Mak-mak terlalu sibuk, jangan sampai anak jadi mangsa jenayah seksual alam siber. Tanpa sedar dalam mengejar kesibukan dunia, mak-mak leka seterusnya mengabaikan keperluan anak-anak.
Seharusnya anak mendapat perhatian sewajarnya, namun atas desakan hidup apabila mak-mak juga perlu bekerja membantu suami, membuatkan perhatian kepada anak-anak berkurang.
Bukan tak sayang, tapi akibat terlalu sibuk anak-anak seringkali diabaikan. Dari situ anak mula mencari keseronokan di luar, paling mudah menerusi akses di internet.
Wahai mak-mak yang sibuk, ketahuilah anak-anak kita dah terdedah jenayah seksual terlampau di alam siber tanpa kita sedari.
Mak-Mak Terlalu Sibuk
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, memandang serius dapatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima puluhan ribu alamat protokol internet (IP), yang disyaki berkongsi kandungan lucah golongan kanak-kanak di internet.
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun (gambar) berkata kes berkenaan memerlukan kerjasama segenap anggota masyarakat, untuk sama-sama mencegah dan melindungi kanak-kanak di negara ini.
Ads
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menerusi agensi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), akan melaksanakan advokasi dan program peningkatan kesedaran kepada ibu bapa, supaya cakna mengenai ancaman dunia siber bersama CyberSecurity Malaysia.
“Banyak lagi kerjasama yang dijalankan bersama Cybersecurity, bagi menyediakan persekitaran siber yang selamat dan kalis ancaman untuk kanak-kanak. Kami akan berkerjasama sebagai satu pasukan.
“Saya dan kementerian akan terus mempergiatkan usaha memastikan persekitaran siber yang selamat, agar kanak-kanak di negara ini tidak terdedah pelbagai risiko di alam siber, termasuk dieksplotasi dan pornografi,” katanya dalam kenyataan selepas membuat lawatan ke CyberSecurity Malaysia.
Ads
Anak Jadi Mangsa
Rina berkata, selain mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), beliau turut mengadakan perbincangan khas melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Jawatankuasa Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu Kanak-Kanak di Media Sosial, berhubung isu berkenaan.
Beliau berkata pertemuan turut diadakan dengan CyberSecurity Malaysia untuk menangani isu tersebut yang perlu ditangani segera secara sistematik, terurus dan terancang.
Jenayah Seksual Alam Siber
Bernama sebelum ini melaporkan sejak 2017 hingga Mac tahun ini, PDRM menerima 93,368 alamat IP yang disyaki terlibat melakukan kegiatan itu, daripada sistem perkongsian maklumat yang dianggotai antaranya Polis Antarabangsa (Interpol), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan National Center For Missing and Exploited Children.
Terdahulu dalam lawatan itu, Rina turut melawat Makmal Forensik Digital, Makmal MyCERT dan meninjau CyberSAFE L.I.V.E, iaitu galeri yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai ‘Galeri Keselamatan Siber Pertama’ di Malaysia.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Ts Dr Amirudin Abdul Wahab dan pasukannya turut menerangkan mengenai pengoperasian agensi berkenaan, yang dilengkapi teknologi terkini.
Hampir empat jam lalu, selebriti Fazura membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan pertamanya. Khabar gembira itu dikongsikan Fazura di dalam instagramnya @missfazura dan diiringi dengan tiga keping gambar hitam putih dirinya yang terkini disamping suami, Fattah Amin.
Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife
MW dan team redaksi mengucapkan tahniah buat Fazura dan Fattah Amin atas khabar gembira ini. Semoga tempoh PKP yang ada ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan berehat sambil memberi tumpuan kepada perkembangan kehamilan pertama ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Kalau tak bersuara, tak bermaksud tak sokong,”.Itu pendirian Ratu Rock Negara, Ella Aminuddin apabila diajukan mengenai kempen Blockout yang kini hangat diperkatakan di kalangan selebriti Malaysia.
Gerakan Blockout 2024 yang tercetus baru-baru ini nampaknya berjaya menguasai segenap media sosial. Kempen yang berasal dari luar negara itu merupakan salah satu cara menunjukkan sokongan terhadap negara Palestin.
Kempen yang juga sudah sampai ke Malaysia itu turut mempunyai laman Instagram sendiri bagi tujuan memberi informasi terhadap netizen tentang selebriti tempatan yang perlu diboikot atas dasar berdiam diri berkaitan kekejaman di Palestin atau pun bekerjasama mempromosikan produk-produk yang didakwa memberi sumbangan terhadap Zionis.
Jangan Cepat Menghukum
Bagi Ratu Rock, Ella pula, dia meminta netizen tidak cepat menghukum selebriti yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel dan tidak bersuara mengenai kekejaman dilakukan tentera Zionis.
Sehubungan itu, Ella turut menyarankan mereka meneliti terlebih dahulu sama ada selebriti yang tersenarai dalam gerakan ‘Blockout 2024’ itu benar-benar terbabit secara langsung dengan produk pro-Israel ataupun tidak sebelum memboikot.
“Selidik dulu sebelum melemparkan tuduhan sebab tidak mempedulikan Palestin mungkin sebab mereka ada sebab tersendiri,” ELLA AMINUDDIN.
Untuk rekod, edisi Konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota Edisi Utara di Pulau Pinang sebelum ini, Ella pernah mendedikasikan keseluruhan konsert tersebut untuk memperingati situasi di Palestin.
“Kalau tak bersuara, tak bermaksud tak sokong Palestin. Saya juga berharap netizen tidak pukul rata dengan menganggap selebriti yang tidak berkongsi penderitaan rakyat Palestin dalam media sosial tidak bermaksud mereka tidak prihatin dengan isu Gaza,” katanya.
Pada masa yang sama, Ella mendedahkan dia sanggup menolak tawaran lumayan beberapa jenama mewah antarabangsa yang mempunyai hubung kait dengan Israel.
“Ya, saya tolak beberapa tawaran jenama fesyen dikaitkan dengan Israel walaupun bayaran lumayan. Saya lakukan ini semua kerana prinsip saya dan pastikan produk saya wakili ada matlamat bersifat kemanusiaan sejagat.
“Saya juga minta pasukan teliti tawaran terlebih dulu sebelum terima sebarang tawaran,” ujar Ella.
Terdahulu, penyanyi berusia 57 tahun ini berkongsi khabar gembira dengan para peminat dengan membawakan Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia dibawakan khas oleh Hitman Solutions dan RockQueen. Konsert berkenaan akan berlangsung di Dewan Plenari, KLCC pada 9 Ogos depan.
Erra Fazira dikaitkan perceraian Engku Emran – Nabila, jangan persendakan takdir rumahtangga orang. Tak semena-mena, nama Erra Fazira terpalit dengan perceraian Engku Emran dan Noor Nabila semalam. Dirinya dikaitkan seolah tahu kenapa pasangan ini melafazkan talak semalam.
Marah dengan fitnah yang sengaja direka, primadona ini bingkas meluahkan isi hatinya berkaitan hal yang tidak ada kaitan dengannya langsung di Instagram storynya semalam.
“Jangan macam ini… Nak sensasi pun, jangan buat fitnah!
“Saya tak pernah memberi sebarang komen sebegini. Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” tegasnya.
Dalam hantaran yang dimuat naik menerusi Insta Story miliknya, terdahulu, menerusi perkongsian sebuah akaun Facebook, pengendalinya sengaja meletakkan ‘clickbait’ atau umpan kononnya primadona filem Melayu itu mendedahkan sikap sebenarnya Engku Emran.
“Masalah itu tidak dapat dibendung lagi”. Baru sahaja Engku Emran cerai, Erra dedah ini sebenarnya berlaku sebelum itu,” demikian tulisan yang berunsur fitnah itu.
“Jangan Persendakan Takdir Rumahtangga Orang…”
Berikutan hal ini, Erra Fazira memberikan nasihat agar netizen tidak mempersendakan takdir perjalanan kehidupan seseorang khususnya mereka yang bercerai.
Pada perkongsian sama, aktres berusia 49 tahun itu turut mengingatkan orang ramai supaya jangan mudah menghukum pasangan yang bercerai.
“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kelak,” katanya.
Semalam, Engku Emran, 48, melafazkan talak satu terhadap Noor Nabila, 39, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seminggu selepas kisah rumah tangga menjadi perhatian umum apabila Nabila mendedahkan suaminya menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan hubungan rumah tangga mereka.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.