Sebenarnya, bukanlah susah sangat untuk gembirakan hati isteri. Suami layan isteri berborak pun rasa dah cukup bahagia. Tapi, tak semua suami boleh buat macam itu. Ada perkara yang lebih penting baginya iaitu dengan fokus kepada handphone.

Tidak dinafikan, dengan keadaan sekarang ini, handphone menjadi teman masing-masing sehinggakan boleh hilang kemesraan antara suami isteri Mungkin ini menjadi salah satu cara pasangan ini cari bahagia tersendiri.

Lebih teruk, bila isteri yang seharian sibuk bekerja atau menguruskan rumah tangga langsung tidak dihiraukan oleh suami. Semua kerja rumah tidak dibantu suami. Lama-kelamaan, isteri boleh jadi tawar hati. Beringat ye suami!

Perkongsian daripada Zulfikarullah Ren ini cukup mudah untuk memastikan isteri rasa gembira dan bahagia. Sebanyak 50 cara boleh suami lakukan. Tak mampu buat semua, salah satu pun dah cukup buat hati isteri berbunga-bunga.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Rasa Isteri Itu BEBAN. Buatlah Dia Gembira, Pasti Rezeki Datang Tak Diduga

Ads

Isteri Kena SEDAR, Ada Empat Petanda Ini, Anda Sebenarnya TAK BAHAGIA!

Info Lebih Menarik DI SINI

Tahu Cara Dan Keinginan Isteri

Nak Gembirakan Hati isteri ni sebenarnya mudah saja. Cuma kena tahu cara dan ada keinginan nak buat.

Ads

Saya kongsikan 50 cara mudah untuk memenangi hati isteri tercinta.

1. Time balik ke rumah tu, jangan sibuk dengan benda lain. Terus cari dia dulu. Paling biasa pun peluk dan cium pipi dia.
2. Jadi pendengar cerita dia. Waima 100 kali dia cerita sekalipun, dengar seolah-olah itu kali pertama dengar.
3. Jangan sesekali sibuk nak selesai masalah dia. Just berempat sahaja sebagai sokongan.
4. Puji kecantikan isteri dengan seikhlas hati. Jangan buat main-main atau jadikan bahan sindiran tentang kecantikan dirinya.
5. Fahami perasaannya ketika dia kecewa.
6. Bantu buat kerja rumah tanpa dipinta. Tahu-tahu saja dah siap. Dia pasti rasa woww, so caring gitu.
7. Apabila terlewat pulang, pastikan call atau mesej bagitau dia. Jangan buat diam.
8. Apabila perlukan masa bersendirian, beritahu dia yang kamu mahu masa untuk berfikir dan bertenang seketika.
9. Bila dah tenang dan okey, kembali kepada isteri dan bercakap tentang perkara yang merunsingkan kamu dengan cara yang berhemah. Jangan buat dia tertanya-tanya sendirian.
10. Kalau keluar sendirian, tanya apa yang dia perlukan.
11. Kalau penat, beritahu dia yang kamu mahu berehat atau tidur seketika.
12. Peluk dia empat kali sehari.
13. Telefon atau mesej dari tempat kerja tanya khabar atau share perkara yang menyeronokkan.
14. Cakap I luv u beberapa kali sehari.
15. Kemaskan katik dan bilik tidur.
16. Vakum rumah tanpa dipinta.
17. Bila tong sampah penuh, buang tanpa dipinta.
18. Pastikan flush ditarik dan mangkuk tandas ditutup lepas guna.
19. Lepas minum air, gelas sebiji tu terus basuh.
20. Kalau dia masak, makan juga walaupun sedikit jika perut dah kenyang.
21. Puji masakan dia dan ucap terima kasih. Jangan asyik komplen je.
22. Cuci keretanya.
23. Isi minyak keretanya.
24. Mandi dan pakai wangi-wangi jika nak bersama dengannya.
25. Pastikan segala kebuluan yang ada dibuang sebelum nak bersamanya.
26. Berpihak kepadanya bila dia kecewa dengan seseorang. Jangan sesekali sokong orang lain.
27. Urut bahu, belakang atau kakinya sekali sekala.
28. Jangan asyik alih siaran tv ketika menonton bersamanya.
29. Tunjukkan kasih sayang kamu dengannya di khalayak ramai. Contohnya pegang tangan masa berjalan keluar.
30. Sentiasa fahami andai dia lambat bersiap.
31. Dahulukan dia berbanding anak-anak. Biar anak saksikan dia mendapat perhatian kamu dahulu sebelum mereka.
32. Belikan dia hadiah kecil seperti sekotak coklat ataupun minyak wangi.
33. Tangkap gambar dia pada masa-masa istimewa.
34. Pergi bercuti berdua dengannya.
35. Memandu dengan berhemah.
36. Memandu untuk perjalanan yang jauh.
37. Pergi majlis ilmu bersama.
38. Layan dia macam baru kahwin dulu.
39. Cuba baiki sesuatu yang rosak di rumah.
40. Bukakan pintu untuk dia.
41. Tolong angkat barang pasar yang dibeli.
42. Bila dengar dia bercakap, pandang dia.
43. Sentuh tangannya sekali sekala bila bercakap dengannya.
44. Sentiasa tanya tentang perasaannya.
45. Masuk tidur pada masa yang sama dengannya.
46. Ketawa jika dia buat lawak.
47. Ucap terima kasih setiap kali dia melakukan sesuatu.
48. Pergi bersenam atau berjoging bersama.
49. Pergi bersiar bersamanya tanpa anak-anak.
50. Bawa pulang buah tangan yang dia suka setiap kali pulang dari out station.

Semoga bermanfaat buat para suami yang menjadi pencinta isteri kerana Allah Taala. Bukankah melayan isteri dengan baik adalah Sunnah Nabi saw.
Tak semestinya kena buat semua. Just buat mana yang mampu dan yang isteri selesa.

Ads

Sebenarnya isteri ni bukan mengharap pulut dakap bagai nak gembira. Cukup sekadar perhatian dan kasih sayang yang diberikan dengan penuh keikhlasan. Bahagialah mereka bersama suami.

Isteri yang baik ini sebenarnya dah banyak berkorban untuk kebahagiaan dan keselesaan hidup suami. Sayangilah mereka kerana Allah Taala.

MW: Agak-agak dalam 50 cara itu, ada tak suami buat? Tak buat semua, separuh pun jadilah kan…hihihi

Sumber: Zulfikarullah Ren

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI