Mampu pikul simen 50 kilo (kilogram), seorang gadis cantik yang merupakan pelajar universiti ini tak kekok lakukan kerja buruh.
Biarpun kerja yang dilakukan nampak berat dan memerah tenaga, tetapi dirinya kelihatan bersahaja dan melakukan pekerjaan yang diamanahkan dengan baik sekali.
Mampu Pikul Simen 50 Kilo
Video seorang pelajar universiti yang cantik dan bekerja sebagai buruh dengan mengangkat simen dari dalam trak ke dalam sebuah gudang menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menurut akaun Instagram @sirapinfo.id, gadis tersebut merupakan seorang pelajar di Universiti Makassar.
Dalam video TikTok tersebut, gadis bernama Nur Aini itu dapat dilihat memikul simen seberat 50 kilogram untuk dipindahkan daripada sebuah trak ke dalam gudang.
“Saya hanyalah seorang buruh simen, namun kalau diajak jalan-jalan saya tidak segan,” demikian keterangan yang ditulis bersama video tersebut.
Lakukan Kerja Buruh
Netizen yang menonton video itu kemudiannya meninggalkan pelbagai komen kepada Nur Aini.
“Sebagai lelaki, saya berasa malu,” tulis seorang netizen.
Ads
“Wanita hebat,” komen seorang netizen lain.
Video tersebut sehingga kini ditonton lebih 8.6 juta kali dengan lebih 673,000 tanda suka. – AGENSI
Mingguan Wanita : Jangan pandang sebelah mata, wanita jika dia miliki kemahuan, apa saja mereka dapat lakukan dengan baik. Semoga gadis cantik ini terus kuat menempuh hari-hari mendatang.
Sebelum ini peminat dikejutkan apabila pelakon Faye Kusairi mendedahkan dia telah terkena serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan pada otot muka ketika usia kandungannya mencecah 38 minggu.
Faye yang juga isteri kepada pengarah, Azmi Hatta telah bernikah pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun dan baru-baru ini telah menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Asha Azmi.
Ternyata Faye begitu kuat dalam mengharungi penyakitnya walaupun pada waktu itu dia sudah mahu bersalin. Dan kini, sewaktu berpantang dia tidak putus asa. Malah dia juga secara jujur berkongsi bagaimana keadaannya yang begitu sengsara ketika hendak bersalin dengan keadaan wajah yang diserang Bell Palsy.
Faye Kusairi Kini Sudah Pulih
Terbaru menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Faye memberitahu dia kini sudah pulih sepenuhnya daripada masalah Bell Palsy yang menyerangnya empat minggu lalu.
Pemilik nama penuh Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 34, sepanjang tempoh pemulihan itu, dia hanya mengambil ubat doktor seperti disarankan dan urutan pada wajah.
“Alhamdulillah setelah empat minggu menderita akibat Bell Palsy, saya kini sudah sihat sepenuhnya.
“Apa yang saya praktikkan adalah ubat dan vitaman B12, fisio serta rawatan totok wajah secara konsisten.
“Saya tak pergi buat akupuntur dan saya tak makan atau ambil atau pakai benda selain apa yg disarankan doktor,” ujarnya menerusi Instagram.
Alami Bell Palsy Ketika Sarat Hamil
Faye mengalami Bell Palsy ketika menggosok gigi ketika sarat hamil anak keduanya, Asha Azmi baru-baru ini.
Bell Palsy adalah penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve’. Situasi itu berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan sarat muka.
Sejak beberapa hari lalu berlegar viral gambar seorang kanak-kanak lelaki yang menonton TV dari kejauhan. Dan gambar seterusnya, pintu rumah berkenaan sudah pun ditutup kemas. Terkesan dengan gambar tular berkenaan, pelakon dan penyanyi Azza Elite, 42 berniat mahu membelikan sebuah televisyen untuk kanak-kanak berkenaan.
Bagaimana pun, dia mengharapkan jasa orang ramai yang tahu di mana kedudukan kanak-kanak itu agar dapat memaklumkannya untuk dia menunaikan hasratnya itu.
Akuinya di instagramnya itu, dia juga sebelum ini pernah susah sebegitu. Dan cukup memahami akan apa yang adik ini sedang lalui.
Kongsinya,
“m touch.. me also like this before.
Tolong gais.. ada info pasal adik ni bagitau tau kat sini k.
Heart breaking watch this.. nak je aku kumpul duit pakai duit IG review beli kat dia TV.. tapi dok tau adik ni kat mana.. masa kecik akak juga tak sesenang hari ini adik.. so i know how he feel.. sedih weh.
Sekiranya adik bersekolah.. belajar pandai-pandai k.. bila dewasa esok adik beli TV beso .. mm ciannya adik ni.. auntie tak tau adik kat mana.. kalau auntie tau senang skit. sekejap je TV sampai kat rumh adik.
Duit review auntie ada skit. Kalau tak cukup boleh kumpul dengan kawan-kawan auntie beli kan.”
Rakan Artis Pun Sudi Sumbang Duit Beli TV
Perkongsian Azza itu juga mendapat sambutan baik daripada ramai kalangan artis yang sudi turut serta memberi sumbangan agar adik berkenaan dapat menonton TV di rumahnya. Antaranya, Fasha Sandha, Nurkhiriah.
Malah, ramai juga yang berkongsi rasa akan pengalaman lalu masing-masing yang waktu kecil tiada TV sehingga menumpang tengok di rumah jiran tetangga. Momen sebegini mengusik kalbu membuat air mata bergenang sebak.
Mahligai Datuk Zainal & Fyna Jebat Musnah? Terbaru khabarnya rumah tangga adik kepada Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat dan suaminya, Datuk Zainal Abdidin Hassan khabarnya sudah musnah.
Menurut sumber terdekat punca penceraian dek kerana tidak ada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.
Mahligai Datuk Zainal & Fyna Jebat Musnah?
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, pasangan itu telah berpisah dua minggu lalu
“Apa yang dikongsikan anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu.
“Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai,” terang sumber tersebut.
Anak Perempuan Zainal Dedahkan Bapa Sudah Bercerai
Seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini, anak perempuan Zainal yang bernama Zahira Aisyah menerusi satu komen di media sosial telah mendedahkan bapanya sudah menceraikan Fyna.
“Kenapa perlu post balik cerita 4 bulan yang lepas? Also, my mom did not (malah ibu saya tidak) ‘berdamai’ with anyone and this story is not true (dengan sesiapa dan cerita ini tidak betul).
“And for your information my dad has divorced fyna jebat (untuk makluman anda bapa saya sudah ceraikan Fyna Jebat. Mohon delete post ni, thank you (tolong padam ciapan ini, terima kasih),” tulis Zahira.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...