Setiap anak perangainya tak sama. Masing-masing ada peel tersendiri. Ada pendiam tak banyak cakap, mengada-ngada dan tak kurang juga yang degil dan tak dengar kata. Boleh naik darah mak-amk dengan setiap anak-anak.
Sebab itu, bila anak kecil, mak-mak nak sangat anak cepat membesar. Kadang-kadang, perangai anak inilah buat mak ayah hilang sabar.
Sedar tak sedar, bila anak membesar, baru terasa cepat betul masa berlalu. Mulalah pening kepala. Cara didikan untuk anak yang besar, lain pula ceritanya. Jadi, masa anak masih kecil, biarlah dia bermain dan bersuka ria, cuma hadkan agar tidak berlebihan.
Malah, masa anak kecil, mak ayah jangan cepat menilai dan merasakan anak yang lemah atau tak dengar kata ini tidak boleh membesar dengan berjaya. Kita tak tahu perancangan Allah lebih baik.
Tak perlu pilih kasih antara anak. Berilah mereka kasih sayang sama rata. Jangan juga terlalu mengharapkan anak bersikpa kedewasaan sedangkan dia masih lagi anak kecil yang perlu dimanja dan di didik sebaiknya.
Biarkan anak-anak melalui fasa kanak-kanak dengan jayanya. Jangan bandingkan anak yang baik dengan degil, banyak cakap dan kuat sepahkan barang sebagai anak yang membebankan bila dewasa kelak.
Kita tak tahu, anak inilah yang banyak berjaya pada mak ayah nanti, seperti yang dikatakan oleh Wawa Shauqi. Segalanya ‘boleh jadi’ yang lebih baik lagi.
Anak Yang Degil Dan Tak Dengar Kata Ini Paling Berjasa
Boleh jadi, anak yang kita kata DEGIL tu, rupanya mereka ada kualiti untuk jadi bakal dewasa yang bermotivasi tinggi dan gigih.
Boleh jadi, anak yang BUAT TAK DENGAR BILA KITA PANGGIL tu adalah seorang yang sangat fokus menyudahkan kerja yang dia target.
Boleh jadi, anak kita yang TAK MAKAN SAMAN tu adalah bakal dewasa yang kuat tekad dan kuat daya tahannya.
Boleh jadi, anak yang kita sangka TAK BERADAB tu rupanya seorang yang berani untuk mencuba.
Boleh jadi, nak yang buat kita rimas sebab SUKA BERTANYA tu rupanya seorang pemikir.
Boleh jadi anak yang KUAT MERAJUK ini TINGGI EMPATINYA dan bakal memakmurkan hidup manusia lain.
Boleh jadi anak yang KUAT MENYEPAH TU sangat kreatif dan bakal menyumbang kepada kecanggihan masa depan.
Ads
Potensi Tinggi Bila Dewasa
Boleh jadi sifat buruk yang kita anggap pada ank tu rupanya kualiti paling mahal, dan paling diperlukan untuk dia jadi bakal dewasa yang berpotensi tinggi untuk berjaya.
Cuma kita yang tak memahami fasa seorang kanak-kanak. Sehingga tergopoh nak melihat mereka bersikap macam orang dewasa.
Apa kata, kita berhenti bersikap tak logik dan berharap mereka bertindak seperti dewasa.
Dan mula memahami keperluan mereka untuk membesar jadi dewasa yang hebat.
“Ibu ingin selamatkan anak-anak.” Namun akhirnya kesemua ditemui meninggal dunia dalam keadaan berpelukan kerana terhidu asap kebakaran.
Kasihnya seorang ibu hingga ke syurga, begitulah pengorbanan seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawa demi anak-anak tercinta.
Amat memilukan apabila kebakaran tersebut bukan saja meragut nyawa anak-anaknya malah turut mengorbankan nyawa sang ibu yang berusaha menyelamatkan anaknya.
Akhirnya Kesemua DiTemui Meninggal Berpelukan
Mayat seorang ibu dan tiga anaknya yang terkorban dalam satu kebakaran di Kampung Kubang Jaya, daerah Siak Hulu dalam wilayah Riau ditemui dalam keadaan berpelukan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada Ahad lepas di kediaman milik Syafar, 53, yang mengorbankan isteri serta tiga anaknya.
Mereka yang terkorban ialah Suriyati, 44; Syafitri, 22; Selvina Putri, 17 dan Hazim Zhafran Syaputra, tiga tahun.
Terhidu Asap Kebakaran
Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana terhidu asap kebakaran yang tebal.
Mayat kesemua mangsa ditemui di dalam tandas dalam keadaan sedang berpelukan.
Ibu Ingin Selamatkan Anak-Anak
Menurut seorang saksi, ketika kejadian, dia meminta Suriyati untuk segera keluar dari rumah itu.
Mangsa bagaimanapun masuk ke dalam satu ruang di dalam kediaman itu untuk menyelamatkan ketiga-tiga orang anaknya. Namun, api marak begitu pantas dan menyebabkan keempat-empat mereka terperangkap.
Syafar juga sempat masuk ke dalam api yang sedang marak untuk cuba menyelamatkan isteri serta tiga anaknya, namun dia dihalang oleh penduduk kampung dan hanya mampu meraung melihat kesemua mereka terkorban dalam kejadian itu.
Syafar kemudiannya dibawa ke sebuah hospital di Pekanbaru. – AGENSI
Mingguan Wanita : Semoga suami ini tabah berdepan dengan kehilangan isterinya dan anak-anak sekaligus. Tentu berat untuk kakinya melangkah untuk meneruskan hidup.
Setiap mak ayah pastinya mengharapkan yang terbaik buat anak-anak. Dapat anak yang soleh/solehah, mendengar kata, bijak dan segala ilmu yang dipelajari di sekolah pula mudah di fahami. Rupanya ada ayat-ayat ringkas tertentu yang mak ayah boleh amalkan, terutamanya ketika anak-anak hendak ke sekolah atau sebelum masuk tidur.
Ni sharing dari Ustazah Asma’ Harun. Ustazah kata, dia buat hari hari kat setiap anak anak beliau.Buat dulu dengan konsisten. Nanti kita akan nampak hasilnya.
Amalan ringkas ni kita boleh buat sebelum anak-anak kita pergi sekolah dan sebelum tidur. Ye lah. Kita ni sebagai seorang ibu, mesti nak cuba yang terbaik untuk anak anak.
Caranya pulak memang senang jek kita nak buat. Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat ayat ni;
1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)
(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
2. Baca Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia mencipta kan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara
(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu).
3. Akhir sekali kita pesan pada anak kita, احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ “Jagalah Allah, Allah akan menjagamu”
Bila baca makna ayat ayat ni, memang deep sungguh sungguh kan.Sebenarnya, secara tak langsung, kita turut berpesan pada diri sendiri. Apa apa, serahkan urusan kita pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk ibu-ibu diluar sana ya.
Boleh jugak tag ibu-ibu lain agar kita dapat amalkan sama sama, InsyaAllah.
Habibah Badar Bajrai
Ibu 4 puteri
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat mak ayah. Jadikan amalan ringkas ini sebagai panduan setiap kali anak hendak ke sekolah mahupun sebelum masuk tidur. Semoga anak-anak mendengar kata dan segala ilmu yang dipelajari mudah difahami.
Zakat merupakan kewajipan Rukun Islam ketiga. Zakat secara ringkasnya adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Tujuan disyariatkan berzakat adalah mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. Secara tidak langsung dapat membersihkan dan menyuburkan harta pengeluar zakat.
Ramai mak ayah sedar bahawa kewajipan menunaikan zakat. Namun seringkali terlupa, terlepas pandang mahupun mengambil ringan bahawa harta dan duit simpanan anak-anak juga dituntut kewajipan itu jika memenuhi syarat wajib zakat.
Perlu tahu, sebenarnya anak-anak juga perlu menunaikan zakat sekiranya jumlah simpanan harta yang dimiliki telah melebihi jumlah nisab.Simpanan melebihi nilai nisab perlu membayar zakat mengikut kadar sebanyak 2.5 peratus sahaja.
Kewajipan Bergantung Harta Dimiliki
Ini kerana syarat wajib zakat tidak menetapkan syarat baligh atau berkaitan umur. Syarat wajib zakat mestilah Islam, merdeka, memiliki harta dan cukup haul, iaitu tempoh setahun serta sampai kepada nisab atau paras minimum yang menentukan kewajipan zakat itu dikeluarkan.
Berdasarkan syarat-syarat wajib ini, cukup jelas bahawa kewajipan menunaikan zakat bergantung kepada nilai mencukupi HARTA yang dimiliki dan bukannya kepada peringkat usia atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).
Ini bermaksud tidak kira sesiapa termasuk bayi, kanak-kanak, anak yatim piatu, Orang Kelainan Upaya (OKU) bukan mukallaf, hatta mak ayah dan ahli keluarga yang sudah uzur, nyanyuk, gila dan tidak lagi mampu menguruskan harta mereka sendiri sekalipun ia tetap tertakluk kepada tuntutan mengeluarkan zakat.
Maka ia menjadi tanggungjawab penjaga, wali mahupun ketua setiap keluarga membantu menunaikan kewajipan ini di bawah tanggungan mereka.
Kempen Zakat@Family
Atas kesedaran tersebut, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melaksanakan inisiatif dakwah kempen Zakat@Family yang melibatkan ketua keluarga, penjaga atau wali di bawah tanggungan mereka.
Kempen ini dilaksanakan bagi memupuk kesedaran kepada pihak terlibat memastikan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu di bawah tanggungan dan jagaan mereka dilaksanakan dengan sebaiknya.
Di samping itu, langkah tersebut juga bagi memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan berzakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta dimiliki dan bukannya kepada status usia atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).
Contohnya, walaupun masih usia kanak-kanak, namun telah mempunyai wang simpanan melebihi nisab, mereka telah layak menunaikan zakat.Namun mungkin penjaga tidak tahu berkaitan hal ini, maka kewajipan berzakat kanak-kanak tersebut masih tidak selesai.
Oleh itu, penjaga perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaan mereka setelah mengetahui kelayakan dan jumlah pembayaran bagi setiap pihak terlibat.
Melalui pelaksanaan kempen itu, LZS berharap dapat mendidik umat Islam di negeri ini untuk menunaikan ibadah zakat, sekali gus memastikan kewajipan mereka yang di bawah tanggungan mereka selesai.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...