Kredit foto: Berita Harian

Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu apabila kehilangan dua anaknya serentak. Di saat orang lain meratapi nasib dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ibu ini diuji apabila kehilangan dua anak sekaligus.

Sebelum itu viral di group Whatapps dan Facebook akan berita kehilangan mereka berdua setelah usaha mencari mereka gagal. Rupa-rupanya dua anak ini lemas di dalam sungai apabila motosikal mereka terbabas ke dalam sungai. MW merakamkan takziah kepada keluarga mangsa.

Terbabas Ke Dalam Sungai

Di Jitra, dua beradik yang ditemui lemas di Sungai Tunjang hari ini, dipercayai terbabas ketika menunggang motosikal di kawasan berkenaan petang semalam.

Difahamkan mangsa, Awwal Firas Tasnim Anwar, 7, dan abangnya, Aiman Darwisy Danish, 12, keluar dari rumah mereka di Kampung Padang Minyak pada jam 3 petang semalam, untuk ke kedai makan milik ibu mereka di pekan Tunjang.

Bagaimanapun dua beradik itu tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam, dan usaha bapa mereka, Anwar Abu Hassan, 45, mencari mereka di kawasan sekitar gagal.

Ads

Berikutan itu, Anwar membuat laporan di Balai Polis Jitra berhubung kehilangan dua beradik itu pada jam 12 tengah hari tadi.

Mayat Ditemui Orang Awam

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata sebaik laporan dibuat, pihaknya dimaklumkan mayat Awwal ditemui terapung di Sungai Tunjang kira-kira jam 12 tengah hari.

Ads

Katanya, mayat mangsa ditemui orang awam selepas operasi mencari kedua-dua beradik itu dilakukan dengan bantuan orang kampung.

“Usaha mencari dilakukan penduduk kampung kemudian menemui mayat Aiman terhimpit di bawah motosikal Honda Wave Dash yang dikesan berada di dalam sungai.

Ads

“Tiada kesan kecederaan lain dilaporkan ditemui pada mayat kedua-dua mereka,” katanya.

Mohd Ismail berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

Sumber: Berita Harian

MW: Semoga keluarga ini tabah menghadapi ujian dari Allah SWT. Sesungguhnya kehilangan orang tersayang bukannya mudah. Diharap mak, ayah mengawasi pergerakan anak sepanjang tempoh PKP ini. Bukan apa jika berlaku apa-apa agak sukar orang awam menghidunya kerana masing-masing berkurung di rumah. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI