Mak-Mak Kena Jadi 'Pemalas' Kalau Nak Ajar Anak Berdikari-1
Untitled design (47)

Ada mak-mak yang tak pernah suruh anak buat itu dan ini, misalnya ajar buat kerja rumah pada usia masih kecil. Pinggan makan sendiri pun mak yang tolong kutip, kasut sekolah mak yang cuci walau pun dah masuk darjah enam! Bila ada mak yang ajar anak-anak buat kerja rumah, dituduhnya mak itu PEMALAS!

Mak Kena Jadi PEMALAS Untuk Didik Anak

Ya, sebenarnya mak-mak kena jadi ‘pemalas’ kalau nak anak-anak belajar berdikari dan tanggungjawab. Mak ‘malas’ nak tolong angkat pinggan makan (pinggan plastik) anak, ‘malas’ nak kemas mainan anak, ‘malas’ pakaikan baju anak…Kalau tak ajar dari kecil, bila lagi? Mungkin mak-mak tak sedar, sikap mereka ini yang buat anak-anak jadi manja dan tak berdikari.

Misalnya ajar anak susun dan lipat pakaian sendiri. Walau pun tak sempurna, tapi tujuannya supaya anak boleh belajar. Ada mak yang sejak umur anak tujuh tahun dah suruh anak cuci kasut sekolah sendiri, bukan dera tapi nak ajar anak erti disiplin dan jaga barang peribadi mereka.

Yang penting, tak membahayakan keselamatan anak. Itulah dimaksudkan mak ‘Pemalas’! Agak-agak, mana lebih bagus, mak ‘pemalas’ atau mak ‘terlebih rajin’ yang manjakan anak melampau-lampau?

Mak Manjakan Anak Kena Bertempat Juga Ye…

Menurut Prof Madya Dr. Rusinah Siron, seorang ahli Akademik, bagi mak-mak yang manjakan anak berlebihan dah masuk kategori melampau. Manjakan anak bukan memberi dan mengikut segala kehendak dan keperluan anak. Nanti anak membesar jadi “Tuan” dan ibu jadi “hamba” dan mengikut segala apa kata anak atas alasan sayang anak.

Ingatlah kita ini seorang ibu yang perlu memberi kasih sayang, ilmuan, keselamatan, penjagaan dan perlindungan pada anak-anak, jadi lakukan dengan penuh hemah dan kesederhanaan mengikut kemampuan.

Ads

Ajar anak dengan ilmu bahawa apa yang dilakukan adalah untuk melihat mereka menjadi anak yang berguna dan menjadi anak “derhaka”. Cuba lihat kisah-kisah benar, kisah anak-anak yang terjerumus ke lembah hina dan anak-anak yang menjadi anak yang tidak mengenang jasa.

Banyak jawapan mereka mengatakan bahawa ibu bapa beri apa juga yang mereka hendak, apa yang mereka mau semua diturutkan tanpa panduan dan nasihat berguna macam Anakku Sazali, akhirnya kesal kemudian tiada berguna.

Kena Tunjuk Hala Tuju

Jadi anak perlu dididik bukan diherdik, anak didisiplinkan bukan dikritik, anak perlu diberikan hala tuju dan wawasan hidup bukan paksaan dan anak-anak perlu diberi tanggungjawab yang sesuai dengan usia mereka dan bukan memanjakan dengan harapan anak-anak akan dengar kata. Ibu bapa perlu adalah parenting skills dan memahami tugas dan tanggunjawab sebagai ibu bapa, barulah keluarga menjadi proaktif dan progressif dalam membina keluarga bahagia.

Ads

Mak-Mak Kena Jadi ‘Pemalas’ Kalau Nak Ajar Anak Berdikari…Mak Buat Dengan Tujuan Mendidik

Menurut Prof Madya Dr. Rusinah Siron lagi, daripada sudut mengajar anak-anak, memang bagus daripada kecil anak diajar berdikari dengan harapan anak boleh berdispilin, dedikasi dan tahu menjaga diri, menjaga kebersihan dan menjaga keselamatan diri dan rumah.

Jika ini tujuannya memang baik dan patut digalakkan. Tetapi TIDAK BOLEH dengan kasar dan MENDESAK anak-anak kecil buat kerja rumah kerana rumah mesti bersih, tolong ibu buat kerja rumah kerana ibu penat kerja dan ibu nak rehat selepas penat.

Alasan ini tak wajar kerana sesungguhnya urusan rumah tangga adalah tugas suami dan isteri dan anak-anak yang masih kecil terutamanya hanya dapat membantu dan tidak memberi tekanan kepada mereka. Anak-anak ini dididik bukan dipaksa untuk membuat kerja-kerja rumah tetapi lebih kepada MENDIDIK dengan perhatian dan kasih sayang untuk MEMBANTU ibu bapa.

Ads

Ikut Umur

Anak-anak perlu didikan daripada kecil agar menjadi disiplin pada mereka dalam membantu urusan rumah, tetapi mesti ikut kesesuaian umur dan keadaan fizikal, kesihatan anak-anak. Anak umur 6 tahun masih keci dan keadaan fizikal masih lagi belum stabil dan kuat.

Jadi kalau ingin meminta tolong, minta mereka buat yang ringan; susun buku-buku atas merja mereka, letak cawan dalam sinki lepas minum, sampah-sampah kecil buang dalam tong dalam rumah, biskut kuih muih yang tidak habis letak dalam bekas-bekas kecil simpan.

Ajar mereka dengan betul dan ikut kesesuaian. Bukan umur 7 tahun dah kena mandikan adik, basuh baju keluarga atau kena masak nasi dan lauk pauk untuk keluarga. Ini tidak boleh lagi pada usia sebegini dan jika mereka lakukan juga, ini boleh dianggap “penderaan mental dan fizikal”.

https://www.mingguanwanita.my/kita-tak-mampu-jaga-anak-24-jam-yakinlah-dengan-allah/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI