Dalam keluarga mesti ada salah seorang adik beradik yang menjadi ‘kegemaran’ atau kesayangan mak ayah. Tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Mungkin kerana pilih kasih dan bezakan anaklah menjadikan adik beradik ada perasaan cemburu antara satu sama lain.
Tidak dinafikan pilih kasih dan bezakan anak mesti ada, walaupun luaran nampak sama saja tapi mak ayah mesti ada yang ‘favourite’. Mungkin anak sulung atau anak bongsu. Hanya mereka yang tahu.
Kita sebagai mak ayah sebolehnya ingin berlaku adil pada anak-anak dan tik mahu timbul isu pilih kasih an bezakan anak, tapi mungkin dalam tidak sedar pasti berlaku juga. Inilah yang mungkin membuatkan anak-anak timbul perasaan cemburu dan mulalah ada pergaduhan kecil tidak kita sedari.
Mungkin ada anak yang mempunyai karakter tentu menyebabkan kita mula lebihkan anak. Mana anak yang tak berapa dengar kata, anak yang rajin, pandai dan sebagainya mula dibeza-bezakan.
Jangan begitu, anak-anak ini adalah darah daging kita sendiri, perangai dan karakter mereka sediki sebanyak adalah daripada acuan kita. Tak perlu pilih kasih atau bezakan. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Anayasmin tentang perkara ini.
Sebagai mak ayah kita kadangkala tak perasan yang kita suka lebihkan anak. Tak dinafikan, ada anak yang mempunyai persamaan karakter dengan kita,
Kita sayang..
Anak yang lain sikit karakternya, atau yang ada karakter kita tak suka sering jadi punching bag untuk kita lepaskan kemarahan, kekecewaan dan kepenatan kita..
Ada juga yang bezakan sebab,
Anak Kebanggaan Sebab dia pandai atau jaguh sukan misalnya, atau dia lebih handsome atau comel dari yang lain misalnya atau ada anak sering buat salah
Kita sebenarnya kena bimbing mereka, sebab anak kecil ini mana tau apa..
Anak Yang Rajin Bila ada yang rajin, yang lain nampak macam tak berguna Rasa bersalah. Maksudnya mak ayah salahkan dirinya sebab kekurangan anak dan sekarang dia nak tebus semula hingga abaikan yang lain. Atau ada macam-macamlah kan sebab lain..
Be a conscious mak ayah,
hati-hati jangan sampai ada suasana ‘pilih kasih’ dalam keluarga.
Ads
Sebab apa tau, bila ada pilih kasih iaitu anak yang jadi pilihan mungkin rasa rimas atau rasa dia istimewa dan berkuasa buat apa saja.
Atau dia sendiri rasa serba salah dengan adik beradik lain..
Anak yang bukan pilihan pula akan rasa tidak disayangi, tiada keyakinan diri, makan hati..
Akhirnya membawa kepada cemburu antara adik beradik
Merajuk lalu tak mahu rapat dengan mak ayahnya,
Ads
Ada kajian percaya, perbezaan personaliti individu 75% adalah disebabkan bagaimana keluarga melayan mereka.
#drana
#parenting
MW: Setiap anak ada karakter masing-masing. Tanggungjawab kita adalah mendidik mereka dan tak perlu nak lebihkan salah seorang anak atau pilih kasih pun. Hati-hati.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bagi wanita,membuat keputusan untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa dan mengabdikan diri hanya pada keluarga bukanlah satu keputusan yang mudah. Lebih-lebih lagi, jika mempunyai kelulusan tinggi,dah biasa berdikari ada duit sendiri,memiliki kerjaya yang stabil dan masih terikat dengan pelbagai tuntutan komitmen.Besar pengorbanan yang perlu dilakukan untuk merealisasikan hasrat ini.
Hakikatnya, ramai suami sebenarnya yang inginkan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa agar dapat lebih banyak meluangkan masa untuk keluarga dan menguruskan hal-hal berkaitan rumah & anak berbanding jika bekerja.Lebih-lebih lagi bagi suami yang berkemampuan untuk menanggung segala keperluan. Namun sekali lagi, bagi wanita yang dah terbiasa berdikari ia bukanlah keputusan yang mudah.
Perkongsian menarik oleh Encik Saiful Umairah ini wajar dijadikan garis panduan buat para suami-suami yang tidak mahu isteri bekerja & menjadi suri rumah dengan memenuhi tiga keperluan ini.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Rezeki Untuk Isteri.
Isteri saya seorang suri rumah. Walaupun isteri saya mempunyai Diploma dan Degree. Saya lebih mahukan isteri menguruskan hal-hal berkaitan rumah dan anak. Atas sebab itu ramai yang melihatnya sebagai satu kerugian kerana mempunyai kelulusan tinggi tetapi tidak berkerja. Saya mempunyai pendapat yang berbeza tentang hal ini namun tidak mahu mengulasnya di sini. Apa yang saya mahu kongsikan adalah bagaimana saya menebus kehendak saya (tidak mahu isteri bekerja) kepada apa yang isteri suka dan perlu.
1.Support Hobby
Isteri saya sangat minat dengan kerja-kerja craft. Jadi apa-apa yang berkaitan dengan hobby ini saya akan cuba support selagi masih dalam kemampuan. So satu bilik dekat rumah, kami telah convert sebagai tempat membuat kerja-kerja craft. Dalam tu la ada mesin jahit, died-cut machine dan macam2 lagi. Kadang-kadang tu ada jugak join2 class craft ni, so dekat situ boleh develop new skills dan jumpa kenalan-kenalan baru. Sebab minat punya pasal dia pun ambil juga order secara kecil-kecilan. Boleh la dapat duit-duit tepi.
2.Setup Business
Selain hobby nya, saya push dan support isteri untuk buat business online. Saya setup satu business untuk isteri uruskan. Saya sendiri mencari barang-barang niaga dengan modal yang rendah. Saya sendiri juga explore tentang selok belok perniagaan online. Yang lain isteri uruskan, dari sales sampai ke packing barang. Saya tinggal pos je. Alhamdulillah, walaupun buat dalam scale yang kecil kerana terhad dengan commitment lain, hasilnya semakin bagus dari masa ke semasa. Kalau buat lebih sikit gaji lepasan Degree pun boleh dapat. Bolehlah bantu serba sedikit perbelanjaan bulanan.
3.Reward
Reward ni tak semestinya benda2 mahal, selalunya tentang spend masa, biasa lepas saya balik dari site, meeting or habis kerja, saya akan tanya isteri nak pergi mana. Selalunya nak pergi cari barang2 rumah macam barang2 basah, pergi taman ke or pergi makan (Kalau bawak pergi pasar malam, dia punya senyum sampai ke dahi terus). Balik saja sampai rumah takde rest2, terus kluar. Kalau rest jawapnya memang malas. Reward ni penting sebab duduk seharian di rumah memang boleh tepu. Jadi kene bawak keluar.
Ini antara perkara-perkara yang saya buat untuk suri rumah saya. Saya kongsi kan perkara ini adalah kerana ramai rakan-rakan saya berkongsi cerita mahukan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa. Tidak kurang juga mahu isteri berniaga secara online.
Nasihat saya, jika kita benar-benar mahu isteri menjadi suri rumah. Jangan hanya bercakap, tapi tunjukkan effort dan keep supporting your wife. Percayalah. Kunci rezeki itu ada di dalam rumah. Iaitu isteri dan anak-anak.
Sehari sebelum Ramadan, Nurul Mastura Othman (25) sedang memasak air di dalam kuali di atas dapur. Hajat di hati nak makan mi segera. Sambil memasak, Mastura mencuci pinggan mangkuk dan membelakangkan dapur. Tanpa dia sedari, tiba-tiba anak sulungnya Ahmad Qhalish Amsyar Ahmad Nabil datang dan menarik pemegang periuk yang digunakan. Habis semua air yang sedang panas menggelegak di dalam kuali jatuh menyimbah ke bahagian muka Amysar dan sebahagian badannya.
“Sebenarnya petang tu, sambil cuci pinggan saya nak masak mi segera. Air dalam kuali yang ada pemegang tu dah menggelegak. Saya masukkan sayur-sayur dahulu. Sedang leka basuh pinggan, saya tak sedar bila masa anak datang. Amsyar baru belajar berjalan dan dia datang ke belakang saya sambil tangannya menarik pemegang kuali itu. Automatik air yang dalam kuali jatuh dan menimpa muka dan juga sebahagian anggota badannya yang lain.
“Saya dan suami bergegas membawa Amsyar ke Hospital Rembau. Memandangkan tiada doktor pakar disitu, kami kemudian dikejarkan ke Hospital Seremban dengan menaiki ambulan. Doktor memaklumkan Amsyar mengalami melecur sekitar 22 peratus. Amsyar kemudian ditempatkan di PICU untuk rawatan lanjut selama lima hari kerana perlu menggunakan oksigen,”jelas Mastura yang menetap di Pedas, Negeri Sembilan.
Mohon doakan si comel Amsyar kembali sembuh seperti sediakala. Jangan lupa hulurkan sumbangan buat keperluan Amsyar.
Amsyar trauma
Menurut Mastura lagi, ibu mana yang boleh tenang apabila anak kecil berusia setahun dua bulan meraung-raung kesakitan. Sedangkan kita yang dewasa pun kalau terpercik minyak pun dah merintih sakit, ini kan pula anak sekecil Amsyar.
“Sedihnya saya tengok keadaan Amsyar… selang sehari luka melecurnya akan dibersihkan. Terketar-ketar saya tengok dia tahan sakit sambil menangis. Amsyar sampai trauma apabila melihat doktor dan jururawat yang datang merawatnya,”jelasnya ketika dihubungi semalam.
Tambah Mastura lagi, Amsyar masih meneruskan rawatan di Hospital Seremban. Suami Mastura, Ahmad Nabil Nordin bekerja di sebuah kilang terletak di Chembong, Rembau. Waktu PKP ini suaminya tidak bekerja, Mastura pula suri rumah sepenuh masa.
Buat pembaca MW yang prihatin, pihak kami amat berbesar hati jika anda dapat memberikan sumbangan bagi meringankan kesulitan yang sedang dilalui Mastura sekeluarga. Disini MW sertakan nombor akaun CIMB 7628898554 NURUL MASTURA OTHMAN . Sumbangan ikhlas anda diharap dapat memberi sedikit kelegaan buat mereka sekeluarga. Semoga lekas sembuh Amsyar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak lembutkan hati anak ada caranya. Tapi, kalau jenis mak yang tak sabar, mahunya boleh dapat ‘sakit’, maklumlah lagi di larang lagilah dibuatnya.
Sebenarnya, nak lembutkan hati anak tak susah, mak ayahlah kena jadi contoh yang baik. Kalau mak ayah sendiri yang buat ‘perangai’, itulah yang akan dibuat oleh anak-anak.
Inilah yang diterangkan oleh Ustaz Muhaizad Muhamed Al Yamani yang boleh dijadikan panduan bersama.
Nak ajar anak sabar tapi mak ayah tak buat. Perangai bukan melalui perkataan tapi diwarisi. Anak-anak lebih suka ikut perbuatan mak ayah.
Ada 4 petua yang dikongsikan oleh beliau.
1. Banyakkan tunjuk perbuatan baik, sabar dalam mendidik.
2. Letakkan tangan kanan di kepala anak dan baca ayat. Hembus ketika anak sedang sedut nafas. Niatkan supaya anak jadi lemah lembut, dengar kata.
3. Ibu ambil air wuduk untuk solat zohor dengan ambil air basuhan muka dan tangan kanan. Ambil air kedua dan ketiga. Jangan tukar waktu solat lain. Bagi minum.
4. Sebut perkataan baik-baik ketika anak tidur. Elakkan perkataan ‘Jangan’. Sebut, ‘jadi anak yang baik dan taat’.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak ayah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...