Bagi wanita yang berdiet dan nak kurus, ada sesetengah makanan langsung tidak diambilnya, takut boleh menambahkan lagi berat badan. Contohnya ayam goreng yang memang menjadi kegemaran sesiapa sahaja.
Dalam berdiet, tidak perlu takut untuk mengambil makanan tapi kenalah tengok jumlah kuantiti yang diambil. Begitu juga dengan ayam goreng, tidak menjadi masalah untuk anda yang sedang berdiet mengambilnya.
Walau bagaimanapun, kalau nak kurus dengan makan ayam goreng, ada syaratnya. Bukan main bedal sahaja. Ini yang dikatakan oleh pakar pemakanan wanita tentang wanita yang nak kurus dan mengambil makanan kegemarannya.
Ayam goreng memang tak bagus diambil dengan kerap dan berlebihan sebab tinggi kalori (kalori berlebihan punca berat naik) dan tinggi lemak trans (punca pelbagai penyakit kronik dan kolesterol)
TAPI ayam goreng memang SEDAPP! Tak akan lah tak boleh langsung nak makan ayam goreng kan?
Ads
Macamana nak kurus makan ayam goreng?
Syaratnya:
1) Paling penting sekali, kena pastikan makan secara seimbang, ikut konsep suku suku separuh.
SEPARUH SAYUR
SUKU PROTEIN (ayam/daging/ikan/telur)
Dan SUKU KARBOHIDRAT (nasi/roti/mee)
2) Kalau dah lauk ayam goreng, tak perlu lah mengambil kuah kari banjir, sayur masak lemak dan lain makanan berkuah yang tinggi kalori.
3) Janganlah terlampau kerap dan berlebihan. Setakat seminggu sekali tu okay lagi.
4) Kalau dah makan ayam itu, jangan pula sulam dengan air manis. Bila nak kurusnya?
Minum air sejuk kosong, elakkan dan kurangkan minuman manis.
Ini tip kurus dan cara diet yang paling mudah dan menyihatkan. Badan dapat cukup nutrisi dan tak berlebihan kalori. Senang nak konsisten dan boleh amalkan untuk sihat sepanjang hayat.
Ads
Diet jangan stres semua tak boleh makan. ITS NOT ABOUT EAT LESS, BUT EAT RIGHT!
MW: Nak seribu daya kan. Walaupun pakar pemakanan beritahu boleh saja mengambil ayam goreng tapi kenalah waspada, jangan ambil berlebihan. Macam mana nak kurus kan…
Mak-mak yang suka menanam ni cukup risau bila nak pergi bercuti lama-lama. Bukan apa, takut pokok layu, maklum saja tinggal beberapa hari tanpa disiram. Mahunya, rosak dan tidak hidup lagi.
Ada juga sestengah mak-mak yang mempunyai idea dengan meletakkan satu plastik yang berisi air dan dicucuk dengan jarum peniti. Sekurang-kurangnya, bekalan air untuk pokok yang ditanam itu sentias mencukupi sepeninggalannya,
Sebenarnya, ada cara lain untuk memastikan pokok layu kembali kembang. Bukan sebab mak-mak ingin bercuti lama tetapi mungkin disebabkan terlupa untuk siram atau pun keadaan cuaca yang terlalu panas.
Perkongsian daripada Mohd Azrin Roselan boelh dijadikan panduan untuk mak-mak yang suka menanam dan tidak perlu risau kalau nak bercuti mahu pun terlupa siram. Mudah saja. Rendam dalam besen, nanti lihatlah pokok akan kembali kembang.
Akibat Terlupa Siram Atau Terlalu Panas. Jangan Terus Curah Air
Bagi yang suka bercucuk tanam melihat pokok layu macam dah nak mati memang buat hati luluh kecewa. Apatah lagi jika selama ini berharap sangat lihat pokok membesar dan berhasil.
Lagi sedih kalau kita terlupa siram atau gara gara cuaca panas. Kalau berlaku kejadian begini sama ada pada pokok bunga atau sayur, jangan panik. Ada caranya.
Tip Pulih Pokok Layu
Hati mana tak remuk dan luluh hati bila lihat pokok layu macam dah nak mati. Gara-gara cuaca panas atau terlupa siram pokok.
Jangan panik. Bertenang . Ini cara saya nak pulih pokok yang layu.
1. Jangan terus curah atau siram air pada pokok nanti pokok akan lecur dan tidak dapat diselamatkan.
2. Ambil besen air. Letak pokok yang layu dalam besen. Isi air dalam besen sehingga paras pasu.
3. Kemudian, biarkan dalam sejam lebih, bergantung pada keadaan pokok. Biarkan akar pokok menyerap air untuk pulih sendiri.
4. Hasilnya, pokok Insya Allah akan segar semula.
MW: Kalau sehari tak siram pun, bolehlah mak-mak try buat cara ini. Moga bermanfaat.
Boleh dikatakan Cili Padi antara bahan wajib beli setiap kali kita ke pasar atau beli barang dapur. Kalau beli cili padi kampung, walaupun sepeket kecil boleh tahan juga harganya. Lebih jimat kalau kita dapat tanam sendiri dalam pasu di balkoni rumah. Sepohon merimbun cili, tak habis makan. Bila nak guna pun senang tinggal petik je.Nak tanam cili padi yang subur merimbun ni ada caranya.
Boleh ikut tip tanam Cili Padi Kampung yang dikongsikan oleh Cik Pooja ini.
“Cikpooja nak belanje picture pokok cabai burung @ cili kampung @ cili padi. Tanam dalam pasu kat balkoni umah je. Alhamdulillah..sepokok je pon!! Makan tak habih.”
“Kepada yang bertanya cara tanam. Cikpooja ni tak lah pakar sangat. Semua ni bidang terjun je nih.Ni cara cikpooja tanam cili ni yea.”
“Cikpooja tak tau kaedah apa yang cikpooja guna ni. Janji hidup subur sudah.”
Bahan-Bahan untuk kaedah cikpooja tanam nih:
Anak pokok cili
Pasu yang diisi tanah bakar (pasu yang berlubang dibawah yea)
Baldi (yang ngam-ngam ngan pasu yea)
Bancuhan baja AB
Cara-Caranya:
1.Tanam anak pokok cili dalam pasu
2.Letak pasu di atas baldi yang diisi dengan air bancuhan baja AB tu. (Air baja tu isi agak-agak bila letak pasu. Bontot pasu cecah air baja yea.)
3.Cikpooja guna cara ni sebab mudah dan senang. Tanah akan sentiasa lembap.
4.Bila air baja dah nak kering, kita topup lagi.
5.Bila pokok dah naik segar elok. Cikpooja guna kaedah CUBIT-CUBIT buang pucuk pokok cili tu supaya dia bertambah tunas baru.InsyaAllah akan lagi merimbun pokok cili kita lepas tu.
6.Satu je masalah bila tanam cili ni, serangan bena (bende yang putih-putih tu). Cikpooja tak guna pape racun serangga pon. Cuma hari-hari cikpooja akan intai-intai bawah-bawah daun tu dan tenyeh-tenyeh deme tu. Daun yang patut buang, kita buang.
Macam tu je lah caranya.Takde rahsia lain dah.
Tip Ekstra!
*Cikpooja tanam guna biji cili yang dah masak ranum (Lenyek-lenyek je kat tanah dalam pasu semaian)
*Selepas seminggu.Insya Allah dia akan bercambah.
*Masa ni kita cuma kena pantau kelembapan tanah je. Jangan terlebih siram yea. Tak payah guna baja lagi.(sat gi baby pokok panaih, teruih KO)
*Bila pokok dah keluarkan daun dalam 5,6 helai, tempoh tanam dalam sebulan gitu, Okeyyyyy boleh ubah ke pasu baru yea!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang nak cuba tanam cili padi kampung boleh ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Jimat belanja dapur!
Manarik idea DIY “Home Office” dari almari pakaian ini. Kemas tersusun elok tertutup dan paling penting tak nampak serabut! Bukan apa, ramai juga antara kita yang mempunyai ‘pejabat sendiri di rumah’ namun kekangan idea dan ruang yang ada menjadikan ia nampak ‘serabut’ dan semak mata memandang. Bila buat penstoran begini guna almari pakaian ia nampak lebih kemas.
Boleh ikut idea DIY “Home Office” dari almari pakaian seperti yang dikongsikan oleh Dr Hani Mynisini sebagai rujukan.
#kemasrumahwithhani: DIY home office
Seperti dijanjikan Hani kongsikan DIY “home office” Hani dari almari pakaian sahaja.
Awal tahun haritu hani ada cerita yang Hani decided nak makeover 3 bilik tidur di rumah hani. Sebelum ini ‘home office’ Hani memang ada bilik khas iaitu bilik paling kecil di rumah hani.
Memandangkan bilik pakaian sebelum ini Hani jadikan bilik tidur dan belajar Aqil maka bilik home office hani jadikan sepenuhnya bilik pakaian. Kira ala-ala walk in closet gitu haha.
Idea ‘Home Office’ Dalam ‘Wardrobe’
Seminggu juga perah otak cari idea mana lah nak campak barang-barang dalam home office hani haha dengan fail-fail rumah dengan printer dengan segala stationery dan barang-barang planner haha. Banyak barang itupun banyak juga yg dah let go.
Lepas tu dapat idea nak buat ‘home office’ dalam wardrobe, ruang pun tak ambil banyak dalam master bedroom. Memandangkan bajet memang tak banyak untuk home office ni (bajet dah banyak habis untuk beli katil baru haha) terpaksa lah cari alternatif paling murah iaitu almari pakaian Shopee berharga RM155.
Ini je modal yang Hani keluar untuk home office baru Hani ni hehe. Segala macam penstoran dalam ni semua guna je apa yg ada.
Praktikal Tempat Simpanan Barang
Bagi Hani praktikal sangat almari pakaian ni Hani jadikan tempat simpanan barang-barang home office hani. Hani tempatkan juga printer dan mesin laminator dalam almari ni. Ramai yang tanya kalau nak guna printer hani keluarkan ke printer? Tak pun. Print je dalam tu. Idea asal nak buat pull out shelf. Haha tapi memandangkan macam ni pun elok je berfungsi malas pulak nak continue project hahaha.
Hani ceritakan lebih detail mengenai home office ni dalam gambar ya. Boleh tengok satu-satu gambar. Kat mana hani beli dan harga semua ada di gambar.
Jemput menelaah. Mana tahu ada idea nak buat benda yang sama juga.
1.Almari pakaian Hani jadikan sebagai home office. Dia buat teknik penyamaran kat situ haha so tak nampak serabut sangat Master Bedroom bila almari dah tutup.
3 box kat atas tu dari Ikea. Hani simpan barang-barang sentimental. Satu box sorang. Alif, Hani dan Aqil.
2.Bila dah buka pintu almari. Tudiaaa hahahah penuh barang. Strictly untuk penstoran dan printing je.
3. Gunakan ruang dinding almari sebaiknya.
4. Hani tambah Lennart drawer dalam ni. Para ikea pun letak je atas laci. Para ikea ni kena potong sikit bagi muat. Hani hntr kilang perabot minta dia tolong potongkan hehe.
8. Harap misteri terjawab. Haha bila nak guna Hani pasang je plug kat extension ni. Lagipun printer bukan guna hari hari hehe. Hani parking laptop kat atas ni. Sambung usb printer. Terus print.
9. Inilah almari yang Hani guna. Untuk yang ada bajet sikit macam Hani boleh gunakan yang ni. Kalau ada bajet lebih boleh beli almari pakaian yang lebih tahan atau berkualiti dari Ikea. Sebab Hani fikir ini temporary solution sebelum pindah rumah sendiri nanti so RM155 berbaloi lah haha.
Macam ni lah bahagian dalam almari pakaian yang Hani beli. Kalau perasan para dia ada di bahagian atas. Tapi Hani letak kat bawah paras pinggang. Guna bracket L je untuk para tu. Bracket L yang besi kecil tu je. Yang rod tu Hani tak guna. Guna untuk project lain hehe.
Mingguan Wanita : Menarik idea DIY “Home Office” dari almari pakaian ini. Kemas tersusun elok tertutup dan paling penting tak nampak serabut! Boleh ikut idea yang dikongsikan ini nanti, kalau nak buat ‘home office’ tapi ada ruang terhad di rumah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...