Tugas sebagai wartawan menemukan saya dengan ramai chef yang hebat dan berbakat besar. Tak kira yang terlibat di dalam bidang perhotelan atau membuka perniagaan sendiri. Ramai juga di kalangan mereka yang terdiri daripada lelaki terutama yang berkhidmat di hotel-hotel.
Bila ditanya, kata mereka, kerja di dapur bukan kerja ringan dan waktu bekerja yang panjang kadangkala membuatkan tak ramai chef wanita yang bertahan lama sementelah berkeluarga.Meleset andaian bahawa bidang masakan adalah bidang yang lebih sesuai dilakukan oleh wanita. Bukan tak boleh, tapi menjadikan chef sebagai kerjaya dan peranan sebagai ‘chef’ di rumah berbeza ye. Kalau di rumah, perkakas yang digunakan berbeza di hotel-hotel yang berat dan besar. Kadangkala tak terlarat kudrat seorang wanita!
Pada zaman sekarang, lelaki yang pandai masak bukan lagi perkara asing. Bahkan kadangkala air tangan mereka lebih lazat daripada perempuan. Sebaliknya, ramai anak dara zaman sekarang yang liat nak masuk ke dapur. Mak ayah pula tak galakkan, alasannya biarlah tumpukan pada pelajaran. Lagi pun bibik ada.
Tapi belajar ilmu rumah tangga seperti memasak dan mengemas rumah juga penting, Bukan sebab nak kahwin saja, tapi ia adalah keperluan untuk kehidupan seharian. Ini, ada yang masak nasi pun hangit! Belum sentuh bab ke pasar. Agak-agaknya ramai tak anak dara zaman sekarang yang terror dan kenal rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan. Jika ke pasar, tahukah mereka jenis ikan yang hendak dibeli?
Ads
Anak lelaki pun sama, kena diajar semua perkara ini sejak kecil. Barulah tak menyusahkan isteri kelak. Jadi, jangan takut nak bawa anak-anak lelaki ke pasar. Jangan takut baju mereka kotor dan berbau busuk.Mak ayah pun satu, dah tahu nak ke pasar, janganlah pakaikan anak-anak baju cantik. Kalau badan berbau busuk terkena air ikan dan sebagainya, balik boleh mandi. Biarkan saja mereka pegang ikan, sotong dan segala sayuran yang dijual di pasar. Terangkan pada mereka setiap apa yang mereka pegang itu.
Ads
Bila bercakap soal pasar, saya tak ada anak perempuan tapi anak lelaki tunggal saya yang berusia 15 tahun sudah biasa ke pasar. Dia sudah tahu, setiap Sabtu dan Ahad. dia akan mengikut saya dan suami ke pasar. Kata suami, dia nak anak kami biasa dengan bau pasar, kenal ikan, kenal sayur. Jangan pandai makan saja. Suami juga akan beritahu tentang harga setiap barangan yang dibeli agar anak dapat belajar tentang harga pasaran barangan basah yang dijual di pasar.
Ads
Jika dulu pernah minta dibeli serai untuk memasak tom yam, hanya sebatang dibelinya kerana dia tak dapat agak jumlah yang sepatutnya dibeli. Kini dia makin ‘advance’, dah pandai memilih dan membezakan ikan yang segar atau tidak, sudah tahu harga semasa barangan basah, mengalahkan diri saya sendiri.
Di rumah, dia juga sudah biasa membantu saya di dapur. Malah, dia lebih pandai memasak nasi berbanding saya. Nasi yang dimasaknya sedang elok, tak terlalu lembek dan tak terlalu keras. Dia pernah beritahu, kawan-kawan perempuan sekelasnya di sekolah ramai yang tak pandai masak nasi. Tepuk dahi saya mendengarnya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Satu masalah yang susah mak-mak nak selesaikan pasal baju yang dah siap iron adalah nak pastikan baju-baju tu kekal licin.
Baju anak-anak sekolah yang dah siap digosok misalnya, nak bawa ke taska atau rumah pengasuh. Macam mana nak maintain tak berkedut.
Tip hanger baju anti kedut yang dikongsikan Wani Rashid ini cukup menarik untuk dicuba. Bukan dekat baju sekolah anak semata, baju kerja suami, baju kerja sendiri pun boleh praktik cara ini.
“Sebenarnya tips ni Wani amalkan dari zaman tudung senget rambut belah tepi masa Wani duduk asrama dulu. Wani pun tak tau mana datangnya tips ni.
“Tapi bila Wani dah kawen, tips ni dah berjaya buatkan keje Wani jadi lagi mudah!”
Tip Hanger Baju Anti Kedut
Step dia ni budak 4 tahun pun boleh buat sebenarnya. Kalau orang dewasa lagi la kacang.
Step dia cenggini tau mak mak,
1. Lepas gosok sehelai baju, ambil satu hanger besar dan terbalik kan dia menghadap ke bawah, pastu masukkan dalam baju tu. Alaaa.. hanger macam kita hanger baju biasa. Bezanya cuma terbalikkan jek.
2. Ambil satu hanger kecil, mak-mak selitkan pada hanger besar. Tengok video yang Wani dah rekod tu.
3. Then, bagi la abam pakai. Takkan dah penat gosok lepas tu nak simpan dalam gobok.
Bila dah hanger ikut tips ni, tak adalah mak-mak berpeluh-peluh nak kene gosok balik baju tu.
Sumber/Foto : Wani Rashid,selain share resepi, Wani pun suka share tips mudahkan kerja seharian.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran daripada penulis asal. Sebarang copy paste tanpa memberikan kredit link kepada Mingguan Wanita akan dilaporkan pada copyright.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tanam ‘Salad Nasi Ayam’ Petik Daun Sahaja Jangan Cantas Batang, Boleh Guna Lama! Salad antara sayuran kegemaran ramai, sering di makan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam. Selalunya salad yang kita nak makan sikit sahaja, bakinya sayang jika terbuang begitu sahaja.
Sebenarnya bila tanam sendiri salad di rumah lebih jimat. Malah lebih menarik boleh petik terus salad segar di pasu/ polibeg.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Ena Mi Za ini sebagai rujukan.
Tip Tanam Salad Nasi Ayam (Seller benih yang beri nama)
1. Mula semai dari biji benih tak perlu banyak tanah dalam pasu.
2. Seeloknya kalau pasu agak besar boleh je tanam dua pokok. Macam saiz polibeg saya ni 15X18 @ 16X16, saya tanam 2 biji benih.
3. Bila dah bercambah, kena rajin timbus tanah pada pangkalnya, jangan kena timpa hujan.
4. Bila dah keluar batang, timbus tanah sampai tutup batang.
5. Batang pokok salad ni boleh tinggi sampai 1 kaki, tanam dalam pasu/polibeg besar.
6. Kalau untuk makan sendiri, petik sehelai-helai ikut banyak mana nak makan je..tambah lagi tanah bila perlu.
Jiran bagi pasu minta tolong semaikan.Alhamdulillah, dah boleh bagi untuk jiran sambung jaga. Untuk sendiri tanam polibeg cukup.
Petik dari bawah ikut banyak mana nak makan. Cuma petik daun je sebab sekali makan, bukan banyak pun. Boleh guna lama, kalau cantas dapat guna sekali je.
Sebelum jadi twin tower camni saya dah semai yang baru supaya tak putus bekalan salad di dapur.
Info Ekstra!
Lebih senang tanam salad sebab ulat pun tak suka kacau sangat banding dengan sawi.
Nak dapat macam dalam pasu tu sebulan lebih juga rasanya.
Nasi tanpa kanji sangatlah digalakkan diambil untuk menjaga kesihatan. Ia juga sangat baik bagi mereka yang sedang berdiet. Namun harga beras bagi yang kurang kanji ni agak mahal di pasaran.
Menerusi perkongsian Puan Siti Sarah, ada cara jimat untuk masak nasi tanpa kanji hanya menggunakan beras biasa. Namun rasanya seperti beras mahal, malah nasinya jadi cantik berderai dan sebutir-sebutir.
Berikut perkongsiannya wanita ini;
“Pernah makan beras taj mahal tak ? Bila dah masak, rasa nasi tu tawar kan? Ok kat sini saya nak bagi tips, mungkin ade yang tahu, mungkin juga ade yang tak tahu.Cuma guna beras biasa je, da sama dengan beras taj mahal.Kalau nak beli beras taj mahal 5kg je da rm30 lebih kan? So guna beras biasa je pon boleh.Tapi ada caranye.”
1.Tanak beras macam biasa sehingga beras tu kembang (hampir-hampir kering tapi still ade air sikit-sikit dalam nasi tu)
2.Kemudian tuangkan ke dalam tapis. Tak kira la tapis plastik atau tapis besi.Saya guna tapis plastik je (tapis sayur).
3.Lalukan dengan air dan kosek-kosek nasi tu sehingga air nasi yang mengalir tu menjadi cerah.
4.Toskan air dan tanak nasi semula sehingga kering.
**Sesiapa yang nak diet, yang nak jaga kesihatan atau pon yang mempunyai masalah kesihatan, boleh la cuba tips ni.
Selamat mencuba!
Info Ekstra!
Tak perlu tambah air tak selepas air kanji dibuang. Cuma masukkan ke dalam periuk dan keringkn saje.Nasi akan jadi berderai & sebutir-sebutir.
Lagi senang kalau guna rice cooker.Bila dah masak automatic warm. So nasi tak kan jadi hangit / berkerak.Kalau guna dapur gas, kena selalu pantau la.Sebab kadang-kadang kita tak perasan nasi dah kering dan jadi hangit / berkerak.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak jimat, rasa macam makan beras mahal walaupun hanya guna beras biasa, boleh cuba cara ini. Nasi tanpa kanji ni pun sangat baik untuk kesihatan malah nasinya pun lebih cantik berderai sebutir-sebutir.
Sumber: Siti Sarah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...