Mak-mak bukan golongan lemah, mujur ada ilmu pertahankan diri selamatkan anak dari diculik. Kasih sayang ibu tiada batasnya, naluri untuk melindungi anak mampu memberikan seorang ibu kekuatan di luar jangkauannya.
Ibu juga sanggup melakukan apa saja asalkan anak-anak berada dalam keadaan selamat. Ibu juga akan lakukan apa yang terdaya untuk melindungi anak-anak.
Mak-Mak Bukan Golongan Lemah
Walaupun berada dalam kawasan terbuka mak-mak perlu berhati-hati. Tidak semestinya kawasan yang kita sangkakan selamat tidak mendatangkan ancaman bahaya terutama pada mak-mak yang punya anak kecil. Apa saja boleh berlaku.
Begitu juga insiden yang terjadi kepada selebriti Lutfyah Sheikh Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Lufya. Anak kesayangannya Laana Haura, 5, cuba diculik di sebuah taman permainan di Kota Damansara.
Seperti mana yang dikongsikan di akaun media sosialnya, Lufya berjaya bertindak pantas menyelamatkan anak perempuannya. Walaupun dia sendiri dicederakan oleh si pelaku namun Lufya sedaya upaya melindungi anak tunggalnya.
Dek kerana insiden itu juga, Lufya menasihati wanita di luar sana agar persiapkan diri dengan ilmu mempertahan diri.
“Selalunya golongan wanita dianggap lemah, jadi ada ilmu mempertahankan diri.
Ads
“Dengan izin Tuhan, saya dapat melawan sekali gus menyelamatkan anak.
“Manusia zaman sekarang sanggup buat perkara keji dan semakin hilang perikemanusiaan,” ungkap Lufya.
Soal Nyawa Diperjudikan
Menerusi petikan dari Harian Metro pula, Lufya punya alasan tersendiri apabila mengambil masa untuk membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut.
“Ada segelintir pihak yang bersifat negatif kerana saya lambat membuat laporan polis.
“Saya mempunyai anak dan dalam masa yang sama saya dapatkan rawatan terlebih dulu kerana itu lebih penting,” ungkapnya yang membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.
Ads
Serahkan Pada Pihak Polis Untuk Siasatan
Sambungnya lagi, tentang siapa pelaku kejadian tersebut dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
“Mengenai siapa yang melakukan keganasan dan cuba menculik itu kita serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” ceritanya.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biar pun sedih dengan pengumuman bahawa Malaysia mengambil langkah untuk menangguhkan untuk menghantar jemaah haji ke tahun hadapan.
Namun langkah yang diambil bagi mengutamakan kesan kesihatan dan penambahan kuota masih dalam proses perbincangan.
Malaysia menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun ini, berikutan penularan wabak COVID-19.
Utamakan Kesan Kesihatan
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penangguhan penghantaran bagi musim haji tahun ini mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara ini.
“Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bagi musim haji 1441 H ditangguhkan ke tahun depan.
“Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penangguhan haji ini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya.
Ditanya mengenai jika ada penambahan kuota haji tahun depan berikutan penangguhan penghantaraan jemaah tahun ini, Zulkifli berkata, jumlah itu bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.
Beliau sebelum ini memaklumkan jumlah jangkitan COVID-19 melebihi 100,000 kes antara pertimbangan kerajaan Malaysia membenarkan jemaah ke Mekah atau sebaliknya.
MW: Biarpun kecewa dengan penangguhan haji, mak ayah jangan terus bersedih. Pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah sebaik-baik perancang.
Sumber/ Foto: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami ancam hunus pisau selepas ditegur salah cara potong bawang. Sayang sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang. Seperti peribahasa di atas, ia membawa maksud seseorang yang kita sayang dan cintai. Walau sikap dan perangainya sering menyakiti hati kita tapi kerana sayang kita masih menyimpannya.
Satu perkongsian dari Suzana Ghazali yang merupakan Perunding Psikologi Keluarga & Guaman mengenai sikap bertahan seorang isteri yang sering menerima herdikan selain nyawa dipertaruhkan hanya kerana sayang mungkin boleh jadi pedoman buat isteri lain.
Sayang sayang juga tapi bukan tunggu nyawa melayang.
“Masa saya mengandung, teringin nak makan karipap sardin, dia tak bagi beli sebab mahal. Saya makan pun dia bising katanya saya habiskan harta dia.
Boleh ungkit pulak makan minum saya dia tanggung. Saya berhenti kerja pun dia yang suruh. Sekali tu saya nak makan telur dadar. Dia nak masakkan. Tapi bila dia potong bawang macam dadu, saya tegur la. Dia marah hunus pisau kat saya cakap saya buat kecoh.”
Saya: “Buat repot polis ke tak?”
Klien: “Tak la kak sebab tak cedera apa pun.”
Panduan buat mereka yang alami masalah serupa – jika diugut oleh suami atau siapa pun juga hingga mengancam keselamatan nyawa contoh gunakan pisau atau sekadar teks wsap/sms menyatakan akan bunuh dan yang seumpamanya, segera ke balai polis yang berhampiran dan buat aduan.
Aduan perlu bagi mewujudkan kes. Andai berlaku sesuatu kepada anda walau bukan disebabkan si pengugut, pihak polis akan mencari pengugut anda terlebih dahulu sebagai suspek utama. Malah laporan ini boleh membantu anda dalam kes pembubaran perkahwinan, jika perlu.
Jika anda bernasib baik, aduan anda akan segera disiasat terutama bila melibatkan cubaan bunuh seperti ugutan pisau.
Jangan duk pkir “sikit je…” sebab yang sikit tu kalau dibiarkan biasa jadi melarat.
Polis siasat dan bagi teguran je, bukan tangkap dan tahan. Tak perlu bimbang suami ‘kesayangan’ ditahan polis ye.
Pelakon yang masih tampan lagi setia, Edika Yusof, 52 tidak sesekali meninggalkan isteri apatah lagi mengabaikannya. Biarpun rumah tangganya diuji selepas dua tahun hidup berdua dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 42.
Hidayah disahkan menghidap meningitis sehingga menyebabkan dirinya lumpuh separuh badan. Selepas tempoh itu, suami ini setia menjaga isteri yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak ke sana-ke mari.
Diasak persoalan berkahwin lain, tidak sesekali ada dalam agenda hidupnya sepanjang menjaga isteri yang sakit. Setianya hanya untuk isteri tercinta. Dan selama tempoh itulah isterinya tidak lagi mampu berdiri.
Isteri Edika Berdiri Dengan Bantuan ’Tilt Table’
Terkini di instagram miliknya, Edika berkongsi berita gembira sewaktu isteri menjalani rawatan fisioterapi berkaitan keadaan dirinya. Dalam video instagram yang dikongsikan itu, isterinya dapat berdiri dengan sokongan daripada alat khas yang dipanggil ’tilt table’.
Dengan menggunakan ‘tilt table’, Hidayah dapat berdiri untuk 30 minit. Tentunya ini perkembangan yang baik untuk Edika malah isterinya.
Dalam pada itu, Edika memohon daripada para followernya agar mendoakan perkembagan baik untuk pemulihan isterinya.
Catat Edika,
“Rehab Day. 14 tahun tak berdiri, berdiri guna tilt table.
Dapat merasa 30 minit berdiri. Alhamdulillah.
Kita tak pernah putus semangat.
“Berserah tapi jangan menyerah.”
Katanya lagi, “bawa wife pergi treatment.. mudah-mudahan doakan. Dah lama tak berdiri sekarang baru berdiri.. insyaAllah.”
Edika Yusof Setia, Bagaikan Doktor Di Hati Isteri
Kata Hidayah menerusi Harian Metro, “Suami sudah seperti doktor saya. Dia akan memastikan saya mengambil semua ubat mengikut masa ditetapkan dan sentiasa menyediakan apa yang patut sebelum dia keluar bekerja.”
“Syukur anak-anak pun dah besar sekarang dan jika suami tiada di rumah, merekalah yang akan tengok-tengokkan saya.” Anak-anak inilah yang bergilir menjaga ibunya mengikut kelapangan waktu mereka.
Istimewanya pasangan ini, biar pun rumah tangganya diuji dengan ujian isteri sakit, Edika Yusuf tetap setia. Malah menolah berkahwin lain. Tetap setia menjaga isteri dalam apa juga keadaan. Susah payah bersama isteri tanpa merungut.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga paa 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nazirul Afiq, 20, Fardeen Nasrulhaq, 16, dan Fereena Nurulhaq, 15.
MW : Mendoakan semoga Nor Hidayah dapat berdiri semula dan dipermudahkan urusan ibu dan isteri ini untuk kegembiraan ahli keluarganya yang setia menanti keajaiban dari Ilahi.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...