Mak ayah mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak ya! Bimbang kesan tidak sihat pada emosi dan psikologi hingga mereka dewasa kelak.
Perbuatan menyakat dan menakutkan anak memang nampak kelakar dan menyeronokkan pada mak ayah, namun ketahuilah kesannya pada anak-anak.
Mak Ayah Mohon Elakkan Sakat, Takutkan Anak!
Kongsi Puan Wawa Shauqi, jangan suka takutkan anak.
“Pergilah situ. Nanti momok (hantu) ambil!”
Memang mudah disiplinkan anak dengan takut-takutkan mereka ni. Kelakar pun ada. Tapi ketahuilah, kesan jangka masa panjangnya lebih buruk.
Kesan Tidak Sihat Pada Emosi Hingga Dewasa
Kita mungkin fikir, sepanjang anak dewasa, ketakutan tu akan hilang. Hakikatnya, ia ibarat highway yang kita dah bina pada otak anak.
Yang tak bestnya, tanpa kita sedar, highway yang dibina itu menghubungkan cabang jalan yang banyak.
Contohnya, bila kita takutkan anak dengan hantu. Ketakutan tersebut boleh pergi ke beberapa cabang :
– takut gelap
– takutkan orang berwajah luar biasa
– takut perempuan yang berambut panjang
– takutkan bila tengok kotoran pada dinding yang ada bentuk macam ‘hantu’
Apa yang menyedihkan, ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.
Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger, fobia dan anxiety apabila dewasa.
Kesan Cerita Seram
Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.
Seorang psikologis dalam rancangan dokumentari di Netflix (Brain Explained) ada berkongsi.
Waktu kecilnya, dia terjebak tonton cerita Jaws. Memori trauma yang dia dapat dalam filem tu, menyebabkan dia diserang panik setiap kali berada dalam air, terutamanya laut.
Ads
Baru-baru ni juga ada seorang ibu yang berkongsi dengan saya. Seorang anaknya yang baru berusia 3 tahun menangis sambil menggigil bila masuk ke stesen minyak. Disebabkan terlalu takut dengan inflatable maskot yang melambai-lambai depan stesen minyak.
Rupanya si kakak selalu menakutkan adik dengan patung dalam siri cerita Squid Game.
Kasihan Anak Menanggung Ketakutan
Kelakar bila bayangkan. Benda macam itu pun boleh takut. Tapi tidak bagi yang menanggung ketakutan.
Saya sendiri pernah melalui episod panik nak buka ensiklopedia. Nafas jadi laju dan dada berdebar-debar bila nak buka buku gambar dinosaur, gambar hutan, dan sebagainya.
Padahal saya dah masuk sekolah menengah waktu tu. Pelik bagi orang lain.
Tapi itulah cara otak saya proses benda yang pernah ditakut-takutkan pada saya masa kecil.
Jadi ibu ayah mithali sekalian.
Mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak. Walaupun pada kita, senang nak disiplinkan anak. Dan lucu tengok mereka menangis.
Sedangkan, kesan jangka masa panjangnya sangat tidak sihat dari segi emosi dan psikologi anak.
Mingguan Wanita : Banyak lagi perkara yang boleh dibuat kelakar daripada menakutkan anak-anak dengan hantu atau benda-benda yang menyeramkan. Fikirkan kesannya pada anak-anak, kasihan mereka.
Isteri heret suami ke mahkamah, terlampau lebihkan kucing. Dek kerana sikap suami yang terlampau melebihkan kucingnya, seorang wanita hilang sabar dan bertindak mengheret suaminya ke mahkamah.
Isteri Heret Suami Ke Mahkamah
Bagaimanapun, tindakan itu dimarahi hakim di Bengaluru kerana memfailkan aduan remeh terhadap suaminya hanya kerana seekor haiwan peliharaan.
Hakim M. Nagaprasanna yang mengambil kes ini berkata, tiada dakwaan khusus mengenai kekejaman dalam rumah tangga pasangan tersebut.
Terlampau Lebihkan Kucing
Wanita itu mendakwa suaminya sering memberikan tumpuan lebih terhadap kucing berbanding dirinya dan mereka sering bertengkar apabila membangkitkan isu haiwan peliharaan mereka.
“Isteri turut mengadu kucing mereka turut menyerangnya atau mencakarnya, tetapi suaminya tidak melakukan apa-apa.
“Sebenarnya aduan ini berdasarkan pertengkaran mengenai kucing peliharaan yang dipelihara suami.
“Dakwaannya ialah suami lebih menjaga kucing berbanding isteri,”katanya semasa mendengar petisyen jarang berlaku di mahkamah seluruh India.
Selepas mendengar petisyen itu, mahkamah memutuskan menghentikan siasatan lanjut terhadap suami dan memarahi wanita itu atas aduan remehnya itu.
“Ia adalah kes remeh yang telah mengganggu sistem keadilan jenayah hari ini dan jika penyiasatan dibenarkan dalam kes ini, ia akan menambah satu lagi kes kepada sistem keadilan yang sudah pun padat,” kata mahkamah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan ada sesetengah pasangan hanya memiliki anak perempuan dan tidak mempunyai anak lelaki.Rupanya ia ada hikmahnya yang tersendiri. Ini kerana terdapat kajian daripada aspek biologi mendedahkan bahawa melahirkan ramai anak lelaki boleh memendekkan jangka hayat si ibu.
Perkara ini dikongsikan oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar daripada Parent Connect Consultancy sebagai rujukan;
ANAK LELAKI MEMENDEKKAN USIA IBU. BENARKAH?
Dua buah kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari University of Turku, Finland iaitu Helle dan Lummaafound, mendapati bahawa ibu-ibu yang melahirkan anak-anak lelaki mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding ibu yang melahirkan anak-anak perempuan.
Jangka hayat ibu-ibu didapati berkurang selama 34 minggu jika mengandung dan melahirkan anak lelaki. Kajian juga mendapati semakin ramai anak lelaki, semakin pendek jangka hayat si ibu.
Jika melahirkan anak perempuan, jangka hayat ibu didapati lebih panjang.
Satu lagi kajian yang dijalankan di Denmark berpandukan data dari tahun 1980-2010 dari Danish National Register pula mendapati bahawa ibu-ibu yang melahirkan anak lelaki lebih berisiko untuk terkena serangan jantung, osteoarthritis, arthritis, barah ovari, barah payudara, diabetis type 2 dan obesiti setelah berusia 45 tahun.
3 Punca Utama
Antara penjelasan yang diberikan oleh Birgitte Hollegaard dari University of Copenhagen tentang keputusan ini adalah
1) Ketika mengandungkan anak lelaki, tubuh ibu memerlukan lebih banyak tenaga ataupun kalori berbanding ketika mengandungkan anak perempuan. Ini menyebabkan ibu lebih berisiko untuk menghadapi masalah kesihatan apabila usia meningkat.
2) Kebanyakan bayi lelaki dilahirkan dengan berat yang lebih berbanding anak perempuan. Ini juga memberi bebanan yang lebih kepada fizikal si ibu.
3) Penghasilan susu ibu untuk anak lelaki juga didapati memerlukan lebih banyak tenaga dari ibu. Walau bagaimanapun dapatan dari kajian ini adalah pelbagai.
Mengandung dan melahirkan anak bukanlah satu proses yang mudah. Trauma yang dialami oleh fizikal, emosi dan mental seorang ibu ketika mengandung dan melahirkan tidak dapat dibayangkan dan tidak dapat diungkapkan.
‘Post partum depression’ juga adalah sebahagian dari trauma ini yang tidak boleh diambil mudah dan dipandang ringan. Ia berlaku tanpa disedari dan tanpa boleh dikawal oleh si ibu.
Para bapa perlu berada di sisi ibu sepanjang masa untuk memberi sokongan. Para bapalah yang perlu menjadi ‘DOULA’ kepada si ibu kerana anak-anak adalah tanggungjawab bersama dari mula kejadian sehinggalah dilahirkan dan dibesarkan.
Anak lelaki ataupun anak perempuan, kedua-duanya adalah ujian walaupun mungkin cabaran yang diberikan adalah berbeza. Hidup, mati, ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT. Walau bagaimanapun kita perlulah berusaha untuk menjaga tahap kesihatan fizikal, emosi dan mental supaya amanah untuk membesarkan dan mendidik anak ini dapat dipikul sebaiknya. Ini memerlukan usaha bukan hanya diam menyerahkan segalanya kepada takdir tanpa usaha. Dapatkan nasihat pakar tentang kesihatan.
Semoga kita dapat mendidik anak lelaki dan anak perempuan kita menjadi anak soleh dan solehah yang dapat mendoakan kita satu hari nanti. Semoga kita juga dapat membimbing mereka agar dapat menyumbang kepada keluarga dan masyarakat dengan kelebihan masing-masing, tidak kiralah panjang atau pendek jangka hayat kita di dunia yang fana ini.
Oh ya, kajian-kajian yang dijalankan tersebut juga mendapati walau si ibu melahirkan anak lelaki atau anak perempuan, ia tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas jangka hayat si bapa.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
MW: Sesungguhnya urusan jodoh, anak dan ajal kematian merupakan ketentuan daripadaNya.Bersyukurlah dikurniakan anak tak kira lelaki mahupun perempuan, persiapkanlah diri mereka agar menjadi anak yang soleh, solehah agar mampu menjadi ‘bekalan’ dan saham akhirat buat kita bila telah tiada nanti.
Bergurau-senda sememangnya digalakkan dalam hubungan suami-isteri, malahan ia mampu menjadi ibadah dalam menjana pahala. Namun ada yang mengambil mudah dalam perkara, bergurau kasar dengan pasangan hingga mampu mengguris perasaan isteri.
Oleh itu, berhati-hati dalam bergurau-senda dengan pasangan, bimbang daripada ibadat tanpa sedar kita mengundang dosa dan mengaibkan isteri. Apatah lagi gurauan yang disifatkan kasar itu direkod dan dimuatnaik di media sosial, menjadi tontonan semua orang.
Tular satu video di facebook baru-baru ini memperlihatkan seorang suami “bergurau” agak kasar dengan isterinya (pada pandangan mata kita). Maybe itu “life style” pasangan itu bermanja. Mungkin?😌
Kalau life style sekali pun bergurau sedemikian, jagalah aib muka family mertua dan family kita. Apa kata ayah, ibu dan ditambah pula dengan family mertua kita bila kita bergurau- senda sebegitu?
Apa kata atau pandangan kenalan family kita? Jiran family? Jiran keluarga mertua? Kawan pasangan kita? Kawan kita? Kita hidup dikelilingi oleh masyarakat. Bergurau-senda dengan isteri merupakan satu ibadah.
Jangan sampai satu ibadah menjadi satu dosa kita. Jika tidak mampu menjaga aib isteri?Sila meninggal.
Hati-hati Bergurau
Jika isteri sebaliknya terasa? Hati-hati suami. Salah satu punca rezeki kita adalah isteri. Di sebalik kejayaan seorang suami disisinya selain ibunya adalah isteri. Isterilah rakan bantal, rakan berkongsi suka-duka, rakan karib pokoknya rakan paling akrib a.k.a rapat melekat!
Susah senang, isterilah yang sentiasa berada di samping kita. Setiap langkah kaki kita pergi kerja diiringi doa sang Isteri. Tidak cukup lagi dengan sediakan keperluan harian kita dengan sediakan sarapan pagi, gosok baju, membasuh baju walhal itu semua bukan seorang isteri.
Itu kerja bersama! Sebenarnya Islam sendiri amat mengangkat darjat seorang isteri. Lebih-lebih lagi yang solehah, bersabar dan menjaga aib rumah tangga.
“Isteri satu anugerah, bukan milik kita sepenuhnya dan hanya pinjaman sementara waktu. Bila hanya pinjaman seharusnya kita menjaga sebaik yang mungkin.”
Benda simple, kita pinjam barang kawan kita dalam tempoh yang tertentu umpamanya, pasti kita akan jaga sebaik yang mungkin daripada merosakkan, hancurkan, calarkan barang tersebut sampai habis tempoh pinjaman bukan?
Habis tempoh waktunya, pasti kawan kita akan periksa barang tersebut sama ada rosak, calar. Begitu juga isteri. Kita akan dipersoalkan setiap apa yang telah diamanahkan kepada kita kelak.
Jadilah suami yang bijak dalam bergurau-senda. Bayangkan jika isteri bergurau seperti ini, “ex nak tinggal rumah boleh tak? Nampak suami jiran sadolah”, anda sebagai suami rasa boleh terima gurauan kasar seperti ini? Bahaya bergurau tentang perkara sebnsitif, bimbang daripada bergurau dan buat main-main akhinya jadi betul.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada mak, ayah supaya lebih berhati-hati dalam bergurau-senda. Jangan jadikan pahala bergurau-senda mengundang dosa kepada kita seterusnya menjadi nanah dalam hubungan suami, isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.