“Mak Ayah, tolong ajar anak guna tandas awam. Ajar buka, gantung seluar dalam tandas bukan buka, dan longgok” begitulah pesanan yang cukup bermakna dari Cikgu Fadli Salleh.
Guru popular mempunyai ratusan ribu pengikut di Facebook dengan gelaran Cikgu Korea ini berkongsi tentang karenah anak-anak muridnya yang memasuki alam persekolahan.
“Mak Ayah, Tolong Ajar Anak Guna Tandas Awam”
Bersetuju dengan perkongsian Cikgu Fadli, ibu dan ayah yang mempunyai anak-anak yang bakal masuk darjah satu, jangan lupa ajarkan mereka cara menggunakan tandas sekolah.
Anak nak masuk darjah satu, memang ramai ibu ayah yang bersiap segalanya. Tetapi ada bab paling penting iaitu latihan ke tandas.
Tandas sekolah biasanya berbeza dengan tandas di rumah, jadi penting untuk anda ajar anak cara menggunakannya.
Pentingnya Ajar Anak Guna Tandas Awam
Menerusi perkongsian tajuk Ragam tahun 1, Cikgu Fadli menekankan betapa pentingnya untuk ibu bapa mengajar anak menggunakan tandas awam.
“Cikgu, nak ke tandas,” kata seorang murid tahun satu masa berkumpul kat dewan.
“Okey. Pergilah,” balasku.
“Saya takut. Cikgu temankan boleh,” kata murid tersebut penuh jujur.
Ads
Masuk Saja Tandas, Nampak Selonggok Seluar
Menurut Cikgu Fadli ketika menemani anak muridnya masuk ke tandas dia terlihat selonggok seluar di bahagian luar tandas.
“Aduh, takut la pulak. Okey la, aku pun teman la dia ke tandas. Masuk je tandas murid, nampak selonggok seluar kat luar tandas.
“Ni murid yang sebelum ni pergi tandas tadi ni. Pengawas yang tunjuk tandas, pengawas tu tinggal, dia pergi bukak seluar dan longgok gitu ja. Adeh, buat hal betul lah.
“Dah satu hal pula seluar tu kotor dan basah nanti. Nak kena ajar mereka buka seluar dalam tandas ni, naya kalau macam ni.
“Budak-budak lain bukan kira apa, kadang dipijak je seluar yang ada kat lantai. Budak. Tahun 1 pula tu. Nak marah pun tak leh.
“Mak ayah, tolong ajar anak-anak guna tandas awam ya. Ajar mereka buka dan gantung seluar dalam tandas. Bukan buka dan longgok macam kar rumah gini.
“Senang nak tukar jika terbuang dalam seluar or pakaian mereka basah kuyup bila ke tandas,” kongsi Cikgu Fadli.
Ada betulnya perkongsian dari Cikgu Fadli ini, walaupun nampak remeh namun perkara begini amatlah penting. Kemahiran penting ke tandas ini kadangkala kita sebagai ibu dan ayah mungkin tak perasan.
Rupanya cuci kipas pun ada bahan-bahan tertentu untuk elak cuci setiap hari, ya!
Ok, biasanya kipas yang kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat. Lagi teruk kesannya angin kipas rasa kurang.
Kebanyakan kita bukanlah ada banyak masa dan rajin sangat nak mencuci kipas selalu, tambah pula nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Mak-mak tak perlu risau sebab anda boleh guna cara mudah ini untuk elak habuk melekat sekaligus tak perlulah nak kena cuci kipas selalu.
Bahan-Bahan:
1 penutup Cecair Pelembut Pakaian
Span
Cara-Caranya:
1. Basuh kipas terlebih dahulu sehingga bersih dan tiada habuk.
2. Tuangkan pelembut pakaian dalam penutup botol dan jangan campurkan dengan air.
3. Celup span ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapu pada permukaan dan jarring-jaring kipas.
4. Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air.
5. Lap dan pasang kipas seperti biasa kembali.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biarpun kini sedang hamil kedua namun selebriti terkenal Scha Al-Yahya tidak betah duduk diam. Isteri kepada Awal Ashaari ini juga akui dia begitu aktif dan sejenis yang tidak boleh duduk diam.
Hamil Kedua Scha Tetap Ligat Berkemas & Tak Boleh Duduk Diam
Akui dirinya seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam, Scha akan mengisi masa terluangnya dengan pelbagai aktiviti walaupun hamil kedua kali.
“Saya memang jenis tak reti duduk diam. Kalau ada masa terluang memang macam-macam aktiviti akan saya buat.
Difahamkan juga hamil kedua kali ini juga buat Scha lebih mencabar kerana dia mengalami alahan lebih lama daripada mengadungkan Lara Alana, 6.
“Kali ini lebih mencabar sebab alahan sangat lama dan sekarang pun masih ada alahan sikit sikit. Mengidam pelik-pelik tiada cuma baru-baru ini saya teringin makan makanan Penang, tetapi sekarang dah hilang keinginan itu.
“Cuma yang sama hanya tabiat saya yang terlalu suka mengemas dan tidak tahu duduk diam walau di rumah,” jelasnya.
Tak Kisah Bayi Lelaki Atau Perempuan
Mengusik tentang persiapannya untuk menerima kehadiran orang baru, Scha akui dia masih
belum membuat persiapan dan tidak kisah soal jantina anaknya.
“Saya tak kisah lelaki atau perempuan, apa yang saya harapkan lebih sihat dan baik.
“Persiapan pun belum buat, saya ingat tunggu dah masuk lapan bulan baru buat persiapan. Insya-ALLAH saya akan mengekalkan huruf L dan A seperti Lara Alana untuk anak kedua nanti,” kata Scha yang baru saja menjadi duta Meeracle untuk tempoh sembilan bulan.
Berhasrat Mahu Tunai Umrah Tahun 2021
Scha juga menyatakan dia amat rindu untuk pergi melancong dan berhasrat mahu tunaikan umrah.
“Sejujurnya rindu untuk pergi melancong dan menunaikan umrah. Selain itu, kadang-kadang rindu juga nak tonton wayang.
“Harapan saya untuk tahun 2021 nanti, akan menjadi tahun yang lebih baik untuk tahun-tahun sebelumnya bagi semua orang.
“Saya juga berharap impian saya untuk menjadi usahawan berjaya dan hasrat untuk menunaikan umrah tercapai tahun depan,” ujarnya seperti dipetik menerusi Sinar Plus.
Luluh Hati Nenek Cucu 8 Tahun Kehilangan Mak Ayah & Adik, Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata! Sesungguhnya ajal dan maut ditangan tuhan. Luluhnya hati seorang nenek apabila mengetahui cucu kesayangannya menjadi yatim piatu sekelip mata, kehilangan ahli keluarga mak ayah dan adiknya.
“Luluh hati saya dan cucu kerana bukan sahaja hilang kedua-dua ibu dan bapa tetapi kemudian menerima satu lagi khabar duga apabila satu-satunya adik kepada cucu saya turut meninggal dunia.”
Demikian luahan nenek Muhamad Uwais Wafiuddin Mohd. Riduan, 8, yang terlibat dalam nahas di Kilometer 267.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), selepas Hentian Rawat dan Rehat, Perasing di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 4 petang, ibu dan bapa Uwais, Zahidah Hanisah Mohamad dan Mohd. Riduan Mohd. Yaacob masing-masing berusia 35 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
Adik Uwais, Raudhatul Khayra, 3, kemudian meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, selepas 17 jam bertarung nyawa manakala Uwais masih dirawat di hospital sama.
Jaga Uwais Sebaik Mungkin
Nenek Uwais yang enggan dikenali namanya berkata, dia dan ahli keluarganya akan menjaga sebaik mungkin cucunya yang ditinggalkan anaknya, Zahidah Hanisah dan menantunya, Mohd. Riduan.
“Uwais memang rapat dengan saya dan ibu saudaranya sebab biasanya kami yang jaga Uwais dan adiknya ketika ibu dan bapanya bekerja.
“Insya-Allah kami akan jaga dan curahkan kasih sayang secukupnya kepada Uwais,” katanya di sini, semalam.
Sate, Juadah Terakhir Bersama
Menurutnya, sebelum kejadian, Zahidah Hanisah dan ahli keluarganya ke Kuantan, Khamis lalu untuk rawatan kaki suaminya dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Kampung Raja, Teluk Pasu, Kuala Terengganu.
“Pada petang Khamis, Zahidah Hanisah sempat menunaikan hajat saya untuk makan sate. Dia memang anak yang baik, apa sahaja yang saya hajati, dia akan tunaikan. Tak sangka itu juadah terakhir kami bersama.
“Saya masih terkejut. Baru sahaja jumpa mereka sekeluarga, namun mereka pergi sekelip mata,” ujarnya.
Jenazah ketiga-tiga mangsa selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sekati, Manir, petang semalam.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa nahas kemalangan ini. Semoga adik Uwais diberi kesabaran dan kekuatan untuk membesar dengan baik sebagai yatim piatu meskipun kehilangan kedua-dua mak ayah yang dikasihi.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...