Dalam hubungan rumah tangga, hubungan mentua menantu antara yang selalu menjadi topik perbincangan hangat. Ada menantu direzekikan mentua yang baik, beruntung sekali mereka. Ada pula sebaliknya.
Hubungan mentua menantu yang kadangkala panas ini bukan saja jadi pada menantu perempuan. Menantu lelaki pun ada konfliknya. Cuma, lelaki ini tidaklah tunjukkan emosi mereka. Tapi, bila bertahun-tahun berlarutan, memang makan dalam dibuatnya.
Borak Kelamin (BK) kali ini menjemput pelakon Fizo Omar yang pernah melalui episod perpisahan dengan bekas isterinya, Mawar Karim. Kali ini BK mengupas dari perspektif Fizo Omar sendiri akan ungkapan ‘anak mami’ yang terkait dengannya.
“Definisi itu terlalu subjektif. Mak saya jenis orang tua yang tak campur tangan. Janji kita buat yang baik.”
Fizo menolak andaian segelintir netizen yang mengaitkan punca perpisahannya terlalu lebihkan mak sehingga ‘isteri’ rasa tersisih.
“Tidak pernah keluar mana-mana kenyataan daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan ibu belah saya atau Mawar. Bila kami berdiam, maka banyaklah keluar macam-macam andaian.
Bagi saya tak perlulah saya menjawab. Biarlah ia jadi rahsia antara saya dan Mawar. Bagusnya saya dan Mawar, masing-masing mendiamkan diri. Terpulang pada orang nak buat andaian. Kerana kami lebih tahu apa yang berlaku.”
Ads
Mak Saya Tak Campur Tangan – Fizo Omar
Akui Fizo lagi, dalam hubungan rumah tangganya yang lalu, ibunya tidak sama sekali campur tangan dalam urusan rumah tangga anak dan menantunya.
“Dia diam tak ambil tahu. Pada mulanya saya simpan, tapi bila duduk serumah ni orang tua, dia lebih makan garam. Lama-lama mak boleh tahu. Kalau boleh cuba elakkan.
Macam saya, saya cuba elakkan. Takkan bercerita. Sebab bila kita bercerita, kita tengah marah, semua tentang dia jadi tak betul dan semua berkenaan kita betul.
Jika perlukan seseorang untuk berkongsi rasa, biarlah reda dulu. Fikir positif baru boleh nak bercerita. Biar sejuk dulu.”
Ads
Maryam Faham Apa Yang Jadi Antara Ibu Dan Ayahnya
Akui Fizo, berpisah dalam keadaan dirinya dan Mawar mempunyai seorang anak, Wan Maryam sedikit sebanyak membuatnya ‘tersepit’.
“Nak tak nak seminggu sekali kena jumpa.” Tidak mahu terlepas memikul tanggungjawab membesarkan Maryam, Fizo dan Mawar sama-sama berkorban.
Waktu awal perpisahan tidak mudah bagi Fizo. Ketika itu umur Maryam dalam setahun lebih. Bila tiba gilirannya menjaga. Hatinya bimbang. Takut tak dapat urus Maryam yang masih kecil dan masih menyusu.
“Saya percaya satu, Allah izinkan benda ni berlaku. Allah aturkan.” Setiap kali dia perlu menghantar Maryam pada ibunya, dia akan jelaskan situasi pada anaknya. Dan begitu sebaliknya.
Lama-kelamaan, Maryam faham sendiri. Malah, amat memahami ibu dan ayahnya itu.
Ads
Fizo dan Mawar, mendirikan rumah tangga pada November 13. Dan selepas enam tahun bergelar suami isteri, mereka berpisah secara baik pada 10 Julai 2019.
Hubungan Mentua Menantu
Banyak lagi cerita rumah tangga yang Fizo kongsikan dalam Borak Kelamin. Dan ada suami yang meluah rasa makan hati apabila dipandang sebelah mata, tidak dihargai ibu mentuanya sendiri.
Dibanding-bandingkan dengan menantu lelaki yang lain. Sungguh! menantu lelaki pun ada terasa hati dengan ibu mentua. Cuma amat jarang mereka meluah kata.
Ini antara yang menarik dalam Borak Kelamin episod Trauma Mentua yang bersiaran jam 9 malam ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (124).
Rancangan ini dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari pada setiap Isnin, waktu dan saluran yang sama. Boleh juga distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Benarkah, kehebatan seorang duda dan janda selalu diperkatakan dan menjadi rebutan ramai?? Mereka dikatakan mempunyai pengalaman dan aura yang makin hari makin mengancam. Maka tak hairanlah ada yang memilih duda dan janda dari teruna dan dara untuk dijadikan pasangan hidup.
Namun persepsi masyarakat, sering memandang serong pada golongan ini. Bila bergelar janda seringkali dilihat ‘bergetah’, tahu jaga badan, berpenampilan menarik untuk diri sendiri. Namun janda dikatakan sering ‘ditakuti’ oleh isteri orang kerana dianggap ‘perampas’, penghancur rumahtangga mahupun suka goda laki orang kerana gersang kasih sayang! Benarkah?
Adakah menyandang status duda atau janda masih menjadi taboo sehingga kini dan dilabel dengan macam-macam? Apa yang hangat dan menariknya duda atau janda ini? Adakah lebih baik memilih duda atau janda daripada suami atau isteri orang? Bagaimana pula penerimaan anak tiri dan keluarga ipar duai? Macam-macam yang dikupas dalam ‘Borak Kelamin’ episod 3 ini.
Pendedahan Ekslusif Ifa Raziah
Untuk episod kali ini juga, Borak Kelamin berkongsi tentang topik ‘Janda Duda Rebutan’ dan Ifa Raziah tampil memberikan pendedahan ekslusif, perkongsian berdasarkan pengalaman beliau.
Meskipun perkahwinan ketiga mengecap bahagia dan bertahan 17 hingga kini, namun pendedahan 2 kali pernah bergelar janda sebelum ini membuatkan Ifa Raziah mengalir air mata apabila mengenangkan kepayahan dan dugaan sepanjang bergelar janda dahulu.
Ifa Raziah berkata lagi tidak mudah menjadi janda, macam ada dosa besar pula. Susahnya menjadi janda hanya mereka yang mengalami sahaja tahu.Hakikatnya tidak ada wanita yang mahukan penceraian.
Status Janda Jadi ‘Soft Spot’ Majikan
Selain itu, turut berkongsi pengalaman pernah bergelar janda, Borak Kelamin bawakan pengalaman ‘Puan Nina’ dalam segmen Cerita Dalam Kain dan berkongsi pengakuan di sebalik tirai. Status janda pada dirinya rupanya menjadi ‘soft spot’ oleh bos dan satu kelebihan di tempat kerja. Apakah yang dimaksudkan ‘soft spot’? Adakah ini satu kelebihan, perkara yang boleh diambil kesempatan atau orang sekeliling pula yang ambil kesempatan? Malah bagi ‘Nina’ banyak godaan untuk menjadi lebih daripada ‘kawan’ datang dari suami orang. Segalanya didedahkan dalam segmen ini.
Di hoskan oleh Awal Ashaari dan Elly Mazlein, bersama tetamu undangan Pakar Motivasi Konsultansi Keluarga jemputan, Dr Hj Tengku Asmadi turut mengupas topik ini dengan lebih mendalam.
Memang menarik dan hangat. Banyak yang diperbincangkan dan boleh dijadikan pengajaran.Nak dengar kisah sebenar dan tahu lebih lanjut keseluruhan cerita daripada tuan punya diri, jangan lupa tonton BORAK KELAMIN sekarang!! Pada Isnin jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD dalam episod 3; Janda Duda Rebutan. Serta ulangannya pada Jumaat 12pm di saluran yang sama.
Jangan lupa #borakkelamin untuk sebarang pandangan, komen mahupun pendapat berkaitan topik menarik ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam rumah tangga, pasti adal salah seorang baik suami atau isteri yang banyak dominasi pasangan dan rumah tangga. Tapi, kalau isteri yang dominasi, dikatakan ‘queen control’ pula dan sudah tentulah suami pula dikatakan ‘takut bini’.
Orang cakap raja dalam rumah tangga, bukan hanya pada suami tapi boleh jadi juga pada isteri. Tapi tak semestinya, isteri ‘queen control’. Mungkin ada sesetengah perkara yang mengkehendaki isteri dalam keadaan begini. Contohnya dalam urusan kewangan.
Berbalik kepada ‘queen control’ ini, Borak Kelamin telah membincangkan topik yang cukup hangat dan boleh dikatakan sensitif iaitu ‘Dominasi Kelamin’ yang menjadi ‘raja’ dalam rumah tangga.
Bagi pasangan selebriti yang tidak asing lagi dan cukup bahagia ini, Syarifah Shahirah dan Ijoy Azhari telah dijemput untuk mengulas lebih lanjut dalam membincangkan isu ini.
‘Queen Control’ Tapi Keputusan Dipersetujui Bersama
Apa yang dikatakan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari sebagai pengacara ‘Borak Kelamin’, Syarifah Syahirah turut mengakui dirinya ‘queen control’ dalam dalam.
“Tak kisah orang cakap kerana itu adalah rumah tangga saya, saya yang mencari rezeki lebih. Tapi ‘queen control’ tidak berlebihan, sebaliknya, saya berikan suami saya ‘leasure’ dengan caranya tersendiri.
“Dalam rumah tangga, bila saya diberi rezeki lebih, saya akan belikan keperluan rumah, begitu juga dengan Ijoy. Malah, kalau sebarang keputusan yang ingin dibuat, kami pastikan ia persetujui bersama,” kata Syarifah Syahira.
Dominasi Pasangan Ada Peringkat
Salah satu tetamu dan pakar motivasi yang dijemput untuk mengulas lebih lanjut tentanag topik ini, Dr Norwati Mansor.
Katanya, ‘queen control’, boleh terjadi dengan beberapa peringkat.
100 peratus mengawal pasangan
Pertengahan
Sedikit sahaja
Apa yang ditekankan dan paling dirisaukan adalah pada peringkat 100 peratus yang mana pasangan mengawal sepenuhnya. Keadaan inilah membuatkan pasangan mula tertekan, stres, terkongkong. Akhirnya, mulalah mencari ‘lompomg-lompong’ kekurangan itu di luar rumah.
Walau bagaimanapun, isteri yang dominasi keluarga bukanlah dianggap kehidupan keluarga dan rumah tangga itu tidak sihat. Jangan sentiasa mencari ruang untuk mengawal sepenuhnya. Kebiasaan isteri dominasi bila suami lambat membuat keputusan atau sebarang tindakan.
Apa yang menarik daripada perkongsian Dr Norwati ini:
Wanita ini berfikir secara mikro – perkara yang sekecil-kecil dan remeh.
Lelaki pula melihat secara makro – dia memikirkan tentang apa yang akan berlaku pada lima tahun akan datang.
Begitulah.
Borak Kelamin yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Elly Mazlein memaparkan isu-isu rumah tangga yang berlaku sekarang ini. Setiap masalah ini dijelaskan secara terperinci oleh pakar motivasi atau kaunseling dalam menyelesaikan masalah rumah tangga.
Bagi yang ketinggalan untuk menonton sebelum ini, saksikan siaran ulangan pada setiap Jumaat jam 12.00 tengah hari di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 124.
Jangan lupa saksikan Borak Kelamin yang disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 9,00 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 124. Episod menarik pada minggu hadapan: Cinta Luar Biasa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fatin Afeefa Nikah, Bella Doakan “Semoga Rumahtangga Dibina Kekal Bahagia Hingga ke Jannah”. Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga sebelum ini bergelar ibu tunggal, Fatin Afeefa.
Dalam diam ibu kepada dua cahaya mata itu telah memilih jejaka dikenali sebagai Aliff Awang pada majlis pernikahan secara tertutup yang dipercayai diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Fatin Afeefa Nikah
Fatin dan Aliff bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam tadi dengan sekali lafaz.
Namun hingga kini Fatin masih berdiam diri dan belum membuat sebarang kenyataan. Walau bagaimanapun menerusi akaun Instagram Bella Astillah mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin.
“Nothing as beautiful as seeing you being loved effortlessly by the right person @fatinafeefa Alhamdulillah.
“Congratulations! May you two make a beautiful life together, which is full of love, compassion, and purity! I wish you both great happiness!
“Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah inshaAllah..
“What a beautiful couple mashaAllah..
Bella doakan Angah bahagia selamanya”.
Untuk rekod terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013. Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 7.
Dalam pada itu, menerusi perkahwinan sebelum itu, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.
Naik Seri Pengantin, Disolek Datuk Alha Alfa
Selain Bella, berita gembira itu turut dikongsi jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.
“Fatin Afeefa, congrats dear (tahniah), thank you for having me (terima kasih kerana mendapatkan khidmat saya),” tulis Alha ringkas menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya yang turut memaparkan Fatin mengenakan busana serba putih.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.