Amalan bersahur merupakan perkara sunnah yang sangat digalakkan sebelum memulakan berpuasa. Bagi yang berkahwin dan berpasangan memang tak menjadi masalah untuk bangun bersahur. Namun bagi yang masih bujang apatah lagi tinggal bersendirian, kebarangkalian ‘tak terjaga’ untuk bangun sahur itu pasti ada.
Merebut ganjaran pahala berlipat kali ganda pada bulan Ramadan atas apa juga amalan baik yang dilakukan, inisiatif seorang lelaki dari Magelang Jawa Tengah menawarkan perkhidmatan ‘jasa bangun sahur’ menerusi panggilan telefon sepanjang Ramadan.
Hubungi 3 Kali
Khoirul Anam melakukan demikian bermula Ramadan pertama dan promosi itu dimuat naik di Instagram @anam_chenel, lapor Tribunnews. Malah perkhidmatan unik itu mendapat perhatian warganet dan Khoirul berjaya memperoleh seramai 11 pelanggan buat pertama kalinya.
“Pada puasa pertama, ramai yang hubungi saya untuk bantu kejutkan bersahur. Anggaran dalam 11 orang.
“Bagaimanapun hanya tiga orang sahaja mengangkat telefon, selebihnya masih lena. Saya telah hubungi mereka sebanyak tiga kali, jika tidak bangun, saya hubungi orang lain,” katanya.
Perkhidmatan Percuma
Jelas Khoirul, perkhidmatan itu adalah percuma di seluruh Indonesia.
“Saya memang lakukan secara percuma, kalau mengenakan bayaran bimbang saya tertidur. Kalau percuma sama-sama tidak rugi.
“Saya akan hubungi mereka bermula jam 2 pagi hingga waktu Imsak dan ingin saya tegaskan, ia hanya dilaksanakan sepanjang Ramadan sahaja,” ujarnya yang gembira kerana ramai memberi sokongan terhadapnya.
Ads
Pada Isnin, hebahan promosi perkhidmatan ‘jasa bangun sahur’ menjadi bualan hangat warganet yang disifatkan unik selain memudahkan golongan bujang bangun untuk bersahur bagi menjalani ibadah puasa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Wawa nasihat “Kalau sudah tahu suami orang, janganlah kacau, ‘merenyam’” fahami isi hati sesama wanita. Sememangnya apa yang diluahkan oleh pelakon dan kini bergelar ahli perniagaan berjaya, Wawa Zainal ada kebenarannya.
Tidak dinafikan ada yang cakap kalau perempuan tidak melayan pasti si suami orang itu berputus asa dan perkara ini takkan terjadi. Sekeras mana pun hati perempuan, mereka sangat mudah dipujuk.
Tidak dinafikan dengan sedikit kata-kata manis pasti akan percaya dengan janji-janjinya. Dan akhirnya perempuan juga dipersalahkan.
Jika tidak mahu mengundang kekecohan dan pergaduhan wanita yang masih bujang elaklah bercinta dengan suami orang atau kacau suami orang. Sebagai wanita janganlah kita tegar melukakan hati kaum sejenis. Hanya wanita memahami isi hati wanita lain dan sepatutnya belajar untuk memahami kekurangan atau kesengsaraan isterinya.
Wawa Nasihat “Kalau Sudah Tahu SUAMI ORANG, janganlah KACAU, ‘Merenyam’”
Ketika bersua wajah dengan pasangan sama cantik sama padan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel di majlis pelancaran Lagenda Kembali Asmaradana Wawa X Rozyana di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur baru-baru ini, Wawa Zainal meluahkan pendapatnya dan menasihat wanita di luar sana agar tidak memilih lelaki berstatus suami orang untuk dijadikan pasangan hidup.
Pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin yang juga ibu kepada empat cahaya mata itu juga menasihatkan agar sepatutnya wanita melindungi dan menghormati perasaan serta tidak menghancurkan kebahagiaan perasaan sesama wanita.
“Mana-mana perempuan di luar sana tu, janganlah ‘merenyam’.
“Kalau dah tahu suami orang, janganlah kacau sebab kita sepatutnya memahami isi hati sesama perempuan,” tutur Wawa bila diaju tentang isu poligami.
Perkahwinan Perlu Mendapat Restu
Anak kelahiran Sabah dan kini sudah menginjak usia 32, sebenarnya tidak menolak poligami asalkan perkahwinan mendapat restu individu terlibat.
“Kalau perempuan itu setuju atau rela hati dimadukan, okey sahaja. Tapi, kalau dia tak rela dimadukan, tak bolehlah kot.
“Ada sahaja isteri pertama rela dimadukan sebab dia bosan di rumah ke,” sambungnya.
Aeril Zafrel Tak Mahu Pening Kepala
Pada temubual yang sama, Aeril Zafrel pula mencelah tidak mahu memeningkan kepala beristeri lebih daripada satu walaupun perkara tersebut tidak dilarang dalam agama Islam.
“Saya sebenarnya tak nak pening. Sebenarnya, kalau kita ada orang lain, bertambah pening. Ada satu pun dah pening.
“Saya ni jenis lelaki yang bukan tak ambil kisah tapi banyak lagi benda yang nak difikirkan. Dengan anak-anak lagi.
“Ada kucing lagi. Kalau tambah bini, ‘confirm’ sakit kepala. Rambut dah baik-baik lebat sekarang, nanti botak pula,” ujarnya.
Kerjasama Dengan Pempengaruh Tik Tok Rozyana Roslan
Pada majlis yang sama pasangan ini turut menjelaskan tentang produk mereka Lagenda Kembali Asmaradana Wawa X Rozyana yang merupakan projek kedua kolaborasi bersama pempengaruh TikTok, Rozyana Roslan yang mempunyai lebih 5.2 juta pengikut.
“Selepas produk pertama dilancarkan pada September 2022, permintaan pelanggan terlalu tinggi terhadap minyak wangi itu sehingga terjual lebih 600,000 unit.
“Kini, kami meneruskan kerjasama dan mengeluarkan saiz botol wangian lebih besar dalam kuantiti yang terhad.
“Alhamdulillah, sebelum majlis pelancaran diadakan, ia sudah habis terjual 40,000 unit. Wangian ini didatangkan dengan tiga jenis varian iaitu Seri Pagi, Syurga Malam dan Mengundang Cinta,” terang Wawa.
Sungguh malang tidak berbau, apabila membeli lauk mahupun makanan dari luar perlu lebih berhati-hati. Bukan semua restoran, cukup teliti dalam proses penyediaan masakan dan kebersihannya.
Jumpa Mata Kail & Tali Pancing
Seorang wanita nyaris termakan mata kail selepas ia menemuinya dalam menu masakan ikan keli yang dipesan dari sebuah restoran di daerah Pak Kret, Nonthaburi, lapor Thaiger.
Wanita dikenali sebagai Jun, 31, melaporkan pada 27 Julai lalu dia dan rakannya memesan menu tersebut menerusi perkhidmatan penghantaran makanan di sebuah restoran yang tidak jauh dari kediamannya.
Katanya, pesanan itu termasuk dua ketul ikan keli masak pedas, nasi kosong dan nasi berlauk kambing.
Tambahnya, ketika mereka sedang menikmati makanan tengah hari itu, tiba-tiba dia menemui mata kail beserta tali pancing dalam potongan isi ikan tersebut.
“Masakan ikan keli ini adalah menu kegemaran saya, namun apabila saya menemui mata kail ini, ia sekali gus mencetuskan persoalan bagaimana restoran ini mengabaikan piawaian keselamatan dan kebersihan masakan mereka,” katanya.
Selepas penemuan itu, June menghubungi restoran itu dan menceritakan penemuan pelik itu dan mereka menegaskan pekerjanya telah membersihkan ikan itu dengan teliti.
Tawar Ganti Rugi Menu Sama
Katanya, pihak restoran menawarkan menu sama sebagai ganti rugi, namun June menyatakan dia menjadi trauma dan hanya meminta pemulangan semula wang tersebut.
Sanook melaporkan, restoran itu memulangkan semula wang kira-kira 120 baht (RM15) seperti diminta June dan menggesa semua di restoran supaya berhati-hati menghidangkan makanan berasaskan ikan kerana bimbang kejadian sama mungkin berlaku kepada pelanggan lain.
Mingguan Wanita: Aduhai,naya sungguh ada mata kail siap pakej tali pancing dalam lauk yang dibeli. Nasib baik berhati-hati, buatnya terkait dalam mulut, memang bahaya.
Penggemar kentang goreng rangup, anda patut cuba! Ini kali pertama kali buat dan hasilnya menjadi, malah anak-anak cukup suka. Rasanya lebih kurang kerepek kentang Mister Potato yang dijual di kedai tu…
Nak cuba tak? Ok boleh godek bahan dan cara buat yang betul guna resepi Puan Nurafyfah Yacob ini.
Bahan-bahan:
3 biji kentang
2 sudu makan cuka
500ML air
Sedikit perencah manggi kari
Sedikit perencah pasti sedap KNORR
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara nak buat kentang goreng:
1. Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pisau buah.
2. Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi. Perlahankan api, biarkan selama 3 minit.
3. Angkat dan cuci kentang tersebut dan toskan sebelum menggoreng.
4. Panaskan minyak. Goeng dengan api sederhana besar. Bila nampak kekuningan, angkat dan toskan.
5. Tabur sedikit perencah maggi kari dan perencah pasti sedap KNORR atau apa-apa perencah yang anda suka.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.