Harga minyak kereta yang naik turun boleh membuatkan kita rasa tak senang hati. Kadang-kadang terfikir minyak (RON) mana yang lebih jimat harga. Maklumlah, inilah kenderaan yang kita ke sana ke sini dan sudah tentu minyak pun kena diisi.
Di Malaysia, ada kenderaan yang lebih selesa menggunakan RON97, katanya lebih power. Tapi untuk RON95, ia lebih jimat harga dan murah. Tapi bagaimana dengan jarak perjalanan. Yang mana lebih jimat?
Tak kisahlah guna minyak jenis RON97 atau RON95, yang penting ia memberi lebih jimat harga dan jarak perjalanannya pun berbaloi.
Saya tak ada jawapan khusus untuk persoalan ini. Saya sendiri guna diesel & kereta petrol saya guna RON98. Tetapi…
Ads
Tetapi, saya nak ajar rakan-rakan macam mana nak betul-betul pastikan ia jimat.
Katakan lah, kereta kita Perodua Myvi 1.3 dengan saiz tangki 40 liter. Tangki simpanannya (reserve tank) 10% & tinggal 1 bar (sukatan) minyak 10%. Baki ruangan untuk diisi penuh adalah 32L.
Bila isi minyak petrol RON95, kita dapat jalan dengan jarak 400km.
Bila isi minyak petrol RON97 pula, kita dapat jalan dengan jarak 450km.
Secara mudah, kita akan fikirkan yang, “Wah!! RON97 boleh pergi lebih 50km la! Jimat ni”. Kan??!?
Tetapi jimat ni ada beberapa perspektif, antaranya:
• Jimat pengguna bahan api, &
• Jimat harga (duit).
Ads
Jom kita kira semula untuk tengok betul ke guna RON97 ni lebih jimat duit.
Apa yang anda perlu buat adalah ambil nilai harga bayaran untuk tangki penuh tu dan bahagikan dengan jarak perjalanan.
Contohnya:
a) RON95 RM2.05. Isi 32L jadi bayar RM65.50 dapat jalan 400km.
• RM65.50 / 400km = RM 0.16/km
b) RON97 RM3.91 Isi 32L jadi bayar RM125.12 dapat jalan 450km.
• RM125.12 / 450km = RM 0.28/km
Nah… Jika ini yang berlaku, maka RON97 tu jimat pada sudut penggunaan minyak (unit mpg, l/km, 100km/l). Tapi TAK jimat pada sudut harga bayaran (duit).
Cuba rakan-rakan buat eksperimen ini sendiri untuk menjawab, “Adakah kereta anda jimat pada sudut jarak perjalanan & juga harga bila gunakan RON yang lebih tinggi?”
Kenapa boleh jimat pengguna minyak (jika ini berlaku)?
Jimat pada pengguna minyak bahan api ni bukan sebab nilai RONnya yang tinggi, tapi minyak premium mempunyai bahan tambahan atau aditif (additives) yang lebih baik.
Ads
Aditif ini lah yang menjadi punca penjimatan lebih.
Mingguan Wanita : Kita sebagai pengguna kalau boleh nak jimat duit dan jarak perjalanan kilometer yang jauh. Pilihan di tangan anda!
*Total jarak perjalanan tu haruslah ukuran perjalanan yang nyata ya. BUKAN nilai jarak yang tertera pada paparan kereta.
**Pastikan anda guna gred minyak yang sesuai dengan keperluan enjin kesayangan anda.
Waktu ketika pandemik ni, banyak barang-barang yang kita beli secara online. Namun selalunya bila barang-barang ni sampai dan kita pula tiada di rumah, merata orang kurier letak barang-barang tersebut. Sebenarnya kita boleh ikut idea yang dikongsikan oleh Muzamri Almukhtariini. Iaitu ikat bakul plastik dekat pagar rumah.
Ia lebih memudahkan penghantaran barang, taklah ‘rider’ atau kurier letak merata. Malah rider pun tak perlu tunggu lama, nak tunggu kita ambil barang tersebut jika dah buat tempat khas untuk letak barang-barang ni.
Berikut perkongsian tersebut;
Sajalah nak sharing sikit bab penghantaran bungkusan yang sampai ke rumah kita ni kan. Sekarang ni kita banyak beli makanan secara online, foodpanda la, grab food la, halo ka. Beli barang dekat shopee la, Lazada la, COD pon ada.
Sangkut je bakul plastik dekat pagar, ikat dengan cable tie. Kalau barang sampai, parcel sampai ka, bior je kat situ dulu bior kena panas ke apa. Moga-moga kita ‘stay safe’ selalu.
So takde la rider nak letak merata. Dekat lantai kat luar pagar ke, atas bonet kereta ke. Ikat bakul kat atas pagar camni so kalau parcel sampai malam pon ok lah. Dari terletak di lantai luar pagar rumah kann. Tak kena gongong.
Letak signage sekali kt luar so rider terus faham dan masukkan dalam bakul kita di sebelah dalam pagar.
Pencangkuk tu leh letak sekali kat luar. Kot jiran nak singgah hantar lauk senang dia tak payah panggil.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Menarik juga idea sangkut/ikat bakul plastik pada pagar ni. Jadi memudahkan penghantaran barang-barang dan taklah diletakkan merata-rata nanti, bila dah ada tempat khas.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Biasa kita hanya makan dan tidak tahu cara buat tempe. Terfikir-fikir macam mana proses untuk membuatnya. Susah atau senang? Memikirkan tak tahu caranya, senang cerita beli saja, sebab harganya tidaklah mahal untuk sepaket.
Tidak semua pandai makan tempe, apatah lagi cara buat tempe. Mungkin orang keturunan Jawa atau Indonesia begitu sinonim dengan tempe ini.
Walau bagaimanapun, sekarang ini bukan hanya orang jawa saja yang ‘pandai’ makan tapi boleh dikatakan semua orang suka, lebih-lebih lagi bila dibuat sambal tempe. Tak perlu lauk lain, cukup dengan campuran ikan bilis dah bertambah-tambah nasinya.
Dikatakan bukan saja banyak khasiat, tapi cara buat tempe juga tidaklah susah seperti yang disangka itu. Hanya menggunakan kacang soya dan disimpan di tempat gelap sahaja. Nak tahu lebih lanjut cara nak buat, Norlaila Dlaila ada berkongsi tentang caranya.
2. Lepas itu rebus kacang selama 25 minit. Tutup api dan biar kan kacang soya itu terendam semalam dalam air rebusan itu.
3. Buang air rebusan itu, basuh kacang soya sambil ramaskan untuk buang kulitnya. Pastikan dibilas beberapa kali supaya kulitnya habis semua tercabut.
4. Rebus lagi kacang soya itu selama 25 minit.
5. Toskan air nya. Selepas itu, kacang soya dikeringkan sehingga betul-betul kering.
6. Apabila sudah kering, gaulkan kacang soya dengan ragi.
7. Selepas itu, masukkan dalam plastik dan ‘seal’ kan. Pastikan plastik yang mengisi kacang soya tadi dicucuk dengan menggunakan lidi untuk memberi ruang udara dan pemprosesannya.
8. Simpan tempe di tempat gelap semalaman.
9. Elakkan daripada tindan plastik kacang soya itu. Boleh tutup dengan suratkhabar atau kain.
10. Dah jadi, nanti bolehlah buat sambal tempe meletop.
MW: Inilah cara mudah nak buat tempe. Boleh buat sendiri kat rumah.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Berkebun dan bercucuk tanam memang menyeronokkan, apatah lagi jika berjaya melihat hasilnya. Namun bukan semua tanah mudah subur dan tanaman membesar dengan sihat. Selain menggunakan baja organik yang bebas bahan kimia mahupun racun serangga, perlu juga ada bantuan bakteria baik bagi menggalakkan kesuburan tanah dan pokok-pokok yang ditanam.Caranya pula cukup murah dan senang!
Boleh rujuk perkongsian Encik Mokhtar Agri ini sebagai panduan;
Membuat Bakteria Baik Untuk Kesuburan Tanah Dan Pokok
“Proses ini adalah untuk membiak bakteria baik dengan menggunakan telur. Tengok lama dah di pos oleh seorang Medical doktor di Bangkok, Dr. Taweesak Ponpaca, tapi buat tak kisah waktu tu. Kemudian baru tahu bahawa ini adalah magic solution untuk pokok.”
“Cara nak membuatnya pun amat MURAH dan SENANG, cuma perlu peraman kurang dari satu bulan di bawah matahari dalam botol 5 litre bertutup. Solution ini, lebih baik dari EM *(Effective Microorganism) kata orang Thai. So tunggu apa lagi jomm kita buat!
*EM ialah campuran mikroorganisma anaerobik yang mempunyai kesan baik terhadap proses pembentukan produk pertanian.
Bahan-Bahan:
5 litre air hujan/atau air tanpa chlorine.
3 biji telur
2 sudu teh Sodium glutamate/ajinomoto
1 sudu teh Belacan
3 sudu besar Sos ikan/Fish sauce
Cara Membuat:
1.Blend semua diatas termasuk kulit telur bersama sedikit air.
2.Tuang dalam botol 5 litre yang dah berisi air tanpa klorin.
3.Goncang rata-rata, tutup botol, kemudian letakkan bawah panas cahaya matahari.
4.Goncang botol ini 2-3 hari sekali.
5.Dalam 20 hari air akan bertukar warna merah/crimson. Itu tanda psb (Bakteria Fotosintetik) anda sudah menjadi. Susah jadi kalau kawasan musim hujan.
Bakteria Fotosintetik (PSB)
Ialah mikroorganisma yang boleh hidup sendiri. Mereka menyerap tenaga daripada matahari dan haba tanah sebagai sumber tenaga menukarkan cecair dari sistem akar, bahan organik tanah dan gas seperti amonia kepada bahan binaan sel.
Bahan binaan sel ini boleh jadi asid amino, asid nukleik dan gula. Bahan-bahan ini seterusnya boleh diserap terus ke dalam tumbuhan bagi membantu tumbesaran tumbuhan. Manakala pada sistem tanah, hal ini membantu perkembangan mikroorganisma bermanfaat.
Cara Guna Bila Jadi:
Siram 10 ml: 1 litre air tanpa chlorine
Spray 10 ml: 10 litre air tanpa chlorine
Setiap 15-30 hari.
Antara Kelebihannya:
1. Untuk kesuburan tanah dan pokok.
2. Gaul dengan makanan binatang, tinggi protein dan vitamins.
3. Control kekotoran aquarium.
4. Guna untuk cuci reban dan kandang.
5. Untuk sawah 1 litre psb untuk 1 ekar tanah, percik ke seluruhan sawah.
6. Water treatment.
7. Juga sebagai penggalak bunga untuk lemon, tomato, orange, mangga, manggis dan sebagainya.
8. Untuk makanan ikan di kolam.
9. Root booster masa buat tut.
Info Ekstra!
Ramai orang tak tau yang psb nie pelbagai guna. Skop hanya tertumpu pada tanaman. Sedangkan ianya boleh digunakan untuk ternakan ikan. ternakan ruminan, hilangkan bau najis haiwan ternakan macam kucing, apa saje yang bau busuk disiram dan disembur dengan psb.
Penggunaan PSB untuk ternakan ikan bergantung kapasiti isipadu air. Kalau akuarium, fiber/pvc tank @ kolam simen… 5ml untuk 40 liter air. Kalau kolam Tanah… 10ml untuk 40 liter air. Tambahkan PSB 1-2 Kali setiap 7-10 hari.
Fungsi yang paling utama adalah penguraian ammonia. Ammonia adalah bahan beracun. Kebiasaannya Ammonia boleh datang 2 sumber.
1. Najis ikan
2. Lebihan makanan yang tidak diambil/dibuang.
PSB memainkan peranan menguraikan ammonia ini kepada nitrite/nitrate seterusnya nitrogen. Ini akan memberikan suasana sihat dan selesa kepada ikan. Ini akan lebih jelas difahami melalui kitaran nitrogen / nitrogen cycle yang terdapat di website-website perihal ikan.
Kredit this post tu Abang Hazizi Meran.Semoga dipraktikkan untuk manafaat semua.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, dijadikan panduan bagi mak-mak yang suka berkebun. Semoga tanam-tanaman dan pokok-pokok hidup subur dan membesar dengan sihat.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...