Allahu, mengucap panjang dengan kejadian pembuangan mayat bayi yang baru berlaku ini. Menurut laporan, bayi tersebut diperlakukan dengan menyayat hati, ditutup mulut, dibalut dengan selimut dan dimasukkan ke dalam beg sekolah serta mayat bayi tersebut di buang ditempat pembuangan sampah.
Seorang remaja perempuan dan teman lelakinya yang masing-masing berusia 17 tahun ditahan susulan penemuan mayat bayi dalam lori sampah sebuah kuarters penjawat awam di Presint 18, Putrajaya dekat sini, semalam.Turut ditahan, bapa kepada remaja perempuan itu yang berusia 43 tahun.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata ketiga-tiga suspek direman antara dua hingga empat hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Katanya, remaja perempuan itu direman empat hari sehingga Isnin depan, manakala bapa dan teman lelakinya direman dua hari sehingga esok.
“Siasatan mendapati bayi perempuan tersebut dilahirkan pada Rabu lalu kira-kira jam 11.30 pagi oleh suspek.
Ads
Menurutnya suspek remaja perempuan tersebut bertindak menutup mulut bayi itu dengan tuala dan membalut badannya dengan selimut sebelum dimasukkan ke dalam beg sekolah.
“Suspek kemudian memasukkan beg sekolah tersebut ke dalam plastik sampah yang diikat dan diletakkan di luar rumah bersama sampah yang lain.Plastik sampah yang mengandungi bayi tersebut telah dibuang oleh bapa suspek ke rumah sampah dikawasan perumahan mereka,” katanya.
Ads
Mayat Bayi Dibedah Siasat
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Putrajaya bagi tujuan bedah siasat yang akan dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang bayi.Suspek berdepan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Roslina Atan di talian 019-2685008 atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 584 atau 585 atau pun menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
Ads
“Kita juga menasihatkan ibu bapa dan masyarakat supaya sentiasa memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak remaja mereka supaya tidak terbabit dengan gejala negatif dan anasir yang tidak baik,” kata Mazlan lagi.
Semalam, seorang pekerja Alam Flora menemui mayat bayi berkenaan ketika memasukkan sampah ke dalam lori sampah dari tempat rumah sampah di Blok D kuarters penjawat awam terbabit.Polis yang menerima laporan kejadian itu pada jam 9.27 pagi menghantar sepasukan anggota polis bagi menjalankan siasatan.
MW: Pesanan buat mak ayah, jangan terlampau memanjakan anak-anak dan pantaulah pergaulan mereka. Ambil peduli jika terdapat sebarang perubahan fizikal pada anak.Remaja mungkin tak panjang akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk pada masa hadapan, tapi peranan kita sebagai mak ayah seharusnya bertindak lebih matang dan rasional. Doakan yang baik-baik buat keluarga ini.
Penggunaan WhatsApp boleh dikatakan sebagai aplikasi WAJIB yang mesti ada bagi sesiapa yang memiliki telefon pintar. WhatsApp merupakan cara paling mudah dan jimat untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan cara menghantar mesej, video, gambar, audio dan sebagainya. Malah, WhatsApp juga ‘meriah’ dengan pelbagai jenis grup bagi memudahkan lagi urusan untuk berhubung.
Sebenarnya, fungsi WhatsApp bukan sekadar ini sahaja. Ada 6 fungsi cara nak guna aplikasi WhatsApp yang masih ramai tak tahu. Jom belajar trik ini.
#1. Invisible
Jika tak suka orang nampak ketika online, atau nak sembunyikan status ‘last seen’ guna cara ini:
Dengan cara ini, anda tetap boleh ‘online’, tetapi orang tak nampak kehadiran anda online.
#2. Highlight Mesej
Nak bagi orang nampak dan lebih jelas dengan apa yang kita nak sampaikan, bukan hanya dengan emoticon sahaja. Tapi boleh juga buat cara ini;
Kalau italics, letak underscore _ sebelum dan selepas perkataan _text_ .
Kalau nak bold. Letak * sebelum dan selepas perkataan *text*
Kalau nak strikethrough type, letak twiddles sebelum dan selepas perkataan ~message~.
#3. Nak Spam Mesej atau Broadcast Mesej
Tak semestinya kena buat WhatsApp group kalau nak sampaikan mesej. Sebenarnya boleh je hantar sekali banyak mesej kat personal WhatsApp diorang.Contohnya seperti ini;
#4. Macam mana nak tahu kalau dah kena blocked ?
1.Orang tu tak ada profile picture.
2.Tak boleh nampak bila dia online atau last seen.
3.Semua mesej yang dihantar akan ada satu tick je.
4.Bila buat whatsapp group tapi tak boleh invite orang tu.
Hah cuba check contact chat, pernah tak kena blocked?
#5. Mana nak cari balik mesej yang penting ?
Selalunya dekat WhatsApp group ada beratus mesej yang dihantar dan kadangkala ada benda penting yang perlu diambil perhatian.Kalau nak scroll satu persatu mesej-mesej tersebut memang makan masa dan biasanya susah nak jumpa semula.Cara mudah nak atasi masalah ini,starred kan je mesej tu. Tekan kat text tu lama, sampai dia keluar pop out. Then click simbol star. Mudah kan!
#6.Elak ‘Storage Capacity’ Cepat Penuh
Hah, ni trik yang paling bagus bagi sesiapa yang ada memori smartphone yang sikit.Sebab kebiasaannya jika tak buat setting ini, WhatsApp akan muat turun semua media yang dihantar secara automatik. Tak kira lah ia diperlukan atau tidak. Ia akan membuatkan memori phone cepat penuh. Dengan ikut trik ini, anda sebenarnya boleh memilih jenis media yang anda mahukan sahaja.
Anda boleh turn off media autosave dengan cara ini;
Android: Settings > Data Usage iOS: > Settings > Data and Storage Usage > Media
Bukan selalu dapat pengalaman jadi bidan kambing ini. Wanita ini, Gee Almaberkongsi keletihannya selepas seharian sambut kambing bersalin. Lebih cemas bila mana bayi kambing itu terlekat dan bergelut juga mahu keluarkannya.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah yang menyempurnakan kelahiran kambing ini. Nurse dan doktor yang sambut bayi bersalin tu mesti lagi rasa best dan syukur sangat bila bayi selamat di keluarkan.” Kongsinya lagi.
Ketika Mingguan Wanita menghubunginya, ini yang beliau maklumkan. “Hari ini dalam sejarah dan tak pernah terfikir akan jadi bidan. Bila dah tak pernah terfikir…bermakna saya memang tidak pernah ada pengalaman dan pengetahuan langsung.”
Tambah Gee lagi, hari itu dia terpaksa jadi bidan terjun. Selamatkan mak bukan pada manusia tapi pada kambing.
“Famili saya ada memelihara beberapa ekor kambing. Yang mana tahi kambing kami gunakan untuk jadikan baja organik tanaman herba yang kami usahakan.”
“Ada kambing yang bunting dan telah melahirkan anak secara natural sebelum ini. Pada hari kejadian itu, saya datang tengok-tengok kambing. Mas aitu pekerja dah maklumkan yang salah seekor ibu kambing macam nak bersalin.”
Tiba-tiba Mak Kambing Tak Lepas Keluarkan Seekor Lagi Anaknya Yang Lekat
Dijangkakan mungkin dalam tempoh 3 ke 5 jam lagi. Entah macam mana, ketika Gee nak melangkah pulang itu, pekerja berlari-lari memanggilnya.
“Dia beritahu ibu kambing itu tengah sakit nak bersalin. Saya cepat-cepat datang dan tunggu ibu kambing tu bersalin dekat sisi kamdang.”
“Satu anak kambing berjaya dilahirkan, ibu seperti sakit, letih dan tak mahu meneran lagi. Bila dah lama sangat itu.. pekerja mula kecoh bimbang bayi kambung itu mati lemas dalam kandungan maknya.”
“Mula saya minta pekerja itu, pergi ke depan tolong ibu kambing itu. Tapi dia kata takut. Nak tak nak, saya pun masuk sendiri dalam kandang. Usap perut ibu kambing itu, urut dia, tolak bayi dalam kandungan tu sambil baca ayat-ayat suci Al Quran.”
“Pantasnya masa berlalu, ibu kambing itu tetap tak menunjukkan tanda-nak nak melahirkan. Saya mula rasa hampir putus asa. Dalam kalut panik itu, ibu kambing tiba-tiba meneran dan melahirkan anak keduanya. Alhamdulillah syukur, berjaya akhirnya.”
Walaupun pengalaman ini mendebarkan, ia tetap meninggalkan kesan yang manis buat Gee Alma sampai bila-bila.
Pandemik Covid-19 mencetuskan kebimbangan ramai, bahkan vaksin bagi penyakit ini masih belum berjaya dihasilkan sehingga hari ini. Oleh yang demikian, ramai yang mencuba pelbagai cara dan ‘supplemen’ tambahan yang dipercayai mampu memberi ‘khasiat’ untuk kesihatan mahupun mencegah penyakit ini daripada dijangkiti. Sehinggakan ada yang sanggup minum dari najis dan bahan buangan haiwan.
Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari
Bintang Bollywood, Akshay Kumar, mendedahkan beliau minum air kencing lembu setiap hari kerana seperti mana sebahagian besar penduduk India, percaya ia mempunyai khasiat perubatan termasuk bagi melawan COVID-19.
Pelakon berusia 53 tahun itu berkata demikian dalam promosi program televisyen Britain bersama pengembara lasak terkenal, Bear Grylls, di mana mereka meminum teh diperbuat daripada najis gajah di sebuah pusat perlindungan harimau.
“Saya amat teruja untuk bimbangkan perkara ini (minum teh najis gajah), malah saya minum air kencing lembu setiap hari sebagai rawatan Ayurveda.
“Jadi, ini (minum teh najis gajah) tidak begitu teruk,” katanya dalam satu perbualan media secara langsung menerusi laman sosial semalam.
Penyokong Parti Barathiya Janata (BJP)
Kumar adalah penyokong tegar Parti Barathiya Janata (BJP) pimpinan Narendra Modi, yang memperuntukkan jutaan dolar bagi penyelidikan produk
menggunakan bahan buangan haiwan itu untuk merawat penyakit seperti diabetes dan barah.
Walaupun tiada bukti saintifik mengenai manfaat perubatannya, beberapa ahli politik BJP kerap mempromosi penggunaan najis dan air kencing lembu
bagi merawat COVID-19.
Perubatan Tradisi Ayurveda
Penduduk India berketurunan Hindu percaya bahawa lembu adalah haiwan suci dan air kencingnya mempunyai khasiat perubatan serta turut digunakan dalam
perubatan tradisi ayurveda.
Malah, kerajaan Modi turut menubuhkan Kementerian Ayurveda dan Yoga, dengan Modi sendiri pada Jun lalu mengesyorkan yoga boleh bantu mewujudkan
‘perisai perlindungan’ terhadap COVID-19.
Covid-19 setakat ini menjangkiti 4,568,770 orang termasuk mengorbankan 76,348 mangsa di India. – AFP
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.