendiri-sendiri saja. Tidak ada nak masuk TV3 apa semua. . Mak yang garang bukanlah mak yang tak penyayang.
Dia sama ambil berat hal anak dia. Nak sampai hari raya dia lah yang sibuk pergi cari baju 3-4 pasang untuk anak setiap seorang. Teringin selalu belikan anak perempuan barang kemas walaupun anak tu padahalnya merangkak pun masih lagi duk goyang-goyang.
Mak Garang Sedang Mengajar Anak Realiti Hidup
Mak yang garang bukanlah mak yang tak penyayang.
Dia sebenarnya pada masa yang sama sedang mengajar anak dia realiti kehidupan. Esok dekat luar sana bukan semua manusia akan bercakap dengan lemah lembut dan penuh sopan.
Mana tahu esok kerja jumpa bos yang tak pernah sekali nak bagi pujian. Jumpa jenis yang kerja bagus pun dia masih lagi nak maki-maki.
Kalau tanya anak tu, nak tak dia tukar mak dengan mak orang lain. Ikut mana pun dia tak nak. Sebab dia tahu ada masa mak dia garang macam seladang.
Ada masa mak dia lembut macam semut. Anak pun tahu kadang mak garang pasal dia sendiri pun memang salah. Jadi bila mak nak tegur marah tu tidaklah sampai jadi masalah.
Kesimpulan aku senang.
Mak yang garang bukanlah tak penyayang.
Dia cuma sedang berusaha mencapai segala maksud menjadi ibu yang baik dengan kapasiti yang kadang-kadang, yang ada masanya, yang ada harinya, yang ada situasinya, yang ada ketikanya…tidak berapa baik.
Mak yang garang tapi penyayang, Siti Suryani Yaakop #kaknis
MW: Sememangnya mak garang bersebab, bukannya membuta-tuli marahkan anak-anak. Kalau tak sayang, mak-mak tidak akan bertegas dan hanya abaikan anak. Betul tak?
Apabila seorang anak perlu menjaga ibu ayah yang masih sihat, itu biasa. Tapi apabila seorang anak perlu menjaga ibu yang sudah mencapai usia nyanyuk, itu sungguh luar biasa. Hanya orang-orang terpilih saja yang diberi kekuatan untuk melakukannya.
Serius! ia bukan satu kerja yang mudah. Terutama dalam hal mahu menahan SABAR atas setiap tindakan ibu ayah yang semakin lupa. Walau untuk mengingati peristiwa yang berlaku seminit yang lalu.
Apabila Allah memberikan ujian untuk anda pikul tanggungjawab sebegitu;
Pertama : Anda akan mula rasa terbeban, kerana ia bukan satu rutin yang mudah.
Kedua : Emosi anda akan bercampur baur antara kuat dan lelah.
Ketiga : Anda pasti akan berdoa moga tuhan hadirkan seorang penyelamat yang dapat mengambil alih tugas anda.
Ada banyak lagi perasaan yang akan anda lalui. Namun, telan saja semua itu, serahkan pada yang Esa. Tapi sebagai manusia biasa kita tetap kadang terlupa dan terbabas dari sifat sabar.
Kesabaran saja boleh jadi tak bermakna jika tidak dibekalkan sekali dengan redha dan ikhlas. Percayalah mereka akan menguji hati dan perasaan anak-anak. Berlembutlah sebab mak ayah yang nyanyuk bukan ingat pun apa yang dia buat.
Kenapa perlu gandakan kesabaran. Kerana bimbang anda tidak sabar, akhirnya mak ayah akan anda campakkan ke rumah orang-orang tua. Dan jangan ingat rumah kebajikan sedemikian akan menerimanya.
Sedangkan anda anaknya pun surrender, inikan pula orang luar. Jadi, apa pun anda belajarlah berdamai dengan ujian tuhan. Pasti ada hikmah dan kebaikan yang sedang Allah berikan pada kita sebenarnya.
5 TIP HADAPI IBU BAPA NYANYUK/DIMENSIA
Jadi, ini tip untuk anda-anda yang ketika ini perlu menjaga ibu ayah yang berhadapan masalah nyanyuk atau Alzheimer
1. Beri Jawapan Yang Sama
Ibu ayah yang nyanyuk mereka tidak akan dapat mengingat walau kejadian seminit yang lalu. Setiap saat adalah perkara baru buat mereka. Anda yang berhadapan dengannya akan jadi cepat lelah. Letih nak menjawab banyak kali. Tapi, jawab sajalah dengan jawapan yang sama. Jangan diubah-ubah, kerana jawapan yang berubah-ubah akan lebih membuatkan mereka kebingungan dan akhirnya emosi mereka akan berubah. Menjadi marah dan cepat perengus. Jika sudah terlalu lelah mahu menjawab, tanyakan kembali soalan yang sama pada mereka. Nanti anda lihat apa reaksi ibu atau ayah yang terlupa-lupa ini.
2. Jangan Cabar
Pantang untuk ibu atau ayah yang nyanyuk ini untuk diajak berdebat, atau anda cuba membetulkan keadaan salah mereka. PERCAYALAH! mereka takkan faham pun. Kerana pada mereka, kita cuma mahu mempersendakan mereka sebenarnya. Jadi, berlembutlah. Jika kata-kata mereka tak masuk akal fikiran anda sekalipun, ajarlah fikiran kita untuk dengar dan lepaskan. Jangan masuk membawa sampai ke hati. Kerana akhirnya nanti anda yang keletihan.
3. Ketenangan Itu Wajib
Mereka yang diserang keadaan nyanyuk ini amat tidak boleh menerima perubahan. Hatta, perubahan itu cuma melibatkan kedatangan tetamu di rumah anda. Bermacam-macam persoalan akan bermain di fikiran. Jika tiba-tiba rumah anda akan didatangi adik beradik yang lain, bawalah ibu atau ayah di bilik yang lain. Biar dia tenang di situ. Tapi, dia pasti tidak akan duduk diam setempat.
Jika habitnya berjalan-jalan di sekitar rumah, biarkan saja. Jangan dilarang, atau memberi terlalu banyak arahan. Dia akan bertambah rungsing dan emosinya akan cepat berubah menjadi marah-marah. Ajarlah anak-anak agar hormatkan ibu dan ayah yang terlupa-lupa itu. Minta mereka jangan buat perangai dan layankan saja perangainya.
4. Banyakkan Berzikir
Anda juga perlu ada kekuatan jiwa yang ampuh. Jangan sampai terleka untuk tidak berzikir. Ini Kerana kelekaan itu akan membuatkan anda sama-sama larut dan gagal mengawal emosi sabar. Amalkan membaca istighfar, doa al Mathurat, surah-surah pilihan serta konsisten solat awal waktu dan tambahan solat sunat. Ini benteng kekuatan jiwa.
5. Sokongan Padu Suami Isteri
Jika yang berhadapan masalah nyanyuk ini adalah ibu atau ayah mentua anda, terima saja hakikat itu. Jangan merungut kerana tanpa mereka tiadalah pasangan anda itu. Tapi dalam hal ini, pasangan andalah kena ambil peranan utama. Terangkan juga apa yang anda rasa sepanjang menjaga ibu atau ayah mentua yang nyanyuk itu. Biar mereka tahu apa yang anda lalui. Walaupun kadangkala tidak berjumpa jalan penyelesaian, sekurang-kurangnya suami atau isteri faham isi hati anda. Kelak, bolehlah sama-sama berusaha mencari jalan penyelesaian, walaupun ia akan ambil masa yang panjang.
Kredit foto : ANUGERAHQURAN
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang ibu enggan hadiri majlis perkahwinan anak perempuannya. Ibu dedah telah jatuh cinta dengan bakal menantu. Sepatutnya lelaki ini menjadi menantunya, namun akhirnya dia mengakui telah jatuh cinta pada bakal menantunya.
Malah ibu ini juga nekad untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya kerana dia menyimpan perasaan pada bakal menantunya itu. Kasihan sungguh anaknya yang sudah tentu terluka dengan keterlanjuran sikap ibunya.
Dilema Ibu Jatuh Cinta Dengan Bakal Menantu
Seorang wanita di Washington, terkejut apabila ibunya mengaku enggan menghadiri majlis perkahwinannya kerana ‘amat mencintai’ bakal menantu sendiri, lapor laman berita Mail Online kelmarin.
Wanita tersebut yang berkongsi dilemanya menerusi laman sosial, WeddingBee mengaku dunianya seakan gelap apabila ibu yang amat disegani itu menaruh perasaan terhadap bakal suaminya.
Enggan Hadiri Majlis Perkahwinan Anak
Malah, si ibu juga mengaku akan bertindak mengikut keinginannya jika berpeluang dan enggan menghadiri majlis perkahwinan pasangan tersebut.
Menurut wanita itu, tunangnya amat rapat dengan ahli keluarganya yang lain dan mereka kerap melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama seperti mendaki gunung dan berkhemah.
Jatuh Cinta Tanpa Sengaja
“Namun, ibu saya tidak bahagia dengan perkahwinannya bersama bapa dan tunang saya membuatkan ibu saya memiliki perasaan sayang yang tidak pernah dirasai sepanjang dia bersama dengan bapa saya,” luah wanita itu.
Netizen yang membaca luahan itu kemudiannya berkongsi pendapat dan memberikan sokongan kepada wanita tersebut.
“Perasaan ibu anda itu adalah sesuatu yang tidak wajar dan dia tidak seharusnya berkongsi perkara itu dengan anda,” komen seorang wanita.
“Ibu anda perlu menjalani terapi,” komen seorang wanita lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Biarpun kisah ini berlaku di luar negara, namun tidak mustahil situasi ini turut berlaku di keliling kita. Semoga ini berfikir secara waras serta memikirkan kesan tindakannya kepada keluarga terutamanya anak perempuannya.