Tak lama saja lagi akan bermula sesi persekolahan untuk tahun 2020. Pasti mak-mak sudah mula dapat rasakan bahang kembali sibuk menguruskan anak-anak. Antara yang paling diberikan perhatian adalah penyediaan sarapan sebelum anak-anak ke sekolah.
Ada juga mak-mak yang pasang azam baru, nak sediakan bekal untuk anak kerana mereka boleh sediakan makanan yang lebih sihat dan bersih untuk anak-anak. Tapi, KENA RAJIN dan KREATIF.
Nak bagi anak makan pun kadangkala pening juga apatah lagi kalau anak-anak jenis ‘memilih’ bab makanan.
Bento Untuk Tarik Minat
Menyediakan bento sebagai bekal anak-anak yang dihias dengan kreatif dan wanra-warni, pasti memberikan satu pengalaman baru untuk si anak. Setiap hari, mereka tak sabar hendak buka dan menikmati bento.
Kalau mak-mak kehabisan idea, jangan risau. Sudah banyak idea bento yang dikongsikan di majalah dan di media sosial untuk dijadikan sumber rujukan.
Apa itu bento?
Bento atau o-bento adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain. Seperti nasi bungkus, bento boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan. Ciri khas bento adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera.
Terapkan Konsep Pinggan Sihat Malaysia
Menurut Nurliyana Naharuddin, Pegawai Dietetik, Universiti Putera Malaysia (UPM), dalam penyediaan bento untuk anak-anak, mak-mak boleh terapkan konsep Pinggan Sihat Malaysia iaitu ‘Suku Suku Separuh’.
Untuk anak-anak di sekolah rendah, bento perlu dikreatifkan, mungkin dengan menambah karakter kartun kegemaran anak-anak. Kena nampak cantik tapi porsi kena gabungkan sumber makanan. Untuk sekolah menengah, penuhkan separuh bento dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, suku dengan protein dan suku lagi dengan nasi.
Jangka Hayat Makanan
Tambahnya, makanan yang dipanaskan, seeloknya perlu dimakan dalam tempoh 2-4 jam dan jika lambat, ditakuti basi. Contohnya telur yang dicampur mayones. Kalau tak dimakan dalam 2-4 jam, kena tengok dari segi rasa, bau dan keadaan fizikal makanan tersebut, sama ada melekit atau tidak. Dalam hal ni, mak-mak kena didik anak untuk peka.
Bekas makanan yang terbaik yang boleh digunakan pula ialah bekas plastik yang boleh dikitar semula.
B.E.N.T.O:
B – Berkhasiat
E – Enak dimakan
N – Nampak sedap/menarik
T – Tanpa makanan proses (sebaiknya)
O – Ongkosnya kerana penyediaan bento membantu menjimatkan belanja anak
Kebaikan Bento:
1. Cipta momen indah untuk anak-anak bila dapat sediakan bekal daripada air tangan sendiri.
2. Kebersihan terjamin kerana dimasak sendiri.
3. Ma-mak boleh amalkan zikir dan doa ketika masak bekal untuk anak-anak.
4. Untuk jimatkan masa, mak-mak boleh sediakan bahan-bahan setiap hujung minggu.
Memang menarik topik hari ini. Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini. Siti Elizad dan Radin Amir akan membincangkan topik ini bersama tetamu-tetamu istimewa yang akan memeriah perbincangan di studio MW.
#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI