Sebelum anak ke sekolah, mak-mak mesti akan sediakan air manis setiap pagi untuk anak minum. Kalau anak tak makan sekurangnya minum boleh bagi tenaga.
Begitulah mak-mak tak nak bagi anak perut kosong ke sekolah. Biasanya air manis waktu pagi yang selalu disediakan tentulah milo, susu, jus oren dan sebagainya. Belum lagi sarapan lain yang disediakan.
Sebenarnya, cara mak-mak salah. Inilah yang boleh membuatkan otak anak kecut sebab ambil minuman tinggi gula. Belum lagi hari-hari biasa yaang ada masanya anak memang suka dengan makanan manis lain. Ketahui kesan dan cara terbaik yang disarankan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.
Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, terangkan selalu. Anak-anak akan faham.
Ads
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Atau mungkin pilihan yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak.
Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Ads
Antara Makanan Manis
Biskut.
Roti.
Aiskrim.
Jus buah.
Jem.
Bar coklat.
Cereal.
gula dalam conflakes.
Keropok.
Pes pasta.
Sos.
Kicap.
Sos tiram.
Pes masakan.
minuman kultur.
Ads
elak susu coklat atau strawberi tinggi gula.
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi. Minum air kosong kan lebih sihat.
Kalau ikutkan sibuk kerja, memang kebanyakan mak ayah tak ada masa nak melayan karenah anak-anak 24 jam. Sudahnya anak membesar tanpa sedar, tahu-tahu semua dah berjauhan dan masing-masing pandai berdikari.
Sudahnya, kenangan apa yang anda ada? Itulah yang diluah oleh saudara Amir Syahir di status facebook miliknya baru-baru ini, sebelum terlambat eloklah mak ayah betulkan mana yang silap.
Bonding Time Dengan Anak
Anak biasanya lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. Sebab selalunya ibu lebih punya banyak masa dengan anak berbanding ayah. Tapi, sesibuk manapun kau bekerja, jangan lupa cari masa untuk anak.
Memang kau kerja sebab nak cari duit untuk anak isteri kan. Tapi, tak guna juga kau punya banyak duit tapi kau jauh dengan anak. Anak bila tengok kau pun menangis. Kau nak ke macam tu?
Anak dekat dan rapat dengan kita sampai umur 12 tahun je biasanya. Dah masuk sekolah menengah, lepastu tinggal di asrama, biasanya diorang akan lebih rapat dengan kawan-kawan.
Masa tu kau tanya dia sepatah dia pun jawab sepatah lah. Dah kau ajar dan tak layan dia masa kecil dengan baik. Kau jangan marahkan dia jika dia bersikap kurang ajar masa tu. Kau yang selalu mematahkan semangat ingin tahu dia.
Jangan biarkan dorang membesar tanpa ada kenangan indah bersama kau.
Setiap Kali Hujung Minggu
Hari minggu bawalah keluarga kau jalan-jalan. Berkelah di tepi pantai atau lepak dekat air terjun ke. Luang masa berkualiti dengan keluarga. Dah hari bekerja kau sibuk je manjang. Hari minggu, utamakan keluarga.
Kalau anak suka menyanyi, luangkan masa dengan dorang kat rumah nyanyi sama-sama. Kalau anak suka jalan-jalan tepi pantai, bawak la dorang jalan-jalan tepi pantai. Boleh main bina istana pasir ke.
Takpun, kau ajak anak kau berkebun belakang rumah, ajak basuh kereta sama-sama. Memang suka la dorang main air tu. Ada juga kenangan kau dengan dorang nanti.
Masa makan, biar makan sama-sama. Masa tu kau nak tanya aktiviti dorang di sekolah. Bantu dorang buat kerja sekolah. Jangan asyik duk layan drama ngarut je.
Elak Bercinta Dengan Gajet
Tetapi ingat , masa kau luangkan masa dengan keluarga, jangan pegang telefon pintar kau tu. Simpan sekejap. Off semua gajet. Kalau kau keluar dengan dorang tapi mata masih kepada telefon pintar, tu bukannya bonding time namanya.
Telefon pintar telah ambil masa kau. Janganlah biarkan telefon pintar ambil masa kau dengan keluarga kau. Sampai bila tak habis kalau kau nak melayan kawan-kawan kat media sosial tu. Kalau sakit demam, anak isteri juga yang kau cari.
Hargailah isteri dan anak-anak kau selagi mereka masih setia di sisi. Jangan bila mereka pergi, baru kau menyesali. Pada saat dan ketika itu semuanya sudah tidak berguna lagi. Kah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila tengok tanaman menjadi, bukan main seronok mak-mak. Mahunya siang malam akan perhatikan pokok, bimbang ada ‘tetamu’ tanaman yang tak diundang yang boleh merosakkan tanamannya.
Kalau boleh semua daun dan pokok ditilik satu persatu. Sebab ada ‘tetamu’ ini akakn duduk di celah-celah daun. Tanpa kita sedar, habis rosak tanaman dengan daun habis dimakannya.
Namun, tidak semua ‘tetamu’ atau serangga yang datang ini baik untuk pokok yang kita tanam. Ada sesetengah saja yang b oleh memberi manfaat pada tanaman kita. Selebihnya mungkin kita kena usaha menghalau dan hapuskan.
Inilah yang dikongsikan oleh Cherie Sis Noriza tentang serangga yang tidak boleh kita hapuskan bila ia datang menyinggah pada pokok tanaman kita.
6 jenis haiwan ini jika terdapat di tanaman kita. Jangan hapuskan
1. MENTADAK MENTADU Ia datang pada tanaman kita bukan untuk rosakkan pokok, tidak sama sekali. Tapi, ia datang untuk mencari makanan iaitu pepijat belalang lalat. Pelbagai serangga kiranya ia membantu hapuskan haiwan perosak tanaman.
2. LEBAH Ia ini EJEN PENDEBUNGAAN yang baik. Apatah lagi jika ia ada pada tanaman tomato, cili timun, tembikai. Nanti cepatlah pokok yang kita tanam itu berbuah nanti. Selagi tidak merbahayakan, biarkan saja.
3. LADYBUG (LADYBIRD) Ia nampak saja lembut tapi ganas. Ia akan makan semua serangga yang terlalu kecil dan tak terlihat oleh mata kasar.
4. RAMA RAMA Ia memang hasilkan beluncas yang akan mengondolkan dedaun tanaman kita. Tapi, nanti ia akan tumbuh tunas-tunas baru yang lebih cantik. Ia juga AGEN PENDEBUNGAAN.
5. PEPATUNG (DRAGON FLY) Ini pun penghapus serangga perosak seperti lalat buah, nyamuk, kupu kupu. Sangt membantu.
6. CACING Ini memang terbaik dan ia akan menyuburkan lagi tanah tanaman kita, memulihkan struktur tanah dan tinja yang dihasilkan menambah nutrient untuk tanaman.
Mingguan Wanita : Ingat, tak semua serangga yang datang pada tanaman kita ini perosak, ada juga yang sangat membantu untuk suburkan tanaman kita.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Masih ramai mak ayah yang tak teragak-agak bawa bayi dan anak kecil ke hospital sebab nak melawat orang sakit tanpa mengambil kira kesan yang boleh berlaku pada tubuh badan si comel.
Ini seperti yang dinasihatkan oleh Doktor Muhammad Hassan di laman media sosial miliknya baru-baru ini, jemput hadam.
Elakkan Bawa Bayi Atau Anak Kecil Ke Hospital
Seeloknya jangan bawa bayi atau anak-anak kecil melawat pesakit di hospital. Ada jenis bakteria seperti LEGIONELLA PNEUMOPHILA yang sukar dirawat walaupun menggunakan antbiotik.
Ada yang bawa bayi sihat 9 bulan. 2 Hari selepas itu terpaksa datang klinik dan dikejarkan ke hospital kerana demam teruk dan radang paru-paru.
Saya paling kesian tengok jika bayi batuk-batuk tanpa henti. Mak ayah tak boleh tidur sebab waktu malam kebiasaannya radang makin teruk.
Kita perlu ingat, Hospital adalah tempat paling banyak bakteria, virus walaupun nampak bersih, sangat tidak sesuai tempat ini untuk bayi dan kanak-kanak yang sihat.
Jadi lepas ini kalau pun nak melawat orang tersayang, tinggal anak kepada orang yang boleh dipercayai. Tak perlu bawa sekali, fikir dulu kesan pada anak-anak kalau tetiba terkena penyakit yang tak diundang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!