Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anaknya peroleh kejayaan terutamanya dalam kehidupannya yang akan mendatang. Mengharapkan jadi anak yang bijak pandai dan berjaya dalam bidang akademik.
Siapa yang tidak mahu anak peroleh kejayaan yang diimpikan oleh setiap mak ayah. Doa inilah yang selalu disuarakan oleh mak-mak setiap kali solat dan mungkin juga setiap hari.
Hebatnya doa mak dan pasti didengari oleh Allah. Namun, sebagai mak-mak, jangan hanya doakan kejayaan anak semata-mata, kena selitkan supaya menjadi anak yang soleh dan ahli syurga.
Inilah yang diterangkan oleh Wan Nur Syakira agar anak tidak hanya peroleh kejayaan di dunia tetapi turut menjadi ahli syurga di sana nanti.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Punyai 3 Anak Perempuan, Syurga Menanti Mak Ayahnya, SYARAT Didik & Jaga Sebaiknya
Nak Anak Berjaya Dalam Akademik. Paksa Anak Tidur Awal, Bukan Biasakan Tidur Lewat
Info Lebih Menarik DI SINI
Kejayaan Anak Dunia Akhirat
Sebelum tidur, jangan lupa cakap kita sayangkan anak, bangga dengan mereka, minta maaf jika kita buat salah dan baca doa dan zikir bersama.
Doa ibu itu hebat dan bernilai di sisi Allah.
Bisikkan juga agar anak menjadi mereka yang menjadi ahli syurga.
Kadang kala kita terlalu mengharap mereka ini jadi begitu dan begini di pandangan manusia, dan pandangan dunia.
“Jadi orang yang baik, seorang yang berjaya, score peperiksaan, jadi yang cemerlang dalam akademik dan sebagainya “.
Sampaikan mak-mak lupa dan jarang nak doakan anak berjaya menjadi ahli syurga.
Allah gambarkan bagaimana ciri-ciri ahli syurga dalam surah al Mu’minun.
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, –
إِلاَّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang
yang melampaui batas;
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
أُوْلَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Surah al Mu’minun, ayat 1-11
Doakan Ini
Apa kata kita doa selalu,
“Ya Allah, jadikanlah anakku ini yang khusyuk dalam solatnya, jauh dari perkara yang sia-sia, yang sentiasa membersihkan hartanya, yang menjaga kehormatan dan kemaluannya dari apa yang Engkau haramkan, Jadikanlah anakku yang amanah dan janjinya serta menjaga solatnya . Jadikanlah anakku sebagai ahli syurgaMu, yang menikmati syurga FirdausMu “.
Masya Allah, bayangkan kalau kita, seorang ibu berdoa begini untuk anak-anaknya.
Pandangan kita bukan hanya pada kehidupan dunia semata, tetapi kehidupan akhirat yang takkan berakhir dan selama-lamanya.
Ibu yang mahukan anaknya berbahagia dan berjaya bukan semata di dunia, tetapi menjadi mu’min berjaya di akhirat.
Masya Allah! Jom sama-sama tambahkan doa untuk anak-anak kita ya.
Doakan juga kita menjadi ibu yang beristiqamah berdoa kepada Allah.
Di mana ada anak yang berjaya mendepani cabaran dan dimudahkan urusan, ada terselit doa ibu yang tak pernah berhenti.
Di sana ada ibu yang hebat pergantungannya kepada Allah, bukan bergantung pada kudrat sendiri dalam mendidik.
#catatanparentingsyakira
MW: Kejayaan sebenar bila balance dunia dan akhirat.
Sumber: Wan Nur Syakira
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI