Barangkali telah sampai ajalnya. Seorang lelaki maut setelah melakukan squat sebanyak 300 kali.
Jangan main-main iya, walaupun senaman ini dilihat ringan tetapi jika jarang-jarang atau tidak pernah lakukan ia akan memberi kesan yang besar. Apatah lagi ianya dilakukan dengan tempoh waktu yang lama dan berkali-kali.
Dipaksa Melakukan Squat
Seorang lelaki di Manila, Filipina maut selepas dipercayai dipaksa oleh pengawal kampung untuk melakukan squat sebanyak 300 kali.
Squat adalah gaya senaman apabila seseorang berdiri dan merendahkan badan kepada posisi seakan-akan mencangkung.
Lelaki itu terpaksa menjalani hukuman berkenaan kerana melanggar kuarantin Covid-19, kata keluarganya.
Melanggar Kuarantin, Perlu Jalani Hukuman
The Guardian melaporkan, mangsa, Darren Manaog Penaredondo, 28, ditangkap membeli minuman selepas jam 6 petang yang didakwa melanggar perintah berkurung Covid-19 di bandar General Trias, di wilayah Cavite, lapor Rappler.
Wilayah itu kini dikenakan status kuarantin yang dipertingkat bermula jam 6 petang sehingga 5 pagi.
Pasangan kepada Penaredondo, Reichelyn Balce memberitahu Rappler, Penaredondo dan seorang lelaki lain dipercayai melanggar peraturan Covid-19 dan dibawa ke Plaza Malabon di depan dewan perbandaran.
Ads
Mengulangi Senaman Kerana Pergerakan Tak Selari
Mereka kemudian disuruh melakukan senaman tekan tubi sebanyak 100 kali.
Pihak berkuasa didakwa mengatakan mangsa dipaksa untuk mengulangi senaman itu jika pergerakan mereka tidak selari.
Akhirnya, kedua-duanya melakukan aksi seperti ‘squat’ sebanyak 300 kali, dakwa Balce menerusi catatan di Facebook (FB).
Penaredondo tiba di rumah pada jam 8 pagi keesokan harinya dan hampir tidak dapat bergerak kerana terlalu penat.
Jatuh Berkali-kali Lakukan Senaman
Penaredondo memberitahu Balce, dia juga jatuh beberapa kali ketika melakukan senaman.
Ads
“Sepanjang hari itu, dia kesukaran untuk berjalan dan hanya merangkak,” tulisnya.
Kemudian pada hari itu, dia mula mengalami sawan dan jantungnya terhenti.
Dia dapat bernafas semula untuk seketika, tetapi meninggal dunia kira-kira jam 10 malam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Bandar Marlo Nillo Solero berkata, tidak ada hukuman seperti itu bagi orang yang melanggar peraturan Covid-19, sebaliknya mereka diberikan nasihat.
Datuk bandar berkenaan, Jeneral Trias Antonio Ferrer menerusi kenyataan di FB mengesahkan perkara itu sedang disiasat.
Ads
MW: Kerajaan atau pihak berwajib mengeluarkan arahan atau undang-undang untuk menyekat penularan Covid-19 demi kebaikan bersama. Namun insiden yang berlaku ini sudah pasti membuatkan pihak berwajib perlu mengkaji semua tentang hukuman yang dijalankan di sana.
Sebelum berhajat nak tukar tayar kereta, adalah penting bagi kita untuk mengetahui perkara asas mengenai tayar terlebih dahulu.Iyalah kereta bagaikan satu keperluan untuk kemana-mana. Baik nak hantar anak sekolah, nak pergi kerja, nak ke pasar dan macam-macam lagi. Bila kereta bermasalah bagaikan ‘patah’ sebelah kaki.
Bila dah sampai masa, tayar kereta akan menjadi botak dan perlu ditukar yang lain. Hah, info nilah, para wanita khususnya kena tau. Jangan semuanya serahkan pada encik suami. Biar kita nampak ada ‘ilmu’ sikit depan tokey kedai tayar ni. Tak de lah kena senang-senang je kena tipu bulat-bulat.
Sebab kebiasaannya walaupun tak semua, tokey kedai tayar ni akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkan stok dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired), namun tetap jual pada harga baru. Jadi, kalau nak tukar tayar tu, berhati-hatilah supaya kita tak tertipu dan bersikap lebih prihatin setiap kali ingin menukar tayar.
Berikut ialah senarai kod yang patut kita tahu.
Info Pasal Tayar Kenderaan;
1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh: 195/50 R16 84V
195 = Lebar
50 = Tinggi
R = Radial
16 = Saiz/Rim
84 = Had Maksimum Bebanan
V = Had Maksimum Kelajuan 240km/jam
Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam
Sebab tu banyak berlaku kemalangan yang berpunca daripada kes tayar pecah kerana pemilik kenderaan tidak arif tentang kemampuan larian tayarnya dalam keadaaan cuaca di Malaysia.
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar
Contoh: 0514
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
Jika anda menukar tayar yang baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yang terkini.
3. Diskaun
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.
Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20% 2014 = 40% 2013 = 60% 2012 = 80% 2011 ke bawah = PERCUMA
Semoga perkongsian ini membantu wanita-wanita agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar dan memberi manfaat kepada kita semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mungkin ada yang tak tahu, sebenarnya mak ayah boleh ‘claim’ pelepasan cukai sebanyak RM1,000 jika mempunyai anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke taman asuhan mahupun pra-sekolah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan.
Mak ayah boleh rujuk Perenggan 44(6)(1)(r) Akta Cukai Pendapatan 1967 atau lihat saja perkara #10 di bawah bagi Pelepasan Cukai Individu yang menyatakan “Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah”:
Sangat penting bagi mak ayah untuk mendaftarkan anak-anak di taska yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. Ini adalah bagi memastikan tahap keselamatan dan tahap pendidikan taska tersebut adalah lebih terjamin.
Berikut adalah perincian lebih lanjut mengenai taska atau taman asuhan kanak-kanak.
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]
Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.
Definasi Taman Asuhan Kanak-Kanak
Di bawah Seksyen 2, Akta 308
“Taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.
Definasi Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar
“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.
Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.
Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan
Kategori Taska
Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :
1.TASKA Di Institusi
Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan.Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
2.TASKA Di Tempat Kerja
Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaanDitubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
3.TASKA Komuniti
Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan.Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
4. TASKA Di Rumah
Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan.Dijalankan di kediaman sendiri
Simpan Resit Dan Boleh Claim Dengan LHDN
Namun perlu ingat, walaupun bayar yuran taska anak sampai RM10,000 setahun, tapi dapat RM1,000 saja pelepasan cukai. Sebab itu pihak LHDN tulis RM1,000 (TERHAD). Semasa isi e-filing nanti isilah RM1,000 di ruang yang disediakan. Jimat juga jumlah cukai yang perlu dibayar. Silap haribulan bila masukkan pelepasan ini terus tak layak bayar cukai.
Nota : Pastikan simpan resit daripada taska tadi. Pastikan resit tersebut disimpan elok-elok selama 7 tahun. Anak anda pun dah masuk sekolah menengah selepas tujuh tahun kelak.
Semoga bermanfaat! Kongsikan pada mak ayah yang lain juga.
Cantik betul pelakon popular Mira Filzah waktu majlis akad nikah semalam. Seri pengantin baru itu terserlah betul. Biarpun mengenakan solekan yang natural beauty dan persalinan busana pengantin simple lagi elegan dari Rizman Ruzaini.
Rupanya dari cerita jurusolek Mira malam semalam, Yna Sakinah ramai peminat Mira yang suka dengan wajah natural pelakon kesayangan ramai ini. Jadinya, seboleh daya dia realisasikan wajah sebenar Mira dalam solekan yang ‘tak lebih, tak kurang’.
Terserlah kecantikan semula jadi Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman saat-saat bersejarah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.
Kongsi Yna Sakinah, biar pun dah 5 tahun menyolek wajah Mira, namun untuk menyediakan ‘wajah’ Mira di majlis akad nikahnya tetap membuatnya gementar. Apa pun, Yna dah berjaya menyerlah wajah semulajadi Mira Filzah.
Solekan Mira Filzah Ni, Peminat Yang Request Rupanya
Kongsinya,
“Alhamdulillah.. Selesai Majlis Akad Nikah Mira & Emir 3 Sept 2020 . Kina edit share sikit moment bts (behind the scene) persiapan sebelum Nikah khas untuk peminat Mira (Kina tak lupa permintaan korang request Mira kenyit mata & flying kiss).
Bts makeup, Interview with media dengan Kina sekali kena interview. Tak kelakar k. Gagap Kina kat situ.
Few times tukar date akhirnya selamat Ijab Kabul semalam. Rasanya besar tanggungjawab semua team untuk siapkan hari paling bersejarah buat Mira.
Almost 5 years Kina jadi MUA untuk tatarias apa saja jenis makeup untuk Mira tapi semalam memang Kina paling nervous untuk jadikan Mira lain dari look yang Kina biasa makeup so we decided to do something natural glowing with pink lips, less blusher with shimmering eyeshadow.
The look adalah “The real her” sebab ramai suka Mira dengan Natural beauty so makeup ni “Not to more, Not to less”.
Of course seri bertambah naik bila dikenakan dengan busana RizmanRuzaini dan Kina baca-baca sikit (hahaha baca bismillah la)
Both of you are lucky to have each other. MasyaAllah. Semoga berbahagia hingga ke jannah, mendapat anak yang soleh & solehah. Aminnn
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...