Malu itu iman, jangan rendahkan maruah sendiri. Pertanyaan gadis mahu mengandung anak Iqbal timbul persoalan. Pernahkah kita mendengar satu hadis di riwayatkan oleh Imam An-Nasa’I dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda: Maksudnya: “malu itu sebahagian dari pada iman”.
Tahukah, rasa malu yang Allah campakkan dalam hati manusia adalah untuk membentengi diri dari sifat tercela. Dan barang siapa yang menjaga “rasa malu itu juga”dirinya akan menjaga kehormatan dan keanggunan khususnya pada diri seorang wanita.
Salah satu ciri kemulian dalam kalangan wanita adalah sifat malu paling menebal dalam dirinya. Apakah yang disebut sebagai malu? Adakah perlunya seorang yang digelar wanita mempunyai sifat malu dalam dirinya?
Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
“Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman.” (HR Bukhari dan Muslim)
Oleh itu pentingnya malu dalam diri seorang wanita Islam kerana malu itu adalah sebahagian daripada iman.
Baginda Nabi Muhammad SAW diriwayatkan pernah menegur Asma yang berpakaian nipis, sambil membelakanginya Nabi Muhammad SAW bersabda Wahai Asma; “Sesungguhnya seorang wanita apabila sudah cukup umur (telah baligh), tidak boleh dilihat daripadanya, kecuali ini dan ini, seraya Baginda SAW menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya”.
Namun kebebasan dunia hari ini membelakangkan rasa malu kerana ramai berfikiran liberal. Di mana mereka bebas menyuarakan pendapat dan pandangan.
Ads
Seperti dipetik dari insta stori personaliti media sosial Ahmad Iqbal Zulkefli di mana berdasarkan soal jawap dengan pengikutnya, ada seorang individu menulis pertanyaan begini kepadanya.
“IQBAL III MAHU PRENGANT BENIH YOU PLSS”.
Namun kematangan Iqbal yang banyak dikaitkan dengan Datuk Seri Vida ini menjawap wajar dipuji seketika.
Tulis Iqbal, “tidak boleh begini. Benih, keturunan ini kita tak boleh beri sebarangan. Jika terjadi, saya perlu bertanggungjawab, mendidik dan membesarkan serta menjadikan ianya generasi berguna. Untuk berkahwin, rasanya saya akan ambil masa yang lama untuk mendapatkan orang yang sesuai.
Tambahnya lagi, bukan mencari yang sempurna. Tetapi yang boleh terima kekurangan saya yang boleh ada di saat saya susah sebagaimana saya sanggup berkorban untuk dia.
Dalam pada itu, Iqbal memaklumkan dirinya menjawap semua soalan peminat kerana tidak mahu dilabel sombong walau pun nampak pertanyaan seperti tak masuk akal.
Ads
Katanya, saya jawab apa sahaja soalan yang ditanya. Tidak mahu dilabel orang yang sombong. Walaupun soalan ini pelik, ia bukan seorang dua yang bertanya.
Berpadalah menyanjung orang. Nanti apabila sudah bunting, ramai berkata kenapa harus dipersalahkan perempuan saja bukan lelaki?. Tetapi berdasarkan soalan begini, tidakkah wanita meletakkan malunya ke tepi dan merendahkan diri sendiri. Wallahualam.
JEANS BURUK JANGAN DIBUANG, BOLEH DIBUAT TOTE & SHOPPING BAG. SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan di buka. Rata-rata mak ayah, merebut peluang menghantar anak-anak ke sekolah. Perasaan teruja dapat dirasai apatah lagi jika ia merupakan pengalaman pertama kali menghantar anak ke sekolah untuk masuk ke darjah satu. Momen manis tersebut pastinya menjadi saat istimewa dalam menyimpan kenangan ragam anak ke sekolah.
Pelakon Yana Samsudin,39 dan suami Fadzil Zahari,40 antara mak ayah yang berpeluang untuk menghantar anak ke sekolah buat pertama kalinya pada hari ini.
Aisy Mateen Bersemangat Ke Sekolah
Menerusi perkongsian di Instagram Yana Samsudin, anak sulungnya Aisy Mateen,7 yang lengkap berpakaian uniform sekolah, cukup bersemangat untuk pergi sekolah bagi memasuki darjah satu, tanpa ‘drama’ mengalirkan air mata. Malah turut mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada ahli keluarga tersayang.
Alhamdulillah! 1st day nampaknya berjaya ! Takda drama air mata !
@aisymateen pun bersemangat nak ke sekolah.. nak keluar rumah adik dia si @auraaisysofea pun sibuk peluk peluk salam bagis semangat kat abang dia. Pagi pagi jugak atuk nenek, mommy long , and teacher sekolah tadika dia bagi kata kata semangat juga..
Rasanya dadi dia yang nangis … hahahahaa… tak sangka anak dah besar!
Ok mommy , dadi nak gi dating breakfast jap.. hahahaha .
Mommy mommy dadi ok ke tak tu?
Ramai juga yang berkongsi keterujaan dan merasakan cukup pantas masa berlalu, kini anak sulung pasangan selebriti ini telah memasuki alam persekolahan. Malah turut mengucapkan selamat maju jaya dan semoga gembira di sekolah.
Mingguan Wanita: Momen pengalaman pertama kali hantar anak ke sekolah memang waktu yang dinanti-nantikan oleh mak ayah. Pelbagai perasaan berbaur di hati. Rasa baru sekejap dilahirkan, anak kini semakin besar dan pergi sekolah. Semoga dipermudahkan urusan mak ayah yang hantar anak-anak ke sekolah pada hari ini.
Suami Sharifah Zarina mengerang kesakitan lepas makan durian. Keenakan dan aroma buah durian boleh membuatkan seseorang tidak keruan, malah ada yang siap menabung sejak awal tahun untuk membeli buah itu pada musimnya. Bagaimanapun, ramai tidak sedar bahawa buah durian sebenarnya mampu meragut nyawa jika tersalah makan. Benar, buah durian memiliki pelbagai khasiat seperti vitamin C, B2 dan B9, phytonutrient dan antioksidan yang tinggi.
Namun, individu tidak disaran untuk memakan durian pada kadar yang berlebihan terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
Suami Sharifah Zarina Mengerang Kesakitan
Terbaru menerusi perkongsian hantaran video di Instagram Sharifah Zarina berasa cemas apabila suaminya Buswani Abdillah mengerang kesakitan selain wajahnya bertukar pucat selepas makan buah durian.
Sharifah Zarina yang ketika itu sedang bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang terpaksa akur apabila percutiannya bertukar tragedi. Suaminya pula terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Pulau Pinang.
“Kami makan durian di sebuah ladang di Pulau Pinang.
“Suami saya mengadu sakit perut sampai keluar masuk tandas.
“Saya mula risau tengok dia mengerang kesakitan sambil tunduk dan tidak bergerak dengan muka pucat. Jadi saya terus bawa dia ke hospital berdekatan.
“Rupanya doktor beritahu punca dia sakit perut sebab gas durian yang berlebihan dalam perut,” kongsi Sharifah Zarina seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Suami Semakin Pulih
Walaupun pada awalnya Zarina berasa cemas, namun dirinya bersyukur suaminya semakin pulih.
“Doktor beritahu keadaan dia tak teruk pun, selepas diberi suntikan keadaan dia dah kembali pulih.
“Rawatan pun hanya dalam dua ke tiga jam sahaja dan kami terus bergerak pulang ke Kuala Lumpur selepas itu.
“Sekarang dia semakin pulih berbanding keadaannya semalam,” kongsinya.
Hanya Jamah Tiga Biji Durian
Tragedi yang berlaku luar sangkaan, menurut Sharifah Zarina mereka sekeluarga hanya memakan tiga biji durian.
“Padahal kami makan sikit saja dalam tiga biji saja, saya dan anak-anak okay saja.
“Mungkin sebab durian di sana kuat berbanding tempat lain.
“Peliknya sebelum ini pun dia tak pernah macam ini, padahal dia makan sebelum ini lagi banyak dari semalam tapi tak tahu kenapa kali ini boleh jadi macam ini,” tambah Sharifah Zarina lagi.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kata Peguam Syarie ini, Khairul Fahmi Ramli , perkara pertama yang perlu dibuat sebaik suami atau isteri meninggal dan sebelum dibahagikan harta yang ditinggalkan si mati adalah ‘menjelaskan dahulu semua hutang si mati.’
Hutang si mati ini termasuklah HARTA SEPENCARIAN dengan isteri atau suaminya. Sayangnya, bab tuntutan harta ini masih ada yang belum jelas mengenainya. Hadamkan bab ini betul-betul, agar mana-mana pasangan suami isteri dapat manfaat dan tidak timbul isu di kemudian hari.
Langsaikan Dahulu Hutang Si Mati Sebelum Difaraidkan
Hari ini kecoh satu negara tentang isu antara balu Arwah Abam dan adik simati, Ali berkenaan dengan harta pusaka yang tak dapat pada balu tersebut. Kita yang menonton video live tu pun kadang-kadang ada dipengaruhi dengan dakwaan sebelah pihak sahaja.
Semalam, Ali telah memberitahu bagi pihak diri dan keluarganya tentang kedudukan harta-harta tersebut. Pada saya, dakwaan dan penjelasan itu belum membuktikan apa-apa. Siapa yang betul, siapa yang salah.
Cuma yang pastinya, bila seseorang itu meninggal dunia, perkara pertama yang perlu dibuat sebelum dibahagikan harta yang ditinggalkan si mati adalah Menjelaskan Semua Hutang Si mati.
Perkara ini termasuklah dengan Harta Sepencarian si mati dengan isterinya. Harta sepencarian mesti diselesaikan dahulu sebelum menunaikan wasiat si mati kalau ada. Selepas semua itu selesai, barulah perlu difikirkan tentang faraid.
Apa Itu Harta Sepencarian?
Harta yang dimiliki oleh suami atau isteri semasa dalam tempoh perkahwinan. Ada 3 jenis harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian iaitu Harta Alih, Harta Tak Alih dan Harta Intelek.
Siapa yang boleh tuntut Harta Sepencarian?
Isteri boleh tuntut harta suaminya, suami juga boleh tuntut harta isterinya. Bergantung pada syarat tertentu mengikut undang-undang.
Apa keadaan yang boleh tuntut?
Kalau suami meninggal dunia, isteri berhak untuk menuntut harta yang dimiliki dalam tempoh kahwin dengan menamakan ahli-ahli waris lain sebagai pihak lawan.
Kalau suami berpoligami, juga melayakkan isteri untuk menuntut harta sepencariannya.
Kalau suami dan isteri bercerai, maka harta sepencarian juga boleh dituntut pada selepas cerai tersebut.
Mengapa Harta Sepencarian perlu selesai dahulu?
Harta tersebut mesti diselesaikan di Mahkamah Tinggi Syariah dahulu sebelum faraid kerana di situ ada terletak hak kepada isteri dan sebagai pelindung kepada nasib isteri dan anak di bawah jagaan isteri jika kematian suami khasnya.
Isu ini akan lebih teruk kalau simati meninggalkan anak perempuan sahaja atau anak yang masih kecil dan tak mampu nak uruskan apa-apa. Sebab itu, harta sepencarian ini boleh jadi pelindung hak yang patut diterima oleh bekas isteri khasnya.
Adakah terdapat apa-apa halangan kalau nak tuntut Harta Sepencarian bagi seorang isteri?
Tidak ada selagimana harta tersebut dimiliki dalam tempoh perkahwinan tersebut dan tidak ada isteri-isteri yang lain nak claim harta yang sama. Apa yang perlu dibuktikan adalah sumbangan isteri tersebut untuk pemilikan harta tersebut.
Kalau harta masih dalam hutang, boleh ke?
Boleh tuntut dan selalunya Mahkamah akan perintahkan untuk harta tersebut dijual dan dibahagikan mengikut kadar sepencarian yang diputuskan oleh Mahkamah.
Secara professionalnya, saya melihat, kes harta tinggalan arwah Abam pada waris-warisnya perlu diselesaikan dengan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu.
Pada saya, tak ada masalah bagi balu si mati untuk buat urusan tersebut di Mahkamah demi hak dan memelihara nasib anak kecil yang ditinggalkan. Saya tak kata keluarga Abam salah. Mesti ada penyelesaian terbaik daripada mereka. Apa yang saya nampak, yang terbaik adalah, selesaikan dahulu harta sepencarian sebelum berbincang tentang faraid.
Semoga penulisan ini dapat sikit sebanyak bantu pada balu Arwah Abam (Pelawak yang saya kagum), anaknya dan wanita-wanita yang lain ada masalah yang sama.
Harta Sepencarian adalah hak isteri yang tak boleh disangkal.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.