Rupanya dengan melumur minyak dan pakai stokin sebelum memakai ‘boot’ ketika mahu membersihkan rumah akibat banjir dapat membantu mengelakkan kulat air dan kaki kecut. Bukan apa bahagian kaki merupakan antara bahagian yang paling sensitif mudah dijangkiti kulat air dan kecut apabila terendam dengan air, mahupun banjir berjam-jam lamanya.
Boleh ikut tip pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Hayana Darliz ini yang pernah bergelar Kapten dan menjalani latihan tentera di dalam hutan dahulu.
Ada sahabat kita bagitau, diorang yang dok bersihkan rumah banjir hari-hari, kaki terperam dalam air berlumpur berjam-jam sampai rosak kulit kaki dan naik kulat air.
Allah..
Gini..KD share sikit..
Tip Sebelum Mulakan Kerja Membersih
Sebelum mulakan kerja membersih, samada basah atau tidak, sila lumurkan kaki dengan minyak. Minyak kelapa boleh, minyak zaitun pun ok. Lepas tu pakai stokin, baru pakai boot.
Kalau tak buat kerja tolak air, kaki akan basah juga sebab berpeluh dalam boot tu. Keadaan lembap gitu banyak bakteria membiak.
Stokin pakai tau. Kalau tak pakai, boleh akibatkan melecet, kaki lebih cepat berpeluh.
Stokin dan minyak zaitun atau minyak kelapa ialah antara barang kalian boleh sumbangkan buat mangsa banjir.
Ads
Pengalaman ‘Training’ Dalam Hutan
Mana KD tau petua ni?
Masa training dalam hutan dulu kami pakai spike boot. Selalunya akan basah lah sebab harung sungai, berhujan berpanas. Lebih seminggu dok peram kaki macam tu. Tahun pertama training memang tak reti lagi. Rosak kaki. Lama nak sembuh.
Lepas dah pandai sikit, kami pun pakai minyak bawang putih. Lumur kat kaki sebelum sarung stokin. Minyak ni elak kulat air, elak kaki kecut selepas berminggu basah dalam boot.
Pakai minyak masak kelapa sawit aje.
Cara Buat Minyak Bawang Putih
Cara nak buat minyak bawang putih -grill atau bakar bawang putih, pastu lenyekkan, bubuh dalam botol yang berisi minyak masak. Memang kuat bau bawang putih tu. Tapi demi menjaga kesihatan kaki, layan kan aje.
Ads
Pastu masa training dalam hutan tu, bila ada masa, buka boot, keringkan kaki dan tabur bedak askar (tak tahu lah brand apa nak pakai kalau bedak lain), supaya kaki betul-betul kering. Kalau nak gerak semula baru sapu buang balik bedak tu, lumur minyak, pakai stokin baru dan sarung semula boot. Jalan..
Jaga tau kulit kaki korang. Kulit kaki siap boleh lekang gitu aje kalau kulit dah kecut sangat. Kulat air toksah cerita lah. Keluar hutan siapla merenyam gatal celah-celah jari kaki tu.
Gitulah. Ada la sikit pengalaman tu.
Moga bermanfaat. Selamat Mencuba!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian petua dan tip ini bermanfaat, terutamanya yang sedang dalam proses membersihkan rumah akibat banjir. Cara ini boleh mengelakkan kulat air dan kaki kecut kerana terendam lama dalam air.
Jagung rebus memang sedap, apatah lagi makan panas-panas. Ada cara untuk rebus jagung agar elok cantik tak kecut. Bukan apa, walaupun hanya rebus jagung, kalau salah caranya ia jadi keras, kecut dan tak sedap.
Ikut 6 Tip Rebus Jagung yang dikongsikan ini.
1. Waktu Letak Garam
Jangan tambah garam semasa merebus jagung. Ia akan keraskan isi jagung. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
2. Tambah Sedikit Gula
Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Simpan Jagung Dalam Peti Sejuk
Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Cara Merebus
Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
5. Sapu Mentega, Garam, Lada Sulah
Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
6. Petik Jagung Waktu Pagi
Kalau ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Mingguan Wanita:Jadi jika nak rebus jagung, isi cantik & kekal manis tak kecut ikut tip yang dikongsikan ini. Paling penting jangan letak garam semasa jagung sedang direbus.
Cantik berseri-seri sungguh apabila ‘make over’ peti ais lama yang berusia hampir 17 tahun ini. Cat pula dengan warna kuning retro, ‘matching’ sungguh dengan kabinet dapur.
Bukan apa, perkakasan elektrik seperti peti ais ni, walaupun nampak dah kusam atau lama, namun masih berfungsi dengan baik. Sayang sungguh nak tukar yang baru, apatah lagi harga peti ais boleh tahan juga mahalnya. Lebih-lebih lagi jika jenama antarabangsa.
Nak cedok idea cat sendiri peti ais lama, boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Abd Ghani Hasan Arief ini sebagai panduan;
Cadangnya nak cat peti ais ni warna kuning retro matching dengan kabinet dapur warna kuning.Ini hasilnya setelah beberapa hari berpeluh mengerjakan peti ais tu di laman belakang rumah.
Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Rumah telah pun meluluskan kerja-kerja mengecat peti ais ni. Harap-harap lulus dengan cepat la claim abang.
Sebenarnya idea nak mengecat ni timbul kerana memang abang nak Repair drain hole yang tersumbat yang menyebabkan air meleleh keluar dari peti ais. Peti ais ni pun dah sweet 17 umurnya. Tahun depan dah nak mengundi dah pun.
Pengajaran yang abang dapat dari projek ini ialah
1. Preparation itu penting dalam menghasilkan kerja cat yang berkualiti
2. Untuk warna-warna cerah, gunakan base coat putih atau kelabu dulu. Finishing dengan lacquer 2-3 coat.
3. Kalau ada buat kesilapan, tunggu cat kering dulu. Jangan cuba-cuba nak kikis atau lap cat yg masih basah.
3. Peti ais SMEG sama harga dengan Ysuku
4. Isteri gembira, keluarga bahagia.
2. Ini akibat cuba Repair cat ketika ia masih basah.
3. Anak abang spray Base coat. Masa ni ada terfikir gak nak buat atas warna kuning dan bawah warna putih. Tapi bos besar tak luluskan.
4. Base coat siap.
5. Black trimming.
6. Nampak macam original. Akak kau Happy.
7. Tak perfect tapi ok la untuk projek newbie. Cat pun dah habis. Kat Hardware pun dah habis kaler ni. 4 tin cat kuning, 1 tin cat putih dan 1 tin lacquer/clear.
Mesti bila berkebun, kita nak tanaman itu subur, serangga perosak menjauhkan diri. Apa kata cuba guna kulit bawang jadi baja.
Biasanya setelah kali kita menggunakan bawang, kulitnya akan kita buang. Apa kata kali ini, simpan kulit bawang itu dan jadikan sebagai baja untuk suburkan apa sahaja jenis pokok herba dan pokok bunga yang kita tanam.
Boleh cuba Tip Tanaman Subur Gebu Menghijau yang dikongsi oleh Norlizaini Ramly aka norlie_nature ini.
“Salam semua, Perkongsian kakak aka norlie_nature hari ini, pasal kulit bawang. Jangan pandang rendah pada kulit bawang, yang biasa orang anggap sebagai sampah je. Pasti ramai di sini yang terdiri dari suri rumah kan? Pasti hari-hari kupas kulit bawang untuk masakan sehari-hari kan, biasa kulit bawang tu ke tong sampah je kan. Jadi lepas ni, jangan membazir lagi tau. Banyak kebaikan kulit bawang yang kita tak sedar pun. Ibu ibu juga pasti ada yang suka berkebun, paling kurang cili dan serba sedikit sayuran di rumah. Jadi manfaatkan bahan dapur ini. Guna sepenuhnya.”
Banyak manfaat kulit bawang sebenarnya. Ini antaranya;
Kulit bawang mampu membantu menyuburkan tanaman anda
Kulit bawang juga mampu menggalakkan pertumbuhan pucuk baru
Kulit bawang juga mampu mempercepatkan proses mengeluarkan bunga dan buah
Kulit bawang mampu membunuh hama dan serangga perosak tanaman. Tanaman anda pasti akan subur, cantik tanpa serangan serangga perosak.
Cara-caranya, simpan kulit bawang yang kita kupas untuk masak sehari-hari, masukkan dalam plastik atau kotak. Bila dah banyak, cuci kulit bawang tersebut, seterusnya rendam kulit bawang semalaman. Esoknya dah boleh siram ke pokok pokok atau tanaman.
Kalau tak nak rendam dulu, boleh terus tabur je kat pangkal pangkal pokok, tapi dinasihatkan rendam supaya nanti tak terbang dek angin.
Boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, pokok sayuran, bunga, buah. Dalam pasu pokok tin pun kakak siram air kulit bawang.