Kena peluk anak. Bagi memastikan anak-anak sihat, mak,ayah bukan hanya perlu menyediakan makanan yang seimbang semata. Sebaliknya anak-anak juga perlu diberi kasih sayang dan diberi sentuhan.
Bila cukup semuanya, insyallah anak-anak akan menjadi lebih sihat kerana emosinya stabil. Rupa-rupanya menurut kajian, selalu dipeluk dengan kasih saying dapat jauhkan anak-anak dari dijangkiti penyakit.
Mungkin sebab selama ini kita jarang peluk si kecil kita yang buatkan dia kerap batuk, selsema dan lagi teruk sampai selalu sangat demam.
Kadang itu memanglah kita sudah usaha jaga bab makan, kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat tapi kita terlupa pulak nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.
Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, mudah benar dijangkiti penyakit sebab stres itu sendiri beri effect tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.
Rupanya Selalu Dipeluk Kurangkan Jangkitan Penyakit
Sebab itulah kena tahu yang selain dari langkah selalu cuci tangan, dapatkan rehat yang cukup, elakkan bertemu orang yang tengah tak sihat, rupanya selalu dipeluk dengan kasih sayang ini dapat jauhkan kita dari dijangkiti penyakit.
Serius! Saya sendiri rasa teruja betul bila dapat tahu fakta menakjubkan ni.
Ads
Adalah satu research team ini yang diketuai oleh Sheldon Cohen, Profesor Psikologi dekat Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat sana.
Mereka lakukan satu study dan temui bahawa golongan yang kerap stres tadi ini bila kerap dipeluk dan diberi sokongan moral, kebarangkalian untuk terkena jangkitan demam selesema jadi lebih rendah berbanding golongan yang stress dan bersendirian tanpa kasih sayang.
Kajian ni memang ada dipamerkan kat dalam Jurnal Psychological Science.
Bukan Sekadar Ucapan, Kena Peluk & Beri Sentuhan
Sebab tu saya nak sarankan kat mak ayah semua, kita ni bukan setakat kena ucapkan dekat anak kita itu yang kita sayang dekat dia tapi kena tunjuk juga melalui sentuhan dan pelukan dari tangan kita sendiri.
Ads
Masa nak peluk itu, turunlah melutut dulu.
Biar mata kita dan mata si kecil itu selaras atau satu level. Kemudian peluk dan rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.
Insyallah bila kita selalu peluk dan beritahu betul-betul yang kita sayang sangat kat dia, kesihatan emosi dan fizikal si comel tu akan jadi lebih bagus dan tak mudah nak jatuh sakit.
Tolong #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain ye sebab saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang fakta ajaib ni. Ahmad Luqman Bukhari
Saya suka kongsikan ilmu parenting dan kesihatan anak kecil kat telegram saya. Klik link ni kalau nak join 21 ribu mak ayah hebat kat dalam tu t.me/NotaALB .
MW: Jadi mak,ayah selain pastikan anak-anak cukup makan… Kena pastikan anak-anak sihat dari segi mental dan emosi. Jangan sesekali abaikan perasaan mereka dan berikan kasih sayang serta pelukan secukupnya.
Maryam selamat timang anak kedua. Tahniah diucapkan buat pasangan pempengaruh popular Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim yang selamat menimang cahaya mata kedua.
Berita gembira itu dikongsi oleh Ryzal dan memaklunkan anak keduanya itu lahir pada tarikh yang sama dengan Maryam.
Maryam Selamat Timang Anak Kedua
Ryzal juga turut memaklumkan Maryam selamat melahirkan pada Rabu jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta.
“19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992,” tulis Ryzal.
Berharap Mampu Jaga Amanah Yang Diberikan
Luah Ryzal lagi, dia dan isteri berharap mereka suami isteri mampu menjaga amanah yang diberikan.
“Syukur dengan anugerah dan rezeki ALLAH kurniakan.
“Semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami,” kongsi Ryzal lagi.
Ucap Selamat Dari Pengikut Di Instagram
Menerusi ruangan komen perkongsian tersebut dilimpahi dengan ucapan selamat dengan kelahiran bayi comel tersebut.
“Alhamdulillah..tahniah Ryzal & Maryam..yeay rina dh jd kakak..mesti dia excited”
“Alhamdulillah. Congrates both of you! Sepasang dah. Selamat berpantang maryam! Takecare”
Keterujaan seorang pelajar diragut apabila dia maut dalam perjalanan ke sekolah. Remaja ini menaiki motosikal baru yang dibeli bapanya untuk ke sekolah. Namun takdir mengatasi segalanya apabila pelajar ini meninggal dunia akibat kereta buat pusingan U di tempat yang salah.
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta yang membuat pusingan U di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Rambutan pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Nurul Syahira Zamri, 16, dari Kampung Kolam, Jalan Chemor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke sekolah dengan menaiki motosikal jenis Honda SM Sport yang baru sahaja dibeli bapanya untuk kemudahan pergi ke sekolah.
Kereta Buat Pusingan U Secara Tiba-tiba
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Kenari dipandu wanita berusia 46 tahun membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabkan mangsa yang berada di laluan berkenaan tidak sempat mengelak.
“Keadaan itu menyebabkan mangsa dikatakan terlanggar bahagian tepi sebelah kanan kereta itu lalu tercampak di atas jalan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati lokasi kemalangan adalah kawasan dilarang membuat pusingan U. Ketika membuat pusingan, katanya, kereta berkenaan turut terlajak masuk ke laluan bertentangan menyebabkan satu lagi pelanggaran berlaku membabitkan kenderaan itu dengan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.
“Bagaimanapun kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma kerosakan pada kenderaan masing-masing.
“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu wanita tersebut tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.
Jelas A Asmadi lagi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.
“Siasatan lanjut kini diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
MW: MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan. Ternyata bukan mudah untuk menerima pemergian anak secara tiba-tiba begini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan keluarga allahyarham tabah menerima ujian berat ini. Al-Fatihah.
Durjananya perlakuan seorang ayah yang tergamak mencabul anak perempuannya sendiri, lebih menyedihkan bayi tersebut yang baru berumur 12 bulan!.Hinanya seorang ayah yang sepatutnya melindungi anaknya sanggup melakukan tindakan keji lagi terkutuk ini.
Kejadian yang berlaku di Kuala Terenganu,seorang bapa berhati binatang ditahan apabila disyaki sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan mencabul bayi perempuannya berusia 12 bulan.
Anak Kerap Menangis
Tindakan terkutuk suspek berusia 36 tahun terbabit terbongkar apabila ibu mangsa menyedari perubahan anak perempuannya itu yang kerap menangis ketika kemaluannya dicuci, Isnin lalu.
Mengesyaki ada yang tidak kena dengan anaknya, ibu berusia 28 tahun ini membuat laporan di Balai Polis Manir, Kuala Terengganu di sini, sebelum merujuk anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan.
Dalam Proses Penceraian
Menurut sumber, bayi terbabit dijaga secara bergilir-gilir oleh pasangan berkenaan yang kini menetap secara berasingan berikutan dalam proses perceraian, sejak November lalu.
“Suspek menghantar pulang anaknya itu ke rumah isterinya di Kampong Manir, di sini, pada jam 12 tengah malam, Isnin lalu, dan bayi itu dalam keadaan baik pada mulanya dari segi fizikal luaran.
“Bagaimanapun, ketika menukar lampin bayi berkenaan, ibunya mendapati terdapat kesan kemerah-merahan di kemaluan anaknya itu selain kerap menangis setiap kali bahagian sulitnya dicuci.
“Curiga dengan keadaan bayinya, ibu mangsa yakin suspek ada melakukan perkara yang tidak baik terhadap mangsa sepanjang menjaganya sebelum ini.Wanita berusia 28 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan kes masih dalam siasatan.
Susulan laporan diterima, suspek ditahan dan hari ini, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistert, Noradila Abd Latiff membenarkan suspek direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.