Pelakon, Hanis Zalikha, 28, selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 24 Mei lalu. Bayi perempuan comel yang diberi nama Alisa Aisyah ini saling tak tumpah mempunyai iras wajah seperti abangnya, Yusuf Iskandar,3.
Baru-baru ini, Alisa ada mengalami ruam pada pipinya. Memang kasihan bila bayi masih kecil naik ruam. Tumbuh biji-biji halus kecil, kemerahan dan melecet pada pipi. Jika dibiarkan memang bayi tak selesa dan boleh meragam. Hanis Zalikha tidak keberatan berkongsi tip berkesan bagi mengatasi masalah tersebut buat para followersnya.
Berikut perkongsian isteri kepada Hairul Azreen ini sebagai panduan;
“Bila Alisa naik ruam pipi. Berbekalkan pengalaman Mommynis dengan Yusuf juga sebelum ni, Mommynis compile tips untuk anak seterusnya.Boleh manfaatkan kalau serasi ya”
1.Bersihkan Muka Bayi Dengan Kapas Dan Air
Setiap kali penyusuan, bersihkan muka dia dengan kapas muka dan air. Tapi jangan lap, cuma ‘dab dab’ sahaja. Jangan guna wet wipes yang ada bau wangi / napkin muslin / sapu tangan jenis towel kasar. Mommynis guna breastfeeding wipe, ia memang sekadar kapas dengan air je.
2. Henti Basuh Muka Bayi Dengan Sabun
Kalau jenis mandi basuh muka baby dengan sabun, hentikan. Tak kisah sabun organik ke gentle to the skin ke. Naik ruam dekat mana-mana je berhenti guna sabun kejap. Sebab sabun boleh keringkan kulit dan merahkan lagi ruam tu. Memadai bilas dengan air je.
3. Kurangkan Penyusan Susu Ibu Secara Langsung
Kalau boleh, kurangkan direct feeding kejap sampai reda merah. Sebab geseran dengan kulit ibu tu pun buat dia tak sempat sembuh.
4. Jumpa Doktor Dapatkan Krim Yang Sesuai
Jumpa doktor. Doktor bagi Alisa krim Ceradan. Sapu pagi dan petang lepas mandi.
5. Perhatikan Diet Ibu Cetus Alergi
Perhatikan diet ibu. Ada tak makan makanan yang trigger allergy. Stop kejap makan makanan tu okay ya faham sedap ayam masak merah.
I’ve tried letak susu ibu dekat ruam / bancuhan tepung ubi / krim bepanthen. Krim Bepanthen okay turun merah, tapi biji-biji masih ada.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang mengalami masalah anak naik ruam pipi.Boleh cuba amalkan tip yang dikongsikan oleh Hanis Zalika, semoga serasi dan dapat hilangkan ruam tersebut.
Sumber: The Alisaaisyah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI