Jangkitan virus Covid-19 yang tidak memilih dan mengenal sesiapa. Setiap individu berpotensi dijangkiti virus ini tanpa diketahui bila dan bagaimana.
Terbaru, ujian buat Pelakon Datin Eina Azman,26 dan suami, Datuk Gurmeet Abdullah,42 serta dua pembantu rumah mereka apabila disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos, semalam. Eina berkongsi dalam Instagramnya berkata, dia berasa terkejut dan keliru tidak tahu bagaimana mereka boleh dijangkiti virus tersebut.
“Macam nak gugur jantung bila dapat keputusan sebab saya selalu buat ujian saringan. Minggu lalu saya dan suami baru saja buat ujian saringan sebelum menjalani pembedahan dan keputusannya negatif.
“Saya tak tahu macam mana dalam seminggu saya boleh dijangkiti virus ini. Sedih bila terpaksa tengok anak-anak melalui ujian saringan. Saya memang tak sampai hati,” katanya.
Anak-Anak Keputusan Negatif
Menurut Eina, dia bagaimanapun bersyukur apabila anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef disahkan negatif wabak itu.
“Alhamdullilah nasib baik anak-anak negatif dengan kakak saya, Wenny Azman. Sekarang saya dah mula demam panas dan batuk. Cuma keadaan suami saya kurang baik sebab demam terlalu panas dan bacaan oksigennya turun naik. Jadi setiap dua hari kami kena pergi hospital untuk jumpa doktor bagi memantau keadaan dan menjalani X-ray,” katanya.
Ulangtahun Perkahwinan Ke-7
Dalam masa sama, Eina turut hilang kata-kata apabila sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh hari ini disambut dalam keadaan amat menyedihkan.
“Hari ini adalah ulang tahun perkahwinan kami tapi begini pula jadinya. Ya Allah memang hilang kata-kata. Apapun saya percaya ini semua ketentuan Allah dan kami terima dengan hati yang terbuka. Saya minta tolong semua doakan untuk kami sekeluarga bersama pembantu rumah,” katanya.
Ads
Pada 17 Ogos lalu, Eina menjalani pembedahan biopsi pada leher buat kali keempat. Pembedahan biopsi adalah prosedur pengambilan sampel tisu atau sel untuk menentukan sesuatu penyakit.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Negara dikejutkan pagi tadi dengan pemergiaan pelawak lagenda tanah air, Datuk Jamali Shadat yang telah kembali ke ramahtullah pada jam 8.45 pagi.
Jamali menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun, selepas beberapa bulan uzur dan tidak sihat. Berita tersebut dimaklumkan cucu Allahyarham, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31, kepada media.
Allahyarham Datuk Jamali Shadat Sudah Tiada
Jamali menetap bersama anak dan menantunya di Pulau Indah, Klang. Allahyarham meninggalkan lapan anak dan 39 cucu.
“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya Isyraq Ariff.
Terdahulu Allahyarham dikatanya mengalami kemurungan semenjak pemergian isterinya, Lela Yacob, lebih dua tahun lalu, selain kesihatan yang mula merosot.
Sinonim Dengan Watak Atan
Pada era kegemilangannya sekitar tahun 1980an, Allahyarham cukup dikenali sebagai seorang pelawak yang banyak menyampaikan mesej dalam persembahannya dan terkenal dengan kebolehan meniru pelbagai watak suara termasuk dalam bahasa Mandarin, Tamil dan lain-lain.
Malah Allahyarham juga sinonim dengan watak kanak-kanak bernama Atan bersama datuknya yang sering menjadi trademark dalam setiap persembahan komedinya, baik di pentas mahupun di kaca TV.
Seperti mana yang dilaporkan di Sinar Online, pemergian Datuk Jamali Shadat turut turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri di Facebooknya.
“Dukacita dimaklumkan bahawa Datuk Jamali Shadat telah meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang.
“Perginya seorang seniman. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.
“Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Jamali Shadat,” katanya.
Anak keenam beliau, Fauzi, 48, berkata, bapanya banyak mendiamkan diri, murung dan kerap tidur selepas kematian ibunya, Allahyarham Lela Yacob pada Jun 2018.
Menurutnya, tahap kesihatan dan ingatan Allahyarham yang menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis juga merosot sejak dua tahun lalu.
SalamTakziah Dari Pengiat Seni & Peminat
Sumber: Sinar Harian Sumber Foto: Instagram Isyraq Ariff
Ramadhan 2018 kali ini menjadi tahun pertama buat pasangan selebriti Datuk AC Mizal dan isteri, Datin Emylia Rosnaida mengerjakan umrah bersama pada bulan Ramadhan. Terharu sebenarnya membaca luahan hati Datuk AC Mizal buat isterinya.
Malah, isterinya juga mengalirkan air mata kesyukuran kerana dikurniakan Ilahi seorang suami yang tahu menghargainya. Tulis Datuk AC Mizal yang dikongsikan isteri dalam instagramnya,
“Sebagai seorang suami I cukup bangga dgn pengorbanan U! Seorang isteri yang cekal dan sentiasa menjaga I dan anak dengan baik. U r so perfect and i love u so much. Di umrah bulan Ramadhan ini I nak minta maaf atas segala kesilapan dan kelemahan I sebagai suami.
“U r my everything. I always try my very best in anything I do for u and I know I am not perfect. I give all my love n I will love u forever. U always amaze me dengan pengorbanan dan kasih sayang u. U r my perfect wife n perfect mother to my kids.
“Ya Allah kau makbulkan lah segala permintaan isteri ku dan rahmatinya dengan segala keistemewaan yang bisa kau berikan kerana dia isteri kesayangan ku dan dia adalah yang teristemewa buat ku.”
Sememangnya apabila catatan sebegini dizahirkan daripada seorang suami di Tanah Suci Makkah, dengan kedekatan jiwa kepada Allah. Tentulah ianya benar-benar tulus dan penuh pengharapan doanya.
I Akan Jaga U Sampai Ke Akhir Hayat
Dan Datin Emylia sendiri membalas catatan suaminya dengan doa yang baik untuk suaminya.
“Ya allah mengalir air mata ni bila baca apa yang U tulis. Syukur alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak kerana menghargai I dan menyayangi I, syukur pada mu Ya Allah kerana mendapat suami yang baik dan memberi kebahagiaan buat diriku dan anak-anak, tak terbalas segala pengorbanan U pada I. I akan jaga u smpi ke akhir hayat and our love till jannah , love u B – ur wife emylia”
3 Kali Umrah, Tersentuh Hati Dengan Kecekalan U
Sepanjang umrah di bulan Ramadhan ini pasangan selebriti ini juga berkongsi aktiviti mereka di sana. Menurut Datin Emylia, mereka berjaya mengharungi ujian Allah dengan baik dan diberi kesempatanNya mengerjakan 3 kali umrah sepanjang di bumi penuh barakah itu.
“Bila tengok gambar ni, tersentuh hati ini dengan kecekalan U, bangga dengan U B, alhamdulillah selesai 3 umrah kita, syukur alhamdulillah kerana Allah menemukan I dengan seorang lelaki yang sungguh caring & bertanggungjawab. Tq kerana menjadi suami yang baik untuk I & daddy yang baik untuk anak-anak kita. Moga jodoh kita kekal sampi ke jannah.”
Doa Yang Dituturkan Suami Isteri Ini Sepanjang Umrah Di Makkah
“Syukur Alhamdulillah ya Allah pada mu , Selesai Umrah ke-3 , Amin “Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaanNya, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah; Allah Yang Maha Esa. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Selawat sejahtera ke atas Rasulullah SAW.
“Ya Allah ya Tuhanku! Daku lakukan ibadat ini kerana beriman kepadaMu dan mengakui kitabMu, menyempurnakan janji denganMu dan menurut perjalanan (sunnah) nabiMu dan kekasihMu, Nabi Muhammad SAW.
“Ya Allah! Sesungguhnya daku meminta kepadaMu keampunan, kesihatan yang sempurna dan penolakan yang berkekalan daripada bala bencana sama ada pada agama, dunia dan akhirat serta mendapat kemenangan dengan beroleh syurga dan keselamatan dari api neraka.”
MW mendoakan semoga pasangan suami isteri ini akan kekal cinta sehingga ke jannah dan dirahmati Allah dalam setiap apa juga perkara yang mereka lakukan.
Jangan main-main dengan amukan wanita yang bergelar isteri. Gara-gara suami kantoi curang, mempunyai hubungan dengan wanita lain mengakibatkan sebuah pesawat terpaksa mendarat cemas.
Kejadian yang berlaku di New Delhi baru-baru ini, seorang wanita berang menyebabkan pesawat dinaikinya membuat pendaratan cemas selepas mendapat tahu ketika dalam penerbangan suaminya curang.
Akhbar Hindustan Times India melaporkan, wanita warga Iran itu dalam perjalanan dari Doha ke Bali menaiki pesawat Qatar Airways bersama suami dan seorang anaknya kelmarin.
Ketika suaminya tidur, dia menggunakan jari suaminya untuk membuka telefon yang mendedahkan kecurangan lelaki terbabit.
Gagal Kawal Diri
Penumpang tersebut gagal mengawal diri apabila mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Berang dengan penemuan itu, wanita terbabit dilaporkan mula memukul suaminya. Kru kabin campur tangan namun gagal menenangkan situasi.
Apabila episod dalam pesawat menjadi tidak terkawal, juruterbang memutuskan membuat pendaratan tidak dijadualkan di Chennai.
Wanita itu, suami dan anaknya kemudian diarah keluar pesawat yang meneruskan perjalanan mereka ke Indonesia.
“Keluarga itu menghabiskan masa di Lapangan Terbang Chennai dan dihantar ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Batik Air. Tiada tindakan polis diambil,” kata pegawai. Qatar Airways enggan mengulas apabila dihubungi. -AFP