Musim haji tiba lagi. Sangat bertuah bagi mereka yang terpilih dijemput menjadi tetamu Allah di tanah suci.Malah melakukan ibadah korban juga sangat digalakkan sebagai tanda ketaqwaan pada Allah dan mendapat ganjaran pahala yang besar.

Daripada Abu Hurairah. Beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّهُ

Maksudnya:“Sesiapa yang menunaikan haji dalam keadaan dia tidak bercakap perkataan yang buruk dan keji serta tidak melakukan perkara yang fasiq maka dia akan kembali sepertimana dia dilahirkan oleh ibunya (iaitu dalam keadaan suci bersih dari dosa)”
Hadis Riwayat al-Bukhari ( 1819)

“Tiada sesuatu amalan anak Adam di Hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai ALLAH selain menyembelih haiwan korban. Sesunguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat disisi ALLAH swt sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya”
Hadis Riwayat Tirmizi (1943)

Manisnya Haji, topik yang menjadi kupasan topik menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari tadi.

Hos Siti Elizad dan co-hos, PU Hafiz membincangkan tentang lebih lanjut bersama pakar, Hjh Maznah Daud (Penasihat Ibadah Haji JAKIM dan tetamu jemputan, pelakon Fauziah Nawi serta Siti Fatonah Arbain pengusaha, penternak dan penyembelih korban.Turut mengundang kumpulan nasyid UNIC membuat persembahan di studio menyampaikan lagu Zinnirah dan Langit Jingga.

Antara perkara menarik yang dibincangkan dalam topik manisnya haji ini adalah mengenai jemputan ibadah haji itu sendiri, pengalaman mengerjakan haji serta usahawan wanita yang mengusahakan ternakan dan penyembelihan untuk binatang korban.

Ads
Manisnya Pengalaman Haji, Berbahagialah Yang Membuat Korban
Dari kiri: Tetamu jemputan, Siti Fatonah Arbain, pelakon Fauziah Nawi dan Hjh Maznah Daud.

Puan Hjh Maznah Daud (Penasihat Ibadah Haji JAKIM) menjelaskan;

1.Susulan isu 26 jemaah haji terkandas di Jeddah dan diarah pulang kembali ke tanah air kerana masalah visa Furada, setiap jemaah yang mengerjakan haji merupakan tetamu Allah, pergi jemputan daripada Allah.Setiap berlaku atas keizinan allah.

2.Bagi kes ini, jika telah berniat dan memakai ihram dan akibat ‘tertahan’, jemaah dikenakan ‘Dam Ikhsar’. Iaitu dikehendaki menyembelih seekor kambing untuk bertahalul, keluar daripada Ihram. Sembelihan perlu dilakukan di Malaysia.

3.Visa Furada adalah visa haji yang dikeluarkan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur secara terus kepada jemaah terpilih dan tidak diuruskan TH.Sesiapa saja boleh membuat permohonan bagi mendapatkan visa itu dan terpulang kepada kedutaan untuk meluluskan permohonan berkenaan.

4.Namun seeloknya serahkan kepada pihak yang telah diamanahkan menguruskna visa iaitu Tabung Haji sendiri. Ini kerana Tabung haji mendapat visa secara menyeluruh mengikut bilangan kouta yang diperuntukkan daripada kerajaan Arab Saudi sendiri, malah ia lebih selamat untuk kurangkan risiko sebegini.

5.Haid tidak menghalang menunaikan ibadah haji semua perkara rukun boleh ditunaikan oleh wanita yang haid kecuali tawaf, perlu tunggu waktu suci.

Ads

6.Harus ambil pil bahan menahan haid memandangkan ramai jemaah yang ingin memaksimumkan waktu dan ibadah ketika ditanah suci seperti iktikaf, tawaf sunat, masuk masjid dan sebagainya. Pandangan secara peribadi, tak salah ambil pil haid namun haruslah menerusi doktor yang pakar bukan diambil secara sembarangan. Seeloknya biar ia secara semulajadi dan perbanyakkan berdoa ditanah suci semoga tempoh haid dipendekkan ketika berada disana.

Pengalaman Fauziah Nawi Tunaikan Haji

Pelakon, Fauziah Nawi berpeluang menunaikan ibadah haji pada 2007 pada usia 54 tahun.Menurut beliau, walaupun pergi seorang diri ketika itu tanpa ditemani mahram namun alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Malah pelakon ini turut berdoa agar diberikan penerbangan terakhir, kerana perlu menghabiskan kerja, menyiapkan 2 telemovie untuk menampung perbelanjaan ketika di tanah suci.

“Segala-galanya dipermudahkan di tanah suci. Allah mempersiapkan saya begitu lama.Saya berpeluang berlakon dalam drama mengenai haji sekitar 2002. Saya banyak belajar sesuatu daripada drama” ujarnya.

Ads

Fauziah Nawi turut memberi pesanan agar pergi haji sewaktu masih muda. Ini kerana tuntutan ibadah haji perlu banyak berjalan dan banyak mendaki. Jika pergi waktu dah berusia, banyak perkara yang nak buat akan mengekang pergerakan dan perjalanan kita. Seperti sakit kaki, sakit lutut.Sewajarnya golongan muda yang digalakkan untuk pergi haji awal ketika kesihatan masih baik ujarnya.

Siti Fatonah Arbain

Bagi Pengusaha, penternak dan penyembelih korban, Siti Fatonah Arbain daripada MJ Fatonah berkongsi pengalaman mengendalikan lembu ternakannya. Menurut pengusaha lebih 100 ekor lembu ini, kebajikan ternakan daripada lahir sehinggalah sampai saat disembelih.

Antara adab pemyembilahan yang diamalkan adalah tidak menunjukkan pisau tajam atau binatang yang telah disembelih di hadapan binatang yang bakal disembelih. Ini kerana ia mampu memberi kesan kepada tekstur daging tersebut yang akan menjadi keras.Jangan lafazkan perasaan kesian dan simpati pada binatang korban.

Teknik menumbangkan, mengikat dan sembelih binatang yang betul, wanita ini mampu menumbangkan binatang tersebut hanya berdua dengan suaminya.

Selain itu, sejak tahun 2007, wanita ini juga mewujudkan Akademi Usahawan MJ Fatonah bagi mereka yang berminat dalam bidang ternakan dan sembilhan dibimbing dari hari pertama datang kursus hingga berjaya.

Bagi yang ketinggalan dan mahu menonton siaran penuh rancangan ini, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini pada hari dan saluran yang sama.

#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimahb121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI