Sedapnya makan puding buah sejuk-sejuk. Inilah salah satu pencuci mulut yang sangat disukai oleh sesiapa saja. Cara nak buat? Tak adalah susah sangat.
Kali ini, Muhammad Ali berkongsi cara membuat puding buah. Katanya, ini adalah resipi dari emaknya sendiri. Paling penting, bahan nak buat pun senang nak cari dan caranya pun mudah sangat.
Satu adunan akan dapat loyang 8 x 8 inci petak tapi dalam gambar ni sebab tak ada loyang tersebut jadi pakai loyang 7 x 4 inci + 1 bekas sq1500
Bahan – Bahan
30 gm agar-agar tali (nak pakai jenis serbuk pun boleh. Sukatan sama sahaja)
1 + 1/4 cawan gula
1 tin buah campur
1 tin susu cair
2’sudu besar tepung kastad di bancuh dgn sedikit air
4 biji telur gred B
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla
.
Cara Membuatnya:
1. Agar-agar dibasuh dan masak dengan 7 cawan air . Bila dah cair masukkan gula dan masak hingga gula larut
Ads
2. Dalam mangkuk lain pecahkan telur dan kepuk-kepuk manja dan curahkan ke dalam susu cair bersama-sama tepung kastad yang sudah dibancuh. Selepas dah curahkan dalam susu cair gaul dulu dalam seminit dan masukkan dalam periuk bersama air buah. Api sederhana
Kacau hingga mendidih tanpa gagal.
3. Selepas itu bila dah mendidih masukkan buah campur, esen vanila & garam.
4. Setelah 2-3 minit tutup api. Angkat dan tuang dalam loyang . Selepas 10-15 minit baru masukan dalam peti. Biarkan set dalam 2-3 jam sahaja dan terus boleh makan
Nak pakai buah potong ikut citarasa hampa pun boleh. Tak ade masalah.
Selamat Mencuba semua! Boleh buat sebagai pencuci mulut juga. Semoga bermanfaat resepi mak saya ini. Insya Allah
Ads
Bila air agar agar tali dah larut boleh masukan air buah dulu . Airnya sahaja dulu tau
Kacau sebati baru masukan atas api tadi
Dah mendidih masukan buah dia dulu. Kacau 2-3 minit atas api then off api
Ads
Terus masukan dalam Loyang
Lepas dah tuang biarkan kejap dalam 10-15 minit baru masukan dalam peti/ chiller selama 2-3 jam
Dah siap boleh makan! Selamat mencuba semua!
Mingguan Wanita : Makan sejuk-sejuk memang sedap. Boleh buat jual lagi.
Mudah je rupanya untuk buat tempe sendiri dirumah hanya guna dua bahan utama iaitu kacang soya dan ragi tempe. Tempe mengandungi protein yang tinggi, boleh membantu mengurangkan kolestrol serta menurunkan tekanan darah tinggi. Malah bagi wanita ia mampu mengurangkan gejala monopous awal dan mencerahkan kulit wajah!
Jika selalu kita beli je tempe ni, apa kata mak-mak buat sendiri dirumah. Lebih jimat, terjamin kebersihannya malah lebih puas hati dengan hasilnya nanti.
Berikut merupakan perkongsian cara buat tempe yang dikongsikan oleh Ida Alina Salleh sebagai panduan.
Bahan-Bahan:
1/2 kilo Kacang Soya
1/2 sudu teh Ragi Tempe
Plastik
Cara Membuat:
1.Rendam kacang soya semalaman dalam air suam. Esoknya kita buang kulit kacang soya dengan menggesek-gesekkan kacang dengan tangan. Kalau boleh buangkan dalam 70% daripada kulit kacang soya. Kalau ada kacang yang masih bersalut sedikit-sedikit tu, tak apa. Kulit kacang soya tu saya jadikan baja di taman.
2.Rebus kacang soya hingga 3/4 masak. Bergantung pada kacang itu, masa merebus antara 3/4 jam hingga 1 jam setengah.
3.Apabila sudah lembut, toskan dan keringkan kacang. Saya jemur di luar seharian. Setelah kering, bawa masuk, biarkan sejuk sebentar. Taburkan ragi tempeh. Gaul dengan tangan bersih atau gunakan sarung tangan plastik. Kebersihan amat penting, kalau tak tempeh akan busuk.
4.Masukkan kacang dalam plastik yang sudah dibuatkan lubang bernafas sedikit. Saya cucuk guna lidi.
5.Biarkan di tempat yang bersuhu antara 27-32 darjah celsius yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Selepas 6 jam, kita boleh rasa tempeh mula panas dan berpeluh. Selepas 24-36 jam dia akan mula memutih.
Beginilah rupanya antara 36-48 jam setelah di buat.
Perlu Tahu
Ragi tempe dengan ragi Tapai berbeza ya. Bukan boleh diguna-ganti. Ragi tapai menjadikan makanan manis dan basah. Ragi tempe sifatnya macam spora cendawan halus dan tak boleh basah, ia akan mereput dan busuk.
Kalau tak ada ragi,kita boleh buat sendiri.
Cara Buat Sendiri Ragi Tempe:
1.Ambil tempe segar dari kedai yang menjual tempeh. Makna tempe segar ialah tempe yang belum pernah disejukkan dalam fridge / peti sejuk / icebox / peti ais.
2. Hiris tempe itu nipis-nipis. Letak kan dalam dulang dan jemur dibawah sinaran matahari sehingga hirisan-hirisan tempe itu kering.
3.Ambil hirisan tempe yang kering itu dan kita kisarkan menggunakan pengisar atau blender kering (yang kita gunakan untuk mengisar rempah). Tempe yang dikisar akan kelihatan seperti tepung.
4.Keluarkan tempe yang dikisar itu dari pengisar.
5.Tempe yang kini kelihatan seperti tepung itu kemudiannya diayak dengan pengayak yang kita biasa gunakan untuk mengayak tepung.
6.Hasil ayakan itulah yang dinamakan “Ragi Tempe” yang boleh digunakan untuk membuat tempe di rumah.
Sesekali buat kacang pedas rangup untuk makan sambil tengok tv, memang puas hati. Nak buat kudap-kudap untuk raya pun sesuai. Apa yang best resepi yang dikongsikan Puan Asmara Nhomusarangeo ini cuma guna 3 bahan masakan.
Apa lagi, jom cari bahan dan godek sendiri…
Bahan:
Kacang
Telur
Satu paket tepung Bestari
Cara Buat:
1. Bersihkan dulu kacang & cuci letak dalam penapis.
2. Sangrai / goreng tanpa minyak sampai kacang kering sebab tadi kita cuci.
3. Kalau anda biasa tak cuci kacang, hanya bersihkan saja, tak payah sangrai.
Ikut masing-masing puny cara ya.
4. Bila kacang dah sejuk campurkan tepung serbaguna bastari gaul-gaul dengan kacang ratakan, masukan telur 1 per 1 agak-agak dah sebati, panaskn minyak & goreng pakai api kecik je, siap!
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kata lelaki ini, Ariff Ismail, walaupun alami keguguran, ibu perlu juga berpantang. Sekurang-kurangnya dua minggu. Sebab itulah, dia bantu rakannya ini siapkan menu pek makanan berpantang yang mudah.
Hari ini berkesempatan menyediakan makanan untuk ibu berpantang. Baru baru ini salah seorang life planner bawah kelolaan saya mengalami keguguran. Oleh itu, saya luangkan sedikit masa untuk sediakan pek makanan berpantang untuk beliau.
Ramai yang tak sedar, berpantang dan makanan pantang bukan untuk ibu yang baru lepas bersalin sahaja, ibu ibu yang mengalami keguguran juga perlu berpantang. Paling kurang perlu ambil masa sehingga 2 minggu.
Pemilihan bahan mentah amat penting untuk ibu dalam pantang, perlu segar dan berkhasiat. Pastikan ikan yang dipilih tidak mengakibatkan kegatalan atau elergik kepada ibu yang berpantang.
Untuk kali ini, saya sediakan bekalan selama seminggu untuk beliau. Bahan mentah yang saya pilih kali ini adalah, ayam kampung, daging batang pinang, ikan selar dan ikan salmon.
Saya pelbagai menu supaya ibu yang berpantang tak rasa jemu untuk makan lauk pantang. Bila kita sediakan lauk pantang, perbanyakan penggunaan halia dan lada hitam. Ini dapat memanaskan dan melancarkan badan ibu yang sedang berpantang.
Penyediaan Pek Makanan Berpantang Untuk Ibu Keguguran
Saya kongsikan sedikit resepi masakan berpantang:
1. Ikan Selar Bakar
Bahan bahan perapan:
– Bawang putih
– Bawang merah
– Halia
– Kunyit
– Lada hitam
– Garam
Cara penyediaan:
Tumbuk bahan bahan perapan, bersihkan ikan, kelar sedikit ikan untuk pastikan bahan bahan menyerap dalam isi ikan.
Setelah siap perapan, boleh grill atas kuali atau bakar dalam ketuhar.
2. Ikan Selar Pindang
Bahan bahan:
– Bawang merah
– Halia
– Bawang Putih
-Garam
– Asam Keping
Cara Penyedian:
Hiris bawang merah, bawang putih dan halia, masukan air dalam periuk, bersihkan ikan dan masukan dalam periuk beserta bahan hiris yang telah disediakan.
Masukan garam dan asam keping.
3. Daging Lada Hitam
Bahan bahan:
– Daging
– Lada Hitam
– Halia
– Bawang Merah
– Garam
Cara penyediaan:
Tumbuk halia dan bawang merah, bersih kan daging dan perap dgn bahan yang telah ditumbuk.
Selepas itu perapkan bersama lada hitam dan sedikit garam.
Grill atas kuali bersama sedikit minyak zaitun.
4. Ayam Kampung Panggang
Bahan bahan:
– Ayam Kampung
– Halia
– Kicap
– Lada Hitam
– Bawang merah
– Bawang Putih
Cara Penyediaan:
Tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih.
Perap kan bersama ayam, letak sedikit kicap dan lada hitam.
Boleh grill atas kuali atau bakar dalam ketuhar.
5. Salmon Grill
Bahan bahan:
– Ikan Salmon
– Garam
– Lada Hitam
– Minyak Zaiton
– Lemon
Cara Penyediaan:
Bersihkan ikan salmon dan letak sedikit garam dan lada hitam. Panaskan minyak zaitun dan grill atas kuali. Perahkan sedikit lemon untuk menambah kesedapan salmon.
Ini antara resepi yang saya sediakan untuk ibu berpantang. Untuk para suami diluar sana boleh siap kan dalam bentuk pek pek untuk memudahkan kerja kita.
Bila nak masak keluarkan dan terus masak. Hidangkan bersama nasi panas. InshaAllah isteri akan tersenyum sambil berpantang.
MW : Mudah kan semua resepi pek makanan berpantang ini. Silakan mencuba.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.