Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan.
Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu daripada ayat Al Quran yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka.Memandangkan ayat-ayat daripada Al Quran itu sendiri merupakan satu penawar dan mukjizat yang istimewa.
Bukan itu sahaja, ia juga mampu melembutkan hati pasangan mahupun sesiapa sahaja terutamanya bagi yang keras hati mahupun panas baran. Doa ini diambil daripada ayat 19, Surah As Syura.
Jemput baca perkongsian daripada Muhammad Hassan ini;
“Tadi solat asar ada pakcik ni dia datang kat anak saya, saya suruh anak salam dan minta pakcik ini doa untuk anak. Saya nak kongsi satu doa yang saya belajar hari ini. jika anak-anak susah dengar cakap, lawan cakap, terlalu aktif.Atau boleh juga baca doa ini untuk pasangan kita yang jenis panas baran.”
“Baca doa ini ketika atau sebelum mereka tidur dan letak telapak tangan di atas ubun-ubun anak. Insyaallah mudahan anak-anak akan lembut budi bahasa dan dengar cakap.”
“Para guru juga boleh baca doa ini kepada pelajar yang ‘terlalu aktif’.
Surah Ash-Shura: Ayat 19
Posted by Muhammad Hassan on Monday, 19 February 2018
MOGA BERMANFAAT.
-encikMatt-
#LelakiBurQa
MW: Selamat beramal!Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan.Malah elok juga dibaca buat pasangan suami isteri yang sering ‘panas’ dalam rumahtangga.
Sumber: Muhammad Hassan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Surirumah Hidupnya Hanya Ada Suami, Anak Dan Rumah, Usah Pertikaikan Kerjaya HEBATNYA
Isi Kandungan
ToggleOrang fikir, kerjaya surirumah adalah paling senang dan tak perlu nak fikir apa-apa masalah yang melibatkan dunia luar. Dia hanya ada suami, anak dan rumah yang menjadi keutamaannya sampai bila-bila.
Namun, berapa ramai yang tahu, kerjaya surirumah bukanlah hanya bergoyang kaki semata-mata. Sebaliknya, kerjaya dia bekerja 24 jam dan tiada cuti langsung.
Selalu orang bandingkan surirumah tak perlu nak fikir apa-apa pun. Ada masa untuk rileks dan tengok tv. Tapi, sebenarnya tidak sama sekali. Ada saja yang ingin dibuatnya. Selesai di bahagian dapur, bergegas ke ruang tamu.
Ini belum lagi melihat keadaan bilik anak-anak dan sesi memasak untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Ini luahan seorang lelaki yang memahami apa yang dilalui oleh seorang surirumah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Usah Banding SURIRUMAH Dengan ISTERI BEKERJA Sebab Cerita Hidupnya Tak Sama
Surirumah Sekarang Jauh Beza, Usah Bandingkan Dengan Cara Kehidupan Dulu
Info Lebih Menarik DI SINI
Kerjaya Surirumah Tiada Pilihan
Buat mak-mak yang kerjaya SURIRUMAH..
Bila dia baring, orang kata dia suka tidur.
Rupa sememeh macam hantu kak Limah. Yang orang tak nampak, dari pagi dia bangun siapkan bekal anak, ambil/hantar anak sekolah, kemas rumah, masak, basuh baju, Petang baru ingat nak makan nasi.
Bangun awal, tidur lewat. Tapi kerja tak habis-habis. Bila anak buat perangai, rosakkan barang, mulalah orang kata dia tak jaga anak.
Yang orang tak nampak, selama ini berak kencing anak, dialah yang cuci. Makan pakai anak, dialah yang masakkan, suapkan, sediakan. Sakit pening anak dialah yang tak tidur malam. Anak mengamuk, dialah yangg pujuk, dia anyg jaga.
Hujung minggu. Bangun pukul 8 pagi orang dah kata pemalas. Orang lain bangun 12 tengah hari tak apa, sebab orang lain kerja, penat. ‘surirumah tak kerja’ . Yang orang tak tahu, mlm tadi cuma tidur 2-3jam je sebab sekejap-sekejap terjaga anak nak susu, badan habih lenguh-lenguh lesu.
Bila orang tengok anak kurus, mulalah orang kata tak bagi makan ke? Yang orang tak tahu, sebenarnya dia sendiri pun dah buntu. Masaklah sesedap mana pun. Anak tetap tak nak makan.
Semua Orang Kata
Orang kata dia untunglah, nak apa semua suami boleh belikan. Cincin di jari, baju kasut berganti. Yang orang tak tahu, ada barang dia beli guna duit hasil buang masa dengan fb kadang sampai tak tidur malam.
Bila orang kata dia untunglah tak kerja. Boleh ngadap fb 24 jam. Yang orang tak tahu, dia cari income dengan fb, sambil kacau gulai dalam periuk. Sambil tengok fb, layan anak.
Orang kata dia kaki Facebook. Tangan tak lekang dari handphone. Yang orang tak tahu, dia kawan pun tak ada. Dalam satu hari cuma borak dengan anak dan dinding.
Paling hebat pun cakap dengan teacher kat sekolah masa ambil anak. Seluruh kehidupan dia cuma ada suami, anak, rumah.
Tak Perlu Cemburu
Orang selalu cakap cemburu dengan dia. Sebab dia bestlah dapat duduk rumah. Muka pun hari-hari senyum, tak pernah komplen apa-apa. Yang orang tak tahu, waktu dia dalam bilik air, sebanyak mana air yang mengalir, mungkin banyak itu jugalah air matanya mengalir.
Surirumah standby 24 jam. 7 hari seminggu. Tak pernah cuti. Tak ada istilah cuti atau MC. Sehebat manapun skill dia, tak pernah naik pangkat dan tak pernah dibayar gaji.
Surirumah semulia-mulia pekerjaan. Tapi tak pernah terpilih.
Tak apalah. Sebab ALLAH tak pernah memilih.
Surirumah sabarlah.. ALLAH Sayang..
MW: Tanyalah isteri yang bekerja, bila sehari di rumah seronok bukan main. Tapi bila dah seminggu mesti tak sabar nak kerja. Bayangkanlah kalau kita surirumah sepenuh masa. Mampukah?
Sumber: Sayfuel Mohd
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami ‘Hukum’ Isteri Dengan Berkahwin Lain Kerana Mahukan Zuriat
Tidak semua pasangan yang berkahwin akan dapat merasai nikmat cahaya mata. Ada suami sanggup ‘hukum’ isteri dengan berkahwin lain semata-mata kerana mahukan zuriat. Jika ditakdirkan bukan rezeki pasangan, masih ada cara lain untuk mendapakan zuriat, walaupun bukan dari benih dan rahim isteri.
Bagaimana dengan suami jenis yang tidak sabar dan mencari pelbagai alasan. Malah, dengan mudah mengambil jalan singkat untuk berkahwin lain. Janganlah cepat menghukum isteri dengan keadaan ini.
Artikel lain: Suami Minta Izin Kahwin Lain, Isteri Tolak Diri Dimadukan!
Suami ‘Hukum’ Isteri Dengan Berkahwin Lain Kerana Mahukan Pewaris
Ada solusi yang boleh dilakukan dan tidak hanya mencari alasan untuk berpoligami. Mengupas lebih lanjut tentang perkara ini, Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) ada jawapannya.
“Dalam Islam, ada kebenaran dianjurkan dalam hukum poligami, antaranya apabila situasi isteri tidak dapat melahirkan zuriat. Ini diseimbangkan dengan hukum yang membenarkan fasakh oleh isteri, jika kes situasi suami yang tidak berupaya menghasilkan benih zuriat, atau pun berpenyakit.
“Hukum sebegini adalah panduan dan menjadi solusi apabila timbul situasi begini, ia bukanlah berbentuk hukuman yang wajib dikenakan kepada suami atau isteri. Ada pelbagai cara penyelesaian lain seperti ikhtiar kaedah IVF, menjadikan anak susuan atau anak angkat bagi menggantikan zuriat kita dan sebagainya.
Rasa Bosan
Tidak dinafikan, kadang kala wujud rasa bosan antara suami isteri yang tiada sebarang perubahan dan pertambahan dalam keluarga, berbanding dengan pasangan lain yang riuh di kelilingi tawa anak-anak.
Baca lagi: Suami Nak Kahwin Lain, Bila Dah Merasa Tahu Pula Menyesal!
“Jika memerlukan poligami untuk menyelesaikan masalah tiada zuriat, biarlah ia berbentuk keputusan bersama dan untuk penyelesaian. Begitu juga sebaliknya, jika masalah ini disebabkan oleh suami, biarlah fasakh juga dijadikan sebagai penyelesaian dan bukannya alasan yang macam-macam.
Tidak semua alasan zuriat menyebabkan lelaki itu ingin berpoligami. Antara lain:
- Isteri sakit dan tidak mampu menunaikan tuntutan hubungan batin.
2. Isteri kurang upaya yang mengganggu hubungan suami isteri.
3. Alasan psikologi pula, dingin dalam hubungan intim, perangai menyakitkan hati sepanjang masa.
4. Isteri ‘queen control’, sombong dan suka menghina suami.
Selamatkah Rumah Tangga?
Mungkin ya, mungkin tidak. Ada poligami menjadi penyelamat dan menambahkan kebahagiaan keluarga.
Namun menurut fitrah manusia, biasanya ia sukar diterima oleh isteri untuk bermadu dan sukar untuk suami berlaku adil dalam membahagiakan kedua-duannya.
Wahai Suami!
Anda sebagai ketua rumah tangga, bertindaklah dengan bijak, berhemah dan berhikmah. Buat pemeriksaan dan cari punca masalah sebenar. Terimalah hakikat dan kelemahan kita. Lakuakan rawatan atau cari penyelesaian yang mungkin boleh menggembirakan hati bersama.
Baca lagi: Suami Dalam Iddah, Jangan Cepat Sangat Nak Kahwin Lain
Tip:
1.Nikah adalah ikatan dan memerlukan banyak pengorbanan dalam hidup bersama.
2.Pujuk diri untuk reda dalam menerima kelebihan dan kelemahan diri dan pasangan kita.
3.Fokus untuk selesaikan masalah yang berlaku, jangan campur aduk dengan perasaan negatif lain. Contohnya, jika isteri menghidap penyakit yang tidak membolehkannya melahirkan zuriat, kita perlulah mencari solusi untuk pulihkan penyakit itu dulu.
4.Beri perhatian untuk aktiviti lain yang menggembirakan tanpa perlu kepada kewujudan anak-anak. Selagi pasangan kita terisi dengan kegembiraan, lebih mudah untuk merawat kesedihan yang dihidapi.
5.Usaha yang dibuat perlulah diiringi dengan doa yang tulus ikhlas dan khusyuk, sinergikan doa bersama suami isteri, moga lebih mudah termakbul.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Banyak Benda Dalam Satu Masa Dan Sampai Satu Tahap Isteri Murung!
Ada banyak kes melibatkan kaum isteri murung sampai tak mampu berfikir denga waras dan akhirnya mengundang berlakunya kes yang kita sendiri tak sangka. Paling teruk sampai bunuh diri!
Namun dalam masalah ini kenapa majoritinya wanita jadi mangsa? Malah kebanyakan kes wanita yang ada masalah mental bermula selepas kahwin. Agak menakutkan, bukan?
Percayalah stress uruskan hal rumah tangga tak sama dengan tekanan buat kerja di ofis. Bukan benda yang direka-reka atau sebab kaum isteri itu orang yang jenis manja tetapi sebab dia terlalu kuat dan rasa mampu buat. Jaga anak pun dia, cari duit pun dia.
Sebenarnya bagus andai isteri itu mampu buat banyak benda tetapi cara ini dalam diam boleh memakan diri pasangan yang akhirnya stress!
Macam mana nak pulihkan keadaan ini, baik suami atau isteri boleh rujuk perkongsian Puan Nurul Ilyani…
5 tip hilangkan tekanan antara suami isteri dan jaga hubungan
1. Alih susun atur perabot lebih kerap untuk motivasi kemas dan cantikkan rumah. Automatik, kita akan suka maintain cantik dan kemas.
2. Amalkan zikir al-mathurat untuk tenang hati dan mohon Allah melindungi rumahtangga dan keluarga.
3. Keluar berjumpa group rakan-rakan yang ada latar belakang yang sama. Ibu di rumah, ada anak kecil, selalu ada cabaran motivasi. Kami ada CircleOhsem di Puncak Alam.
4. Keluar dating dengan pasangan. Jika ada kekangan anak kecil, bincang dengan rakan usrah, untuk rotate jaga anak-anak supaya ibu-ibu dapat dating dengan pasangan masing-masing secara bergilir antara rakan. Jangan serah pada famili, serahkan kepada rakan usrah yang sehati sejiwa.
5. Kerap urut pasangan. Suami urut isteri, isteri urut suami. Sapu minyak panas pun boleh pada kaki. Paling elok pakai minyak ada aromaterapi seperti essential oil.
Nah, mudahkan? Agak-agak mampu tak mulakan hari bahagia ini dengan pasangan esok hari? Ingat ya, walau sibuk dengan anak-anak, jangan sampai anda lupa untuk menghargai penat lelah orang tersayang. Lagi mudah, setiap kali masuk hujung minggu sila bawa isteri keluar rumah!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI