Agak-agak berat badan masa Ramadan lepas turun banyak tak? Tak berubah, makin naik atau sama saja. Orang cakap, masa bulan puasalah, berat badan boleh turun. Malah, sesetengahnya masa bulan Ramadan, berat makin bertambah-tambah. Ini belum lagi masa raya dengan hidangan yang pelbagai.
Baiklah, mak-mak atau sesiapa yang nak kurus, bolehlah cuba menu diet ini, Menu seminggu tanpa nasi. Mana tau, bila cuba seminggu berat badan boleh turun sekilo dua kan. Menu ini adalah saranan daripada pakar dietitian sendiri.
ISNIN
Sarapan
1 mangkuk kecil oats + 1 gelas susu rendah lemak
Minum Pagi
3 keping biskut kraker + 1 cawan teh ‘o’
Makan Tengah Hari
1 cawan kuey teow sup + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang
1 ketul kuih lapis + 1 gelas air kosong
Makan Malam
1 cawan Spaghetti Bolognaise + ½ biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam
1 mangkuk kecil bijirin + 1 gelas susu rendah lemak
SELASA
Sarapan
2 keping roti + 1 biji telur hancur + ¼ cawan kubis + 1 gelas susu rendah lemak
Minum Pagi
1 ketul karipap + 1 cawan kopi ‘o’
Makan Tengah Hari
1 cawan mihun tom yam + 1 biji epal + 1 gelas air kosong
Minum Petang
2 keping kuih apam + 1 gelas susu soya
Makan Malam
1 keping capati + ½ cawan kuah dhal + 1 potong tembikai susu + 1 gelas air kosong
Minum Malam
3 keping biskut kraker + 1 gelas susu rendah lemak
RABU
Sarapan
1 mangkuk sederhana mihun sup + ½ cawan sawi + hirisan ayam + 1 gelas susu rendah lemak
Minum Pagi
1 keping roti mil penuh + 1 gelas air kosong
Makan Tengah Hari
1 keping Grilled Fish Fillet +1 mangkuk kecil Mushroom Soup + 1 biji Mashed Potato +
1 mangkuk sederhana salad + 1 biji epal + 1 gelas air kosong
Minum Petang
2 ketul samosa + 1 cawan kopi ‘o’
Makan Malam
1 mangkuk sederhana kuey teow ladna + 1 biji buah lai + 1 gelas air kosong
Minum Malam
1 keping roti + ½ sudu kecil jem + 1 gelas susu rendah lemak
KHAMIS
Sarapan
1 keping tosei/capati + ½ cawan kuah dhal + 1 gelas susu rendah lemak
Minum pagi
1 biji pisang + 1 gelas air kosong
Makan Tengah Hari
1 cawan mee sup + 1 biji epal + 1 gelas air kosong
Minum Petang
1 cawan kacang rebus + 1 gelas air kosong
Makan Malam
1 cawan macaroni + kepingan ayam + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam
2 sudu oatmeal + 1 gelas susu rendah lemak
JUMAAT
Sarapan
1 mangkuk sederhana bijirin sarapan tinggi serat + 1 gelas susu rendah lemak
Minum Pagi
1 bekas kecil yogurt rendah lemak + 1 biji epal
Makan Tengah Hari
1 mangkuk sederhana mee soto + 1 biji pisang + 1 gelas air kosong
Minum Petang
1 mangkuk bubur kacang hijau + 1 gelas air kosong
Makan Malam
2 keping garlic bread + 1 mangkuk kecil Mushroom Soup + 1 biji epal + 1 gelas air kosong
Minum Malam
3 keping biskut krim kraker + 1 gelas susu rendah lemak
SABTU
Sarapan
2 keping roti bijirin penuh + ½ cawan baked beans + 1 ketul sosej + 1 gelas susu soya
Minum Pagi
1 ketul pau ayam + 1 cawan teh ‘o’
Makan Tengah Hari
1 mangkuk sederhana laksa Penang + 1 gelas air kosong
Minum Petang
1 potong kek pisang + 1 gelas air kosong
Makan Malam
1 keping Grilled Chicken Steak + 1 mangkuk kecil Mushroom Soup + 1 mangkuk sederhana salad + 1 biji oren + 1 gelas air kosong
Minum Malam
1 keping roti + ½ sudu kecil jem + 1 gelas susu rendah lemak
AHAD
Sarapan
2 keping roti bijirin penuh + 1 sudu kecil marjerin + 1 keping keju + 2 hiris tomato + salad +
1 gelas susu rendah lemak
Minum Pagi
1 biji epal + 1 gelas air kosong
Makan Tengah Hari
1 mangkuk sederhana mihun sup + ½ cawan hirisan sawi + hirisan ayam + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Petang
1 keping popia basah + 1 cawan teh ‘o’
Makan Malam
1 cawan Spaghetti Oglio + 1 biji epal + 1 gelas air kosong
Minum Malam
3 keping biskut krim kraker + 1 gelas susu rendah lemak
- Nota kaki:
Nasi boleh digantikan dengan sumber karbohidrat lain seperti mihun, kuey teow, spaghetti, roti putih, ubi kentang dan sebagainya. - Naik turun berat badan bukanlah masalah atau berpunca dari pengambilan nasi semata-mata tetapi disebabkan oleh pengambilan kalori seharian yang melebihi pengeluaran kalori.
- Pastikan kuantiti atau porsi hidangan adalah betul.
MW: Mak-mak boleh simpan menu nie, mana tahu boleh guna untuk akan datang. Menu dia pun tak adalah ringkas. Boleh kurus lepas nie…Semogo berjaya.
Pakar Dietitian: MADIHAH MAZHA, Kuantan Specialist Hospital, Kuantan, Pahang
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI