
Insiden kes kematian di rumah pengasuh bukanlah perkara baru. Ramai mak ayah yang turut menzahirkan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.Sebenarnya selain, berusaha mencari pengasuh yang boleh dipercayai baik dari segi sikap dan pengalamannya dalam menguruskan anak-anak, mak ayah juga disarankan untuk mengamalkan doa tertentu sebagai salah satu usaha bertawakal kepada Nya.
Menurut perkongsian oleh Hakimie Abdul Malek,mak ayah yang tinggalkan anak dengan pengasuh, bolehlah amalkan doa yang pernah diajar oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato Dr. Haron Din ini dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ وَدَا ئِعُهُ
“Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang takkan pernah mensia-siakan apa yang di dalam jagaan-Nya”
Al Imam Abdul Wahhab al- Sya’rani mengatakan:

“Di antara akhlak para Solihin ialah mereka menyerahkan segala urusan diri, anak-anak, serta ahli keluarga mereka kepada Allah Ta’ala “.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan sebagai panduan buat mak ayah yang lain.
Sumber: Hakimie Abdul Malek
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sanggup Berhenti Kerja, Doktor Gigi Ini Anggap Suri Rumah ‘Pekerjaan’ Mulia

Isi Kandungan
ToggleBekerja sebagai seorang Doktor Gigi, Dr Afifah Tawfek atau lebih dikenali dengan Fie mencuri perhatian ramai apabila nekad dengan keputusan mahu meninggalkan kerjayanya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Korbankan Kerjaya Doktor Gigi
Isteri kepada penyanyi yang pernah lahir menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia, Nubhan ini juga senang hati untuk mengikut kata suaminya dan menganggap tugas sebagai suri rumah adalah ‘pekerjaan’ yang mulia.
Artikel berkaitan: ‘Tunjal Kepala, Cuba Buat You Marah, Tapi Tak Marah-marah’ – Nubhan
Video Berkasar Dengan Isteri, Nubhan Mohon Beri Ruang Untuknya Bertenang
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.
Seperti mana dikongsi menerusi akaun Instagram, ketika hari terakhir bekerja sebagai Doktor Gigi di Klinik Pergigian Seremban baru-baru ini Nubhan telah menjemputnya dengan menghadiahkan sejambak bunga. Suaminya juga turut menghadiahkan Fie sekotak perkakas dapur dan kelengkapan pembersihan rumah sebagai permulaan menjadi suri rumah.
Keputusan Fie Sangat Mulia
“Husband @nubhan.ahamad kata pekerjaan suri rumah ni pekerjaan paling mulia. Bukan main meriah sambutan masuk kerja hari pertama as housewife. Dulu masuk kerja as doctor xde pulak mcm ni..Hehehehe….”
Keputusan Fie untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh sangat mulia dan diharap pintu rezeki itu sentiasa terbuka walau di mana-mana. Namun pada masa yang sama pasangan romantic ini juga turut gigih mengusahakan produk kecantikan milik mereka sendiri yang diberi nama Lantara Beauty.


Tolong Hormat, Hentikan Andaian Yang Buruk-Buruk

Namun disebalik kegembiraan itu, baru-baru ini, Fie memuat naik entri tentang dirinya yang dikatakan sudah habis kontrak dan pelbagai kata kurang enak dari netizen. Jawabnya;
“Ramai yg ckp sy ni dah hbis kontrak la,
“Tak de tempat di klinik kerajaan la,
“Mcm2 andaian yg bukan2 org ckp pasal saya.
“Salah ke nak berbakti untuk keluarga?
“Ini bukti saya ditawarkan sebagai dr permanant di kerajaan dan suami memberikan saya 100% support samada terima atau tolak.
“Tp sebaliknya saya pilih keluarga…
“Dan saya ada perancangan saya sendiri.
“Xsemua perkara sya perlu share dengan semua.
“Tolong hormat dengan keputusan saya hentikanlah andaian yang buruk-buruk. I love you gais!️
#sayainsanbiasa @lantarabeauty
MW: Bukan semua wanita sanggup meninggalkan kerjaya demi keluarga. Semoga Fie dan Nubhan dimurahkan rezeki.
Sumber / Sumber Foto : Instagram drfietawfek & @nubhan.ahamad
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lembutkan Hati Anak, Jangan Pukul Anak Dari Lutut Ke Atas Itu Nombor Satu!

Masih ramai yang menggunakan kekerasan untuk lembutkan hati anak, padahal cara yang betul mak ayah kenalah guna tip mendidik yang tak kasar dan salah satunya jangan pukul salah pada tempatnya.
Ingat… pastikan tidak terlalu garang dan tak boleh terlalu ikut apa kata anak. Ok, nak tahu cara yang tepat, semak beberapa rahsia ini. In shaa Allah hasilnya anak ikut perintah anak tanpa banyak songeh…
Tip Lembutkan Hati Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Sumber: Khalifah Media
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datuk Jamal Abdillah Pilih Tarikh 11.11 Kelahiran Zack, “Mohon Doa Semua”

Penyanyi lagenda tanahair, Datuk Jamal Abdillah berkongsi berita gembira tentang dirinya yang bakal menyambut kelahiran anak keempatnya hari ini.

Artikel berkaitan: “Anak Meragam Diam, Setiap Kali Jamal Abdillah Nyanyikan Lagu Azura”
Datuk Jamal Abdillah Namakan Anak El Issac Yamani
Bernikah dengan Zai Izzati pada 1 April 2017, pasangan ini menimang cahaya mata perempuan bernamaAzura (Nur Azura Yamani) dan Datuk Jamal juga memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.
Difahamkan isterinya akan melahirkan anak secara pembedahan pada sebelah petang ini di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.
“InsyaAllah El Issac Yamani atau saya panggil Zack akan lahir ke dunia. Mohon doa dari semua.
“Jam 12 malam ini (semalam), isteri saya, Datin Zai Izzati akan masuk ke hospital. Saya terpaksa bergegas balik ke Ipoh dari Kuala Lumpur selepas selesai show nanti (semalam),” katanya seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro semalam.
Isteri Sudah Buat Ujian Covid-19
“Dia sudah buat ujian Covid-19 dan akan masuk wad malam ini. Saya pula tak dapat menemaninya kerana terbabit dengan Konsert Lazada di Bukit Jalil, malam ini (semalam). Isteri akan pandu kereta sendiri untuk ke hospital bagi mendaftar masuk wad. Walaupun saya ada adik-beradik yang boleh membantunya, dia enggan menyusahkan mereka.
Lagipun dengan prosedur operasi standard (SOP) di hospital yang ketat akibat Covid-19 buatkan isteri saya mengambil keputusan ini,” sambungnya.
Datuk Jamal Abdillah Pilih Tarikh Istimewa, Azura Lahir 10.10

Datuk Jamal juga turut menerangkan dia dan isteri memilih melakukan pembedahan hari ini kerana tarikhnya amat istimewa.
“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah nak ingat tarikh lahir Zack nanti. Dulu, kakaknya Azura atau nama sebenarnya Nur Azura Yamani lahir pada 10.10.2019. Tapi, ketika itu ia hanya kebetulan. Kandungan Zai Izzati pun dah sarat sangat. Saya pilih Ipoh kerana saya selalu uruskan projek ikan hiasan arowana di Bukit Merah,” luah Datuk Jamal yang turut berulang-alik balik ke Kuala Lumpur bagi menjayakan persembahan pentas.
Datuk Jamal juga menerangkan selepas isteri selamat bersalin, mereka sekeluarga akan tinggal di Ipoh sehinggalah kerja di Bukit Merah selesai.

MW:Tahniah diucapkan buat Datuk Jamal dan isteri yang bakal menimang cahaya lagi hari ini. Semoga proses melahirkan anak buat Datin Zai Izzati dipermudahkan dan selamat semuanya.
Sumber Foto: Instagram Dato’Jamal Abdillah & Instagram Zai Izzati
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI