Pantang sebut kedai yang murah dan berbaloi, memang layan mak-mak ni. Ada saja benda yang nak dibeli. Ini belum lagi yang hanya nak beli satu barang tapi bila keluar, boleh jadi berplastik pula.
Namun, keadaan sekarang ini menghadkan untuk mak-mak keluar. Tapi itu bukan penyelesaian untuk mereka tak boleh pergi kedai yang jual produk dan barangan murah-murah.
Nak seribu daya, memang mak-mak akan usaha untuk dapatkan. Apalagi, sudah tentulah setiap kedai pun akan menjual secara online. Bagi memudahkan semua pelanggan yang tak dapat datang terus ke kedainya.
Walau bagaimanapun, ada beberapa kedai yang boleh menjadi kegilaan golongan hawa ini. Inilah tempat yang selalu di’cop’ untuk dapat barangan murah dan berbaloi. Daripada nak beli satu barang, boleh jadi 10 baranglah seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fadli Salleh ini.
Kawan aku cerita, isteri wasap tengah malam hanya kerana rindu nak shopping. Jam 1 pagi masuk mesej gini :
“Bang. Lama dah tak masuk kedai Eco”.
Ala baler. Orang perempuan dan shopping ni memang tak boleh dipisahkan eh? Aku pernah terbaca komen kaum Hawa ni,
“Kita kalau tak dapat barang yang kita nak, memang tak lena nak tidur”.
Serius la sampai tahap tu?
Ads
Tapi betul, PKP ni memang buat kita stres. Shopping ni memang boleh menghilangkan stress kaum Hawa. Stres itu berpindah pada laki mereka pula yang kena bayar semuanya.
Dulu, boleh je puaskan keinginan nak beli apa-apa di kedai Eco. Masuk dalam tu tiba-tiba rasa macam orang kaya. Main ambil apa saja tanpa perlu lihat harga.
Sekarang platform Shopee pula jadi tempat mereka release stres. Kadang dalam troli tu ad beratus barang, yang bayarnya cuma satu. Hat lain sekadar nak puaskan nafsu membeli. Siapa sejenis macam ni baik mengaku cepat.
Ini beberapa senarai link Shopee yang menjadi kegilaan perempuan.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ketika kita enak menikmati bermacam juadah berbuka puasa, makan sahur dengan sepinggan nasi berlaukkan udang dan ayam, ada sebuah keluarga yang melalui kesusahan hidup. Bekas kandang kambing menjadi tempat berteduh dari panas dan hujan. Malah kemudahan asas pun tidak lengkap. Ini bukan saja ujian mereka, malah ujian untuk kita juga.
Kerana tidak berdosakah kita, membiarkan ada sebuah keluarga yang melalui kesusahan sebegini terus menjadi miskin. Perkongsian daripada Mastura Hatta (Kak Tuya), sukarelawan Thirdforce Gua Musang yang mana pengasasnya, Raja Shamri Raja Husin ini benar-benar terkesan di hati.
Rumah Di Kandang Kambing, Tak Berdosakah Kita?
Wanita ini, Rasidah ditinggalkan suami bersama 6 orang anak tanpa dibenarkan tinggal di rumah yang diduduki sebelumnya. Kerana perpisahan itu, kak Rasidah terpaksa mencari tempat tinggal baru.
Bukan tak boleh menumpang di rumah mak atau keluarga lain, tapi rasa segan terbit dalam diri kak Rasidah memandangkan anak-anaknya ramai. Lagi selesa tinggal di rumah sendiri walau keluasannya tak sampai pun 10 kaki panjang.
Rumah berdindingkan zink ini asalnya dari kandang kambing di belakang rumah asal yang pernah diduduki bersama bekas suami. Lihat saja keluasan rumah yang memang tak luas. Di sudut itulah tempat tidur, di penjuru itu jugalah dapur dan tempat makan.
Anak-anak Cerdik, Tapi Kemiskinan Halang Mereka Sambung Belajar
Tinggal bersama 4 anak yang masih kecil manakala 2 lagi sudahpun bekerja selepas SPM. SPM mereka ok tapi kemiskinan menghalang mereka untuk sambung belajar. Cerdik dalam pelajaran namun tak mampu untuk diteruskan maka bekerja adalah pilihan agar dapat sedikit sebanyak membantu keluarga.
Kak Rasidah bekerja sebagai penoreh getah. Menoreh pula getah orang. Maknanya hasil yang tak seberapa itu harus dibahagi dua.
Tadi semasa kunjungan wakil Thirdforce, beliau baru sahaja balik dari menoreh. Malu nak salam dengan kami sebab katanya tangan berbau. Cepat-cepat pergi basuh tangan dekat belakang rumah jiran.
Beliau menumpang mandi pun di rumah sebelah. Tandasnya di depan rumah. Bila diperhatikan, tiada sambungan wayar eletrik ke rumah beliau.
Cuma Cahaya Lilin Temani Tidur Malam Mereka
Hati terdetik ingin tahu lalu kami bertanya. Jawapannya sangat mengejutkan. Empat beranak ini tidur dengan bertemankan cahaya lilin. Semestinya tidur mereka tanpa kipas. Tak seperti kita di musim panas. Tidak merenggekkah anak kecil Itu?
Kak Tuya minta izin kak Rasidah untuk ambil gambar di dalam rumah. Namun kak Tuya tak mampu nak melangkah lebih ke dalam kerana bimbang lantainya akan jatuh. Beralaskan hanya kayu bulat dan lantai jarang.
Dari pintu terus nampak dapur mereka. Di sebelah kanan tempat tidur. Perhatikan gambar tempat tidur yang tidak bertilam itu. Rak pakaian yang juga tiada.
Menitis hiba si air mata melihat senyum tabah anak-anaknya. Tak berdosakah kita membiarkan mereka begini. Yang pasti mereka tak jadi begini overnight … Apa kita nak jawab dengan Allah nanti.
Dan kita berada di tahun 2018..
Pek ramadhan sumbangan rakyat Malaysia disambut penuh syukur oleh kak Rasidah. Terima kasih rakyat Malaysia. Di sini tempat di mana sumbangan anda diagihkan. Tepat ke sasaran.
Terima kasih kerana terus bersama abangraja dan kami semua sukarelawan thirdfofce. Bersama kita mampu menelusuri lebih banyak kehidupan marhaen seperti ini.
Sekiranya pembaca mahu memberikan sumbangan, anda boleh terus menghubungi Thirdforce : 017 867 8767
Bertahun berkongsi hidup tetiba suami nak cerai, itulah nasib penyanyi Deja Moss yang cukup kecewa apabila tidak mendapat penjelasan kenapa pilih berpisah.
“Saya reda dan terima penceraian ini tapi apa yang saya tidak puas hati masih belum menemui jawapan kenapa dia (suami) ingin bercerai dengan saya,” luahnya.
Sepuluh tahun berumah tangga, Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, yang berusaha menyelamatkan rumah tangga itu menerusi jawatankuasa pendamai (JKP) menemui jalan buntu ekoran suaminya tetap tidak mahu berbaik-baik.
Kalau ikutkan sebenarnya dia sudah lama reda tapi dia nak tahu kenapa suaminya sudah tak mahu teruskan?
“Kenapa keluar rumah macam itu je? Saya sudah izinkan dia kahwin lagi kenapa tak nak dan mahu bercerai?”
“Sebagai perempuan sudah tentu saya mahu tahu alasan sebab apa. Kalau nak kahwin lain saya rela bermadu!”
Deja diwakili peguam syarienya Halimatunsa’diah Abu Ahmad manakala Azfendy, 39, selaku plaintif diwakili peguam syarienya Ahmad Daud.
Hubungan dengan suaminya berjalan lancar sebelum Azfendy bertindak keluar dari kediaman mereka setahun lalu.
“Saya tak tahu puncanya kerana sebelum dia keluar rumah itu hubungan kami baik. Sebulan lepas dia keluar, dia mula mesej saya bukan-bukan.
“Lepas itu dia block saya dan ketika itu barulah saya fikir bahawa ada yang tak kena dengan dia.”
Itulah sedikit luhan hati seorang isteri yang kecewa dengan keputusan suami. Tak tahu apa salah, tetiba mahu berpisah.
Permohonan cerai tersebut dibuat Azfendy mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Mac lalu.
Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan belum dikurniakan cahaya mata.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pandemik Covid-19 mencetuskan kebimbangan ramai, bahkan vaksin bagi penyakit ini masih belum berjaya dihasilkan sehingga hari ini. Oleh yang demikian, ramai yang mencuba pelbagai cara dan ‘supplemen’ tambahan yang dipercayai mampu memberi ‘khasiat’ untuk kesihatan mahupun mencegah penyakit ini daripada dijangkiti. Sehinggakan ada yang sanggup minum dari najis dan bahan buangan haiwan.
Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari
Bintang Bollywood, Akshay Kumar, mendedahkan beliau minum air kencing lembu setiap hari kerana seperti mana sebahagian besar penduduk India, percaya ia mempunyai khasiat perubatan termasuk bagi melawan COVID-19.
Pelakon berusia 53 tahun itu berkata demikian dalam promosi program televisyen Britain bersama pengembara lasak terkenal, Bear Grylls, di mana mereka meminum teh diperbuat daripada najis gajah di sebuah pusat perlindungan harimau.
“Saya amat teruja untuk bimbangkan perkara ini (minum teh najis gajah), malah saya minum air kencing lembu setiap hari sebagai rawatan Ayurveda.
“Jadi, ini (minum teh najis gajah) tidak begitu teruk,” katanya dalam satu perbualan media secara langsung menerusi laman sosial semalam.
Penyokong Parti Barathiya Janata (BJP)
Kumar adalah penyokong tegar Parti Barathiya Janata (BJP) pimpinan Narendra Modi, yang memperuntukkan jutaan dolar bagi penyelidikan produk
menggunakan bahan buangan haiwan itu untuk merawat penyakit seperti diabetes dan barah.
Walaupun tiada bukti saintifik mengenai manfaat perubatannya, beberapa ahli politik BJP kerap mempromosi penggunaan najis dan air kencing lembu
bagi merawat COVID-19.
Perubatan Tradisi Ayurveda
Penduduk India berketurunan Hindu percaya bahawa lembu adalah haiwan suci dan air kencingnya mempunyai khasiat perubatan serta turut digunakan dalam
perubatan tradisi ayurveda.
Malah, kerajaan Modi turut menubuhkan Kementerian Ayurveda dan Yoga, dengan Modi sendiri pada Jun lalu mengesyorkan yoga boleh bantu mewujudkan
‘perisai perlindungan’ terhadap COVID-19.
Covid-19 setakat ini menjangkiti 4,568,770 orang termasuk mengorbankan 76,348 mangsa di India. – AFP
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...