Niat di hati ingin meminang sang ibu, namun wanita itu enggan menerima lamaran lelaki tersebut.
Sebaliknya wanita yang dipinang itu, lebih rela memberi laluan agar lelaki tersebut mengahwini anak gadisnya. Walaupun lelaki warga emas mulanya meminang ibu, tapi akhirnya siapa sangka dapat menikah dengan anak.
Pinang Ibu, Nikahi Anak
Di Jakarta, Indonesia, pada mulanya lelaki berusia 58 tahun ini melamar si ibu, tetapi wanita itu menolak dan menawarkan anak gadisnya berusia 19 tahun untuk dinikahi.
Pernikahan kedua-duanya berlangsung di Dusun Cippaga, Desa Bana, Bontocani, Sulawesi Selatan di depan penghulu, menurut laporan Kompas.
Lelaki berkenaan, Bora menggemparkan penduduk sebaik melafazkan ijab kabul dengan isterinya, Ira Fazillah yang berusia 19 tahun.
Dilaporkan sebelum itu Bora melamar ibu kandung Ira, tetapi ditolak sebelum ibu gadis itu menawarkan anak sulungnya untuk dinikahi.
Proses pernikahan berjalan lancar dengan mas kahwin diberikan 10 juta rupiah (RM2,841) serta tanah dan kebun seluas satu hektar.
“Awalnya Bora melamar ibunya, tapi sang ibu menolak, malah menawarkan anak gadisnya untuk dinikahi.
“Atas persetujuan kedua-duanya, maka pernikahan itu dilangsungkan,” kata Ketua Kampung Bana, Ishak ketika dihubungi.
Bora juga dilaporkan seorang lelaki bujang dan tinggal sendirian selepas merantau ke Sulawesi Tenggara.
Bernikah Dengan Anak Sulung
Sementara itu, Ira Fazillah adalah anak sulung daripada tiga beradik.
Ads
“Kedua-dua orang tua Ira sudah lama bercerai dan selama ini dibesarkan oleh ibunya yang bekerja sebagai petani,” kata Ishak.
Ishak berkata, pernikahan itu berlangsung atas dasar suka sama suka bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.
MW: Kalau sudah jodoh tak akan ke mana. Walaupun awalnya ingin berkahwin dengan emak kepada isterinya sekarang, tetapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Segalanya ternyata telah tertulis.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Keterujaan seorang pelajar diragut apabila dia maut dalam perjalanan ke sekolah. Remaja ini menaiki motosikal baru yang dibeli bapanya untuk ke sekolah. Namun takdir mengatasi segalanya apabila pelajar ini meninggal dunia akibat kereta buat pusingan U di tempat yang salah.
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta yang membuat pusingan U di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Rambutan pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Nurul Syahira Zamri, 16, dari Kampung Kolam, Jalan Chemor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke sekolah dengan menaiki motosikal jenis Honda SM Sport yang baru sahaja dibeli bapanya untuk kemudahan pergi ke sekolah.
Kereta Buat Pusingan U Secara Tiba-tiba
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Kenari dipandu wanita berusia 46 tahun membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabkan mangsa yang berada di laluan berkenaan tidak sempat mengelak.
“Keadaan itu menyebabkan mangsa dikatakan terlanggar bahagian tepi sebelah kanan kereta itu lalu tercampak di atas jalan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati lokasi kemalangan adalah kawasan dilarang membuat pusingan U. Ketika membuat pusingan, katanya, kereta berkenaan turut terlajak masuk ke laluan bertentangan menyebabkan satu lagi pelanggaran berlaku membabitkan kenderaan itu dengan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.
“Bagaimanapun kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma kerosakan pada kenderaan masing-masing.
“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu wanita tersebut tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.
Jelas A Asmadi lagi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.
“Siasatan lanjut kini diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
MW: MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan. Ternyata bukan mudah untuk menerima pemergian anak secara tiba-tiba begini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan keluarga allahyarham tabah menerima ujian berat ini. Al-Fatihah.
Walau pun dilahirkan istimewa, anak ini sangat hebat di mata pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun. Sehinggakan ustazah membacakan doa untuknya di penghujung kuliahnya.
Semoga kisah Mohamad Fariz ini menjadi asbab untuk mak ayah yang diuji ini lebih menghargai kehadiran anak-anak sebegini. Sekali gus berbangga kerana terpilih menjadi penjaga anak syurga ini.
Anak Istimewa Ini Datang Kuliah Sendirian
Anak istimewa ini namanya Mohamad Fariz bin Dorajak, hampir setiap kali kuliyah disini dia hadir sama, datang sorang-sorang, tanpa ibunya atau sesiapa, dan tentunya dia satu-satunya lelaki. Pelik juga bagaimana dia tahu waktu kuliyah 2 minggu sekali ini.
Dia akan duduk menyandar di satu sudut, sambil angguk laju, kadang dia keluarkan suara seperti mengiakan sambil tangan digayakan seperti penceramah, subhanAllah..kamu memang menghiburkan hati kami.
Doa Inilah Buat Air Mata Anak Istimewa Mengalir Laju
Seperti biasa, hujung kuliyah akan ditutup dengan doa, satu hari saya sebut perihal dia dalam doa,
“Ya Allah, ada di kalangan kami hambaMu yang istimewa bernama Mohammad Fariz, beruntungnya dia insyaAllah bakal penghuni syurgaMu, beruntunglah dia ya Allah, Jadikanlah kami jua dikalangan mereka, mendapatkan kurniaan syurgaMu dengan belas kasihanMu..”
Tiba-tiba dia menangis beria sambil mengesat air matanya, saat itu kami semua juga sebak dan air jernih laju mengalir.
Lahirnya istimewa sebagai sindrom down, zahirnya nampak tidak sempurna, tapi hakikatnya dia lebih sempurna daripada kita, namanya insyaAllah telah ditempa di Syurga.
Bersabar Dan Berbahagialah Duhai Penjaga Anak Syurga
Berbahagialah dan kuatkan kesabaran..duhai Ibu Ayah yang dikurniakan Allah anak seistimewa ini, kalian terpilih untuk menjaga anak syurga, insyaAllah kalian akan berkumpul kembali dengan sempurna di Syurga.
Sila share sebagai sokongan.
Moga bermanfaat Dunia Akhirat.
Bahagianya sebuah rumah tangga, bila suami isteri dan anak-anak dapat hidup dalam keadaan harmoni. Bila hati tenang dan bahagia, rezeki pun masuk dengan lajunya.
Perkongsian daripada Puan D Nurul Laily Hanyini ringkas saja. Tentang membeli permainan anak-anak saja pun. Tapi ada pengajaran yang cukup halus dan mendalam.
Ceritanya bermula dengan catatan sebuah kedai yang selalu dituju setiap kali balik ke kampung.
“Inilah tempat yang dituju anak-anak. Beli mainan. Bagi duit seorang RM5, dapatlah mainan.”
Logik katanya. Anak-anak ini bukan nak mainan mahal pun. “Tapi depa seronok bila dapat mainan.”
Nak murah rezeki, selalulah gembirakan anak-anak. Beli mainan pun ikutlah kemampuan ibu bapa.
“Bila anak-anak gembira aura rezeki tu mudah nak dekat. Hidup kita takkan pernah sempit.”
Ini Pula Tip Nak Murah Rezeki Untuk Suami
Katanya lagi, para suami yang nak rezeki murah kenalah gembirakan isteri dan anak-anaknya.
Sekali sekala beri hadiah dekat isteri. Tak kan jadikan suami papa kedanalah kalau beri hadiah dekat yang tersayang. Lagi, Allah buka pintu rezeki yang lain.
“Tak mampu beli hadiah coklat Govida, belilah Ferrero Rocher, tak mampu Ferrero Rocher, belilah Cadbury. Tak mampu juga, Choki-choki pun jadilah.
“Buat suprise dekat isteri. Jangan bagi suruh kongsi dengan anak. Beritahu ‘Khas Untuk Awak’. Senyum meleret 24 jam tau orang perempuan kalau dapat surprise-surprise gitu.
Tak cara cuba buat!
Hilang penat isteri yang penat urus rumah. Bila isteri gembira, rumahtangga aman. Isteri rasa suami menghargai dirinya.
Suami pun akan bertambah bahagia bila isteri buat kerja rumah dengan senyuman.
Rezeki suami lagi mudah mendekat.
Itulah tip MENARIK REZEKi. Mudah-mudahan.
Sumber/Foto/Video : Facebook D Nurul Laily Hani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...