Lot banglo murah, peguam jelaskan 10 sebab kenapa perlu elak lot lidi. Ramai teruja dengan nilai lot rumah yang murah tanpa menyedari mungkin terperangkap dengan lot lidi.
Bagi yang mungkin mencari tanah untuk membina rumah sendiri, hati-hati kerana besar kemungkin rumah banglo murah dibeli adalah lot lidi. Ikuti penjelasan dari Peguam Mahmud Jumaat dari Messrs Emir Mahmud & Co yang merupakan peguam bela bagi kes adik Bella yang didera mengenai lot banglo murah ini.
Ini 10 sebab kenapa perlu hati-hati dengan tawaran murah.
Semalam Dr Sakinah Sulong ada memohon pandangan saya tentang lot lidi. Sama ada ianya adalah sah di sisi undang-undang.
Secara ringkasnya penjualan rumah atas tanah pertanian ini adalah tidak sah dan bertentangan dengan Seksyen 125 Kanun Tanah Negara (KTN) yang boleh menyebabkan rumah anda dirampas.
Sebenarnya ada ramai penjual memohon isteri saya, Nurasikin Ab Ghani (Property Agent Berdaftar) untuk menjual rumah mereka yang dibina atas lot lidi. Respon saya kepada isteri saya jangan buat naya orang.
Kalau orang tidak arif tentang isu tanah sekali lihat memang nampak macam menarik dan ligid penjualan tanah lot lidi ni.
Siap ada pelan ukur tanah yang diukur oleh Juru Ukur Berlesen dan perjanjian serta surat ikatan amanah sebagainya.
Tapi cuba tengok dulu rumah ni kategori tanah apa? Pertanian ke, Bangunan ke atau Perindustrian? Kalau Pertanian atau tiada statusnya, saya cadangkan untuk anda lari kuat-kuat sebab bagi saya ini adalah scam.
Mengapa perlu elak beli lot lidi? Lot lidi dalam bahasa mudah adalah tanah pertanian yang dipecah kepada lot-lot kecil untuk dijual kepada pembeli tanpa menukar nama di dalam geran.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pemilik Tanah Ramai, Masih Boleh Pecah Bahagiannya Walaupun Tanpa Persetujuan Lain, Tak Perlu Gaduh!
Pertama, Tanah Pertanian tidak boleh dijual kepada lebih satu pembeli. 1 ekar sorang jer (Seksyen 205(3) KTN). Ini tidak, yang terjadi ada sesetengah kes 1 ekar tanah pertanian ni dijual kepada 10 orang.
Kedua, seperti saya kata tadi, penjual ni awal-awal dah langgar undang-undang bila buat rumah atas tanah pertanian (Seksyen 125 KTN).
Ketiga, mereka akan sembang kata kita amanah, don’t worry. Kita masuk perjanjian atau surat ikatan amanah. Gentle kita upah lawyer katanya. Kita stamp siap.
Korang ingat perjanjian atau surat ikatan amanah tu valid ker? Ianya akan terbatal disebabkan faktor illegality sebab dari awal lagi perjanjian ini adalah bertentangan dengan undang-undang. Lawyer dengan penjual samanya jer buat hal.
Keempat, kalau nak jadi cerita owner meninggal macam mana? Sah-sah keluarga dia nak buat faraidh atas tanah tu. Kalau waris tu boleh amanah tak de masalah, kalau waris ni pulak bijak undang-undang, melepas la bang.
Kelima, korang mungkin boleh try kaveat. Tapi sekali kaveat 6 tahun je bang lebih daripada tu, kene cari pemilik lot lidi lain untuk buat caveat. Korang tak boleh buat kaveat 2x.
Keenam, katakan semua tanah lot lidi dah jual, pemilik tanah sah-sah lepas tangan tak nak bayar cukai tanah sebab dia dah jual semua. Bayangkan, kalau ada satu lot tanah ni pemilik dia tak nak bayar, sape nk tanggung? Gagal bayar kerajaan boleh ambil balik tanah ni tau.
Ketujuh, rumah ni ikutkan pendaftaran dekat Pejabat tanah bukan tanah korang tau. Kalau korang meninggal, harta ni tak boleh faraidh. Kira korang sedekah jelah dekat owner lepas dah buat renovation bagai dekat rumah lot lidi ni.
Kelapan, tiba-tiba kerajaan nak ambil balik tanah ni, korang mungkin tak dapat pampasan sebab sebenarnya mengikut undang-undang korang taka da hak keatas tanah itu memandangkan nama korang tidak berdaftar dengan Pejabat Tanah pun.
Owner waktu tu dekat Maldives dah tengah ambil lesen scuba diving nak tengok ikan katanya. Mana nak angkat phone korang dah.
Kesembilan, korang nak fight dekat Mahkamah pun agak susah sebab perjanjian ini dikira void ab initio, terbatal dari awal sebab melibatkan perjanjian yang bertentangan dengan undang-undang. Unless, ada klausa yang mengatakan bahawa sekiranya berlaku perlanggaran kotrak, pembayaran harga jual beli tersebut akan dipulangkan kepada pembeli. Kalau ada kes yang menang, sila kongsikan.
Kesepuluh, sesetengah Surat Ikatan Amanah hanya mengatakan hasrat dan hasrat boleh dibatalkan pada bila-bila masa.
Nasihat saya, kalau na beli tanah-tanah yang pelik-pelik, sila rujuk peguam yang amanah untuk dapatkan second opinion.
Harga rumah diatas tanah lidi memang padu. Murah giler, tapi boleh jadi giler kalau kene game macam ni.
Jadi kalau terjumpa rumah atau tanah yang murah dari harga market value. Ambil inisiatif untuk cek dulu, boleh cek dengan kami juga. Insya Allah kami berpengalaman dalam conveyancing since 2014.
Jangan fikir untung sedikit sekarang, rugi kemudian hari.
#LotLidi #jualbelitanah #lawyersnp
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI