Lelaki Ini Talakkan Isteri Tapi akhirnya Kekasih Hati Hilangkan Diri

Lelaki…Kata orang, sesuatu yang normal kalau lelaki bersifat nakal. Tabur cinta sana sini. Tak cukup dengan seorang awek saja. Patut ke? Ikuti perkongsian daripada seorang lelaki yang mengakui dia adalah termasuk dalam golongan lelaki yang tidak boleh setia hanya pada seorang wanita. Dek kerana godaan, dia sanggup ceraikan isterinya!

Ada Ramai Awek

Normal lah kalau lelaki ni ‘nakal’, suka tabut cinta sana sini. Itu juga ‘prinsip’ yang aku pegang sejak mula kenal erti cinta. Di zaman sekolah, aku memiliki ramai kekasih hati, sehinggalah di universiti. Bagiku, tak salah berkawan ramai. Bukan semua aku nak buat isteri. Lagi pun aku tidaklah sampai merosakkan anak dara orang. Setakat ajak keluar bersama, lepaskan kebosanan saja.

Di univerisiti aku kenal dengan seorang gadis yang satu kelas, Mia. Aku sedar dia sukakan aku sejak dari tahun pertama. Dia juga tahu aku ada ramai kawan perempuan. Tapi dia sentiasa layan aku dengan baik, suka bantu aku membuat tugasan. Lama kelamaan aku juga terpikat dengan kelembutannya. Malah orangnya yang comel berjaya menawan hati lelakiku.

Namun begitu, aku tak dapat hilangkan tabiat yang ada ramai kawan perempuan. Tapi Mia tetap sabar dengan sikapku itu kerana aku pernah katakan sayangku hanya untuknya. Yang lain itu sekadar rakan biasa. Mungkin kerana dia benar-benar cintakan aku, maka dia bersabar saja.

Lagi artikel menarik di sini:

Ramai Suami Elaun Bulanan Buat Isteri Yang Jadi Suri Rumah!

Dokumen PENTING, Tulis Dan Simpan Di Tempat Suami Isteri Boleh Tahu

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

IKLAN

Lelaki Ini Talakkan Isteri Tapi akhirnya Kekasih Hati Hilangkan Diri

Kahwin

Sehinggalah akhirnya kami sama-sama bekerja dan kemudian sepakat untuk mendirikan rumah tangga. Aku berjanji pada Mia untuk berubah dan ingin bina hidup baru selepas berkahwin. Kami bahagia dan setahun selepas itu kami dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang comel. Aku ‘lupa’ dengan dunia lamaku dahulu dan sibuk melayan anak.

Dua tahun kemudian, lahir akan kedua, seorang perempuan. Terasa lengkap rumah tangga aku dan Mia. Ketika itu juga aku dinaikkan pangkat dan perlu bertukar pejabat yang lebih jauh dari rumah. Untuk menggelakkan kesesakan, biasanya jam 8 malam baru aku keluar dari pejabat. Dalam pada itu aku akan keluar minum dengan rakan-rakan lelaki lain.

Ketika itu aku berkenalan dengan seorang gadis yang pejabatnya tidak jauh daripada pejabatku iaitu Ika. Sejak itu aku sering kali keluar minum dengannya selepas waktu kerja. Mia tentu tak syak apa-apa kerana aku memang saban hari balik lewat. Tak sangka, aku jatuh cinta dengan Ika. Dia pandai menggoda dan seksi orangnya. Aku terasa jiwaku kembali muda. Sudah pasti semua itu berlaku di belakang Mia.

IKLAN

Lelaki Ini Kembali Berubah Hati

Tanpa sedar, aku mula berubah. Asyik berkepit dengan telefon bimbit. Di rumah aku lebih leka tengok telefon berbanding habiskan masa dengan anak-anak. Pernah Mia bersemuka denganku akan hal ini namun aku menafikan yang aku ada perempuan lain. Namun selepas itu hubungan aku dan Mia semakin renggang. Di rumah aku lebih suka buat hal sendiri.

Mungkin doa Mia dimakbulkan Tuhan. Aku dan Ika kantoi ketika dating di sebuah pusat beli-belah. Ketika itu aku keluar untuk meraikan hari jadi Ika. Hari itu aku beli macam-macam hadiah termasuk beg tangan berjenama terkenal untuk Ika.

Luruh jantungku bila terserempak dengan Mia dan anak-anak. Sebelum itu bila ditanya, aku katakan aku perlu ke pejabat untuk siapkan kerja. Mia ke sana bersama adikku sendiri.

Ceraikan Isteri

Dipendekkan cerita, aku mengaku yang aku telah jatuh hati dengan Ika dan ingin berkahwin dengan gadis itu. Mia tidak dapat terima kenyataan yang aku telah menipunya selama ini. Akhirnya dia menuntut cerai. Aku melafazkan cerai walau sayang masih menebal pada Mia.

IKLAN

Selepas bercerai, aku dapat rasa layanan Ika terhadapku juga dingin dan tiba-tiba saja dia berhenti kerja untuk bekerja di negeri kelahirannya di pantai timur. Rupanya selama ini dia tidak cintakan aku, hanya menjadikan aku sebagai salah seorang sumber kewangannya saja. Dia langsung tak dapat aku hubungi lagi.

Lelaki Ini Menyesal Tak Sudah!

Menyesal tiada gunanya. Isteri ku hadiahkan talak, tapi akhirnya kekasih hati pula menghilangkan diri. Hendak kembali pada Mia?

Nampaknya hati Mia masih berdarah di atas perbuatanku terhadapnya. Mungkin ini balasan Tuhan terhadapku kerana tidak bersyukur walau pun memiliki isteri yang baik dan sabar.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI