Setiap kita pasti pernah lalui zaman kanak-kanak. Kalau dulu, bila mak ayah tegur memang buat kita takut dan akan ingat bila-bila supaya tak berulang lagi. Nak melawan mereka cakap, jauh sekali. Cubalah buat kalau nak rasa kena rotan atau cubitan paling sakit ya amat.
Tapi, dari masa ke semasa, zaman semakin moden dan cara mak ayah ajar dulu pun mungkin dah tak sama. Anak-anak sekarang, kalau mak ayah tegur ada yang akan ‘sentap’. Mulalah ambil hati dan rasa tak disayangi.
Sedangkan apa yang mak ayah tegur itu untuk kebaikan dan masa depan anak-anak supaya tidak hanyut dengan melakukan perkara yang tak berfaedah. Tiada mak ayah yang tak sayang anak pun, semua ini untuk masa depan mereka. Ketahuilah, mak ayah pun pernah lalui zaman muda seperti anak-anak sekarang.
Perkongsian daripada Khairul Anuar Basri ini betul sekali. Mak ayah tegur untuk kebaikan. Tak perlulah terasa hati atau melawan kerana semua yang mereka buat adalah demi sayang pada anak-anak.
Anak-anak ni dia tak tahu gamaknya kita ni sayang kat dia.
Tak da sorang pun mak dengan ayah di dunia ni nak tengok anak dia jadi tak baik. Bila mak dengan ayah tegur tu, dia nak anak dia jadi baik lah tu.
Bila mak dengan ayah marah tu, dia sayang kat anak dia la tu. Dia tak nak anak dia buat salah. Nak suruh anak-anak jadi elok.
Tapi anak-anak tak faham. Dia ingat mak ayah dia benci kat dia kot. Dia ingat mak ayah dia sengaja cari salah dia kot.
Ads
Anak-anak….
Mak dengan ayah dah pernah lalu umur kamu. Mak dengan ayah faham sangat perasan kamu masa ni. Mak dengan ayah tahu, kalau kamu tak ditegur tak dibimbing, kamu akan hanyut tak tentu hala.
Kalau mak dengan ayah tak nasihat kamu, kamu tak tahu mana yang betul mana yang salah.
Tolong Faham!
Tolong la faham mak dengan ayah sama macamana kamu nak mak dengan ayah faham kamu.
Jangan ambil hati bila mak dengan ayah berleter. Jangan sampai hati kamu menjawab bila mak dengan ayah kamu bercakap.
Jangan kamu kejam sangat sampai sanggup keluarkan kata-kata yang menghiris hati dan perasaan mak dan ayah.
Jangan sekali-sekali kamu angkat suara kamu lebih dari suara mak ayah kamu…
Kamu tak tahu…
Ads
Mak dan ayah ni sanggup tukar nyawa mereka untuk kamu hidup, sanggup buat apa saja untuk pastikan kamu dapat apa yang kamu nak.
Mak ayah ni tak akan tidur malam bila kamu tak dapat tidur malam dan akan rasa sakit bila kamu sakit.
Mak dan ayah ni takkan buang kamu sekalipun seluruh dunia buang kamu atas salah dan dosa kamu.
Adik beradik kamu mungkin buang kamu. Tapi mak ayah tak akan buang kamu.
Jaga mak ayah betul-betul sementara mak ayah kamu masih hidup. Jaga hidup mereka, jaga hati dan perasaan mereka.
Nanti bila mak ayah kamu dah tak ada, kamu akan hilang nikmat dunia paling besar untuk seseorang yang pernah bergelar anak.
Tiada lagi sepasang manusia yang sentiasa berdoa untuk kamu walau kamu tak pernah minta untuk didoakan.
Ads
Santunilah ayah dan mak kamu sebagaimana ayah dan mak kamu menjaga kamu semasa kecil.
Jangan pernah rasa tertekan dan terkongkong dengan apa yang mak dan ayah kamu cakap dengan kamu.
Ingat satu perkara..
Mak dan ayah yang baik, tak akan berhenti mendidik kamu sehinggalah salah seorang daripada mereka atau kamu mati.
Mingguan Wanita : Mak ayah ini tiada galang gantinya. Hargai dan sayangi mereka selagi hayat dikandung badan.
Bila mak ayah meninggal, perkara yang selalu diperkatakan adalah harta pusaka yang ditinggalkan. Adik beradik mula bahagikan harta mengikut hukum yang telah ditetapkan supaya tidak ada perkara berbangkit kemudian hari.
Namun, tak mustahil ada adik beradik yang merasakan mereka tidak perlu ikut faraid sebabnya, arwah mak atau ayah sudah sebutkan supaya diberikan harta pada anak tertentu selepas merka meninggal dunia.
Sebenarnya, perkataan lisan yang dikatakan oleh mak ayah itu sebelum meninggal adalah TIDAK SAH. Kena ikut hukum yang telah ditetapkan dalam Al Quran. Kecualilah jika harta itu dibahagikan siap-siap semasa orang tua masih hidup.
Jangan ada yang salah faham Ikuti perkongsian daripada Ustaz Azhar Idrus tentang perkara ini.
“Mak pesan pada adik, bila dia meninggal, harta kena berikan kepada adiknya yang sedang sakit.
Jawapan:
Keadaan ini kena lihat pada pemilik harta itu sama ada ada harta atau tidak.
Jika ada harta dan pemilik harta berpesan supaya diberikan kepada orang bukan waris seperti cucu, kawan lama, jiran atau anak angkat. Maka, pembahagian itu kenalah diberikan 1/3 daripada seluruh harta si mati pada orang yang bukan waris.
TETAPI,
Kalau perkataan lisan itu dengan memberi harta kepada waris. (walaupun ada bukti video atau gambar) ia TIDAK SAH kerana pembahagian harta pada waris telah ditetapkan dalam Al Quran.
Pembahagian harta itu kena ikut faraid.
Kecuali, kalau mak atau ayah berikan harta itu seperti barang kemas atau duit semasa masih hidup.
Perkongsian:
Ramai yang tidak tahu pasal perkara ni. Ramai yang anggap apa yang arwah pesan masa hidup, itu wasiat. Sedangkan dalam Islam, ianya tidak sah. Melainkan kalau sudah diberi semasa hidup. Dah tukar nama siap-siap semasa hidup.
Arwah ibu dulu semasa hidup dah siap-siap agihkan barang kemas untuk anak menantu, cucu. Masa meninggal tinggal sikit-sikit saja yang jatuh pusaka dan kami agihkan. Ada yang anak menantu berkenan, bayar harga barang tu pada semua adik beradik lain.
Even kain-kain batik jawa arwah ma pun kami tak ambik sesuka hati. Kami bahagi-bahagi, semua anak menantu pilih ambik sama rata sama banyak. Yang lebih tinggal untuk siapa-siapa datang rumah. Macam tu juga baju-baju dan duit arwah ibu.
Ada barang kemas arwah ibu yang kecil dan ringan, semua adik beradik sepakat untuk hadiahkan pada anak-anak perempuan ambil satu seorang. Dengan syarat, semua adik beradik lelaki lain redha.
Bab pusaka jangan buat main. Berat esok nak menjawab di akhirat.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Kena faham betul. Jangan ambil mudah bila wasiat melalui lisan. Ia TIDAK SAH.
Dalam kesibukan menjalani latihan sempena Konsert Dato’ M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 10 Ogos ini, Dato’ M.Nasir sempat mencuri waktu untuk menghadiri majlis konvokesyen anak bongsunya, Sucimusalmah Binti Mohd Nasir yang menamatkan pengajiannya dari The University Of Nottingham baru-baru ini.
Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Hubungan Antarabangsa dalam Bahasa Sepanyol dengan Kelas Pertama
Perkongsian Datin Marlia Musa di laman Instagram miliknya baru-baru ini memaklumkan anak bongsunya, Sucimusalmah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Hubungan Antarabangsa dalam Bahasa Sepanyol dengan Kelas Pertama dari The University Of Nottingham. Kelibat Dato M. Nasir turut kelihatan meraikan kejayaan anak bongsunya itu.
Dalam pada itu, Datin Marlia Musa sempat berkongsi momen di sebalik majlis graduasi tersebut yang menjadi kenangan indah untuk mereka sekeluarga kenang sepanjang hayat.
“Macam baru semalam Sucimusalmah menjejakkan kaki ke universiti dan macam baru semalam saya balik menghantarnya ke rumah baharunya di UniVillage dan pulang ke rumah menangis kerana merinduinya. Sekurang-kurangnya Sungai Buloh ke Semenyih cuma mengambil masa dua jam.
Bila kenangkan itu, hati saya kurang laranya. Pejam celik routine baru ini, berat tapi lebih mudah ditelan. Pejam celik juga akhirnya 3 tahun sudah berakhir. Terima Kasih Tuhan atas semua kurniaanMu.Terima kasih @sucinasirfor this happiness.
Terima kasih Bapak Suci kerana percaya dengan cita-cita anaknya. Terima kasih Mama kerana selalu mendoakan kami sekeluarga. Terima Kasih adik beradik dan keluarga kerana selalu berada bersama kami. Alhamdulillah,”ujar Datin Marlia Musa.
Manis mengenakan sepasang baju kurung di majlis konvokesyennya, rupanya Sucimusalmah mempunyai permintaan yang tidak dapat ditunaikan oleh ibunya untuk digayakan di majlis graduasinya ini.
“Permintaan Suci untuk memakai baju kurung yang saya sarung semasa majlis graduasi lebih 20 tahun dulu tak dapat ditunaikan. Baju tersebut entah ke mana dan sudah tidak muat,” sambung Datin Marlia lagi yang mendapatkan khidmat Teh Firdaus untuk menyediakan busana baju kurung yang digayakan di majlis konvokesyen tersebut.
Semoga kejayaan Sucimusalmah menjadi kebanggan buat keluarga Dato M Nasir dan Datin Marlia Musa. Syabas dan tahniah!
Mengenai perkembangan seni Dato M. Nasir, beliau dijadual mengadakan konsert DATO’ M.N45IR CIPTA pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil. DATO’ M.N45IR CIPTA dibawakan khas oleh Icon Entertainment yang sentiasa menyokong karyawan seni.
Mak-mak yang ada anak lelaki akan ada kemungkinan ini ketika membesarkan mereka. Iaitu menjerit bagai nak rak sebab nak bagi anak lelaki dengar cakap.
Baiklah, menjerit itu tak salah. Cara jeritan itu yang kena diperbetulkan. Pastikan bukan kata-kata hinaan, cercaan atau makian yang keluar dari mulut mak-mak. Bimbang emosi baran yang terbit dalam jiwa anak lelaki mak-mak.
Apa yang mak sebut itu satu doa. Jadi, doakanlah anak lelaki dengan kata-kata yang HEBAT.
Tapi buat mak-mak yang ‘Kaki Menjerit’ dekat anak lelaki, kena terima dengan lapang hati kemungkinan ini. Pertama, anak lelaki akan jadi sedikit terjal dan keras jiwanya. Baran pun iya.
Mereka juga dalam diam akan jadi seorang yang pendendam. Makin banyak jeritan mak laungkan, bimbang makin memendam rasa anak lelaki kita itu.
Lalu apakah cara terbaik nak pujuk anak-anak lelaki yang dah mulai keras jiwa dan raganya itu.
Yang ini memang perlukan KERJA KERAS dan kesungguhan 200 peratus daripada mak-mak.
3 Cara Untuk Buang Baran Anak Lelaki
Pertama : Ajak Anak Berdoa Sama-sama Mak Sebelum Tidur
Sebelum masuk tidur, ajarkan anak doa tidur. Bacakan surah Al Fatihah dan tiga Qul bersama anak-anak. Minta anak doa sama-sama agar lembut hati dan jiwa raga.
Memang bukan mudah ya mak-mak. Anak mungkin akan lari, buat-buat tak nak beri kerjasama. Tapi kitakan mak diaorang, tentu ada cara yang lebih baik yang mak-mak boleh memujuknya.
Kedua : Minta Bantuan Suami Sekurang-kurangnya Solat Jemaah Ketika Maghrib.
Nak berkumpul satu keluarga bersolat jemaah untuk lima waktu, pasti agak sukarkan. Jadinya pilihlah waktu terbaik untuk himpunkan keluarga kita.
Biasanya waktu maghriblah paling bagusnya untuk berkumpul. Solatlah berjemaah. Sebab dengan cara ini, hati akan menjadi satu.
Ketiga : Usahakan Usap Kepala Anak Lelaki Dan Peluk Mereka
Anak lelaki ini tinggi egonya. Melangit betul. Lagi-lagi kalau dah biasa kita jerit-jerit dekat mereka. Cubalah sambil lalu-lalang depan mak-mak tu, usap-usaplah kepala anak lelaki.
Sambil usap itu, doakanlah sekali. Peluk anak kita itu. Tak kisahlah, kalau dia tengah merajuk ke, waktu dia tak nak pun tarik dan peluk.
Kadang dia cuma kekok. Sebab tak biasa bila mak peluk-peluk ni. Tapi percayalah itulah yang mereka dambakan belaian kasih dari seorang mak.
Tiga cara di atas paling ringkas nak buat tapi memerlukan usaha yang begitu kental. Dan tiga cara itulah jika mak-ayah boleh praktikkan akan melembutkan hati anak lelaki. Akan mengurangkan baran emosi mereka.
Kenapa Anak Lelaki Kena Diajar Lembut Jiwa
Anak lelaki ini pewaris pemimpin keluarga. Sebab itulah mereka perlu dilentur emosinya sejak kecil lagi. Susah hatikan bila baca akhir-akhir zaman ini ramai sekali ayah yang gagal menjalankan amanahnya.
Lagi susah hati bila kita tengok anak-anak lelaki kecil-kecil lagi sudah nak jadi HERO.
Jadi mak-mak biarlah kita penat besarkan mereka, biarlah kita letih layan karenah mereka.
Tapi bila besar nanti anak lelaki kita jadi seorang suami yang melindungi anak dan isterinya.
Menjadi anak lelaki yang kasih mak ayahnya
Suami yang sangat menghargai penat lelah isteri.
Ayah yang penuh cinta dengan seikhlasnya anak-anak yang diamanahkan untuknya. Bukan untuk didera, bukan untuk dijadikan tempat melepas baran.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!