Ada sesetengah mak-mak, bila datang ‘angin kus-kus’ atau terlalu penat mulalah jerit pada anak bila ada yang tak kena pada pandangan matanya.
Biasanya anak buat silap tak adalah besar sangat pun tapi mak boleh jerit pada anak macam kesalahan itu besar sangat baginya.
Malah, kalau ada perkara yang merisaukan fikiran mak-mak, apa saja yang dibuat serba tak kena. Bukan setakat jerit pada anak, ada masa dengan pasangan pun boleh sentap dan bergaduh, walaupun ia tiada kaitan langsung.
Begitulah mak-mak. Kalau dah penat sangat memang perasaan lain macam. Masa ini, janganlah anak, mahu pun suami cari pasal. Mesti ada yang kena nanti.
Sebenarnya, bila mak-mak ada tanda-tanda sebegini, itu bermaksud dia perlukan me time untuk dirinya, seperti apa yang dkongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.
Bila tahap irritability meningkat, anak silap sikit je dah mampu buat kita menjerit. Makin sibuk dan makin tinggi tahap irritability.
2. Cepat sentap
Tak boleh silap cakap sikit, melenting. Walaupun tahu anak itu tak sengaja tapi tetap rasa sentap.
3. Susah nak sangka baik
Cepat nampak anak nakal, degil, lasak dan buas sedangkan sebenarnya anak itu nak bermain, nak perhatian dan nak manja-manja je.
4. Rasa tak tenteram
Hidup serba tak kena. Buat kerja pun rasa tak syok. Itu natijah jiwa yang sering di abai dan tak di nurture sebaik-baiknya.
5. Suka cari gaduh
Bila otak dah tepu, semua benda jadi tak kena. Bukan dengan anak saja, dengan pasangan pun boleh jadi bergaduh kalau ada tak kena di mata.
6. Cakap kasar
Ibu yang ayu dan lemah lembut pun boleh berubah cara cakapnya jadi kasar dan kesat. Bahasa kau aku dengan anak. Ini antara kesan dari burnout berpanjangan.
Me-time la sebelum ia menjadi parah!
Buatlah sekali sehari. Tak dapat sehari sekali, buatlah seminggu sekali.
Ads
Kalau tak dapat seminggu sekali, buatlah sebulan sekali.
Malah, kalau tak dapat juga sebulan, buatlah walau sekali pun bila ada peluang.
Lebih baik buat dari tak buat langsung. Sungguh itulah gaktor terbesar sikap kita jadi baik atau teruk.
Mingguan Wanita : Betul, kalau kepala mak sudah serabut dengan fikir macam-macam, anak buat silap sikit pun dah rasa besar sangat kesalahan. Tapi kalau kepala tak serabut, tak kisah pun semua tu. Kena me time ni untuk diri sendiri.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Kepayahan Ibu Jadi Aspirasi, Anak Pencuci Bangunan Raih Keputusan Cemerlang Dalam STPM.
Seorang anak pencuci bangunan membuktikan kepayahan hidup bukanlah alasan untuk tidak berjaya dalam pelajaran. Bekas pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin, Amsyar Muawiyah Mohd. Sofi,20 merupakan antara 70 pelajar cemerlang Pulau Pinang yang berjaya memperolehi 4A dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023, yang diumumkan semalam.
Bekas pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin, Amsyar Muawiyah Mohd. Sofi melihat sendiri kegigihan ibunya, Mardiah Ismail, 47, yang memperoleh pendapatan RM1,500 sebulan menjadi perangsang untuknya mengubah nasib keluarga.
Bergelar anak yatim pada usia 16 tahun selepas ayahnya, Mohd. Sofi Salleh, 48 meninggal dunia secara mengejut empat tahun lalu.
“Selepas ayah meninggal dunia (tahun 2020) barulah mak saya bekerja sebagai pencuci bangunan di Mahkamah Pulau Pinang dan saya melihat mak bekerja keras untuk menyara saya dan adik berusia 18 tahun.
“Mak juga selalu pesan yang saya adalah harapan keluarga, jadi saya perlu berusaha membaiki nasib keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh.
Amsyar Muawiyah nekad menghadiahkan keputusan cemerlang STPM kepada ibu tersayang yang banyak memberi dorongan dan tidak putus berdoa untuk kejayaanya. Selain Amsyar, tujuh lagi pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh 4A dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam keputusan STPM 2023.
Hadir menyerahkan keputusan cemerlang mereka ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Roland @ Rozaidi Abu Hassan.
Tiada Tuisyen, Hanya Tumpukan Perhatian Dalam Kelas
Menurut Amsyar yang mahu menjadi seorang guru, dia tidak mengikuti mana-mana kelas tuisyen dan hanya menumpukan perhatian di dalam kelas.
“Saya meluangkan masa setiap dua atau tiga jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran dan sering mengingati pesanan mak bahawa pelajaran mampu mengubah nasib kami,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dikhabarkan hamil sudah tentu mengujakan setiap wanita yang menanti kehadiran cahaya mata. Kehamilan juga tidak kurang menjanjikan perjalanan yang cukup indah bagi bakal ibu. Setiap ibu hamil akan melalui beberapa transformasi hingga membuatkan mereka tidak sabar untuk bertemu cahaya mata yang dikandung.
Di samping itu, terdapat juga perubahan yang kurang selesa buat ibu lalui iaitu perubahan pada warna putting payudara. Kebiasaanya putting akan berubah sedikit gelap. Adakah proses ini normal buat ibu yang hamil?
Ternyata bukan sahaja di bahagian puting, payudara juga akan menjadi lebih kenyal, besar dan sensitif. Perubahan ini dikatakan normal sebagai tanda tubuh badan anda bersedia untuk menyambut kelahiran bayi tidak lama lagi.
Dalam proses menghitung hari fasa kelahiran, ibu mengandung turut mengalami beberapa perubahan lain di payudara antaranya:
Pembesaran payudara
Sakit di bahagian payudara
Urat menjadi lebih gelap di kawasan payudara kerana bekalan darah bertambah
Menghasilkan kolostrum
Puting menjadi lebih besar
Kelenjar kecil yang berada di permukaan isola akan membentuk benjolan
Sekiranya kegelapan kulit berlaku secara mendadak di bahagian putting, anda tidak perlu risau dan bimbang. Situasi ini sangat normal untuk ibu mengandung. Berita baik buat anda, setelah anda melahirkan cahaya mata, kesan gelap tersebut akan berkurangan tetapi tidaklah seperti anak dara kembali.
Pelbagai perubahan berlaku pada wanita, biarkan sahaja dan ketahuilah ianya petanda yang baik.
Tip Penjagaan Payudara
Sepanjang kehamilan, selain mengambil berat tentang kandungan, anda juga perlu peka dengan perubahan yang dialami termasuklah di bahagian payudara yang semakin membesar dan sensitif. Barang kali tip yang dikongsi ini dapat membantu anda:
1. Pilihlah coli khas dan selesa dalam menjaga payudara anda. Coli khas untuk ibu mengandung boleh didapati di pasaran.
2. Kain kapas adalah material terbaik untuk coli ibu mengandung di samping bertali lebar dan tidak mempunyai dawai.
3. Sekiranya payudara makin besar dan anda tidak selesa memakai bra biasa, dapatkan bra materniti pada usia kandungan empat bulan ke atas.
4. Pilihan mandian juga harus tepat dengan situasi anda yang sedang hamil. Jika anda mengalami sebarang alahan, bertukarlah kepada peralatan mandian yang memiliki ciri hypoallergenic.
5. Sebaiknya elakkan diri daripada mandi air panas kerana ia mampu membuatkan kulit anda kering terutamanya di bahagian payudara yang anda sakit.
6. Jadikan rutin harian mengeringkan payudara denhan tuala bersih sebaik sahaja anda mandi.
7. Amalkan pemakanan yang sihat dan tidur secukupnya sepanjang tempoh kehamilan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Aliff Aziz tunai umrah, ibu doakan kesejahteraan dan keselamatan. Juara Gegar Vaganza musim kelapan, Aliff Aziz dan isteri telahpun beraangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Instagramnya, Aliff menerangkan dia dan keluarga akan menunaikan umrah buat pertama kali dan memohon agar mendoakan mereka selamat pergi dan kembali.
Aliff Aziz Tunai Umrah
Paling menarik menerusi salah satu ruangan komen daripada ibu tercinta kepada Aliff iaitu Fiza Aziz menitipkan doa agar anaknya sekeluarga diberikan kesejahteraan dan keselamatan sepanjang keberadaan di sana.
“Allahuakbar Alah maha baik. Walaupun umi tak dapat peluk dan cium abang sebelum abang berangkat tapi umi tidak putus mendoakan kesejahteraan dan keselamatan abang dan semua jemaah dan umi yakin Allah menjaga abang serta keluarga”, komen Fiza Aziz.
Begitulah terharunya ungkapan seorang ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya.
Sebelum ini, isteri Aliff Bella pernah memaklumkan rancangan mereka menunaikan umrah ini sekali gus menyambut ulang tahun suaminya pada 16 Februari ini.
“Saya Mohon Dimaafkan Ya”
Dalam pada itu juga, Aliff juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah tergores dengan perbuatannya.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah hari ini berangkat saya sekeluarga untuk menunaikan umrah buat pertama kali. Mohon semua doakan semoga kami selamat pergi dan kembali.
“Kepada semua yang pernah terguris hati dengan apa2 perbuatan saya, mohon dimaafkan ya.
“Semoga perjalanan ini dilindungi dan dirahmati Allah Azzawajal dan menjadi asbab kebaikan kita semua insyaallahuta’ala,” tulis Aliff.