Tip ini untuk bantu mudahkan mak-mak kemas barang apa perlu di bawa dan apa yang perlu ditinggalkan bila nak jalan jauh atau bercuti hingga luar negara.
Boleh cuba praktikkan panduan yang dikongsikan Azian Mohamed Isa ini. Tip inilah juga yang dipraktikkannya bila jalan-jalan ke beberapa tempat di luar negara.
Jadi tidaklah nanti mak-mak terbawa barangan yang tidak perlu.
ENAM TIP INI BUATKAN ANDA TAK SABAR UNTUK KEMBARA
Ada banyak tip tentang cara paling berkesan untuk kemas barang ketika kembara. Google saja dan pilihlah kaedah yang sesuai mengikut keperluan anda.
Untuk seorang wanita yang matang seperti saya, berusia 40-an, berhijab, mahu tampil selesa, kemas dan menarik, ini tip yang saya selalu gunakan setiap kali mahu kembara.
Kg Glam, Singapore. 2016
1. The Rule of Half
Katakan tempoh kembara anda ialah 10 hari. Bawa pakaian untuk 5 hari sahaja. Dan pilih pakaian yang terbaik dan tercantik. Jangan murahkan destinasi anda yang mahal itu dengan berpakaian basahan seperti mahu ke pasar. Kebarangkalian kembara ke luar negara untuk golongan mak-mak seperti saya ini ialah 0.001. Jadi, manfaatkan sebaiknya.
Ads
Port Louis, Mauritius. 2017.
2. The Rule of Third
Bawa 3 helai tudung.
Satu tudung jenis kasual seperti tudung bawal, shawl crumple atau tudung dua muka. Tudung ini mestilah selesa, tidak mudah renyuk, cepat kering apabila dibasuh, pinless/ pin-minimalis dan effortless. Pun begitu, dengan tudung ini anda akan sentiasa nampak menawan. Tudung inilah yang akan anda pakai sepanjang waktu penerbangan.
Mungkin ada waktu yang anda perlu solat di dalam kapal terbang. Oleh sebab itu, ia harus mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Jadi, tidaklah anda struggling untuk menyarung tudung di dalam bilik air kapal terbang yang sempit itu. Fuh, silap pilih tudung boleh berpeluh di dalam bilik kecil itu!
Satu tudung jenis sarung atau Syria. Ini saya panggil tudung emergency. Tudung yang kita mahu pakai apabila mahu turun sarapan awal pagi, mahu duduk-duduk santai di balkoni hotel sambil membaca novel kegemaran atau tiba-tiba house keeping datang mengetuk pintu bilik mahu maklumkan sesuatu.
Dan satu lagi tudung ialah tudung glamer. Ya, tudung yang blink-blink, penuh beads and glitter atau satin shawl yang anda hanya pakai waktu dinner atau dalam majlis formal. Mana tahu, pasangan kembara anda membuat kejutan dengan menempah makan malam di restoran ternama atau river cruise yang romantik.
Ads
Oh, jangan bimbang jika suami anda bukan jenis romantik. Suami apabila nampak bini well-dressed, mestilah diajaknya ke tempat yang istimewa. Dress like you’re going somewhere better later.
Xi’an, China, 2016.
3. One Conquers All
Kasut mesti selesa dan tahan lasak. Jangan pandang remeh hal kasut. Biarlah mahal tapi kualitinya bagus. Saya memilih jenama Skechers. Kasut itulah yang saya guna sepanjang kembara.
4. Prepare for the Worst
Sediakan baju sepersalinan di dalam hand luggage. Sepersalinan ini bermaksud sepasang seluar, sehelai baju dan pakaian dalam. Bimbang sampai ke destinasi, bagasi anda tidak muncul-muncul. Boleh berlaku apabila ada transit dalam itinerari penerbangan anda.
Ini berlaku semasa saya di Turkiye. Bagasi sampai selepas dua hari saya di sana. Mujur ada baju spare. Kalau tidak, terpaksalah shopping baju.
Ads
Dolmahbace Palace, Istanbul, Turkiye, 2016
5. Roll Isn’t Everything
Asal packing je, gulung. Asal gulung je packing. Ini mitos. Sweatshirt dan cardigan jangan digulung. Lipat dan letakkan di atas gulungan pakaian di dalam beg. Hal yang sama untuk shawl.
6. Handy Hanger
Ya, saya bawa satu set hanger (ada 6). Bukan hanya untuk gantung, tapi untuk sidai baju. Baju atau seluar dicuci tangan. Sidai di dalam bilik air. Dah berhenti menitis, carilah tempat yang sesuai untuk gantung. Tak perlu cari dobi. Servis dobi di hotel libatkan kos.
Ketika di Mekah, bilik hotel kami langsung tiada hanger. Berguna sangat hanger yang dibawa. Apabila mahu berangkat balik, kami wakafkan saja hanger itu.
Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat. Yang tak sesuai tak perlu ikut ya.
Lelaki pukul isteri rezekinya tak murah, Rizki Billar dipecat dari pengacara Indosiar. Masih kecoh dengan tindakan artis Billy Rizki yang memukul isteri, Lesti Kejora hanya kerana ingin menuutupi kecurangan dilakukannya sendiri.
Selepas ramai mengecam tindakannya yang memukul, mencekik dan membanting Lesti yang meminta agar dirinya dikembalikan kepada orang tua selepas Rizki mengaku curang, terkini rezeki Rizki Billar semakin mahal apabila malam tadi dirinya dipecat dari mengacarakan program Host Dangdut Academy 5 yang sedang berlangsung di stesen television Indosiar.
Lelaki Curang & Pukul Isteri REZEKINYA TAK MURAH
Hal ini diumumkan sendiri oleh pengacara program ini secara langsung di hadapan kaca tv semalam kerana perlakuan ganas yang dilakukannya dalam rumahtangga dan mereka tidak menyokong lelaki yang memperlakukan wanita dengan teruk.
Dalam program Host Academy Dangdut 5 ini, Rizki menjadi pengacara manakala Lesti menjadi jurinya.
Semasa membacakan keputusan dari pihak pengurusan tertinggi Indosiar, seorang dari pengacaranya, Ramzi mengumumkan pelaku yang terlibat dalam keganasan rumahtangga tidak akan diambil menjadi pengacara semua program tv dan radio.
Bahkan kesemua pengacara kemudian menyatakan sokongan kepada Lesti dan mengatakan menyokong Lesti dan berkata L for lesti dan L for love.
Hal pasangan ini mula menjadi tumpuan masyarakat apabila pada28 September lalu, Lesti ada mendakwa suaminya itu melakukan keganasan rumah tangga sehingga mengakibatkan kecederaan selepas dia mendapat tahu Rizky berlaku curang.
Ternyata lelaki yang diamanahkan menjaga isteri dan mengejar keseronokan dunia diuji Allah dengan mahalnya rezeki.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Walaupun sesuatu peraturan itu adalah satu kewajipan, namun ketika situasi tertentu perlu juga ambil perhatian atas sifat kemanusiaan, empati dan bertimbang rasa.
Seorang wanita mati kesejukan selepas dihalau keluar dari bas di satu kawasan terpencil dengan suhu negatif 20 darjah Celsius hanya kerana dia tidak mempunyai wang untuk membayar tambang 25 Hverna (RM3.70).
Lawat Ibu Sakit
Mail Online melaporkan, Iryna Dvoretska, 21, pelajar perubatan, menaiki bas untuk melawat ibunya yang sakit di sebuah hospital di Olevsk, utara Ukraine.
Bagaimanapun, pemandu bas berkenaan dikenali sebagai Oleg Zhelinskiy mengarahkan wanita itu turun pada jam 4 pagi selepas dia tidak mempunyai wang untuk membayar tambang.
Selepas turun dari bas, Iryna berjalan seorang diri di kawasan perkampungan yang sunyi dan sejuk sebelum mengambil jalan pintas dengan melalui kawasan hutan.
Mayat Beku
Wanita itu dipercayai tersesat ketika di dalam hutan dan terjatuh di dalam longkang di mana mayatnya ditemui sudah beku.Bapa Iryna yang juga seorang renjer hutan menemui mayat anaknya itu dalam keadaan beku selepas mangsa hilang selama dua hari.
Kakak Iryna yang dikenali sebagai Natalia berkata, ibunya dirawat di hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru dan keadaannya semakin teruk.
“Iryna mengambil bas paling awal ke Olevsk. Dalam keadaan tergesa-gesa Iryna tertinggal beg duitnya,” katanya.
Ibu saudara mangsa, Nadiya Typchuk memberitahu, ketika ditemui, mata Iryna dalam keadaan terbeliak seperti dia takutkan sesuatu.
Akibat Hipotermia
Sementara itu jurucakap polis, Alla Vashchenko berkata, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat hipotermia dan organ dalamannya juga di dapati beku.
“Kami membuka kertas siasatan jenayah terhadap pemandu bas itu dan dia berdepan hukuman penjara lima tahun sekiranya didapati bersalah,” katanya.
MW: Kasihannya nasib wanita ini. Hajat bertemu ibu sakit tidak kesampaian, malah diri pula mati terkorban. Pesanan juga buat kita, dalam apa juga perkara pertimbangkan sifat kemanusiaan, empati dan bertimbang rasa pada orang lain.
Ada desas desus mengatakan sebab tersedak susu tetapi sebenarnya punca kematian bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, berusia lima bulan di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves disebabkan kecederaan di bahagian kepala.
Tiada Sisa Susu Di Kerongkong Bayi
Ini kenyataan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.
Kalau ikutkan pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa.
Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi pihak polis masih siasat perkara ini.
Fadzil berkata, bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bermula jam 9.45 pagi tadi hingga jam 1 tengah hari.
Keterangan Pengasuh Tak Betul
Katanya, dengan laporan bedah siasat itu, ia sekali gus menafikan keterangan awal suspek sebelum ini bahawa bayi berkenaan tersedak susu.
Pada hari kejadian, suspek turut mengasuh dua lagi bayi lain, namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.
“Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan,” katanya.
Doakan Yang Baik-baik
Malam tadi kononnya Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya dikatakan tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, semalam. Tetapi rupanya anak kecil itu sudah tiada dan dujumpai dalam peti.
Ya, kematian yang menyayat hati ini agak mencuit emosi kaum mak-mak namun apa pun kita doakan moga Farrah Madihah serta suaminya Mohd Sufi tabah dengan ujian Allah dan segala urusannya dipermudahkan agar pihak yang bersalah dihukum sewajarnya atas kesalahan yang dibuat.
Info: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...