Banyaknya khasiat hampas kelapa untuk kecantikan, lepas ni jangan buang ye.

Ramai tak tahu, hampas kelapa banyak khasiat untuk kecantikan. Jadi lepas ni, jangan buang hampas kelapa ye. Buat skrub gosok badan masa mandi. Fokus pada bahagian badan yang kering atau bersisik seperti siku dan lutut.

Kelapa parut mempunyai agen pelembap semula jadi yang membantu wanita berkulit kering. Ia membuatkan kulit licin, lembap dan dikatakan juga membantu menghilangkan bau badan serta kesan hitam di bahagian sulit seperti ketiak dan celah paha.

HAMPAS KELAPA Hilangkan Daki

Kalau yang ada masalah tumit pecah, elok sental dengan hampas kelapa. Buatlah selalu, insya-Allah tumit beransur elok. Kebaikan lain, ia boleh bantu hilangkan daki degil terutama di bawah bahagian leher. Jangan sental kuat-kuat tau, perlahan-lahan je. Gosok dengan gerakan memutar atau memusing. Teknik gosokan tu juga bantu melancarkan perjalanan darah.

Lepas skrub, bilas badan dengan air bersih. Hasilnya korang dapat rasa terus, kulit badan jadi lembap je. Tapi nak pesan, jangan tonyoh muka ye. Takut yang kulit sensitif jadi jerawat pula.

Skrub Dari Bahan Dapur

Sebenarnya banyak lagi bahan dapur yang boleh buat skrub. Kalau rajin boleh try buat, Min kongsikan resipi kecantikan ni. Yang penting, kombinasi bahan-bahan alami ini mempunyai khasiat untuk menjaga kecantikan.

Tidak perlu mengeluarkan belanja besar, cukup sekadar menggunakan bahan-bahan yang terdapat di sekeliling kita. Jom cuba resipi menghasilkan skrub badan selain hampas kelapa tadi.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/rendam-kapas-dalam-putih-telur-tempek-kat-muka-mujarab-tarik-keluar-blackhead-kotoran-degil/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Ads

Tepung Pulut Cerahkan Kulit

Goreng tepung pulut sehingga kekuningan, kemudian kisar kering sehingga lumat. Gunakan sebagai skrub untuk menyental tubuh. Amalkan petua ini dua kali seminggu, basahkan tubuh kemudian gosok secara perlahan-lahan. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, gunakan tepung pulut susu.

Khasiat: Ia dapat membuang daki, menghalus dan mencerahkan kulit secara alami. Kulit akan beransur cerah dan tona kulit juga menjadi sekata.

Lepas Masak, HAMPAS KELAPA Jangan Buang TONYOH Badan Untuk Lembapkan Kulit & Atasi Tumit Pecah
Tak payah bazir duit ke spa, buat sendiri je skrub guna bahan dapur.
Serbuk Kopi Buang Daki

Rendam kopi di dalam air panas sehingga kembang, kemudian tapis kopi. Air kopi boleh anda minum bersama gula atau susu. Hampasnya jangan dibuang tetapi gunakan sebagai skrub atau lulur.

Khasiat: Kopi kaya dengan antioksidan, ia membantu membersihkan kulit dan menjadikan kulit cerah. Hampas kepala ini juga boleh menghaluskan kulit terutama bagi mereka yang mempunyai tapak tangan yang kasar.

Garam Bukit Haluskan Kulit

Gunakan garam bukit untuk sental badan. Kalau nak lagi best, titiskan 2-3 titik minyak aroma terapi dalam garam. Kemudian gosok badan, fokus pada bahagian selulit. Gosok secara memutar, ini teknik pecahkan lemak degil.

Ads

Khasiat: Garam bukit dapat membuang toksin dalam badan. Ia juga membantu merawat kulit kering dan dikatakan mujarab untuk mereka yang mempunyai alahan kulit dan menghilangkan gatal-gatal.

Minyak Kelapa, Gula & Lemon

Campurkan satu senduk gula, bersama dua sudu minyak kelapa dan air perahan Lemon. Boleh juga gunakan minyak Zaitun untuk gantikan minyak kelapa. Jenis skrub ini sangat sesuai untuk golongan berkulit kering.

Khasiat: Kombinasi bahan ini membuang sel kulit mati secara natural. Ia juga bertindak secara lembut menghaluskan kulit dan seimbangkan minyak atau lembapan pada tubuh. Hasilnya kulit menjadi lembut dan licin.

Kulit Kayu Manis Hilangkan Parut

Kisar kering kulit kayu manis sehingga halus. Kemudian gosok pada seluruh tubuh terutama pada bahagian yang berparut dan berjerawat. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air bersih.

Khasiat: Ia dipercayai dapat memudarkan parut dan mengatasi masalah jerawat terutama di bahagian belakang badan. Kulit kayu manis mengecutkan jerawat tanpa meninggalkan kesan gelap.

Ads
Yogurt Atasi Kulit Kusam

Kulit yang kusam akan mudah kelihatan tua. Bagi mengekang proses penuaan berlaku dengan pantas, gunakan yogurt original untuk merawat kulit tubuh. Ia juga sesuai sebagai masker untuk wajah.

Khasiat: Yogurt membantu mencerahkan kulit terutama golongan yang mengalami sun burn. Kulit akan menjadi bersih, cerah dan halus. Kulit yang kusam dan lesu menjadi segar serta berseri.

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI