Mak ayah memberikan pengaruh besar dalam kehidupan anak-anak. Dalam mengharungi kehidupan, pelbagai perkara ditempuhi. Ada yang menggembirakan dan tidak kurang yang mengecewakan.
Jangan Terpesona Godaan Dunia
Hakikatnya, hari dan waktu tetap terus berjalan sehingga ke detik ia diperintahkan berhenti buat selamanya. Pada ketika itu, hancurlah yang bernama dunia dan melangkahlah kita sekaliannya ke alam yang kekal abadi.
Di situlah permulaan hidup yang hakiki berbekalkan segala amal di dunia berserta belas kasihan daripada-Nya. Pernah satu ketika, seorang sahabat baik berpesan ketika pertemuan terakhir kami sebelum dia berpindah ke tempat yang baru, katanya: kita sama-sama sedang berjalan menuju tempat yang sama, jadi usah khuatir, teruskan berjalan.
Persiapan Ke Alam Kekal
Rakan penjaga yang dihormati, kata-kata ini memberikan saya inspirasi betapa jika kita sedar dan menerima hakikat yang kita semua sedang meninggalkan dunia ini perlahan-lahan dan menuju ke pangkuan Rabb, kita akan berbuat yang selayaknya seorang musafir lakukan iaitu tidak berhenti lama terpesona dengan apa yang sedang berada di hadapan kita namun menggunakan semua yang ada di sini untuk membantu meneruskan perjalanan.
Begitulah kefahaman yang harus kita sama-sama semaikan dalam diri anak-anak kita sedari usianya kecil. Letakkan prioriti yang betul dalam kehidupan mereka. Walau apa jua keadaan kehidupan dunia kita biarkan ia menjadi alat untuk mencapai kebahagian di akhirat. Anak harus tahu bahawa tujuan utama kehidupannya adalah akhirat.
Justeru, apa sahaja yang dihadapinya di dunia sama ada dalam bentuk nikmat yang membahagiakan ataupun cabaran yang menggerunkan mahupun musibah yang memberatkan. Semua ini sekadar ujian yang menyapa untuk menguji hamba-hamba-Nya. Sejauh mana keteguhan dan kepercayaan.
Jadi usah mudah terpesona dengan nikmat mahupun terduduk lemas dengan musibah dan cabaran. Ia sekadar mengukur solat dan sabar kita selaku hamba-Nya. Yang bagusnya, Tuhan yang menurunkan nikmat, musibah dan cabaran ini tidak berbuat kecuali hanya untuk kebaikan hamba-Nya. Dia juga Yang Maha Pengampun lagi Mengasihani terus tetap bersedia menerima doa dan pengharapan yang ikhlas daripada hamba-hamba-Nya.
Ads
Mak Ayah Sokong Dan Bimbing Anak
Memberi kefahaman yang tepat dan benar tentang Allah memberikan pengharapan hakiki kepada anak-anak. Selaku penjaga juga kita harus memberikan makna yang sebenar menerusi tindakan kita dalam menyokong setiap perbuatan anak-anak. Jika silap yang dilakukan anak-anak tidak menjejaskan perjalanan abadinya maka teruskan memberi tunjuk ajar dan sokongan usah diperbesarkan.
Namun, jika silap yang dilakukan melibatkan bekalan akhirat, maka bertegas lah dan teruskan memberikan kefahaman yang benar. Ia adalah perkara yang harus diberikan penekanan dan fokus.
Rakan penjaga yang dihormati, dalam dunia serba baru disulami dengan teknologi yang semakin baik, cabaran yang anak-anak kita sedang hadapi juga semakin kuat.
Ads
Mak Ayah Sebagai Penunjuk Arah
Kekeliruan dan kecelaruan semakin menebal lantaran banyaknya sumber maklumat yang agak sukar untuk ditapis jika tanpa bantuan dan pedoman. Jadi, diri kita harus diperteguhkan agar bisa menjadi penunjuk arah yang betul kepada anak-anak. Sikap dan tingkah laku yang terbit menerusi sistem kepercayaan yang kita pegang harus dipastikan kebenarannya.
Kayu ukurnya adalah ilmu, dan ilmu itu haruslah bersandarkan kepada Quran dan sunah. Hal ini kerana, tindakan yang kita ambil dalam segenap hal itulah yang akan dijadikan kayu ukur oleh anak-anak tanpa kita sedar.
Tingkat Kualiti Ibadah
Selaku hamba Allah, banyak yang harus kita terus pelajari demi memastikan kesayangan kita semuanya berada di dalam tempat yang selamat di negara abadi itu nanti. Usah gusar jika masih belum bermula atau masih sedang cuba perbaiki, Allah melihat proses dan usaha bukan kepada hasilnya. Jadi teruskan melangkah untuk sentiasa berbuat amal soleh iaitu amal yang sentiasa ada peningkatan kualiti.
Allah lah yang akan menjadi saksi. Ini hari yang baru, jadi teruskan melangkah. Kita sedang menuju kepadaNya jadi teruskan berbuat apa yang enak mengikut pandangan-Nya. Wallahuallam..
‘Kepala bayi tertinggal dalam rahim’. Hospital cuai, wanita ini trauma hilang anak sebelum sempat menatapnya.
Kasihan sungguh kepada ibu ini, sudahlah nyawa anaknya hilang, trauma yang dialami sudah tentu memakan masa untuk pulih.
Jika ibu lain gembira setelah melahirkan anak yang dikandung selama Sembilan bulan, berbeza sungguh dengan situasi yang dialami ibu dari Pakistan ini.
Kepala Bayi Tertinggal
Wanita melalui detik trauma dalam hidup apabila kepala bayi dalam kandungan dipenggal dan ditinggalkan dalam rahimnya.
Begitulah situasi dilalui seorang ibu yang terpaksa menanggung detik ngeri dalam hidup dek kecuaian seorang kaki tangan perubatan dalam melakukan kerjanya dan menyebabkan kepala bayinya terpenggal sebelum ditinggalkan di dalam rahimnya.
Dalam Rahim
Kejadian tersebut berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh, Pakistan.
Wanita berusia 32 tahun itu pada mulanya pergi ke sebuah perubatan di kawasan tempat tinggalnya.
Memetik laporan NDTV, menurut ketua unit ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel Sikander, kecuaian itu disebabkan tiada doktor sakit puan, kaki tangan tidak berpengalaman itu telah menyebabkan dia berdepan dengan trauma.
Jelas Raheel, kaki tangan tersebut terpenggal kepala bayi berkenaan di dalam rahim wanita itu dan tidak mengeluarkannya.
Ketika pesakit tersebut berdepan dengan situasi kritikal, dia dikejarkan ke sebuah hospital terdekat di bandar Mithi, di mana tiada kemudahan untuk merawatnya.
Mereka kemudian bergegas ke LUMHS, di situ, keseluruhan mayat bayi berkenaan dibawa keluar dari rahim wanita itu.
Hilang Anak
Agak bernasib baik, tindakan pantas tersebut dapat menyelamatkan pesakit itu.
Susulan insiden itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr Juman Bahoto telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi kes tersebut.
Jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti kejadian sebenar terutamanya situasi ketiadaan pakar ginekologi dan kaki tangan wanita di RHC tersebut.
Mingguan Wanita : Semoga wanita ini kuat berdepan dengan kehilangan nyawa anaknya dan kembali pulih daripada trauma yang dialami.
Insiden kes kematian di rumah pengasuh bukanlah perkara baru. Ramai mak ayah yang turut menzahirkan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.Sebenarnya selain, berusaha mencari pengasuh yang boleh dipercayai baik dari segi sikap dan pengalamannya dalam menguruskan anak-anak, mak ayah juga disarankan untuk mengamalkan doa tertentu sebagai salah satu usaha bertawakal kepada Nya.
Menurut perkongsian oleh Hakimie Abdul Malek,mak ayah yang tinggalkan anak dengan pengasuh, bolehlah amalkan doa yang pernah diajar oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato Dr. Haron Din ini dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
Kadang-kadang bila anak buat peel, buat mak ayah geram saja. Belum lagi yang anak berkepit 24 jam. Mak nak buat kerja pun tak senang hati.
Biasanya bila anak berkepit 24 jam, mulalah mak rasa hilang sabar. Habis semua kerja terbengkalai. Bayangkan kalau anak demam, lagi hura hara dibuatnya.
Tanpa kita sedar, masa inilah anak nak berkepit 24 jam. Suatu hari nanti, bila dia dah besar dan dewasa, kita sebagai mak ayah pula yang rasa seperti keanak-anakan, seperti apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.
Kita hidup ada tiga hari saja. SEMALAM, HARI INI & ESOK. Fokus yang terbaik pada hari ini. Tiada hari semalam dan esok yang kita kesali lagi.
Dalam perkongsian tiktok Mohd Fhais Salim turut memperkatakan hal ini. Suatu hari nanti anak tak lagi dok berkepit dengan mak ayah tapi mak ayah pula yang akan jadi keanak-anakan.
Memang penat jaga anak tapi suatu hari nanti anak dah tak lagi asyik memanggil-manggil nama kita.
Ingatlah , suatu hari nanti anak-anak dah tak lagi suka kita pimpin tangan dia. Anak-anak dah tak lagi mahu duduk di pangku kita.
Mak Ayah Pula Akan Lebih Manja
Suatu hari nanti, anak tak lagi mahu tunjuk kehebatan diri dia depan kita dan tak mahu didukung atau dimanja-manja.
Malah, suatu hari nanti kita pula akan jauh lebih matang dan lebih dewasa dari kita.
Pasti ketika itu kita pula yang akan jadi lebih keanak-anakan sebab mahu perhatian dari anak-anak
“Kakak…nanti cuti balik kampung makan dengan ibu ye!
“Abang, ibu akan masak lauk kegemaran kamu ni, mai la datang makan.
Mingguan Wanita : Jadi, layanlah anak sebaiknya sebab apa yang berlaku hari ini tidak akan berulang kemudian hari. Yang ada hanyalah kenangan.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...